Sekarang aku dah ada buah hati baru. Aku letak je nama Sony Wida. Emm...camera la ni yang aku maksudkan. Aku beli masa ada PC fair kat dewan besar UPM. Entah mcm mana t'fikir utk beli sbb time tu aku nak beli p'gecas bateri utk kamera aku yg lagi satu tu. Bateri rechagerable ada byk tp p'gecasnya tak ada. Memandangkan harga cas tu mahal penjual kat situ syorkan aku beli kamera baru satu.
Emm...tak la mahal sgt aku beli Sony Wida ni. Guna duit pinjaman aku beli dgn niat untuk digunakan sepanjang hayat utk memudahkan aku melakukan segala assignment yg memerlukan aku m'gambil gambar.
Ada sebab lain juga kenapa aku beli kamera ni. Aku ni kan suka juga la b'gambar2 tapi kamera xde. Ada 1 hari aku suruh kawan aku ambilkan gambar aku kat tempat yang aku rasa menarik tapi hampeh kawan aku tak sudi ambil gambar aku guna kamera handphone dia.
Aku mula2 tu terasa juga la sbb dia taknak ambil gambar aku. Ala bukannya apa sangat setakat ambil gambar aku satu dua ok la utk aku buat kenangan. Tapi mereka tak nak ambil gambar aku. So, aku terus niat dalam hati nak beli kamera baru.
Bukannya nak berlagak, tapi kalau aku dah ada kamera nanti aku nak guna baik2. Aku pun bukan nak tunjuk2 kan kat kawan aku yang aku ada kamera baru. Tapi aku nak diaorg tahu tanpa kamera mereka, aku juga boleh ambil gambar. Aku ada kamera lain tapi disebabkan aku tak punya bateri sbb tu la aku tak dpt nak ambil gambar aku sendiri kat mana2 pun yg aku rasa aku nak bergambar.
Pemandangan ini t'hasil dari Sony Wida
No comments:
Post a Comment