engkau boleh !!

Tuesday, June 6, 2023

BETUL KE MULTIVITAMIN BERWAJAH BARU???

 Assalammualaikum wbt dan Salam Shaklee Malaysia
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Betul ke multivitamin berwajah baru ??? Apa yang baru? Nak tahu, jom kita skodeng.


Shaklee sebenarnya ada multivitamin yang dipanggil Vita-Lea atau sekarang dikenali sebagai Vita-Lize. Vita-Lize ada 25 jenis vitamin dan mineral didalamnya. Vita-Lize dapat membantu pertumbuhan mental dan fizikal. Semua peringkat umur boleh ambil Vita-Lize ni sebenarnya. Sebagai penambah makanan jika kita tak cukup ambil sayur ka, buah-buahan ka...even air pun sebenarnya. 


Ini kalau mental-mental sikit boleh la ambil...tambahkan mental kita yang dah koyak tu ke. Mental ok bukan mentel...mentel tu ngade-ngade org Johor kata. Macam kawan Wida ni dia kata rakyat Malaysia ni tak cukup ambil makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral. Orang Malaysia ni ambil kaya sapu dekat roti aje lepas tu minum air mineral. Sebenarnya tak cukup tu ya kata mustahil ambil semua nutrisi dalam satu hari


Actually, Wida pun sebenarnya tak kurang juga dalam bab begini sebab kita rasa kita sihat tak demam tak batuk so kita fikir kita dalam kategori sihat. Sebenarnya luaran sahaja nampak sihat tapi sebenarnya dalaman itu adalah sangat penting dan hanya Allah sahaja yang tahu. 



Master Laila ada cerita dalam blog dia tentang Vita-Lea @ Vita-Lize ni. Serius beb dia cerita dari A to Z lagi-lagi tentang kelebihan produk ni. Bukan Kak Laila je kongsi cerita pasal Vita-Lize ni tapi ada lagi seorang kawan Wida pun turut berkongsi juga tentang apa itu Vita-Lize. 


Sesiapa yang tergerak hati nak mencuba ambil Vita-Lize sebagai makanan tambahan boleh je roger-roger Wida. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh KLIK SINI sebab Tcer Ain terangkan lebih lanjut tentang Vita-Lize. Terima kasih Allah izinkan Wida untuk taip dan share kebaikan Vita-Lize.

#NextLevelBlogging #Blogmegashaklee #ShakleeThrive2023 #ShakleeTriumph2023



Saturday, June 3, 2023

Kegagalan Memotivasikan Diri

 Assalammualaikum wbt dan Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang



Siapa je yang tak pernah GAGAL sepanjang hidup di atas muka bumi ini. Semua orang pasti pernah merasai apa itu gagal dan melalui fasa kegagalan. Tapi percayalah dengan KEGAGALAN itulah sebenarnya mengajar kita untuk mengecapi KEJAYAAN macam senior Wida ni Elly Matin. Macam-macam sebenarnya bentuk kegagalan ni sebenarnya. Contoh dalam perniagaan, dalam perhubungan dan dan dalam pembelajaran. Inilah antara kegagalan yang Wida pernah lalui. Walaupun sebenarnya banyak lagi tapi Wida highlight kan untuk 3 perkara ini je.


Kalau dalam perniagaan, Wida sebenarnya pernah mencuba pelbagai jenis perniagaan dari bangku sekolah sampai la ke universiti. Tak habis idea yang Allah beri untuk memberi rezeki dalam pelbagai bentuk. Bukan Wida nak gagal dalam perniagaan tapi Allah sedang memberi pengalaman untuk masa hadapan. Cuma kita sedar dengan tak sedar aje. 


Dulu susah nak makan sedap-sedap, nak beli barang yang kita inginkan dan yang paling penting nak ada duit poket sendiri. Kalau tak usaha sendiri maka tak dapat la apa yang kita inginkan. Tunggu aje la bila dah kerja ni untuk beli apa yang kita nak beli. Macam senior Wida, Tcer Ain dia banyak share tentang keusahawanan dengan Wida. Ada aje benda yang boleh mendatangkan sumber rezeki berbentuk kewangan mesti dia share pada Wida. Macam yang dia selalu share pada Wida iaitu Tips Berjaya Dalam Bisnes 


Kita sebagai manusia ni sebenarnya mudah terpengaruh dan mudah dipengaruhi dengan kewangan sebab duit dapat memotivasikan diri kita untuk kita ingat Tuhan yang memberi rezeki, berkongsi rezeki dan kerana kegagalan kita bangkit semula untuk mencari rezeki demi kelansungan hidup yang memerlukan itu dan ini dalam kehidupan seharian. Satu yang Wida masih amalkan dari dahulu hingga kini adalah Zikir Ya Razzaq Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakkabbir Ya Latif. Zikir la sebanyak-banyaknya insyaAllah keajaibannya akan menyusul tanpa disangka-sangka.




Kalau dalam perhubungan pula Wida pernah gagal. Betul la kata orang kalau kita berhubung dengan Allah itu lebih kekal sebenarnya daripada perhubungan dengan manusia. Selepas Wida putus dalam perhubungan tu, Wida terus fikir macam mana aku nak baiki diri aku. Bukan untuk melupakan tapi sedang muhasabah diri dan memotivasikan diri kearah yang lebih baik daripada keadaan diketika itu.


Wida beritahu family Wida yang Wida nak sambung belajar dan nak membina keyakinan diri Wida sendiri selepas putus dalam perhubungan. Alhamdulillah beberapa bulan selepas Wida putus dalam perhubungan tu, Allah hubungkan Wida dengan pelajaran. Wida dapat sambung pelajaran Wida keperingkat yang seterusnya dan ketika itulah Wida memotivasikan diri Wida daripada kegagalan yang Wida alami. 



Alhamdulillah dengan kegagalan itu Allah beri Wida kejayaan hinggalah menggengam master degree pada usia yang Wida rasa penat sebenarnya untuk belajar. Tapi dari proses pembelajaran itu Wida dapat pelbagai motivasi dan muhasabah diri sendiri untuk proses kejayaan dimasa depan. Terima kasih Allah yang maha mengetahui segala-galanya.


Wida suka dengan Kata Motivasi Penguat Diri kawan Wida ni. Daripada pengalaman orang lain kadang-kala kita boleh jadikan panduan untuk kita dimasa depan. Sama juga dengan Motivasi Pendorong Semangat dari kawan Wida. Selalu semangat dan tak putus harapan. 


Semoga kita sentiasa Muhasabah dan Motivasi diri kita walaupun Usia Semakin Meningkat macam perkongsian kakak saya ni. 


#blogmegashaklee #shakleetriumph2023 #shakleethrive2023 #shakleeuthm 
Follow IG Wida  - nurulwahidasarbani

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :