Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Sebenarnya tajuk dekat atas tu aku saja letak Entah Apa sebab masa aku menaip ni aku tengah dengan lagu dari OST Ryan Aralyn yang dinyanyikan oleh Sarah Suhairi dan Aepul Roza. Aku tengok dan mengikuti cerita tu sebab suka tengok pelakon dalam tu. Aku layan dekat youtube je sebab aku duduk dekat rumah sewa tak ada TV.
Hari ni 11.11.2020 hari ke 3 PKPB aku dekat rumah sewa dan aku sorang2 je dekat sini. Housemate aku 2 orang balik negara dia dekat Indonesia dan seorang lagi housemate aku ter PKPB dekat Shah Alam beberapa minggu sebelum PKPB yang bermula dr 9 Nov 2020 hingga 6 Disember 2020. Aku bukan tak nak balik kampung tapi aku ada misi aku untuk siapkan aku punya tesis. Entah apa yang susah sangat aku nak siapkan tesis tu aku pun tak tahu la.
Mak aku dah sibuk tanya dah buat belum, dah siap belum? Aku jawab acuh tak acuh je. Ada juga beberapa kawan aku yang tanya macam mana progress? Aku jawab Entah. Bukan aku tak pernah alami perkara macam ni. Dulu aku pernah ada kes macam ni tapi aku boleh je buat cepat untuk aku grad dengan ikut on time.
Tapi kali ni macam menguji minda aku betul la nak buat tesis ni. Nak kata tak ada mood tu tak ada la juga. Aku kot kena lawan dengan diri aku sendiri sebab aku ni kan M***S nye besar. Well itu memang aku akui dan sebab M aku besar sangat tu la aku tak grad on time dan kena repeat benda yang sama kali ke 3 kot ni. Allahuakhbar. Rasa bersalahnya la dengan parents aku.
Dah la mak aku asyik tanya je bila nak kahwin. Hint2 dia yang lain tu buat aku alahai....lemahnya la. Kadang dengan pengalaman yang lama tu buat pengajaran untuk aku. Nak buat tangkap muat je tapi akhirnya kecewa, nak buat apa kan. Tapi serius aku dikelilingi oleh orang2 yang tak pernah nak down kan aku sebab aku tak berumahtangga lagi walaupun umur aku dah 33 tahun.
Apa ingat aku tak nak kahwin ke? Tak nak ada anak sendiri. Aku ingin la juga tapi saat itu belum ada lagi. Tapi aku tak la terdesak sangat. Nak kenal orang pun ambil masa, dengan aku ni yang susah nak percaya lelaki apatah lagi dengan orang yang selalu tak serius. Nak kata hati tak terbuka lagi tu takde la, cuma belum buka sebab takut terluka. Aku kan manusia penakut. Tapi duduk rumah sewa sorang2 tak takut pulak. Emm....mungkin dah biasa seorang.
Aku dah lama tak taip2 macam ni sebab aku pernah dapat mimpi dimana aku kena pergi mahkamah sebab aku dikenakan hukuman sebab kata2 aku yang aku taip dalam blog aku ni ada salah dan silap. Serius lepas mimpi tu aku tak taip lagi sebab aku kena jaga setiap patah perkataan aku. Macam tu juga la aku jaga tiap tutur kata aku, aku taknak orang terguris hati dengan kata2 aku.
Tapi jarang sangat la orang terguris dengan kata2 aku, yang aku perasan la hahahaha sebab aku selalu tengok orang senyum tergelak bila dengar apa yang terkeluar dari mulut aku. Aku pernah dapat komen dari Whatsapp ada orang tu kata aku ni penghibur. Tang mana aku ni hiburkan hati diaorang pun tak tahu la. Tapi tak apa la kan janji terhibur daripada terluka.
Aku ni nak kata susah move on pun tak juga tapi aku ni jenis ingat sampai mati. Aku pun tak tahu kenapa. Kadang aku sendiri pun pelik. Aku bab belajar asyik fail je tapi bab ingat orang or sesuatu perkara tu mudah sangat. Oh ya lagi satu dulu orang kata aku 'mudah melatah' tapi aku akui la memang pun cuma sekarang ni aku melatah lain. Melatah yang opocot tu.
Mudah melatah tu maksudnya benda2 yang macam kita cepat react. Kalau ada orang buat aku tak suka aku buat muka or aku apa2 la yang sepatutnya. Aku dulu cepat melenting. Tapi sekarang tak kot maybe aku dah belajar muhasabah untuk lebih tenang dan fikir positif. Eh tapi kadang aku selalu juga fikir negatif, tapi negatif yang sepatutnya la.
Okay disebabkan tajuk aku hari ni entah apa so aku pun entah apa2 je menaip. Actually masa aku PKPB sorang2 dekat rumah sewa ni aku mula tekan2 keyboard yang aku beli masa aku sekolah menengah dulu. Kononnya nak main keyboard tapi tak ada bakat. Tapi tak apa la aku belajar dekat youtube je slow2 aku pandai tekan and hafal beberapa lagu.
Lepas tu perancangan aku macam perempuan lain nak workout untuk turunkan berat badan sebab aku rasa berat mata memandang berat lagi kaki aku yang menanggung berat badan aku ni haa... aku sendiri pun takut tengok aku macam bukan aku je. Ye la aku workout demi kesihatan aku untuk masa hadapan. Aku bukan nak ejek orang badan besar ea...sebab aku pun besar juga cuma takde la besar sangat. Sedang2 je...hahahahaha cakap tengok diri sendiri boleh la tapi kalau dibandingkan dengan orang lain memang aku kelaut la.
Lepas ni aku nak kembali belajar bahasa korea dan bahasa thai yang aku tinggalkan 5 tahun lepas. Aku nak cantikkan semula tulisan aku untuk aku tahu yang aku boleh. Walaupun speaking ke laut aku tak kisah janji aku kenal huruf and boleh ingat perkataan melalui huruf bahasa hangul (korea) dan n\bahasa thai.
Aku sedar sebenarnya aku harapan keluarga dan aku telah menghampakan keluarga aku dengan hala tuju aku yang entah apa2 sebab sekejap aku ni nak jadi usahawan, sekejap lagi nak jadi cikgu lepas tu nak jadi penulis la, nak jadi macam2 la. Haiiii...takkan tak tahu kita punya cita2 banyak hahahaha. Macam nak buat semua tapi tak mampu. Aku percaya apa yang Allah bagi tu adalah yang terbaik untuk aku pada masa hadapan.
Aku ada harapan untuk jadi cikgu cuma 1 tahun sahaja lagi sebelum umur aku 35 tahun sebab kalau lebih dari 35 tahun aku tak dapat jadi cikgu dan mungkin masa tu aku nangis dalam selimut sebab mengenangkan cita-cita aku yang tak kesampaian. Tapi dalam masa yang sama aku suka bab keusahawanan. Darah usahawan dah mengalir dalam diri aku sejak aku kecil lagi.
Entah la... Aku yakin apa yang Allah beri pada aku di masa akan datang nanti adalah yang terbaik untuk aku dan aku takkan pertikaikan takdir Allah nak bagi pada aku. Aku redha. Nak lawan takdir pun kita tak tahu apa yang Allah nak uji kita dimasa akan datang. Takpe la kalau tak jadi cikgu betul2 aku jadi cikgu untuk anak2 aku je la nanti.
Kalau takdir aku tak ada anak aku jadi cikgu anak2 sedara aku je la. Mungkin itu yang lebih baik. Siap kita untuk menidakkan kuasa Tuhan kan. Pengalaman tu kan mengajar kita. So, aku tengah belajar la ni. Buat family aku di luar sana, harap bersabarlah dengan seketul manusia yang bernama Nurul Wahida Sarbani.
Terima Kasih Allah
No comments:
Post a Comment