engkau boleh !!

Sunday, November 22, 2020

Trip to Boracay Island - 2nd Day

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

12.8.2016

Pemandangan dari atas bumbung hostel tempat penginapan Wida. Tengok awan sana tu gelap ya ampun


5.00 am - Solat subuh
7.00 am - Seawal pagi ambil sarapan. Tengok cuaca samada sesuai atau tidak untuk keluar dari hostel dan melakukan aktiviti.

Dapur terbuka dekat hostel 


Petugas dekat hostel tu nama George


Wida suka cara penyediaan breakfast yang simple dekat sini. Ada microwave, heater dan pembancuh kopi tu apa namanya? Ada sedia air suam dan air masak.


Untung la pergi sarapan awal-awal dapat makan makanan first yang dihidangkan. Ada seorang pekerja perempuan yang tolong serve kan makanan dan tolong buatkan omelette untuk Wida dan kawan Wida. 


Wida saja breakfast awal sebab lepas solat subuh malas nak tidur lagi, jadi Wida dengan Haida tinggalkan Biha dan Akma dalam bilik bagi diaorg rehat-rehat dulu.


 Rajin betul kawan Wida yang sorang ni
Nama dia Haida


Kecil je pantri diaorg tapi semua ada. 


Selang beberapa minit Wida dengan Haida breakfast tu Biha dengan Akma pun tiba. Maybe sebab diaorg cari kami takde dekat bilik.


Kurang sedap. Patutnya bawa sup cendawan dari Malaysia yang paket segera tu. Korang nanti bawa la Sup Cendawan Kimball ke dan yang sekutu dengannya.


Sarapan pagi Wida yang simple tapi kenyang 


Makcik depan Wida ni pernah bekerja di Malaysia. Mula2 tu Wida senyum2 je dengan Makcik tu sebab dia say good morning pada Wida. Tiba2 dia tegur sambil tunjuk2 makanan Wida, Briyani briyani. "Eh ea macam mana makcik ni tahu". Dia senyum terus cakap "before this i work at Malaysia" bahasa dia simple dan Wida faham. Wida pelawa dia makan juga tapi dia geleng kepala dia cakap aku lebih memerlukan nasi. Hahahaha segan aku beb.


Semangat sikit nak sarapan ramai-ramai

 
Nampak ketara sangat roti yang rentung dengan tak rentung. Asal 
9.20 am - Rest dlm bilik sebab hujan turun pagi tu. X syok kan travel mcm ni klu hujan sentiasa.
10.05 am - Apa lg sambung tidur la. 
10.35 am - Dalilya dgn suami dia sampai kat MNL Hostel utk lepak dgn kami. Dia ni rajin tau b'jln x kira masa.


11.58 am - Solat zuhur dan makan tengahari. Lps makan ala kadar buat alas perut si Ferd bagitau ada kedai makan halal stall no 18 kat D'Talipapa. Apa lg teruja la.



12.45 pm - Gerak pergi Budjet Mart at D' Mall. Jln2 kat kawasan sekitar tepi pantai konon nk cari boat utk jln2 kt laut.


2.10 pm - Menuju ke pantai dekat dgn MNL Hostel. Kalau tau dkt kami jln kaki je tak payah naik tricycle. Rupa-rupanya pusing situ-situ je tak jauh mana pun. Nama pun pulau kannnn


2.15 pm - Lepas deal dgn org yg kami jumpa di pantai td kami jalan2 ke tempat lain. Sementara cuaca okay ni kami pun meronda-ronda kawasan berdekatan. Tak tau la nak kata dekat mana sebab pusing-pusing situ je tempatnya














Pengalaman Wida sepanjang di Boracay Island tu Wida nampak takde jalan tar yang macam dekat Malaysia. Jalannya berlopak sana sini. Lecak air tu tak ke mana sebab Wida pun tak perasan longkang. Macam tak ada perparitan air mengalir gitu. Tapi Wida tak kata tempat tu kotor ok.



Hari ke dua ni takde niat nak beli apa-apa just jalan sekitar kawasan




Wida perasan dekat tempat ni macam mewah-mewah gitu. Bersih pun bersih jugak la



Ambil udara segar petang-petang dekat tepi pantai yang memang ramai pengunjung. Pantai dekat sebelah sini bersih. Ramai sangat orang Korea dekat situ. Tapi serius cakap dekat pantai yang sebelah sini angin dia kuat banget guys siap ada macam jaring-jaring buluh tinggi gitu. Penghadang angin gitu. 





Bersambung...

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :