Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Dah lama sebenarnya nak story pasal pergi Pulau Boracay di Kalibo ni tapi asyik tertangguh je. Dekat mana pulau tu?? Pulau ni sebenarnya terletak di Negara Filipine. Cuma mengambil masa selama 3 jam 45 minit menaiki kapal terbang. Seingat Wida takde la lama mana pun.
Ini adalah ringkasan Wida punya perbelanjaan dari awal. Harga tiket murah sebab musim tengkujuh di Boracay (Seeloknya ambil tahu dulu cuaca dan musim apa ditempat yang kita nak lawati). Kalau musim panas lagi mahal tiket boleh cecah RM300 sehala.
Tiket Return AirAsia KL - Kalibo - KL = RM150
Tiket Return AirAsia JB - KL - JB = RM58
(x termasuk cas banking, insuran dan bagasi)
Makan Dlm Flight Pergi - RM15
Makan Dlm Flight Balik - RM12
Tempat Penginapan -RM155 (5D4N)
10.08.2016
9.20 PM - Tiba di Senai International Airport
9.20 PM - Check in
10.00 PM - Berlepas ke KLIA2
(Flight terakhir dari Senai, JB)
Disebabkan tiket flight ke Kalibo (Boracay) pada waktu pagi, maka Wida ambil keputusan untuk bermalam di KLIA 2 dan bergerak awal dari Johor. Wida tak berani nak ambil risiko kalau ambil tiket flight subuh dari Johor. Mulanya nak buat macam tu tp cuak pulak kalau2 flight delay. Banyak kemungkinan boleh terjadi.
Disebabkan tiket flight lebih murah jika dibandingkan dengan tiket bas maka Wida pilih untuk naik flight. Murah pun murah, senang sebab terus sampai ke airport. Kalau naik bas dah makan masa 4 jam atas jalan. Belum lagi nak berjalan dari tempat bas ke airport. Alah senang memang naik flight je la.
Berdasarkan pengalaman Wida, kalau nak rancang perjalanan macam Wida ni better check dulu harga tiket dari airport berdekatan dengan tempat anda dan harga tiket bas. Bandingkan kedua2nya. Andai kata ada family or kawan hantar dari rumah okay la senang kerja. Ini Wida share kalau yang duduk jauh macam Wida ni.
Budak hitam ni sorang2 pun jadilah...dah terbiasa.
Macam biasa sorang2 dari JB, Wida terus cari seat Wida. Dan macam biasa juga selalu kena duduk seat B (tengah) dan duduk dekat dengan sayap.
55 minit sahaja penerbangan dari Senai, Airport ke KLIA2.
Wida ni kan ala2 peramah so, Wida senang dapat kawan. Kebetulan sebelah Wida ada student UTM Skudai yang nak pergi ke Krabi. Apa lagi, Wida sembang je la dengan dia. Sembang punya sembang dengan beraninya Wida cakap dengan dia nak stay sama2 sepanjang malam tu kat KLIA2. Dia pun sporting cakap OK. Takde salahnya lagipun sama2 perempuan. Perkara macam ni tak payah nak malu.
Dia pergi dengan kawan2 dia satu universiti so, Wida join la dia dengan kawan2 dia. Nama student master sebelah seat Wida tu Najihah. Hampir semua kenalan Najihah tu Wida kenal dalam masa satu malam tu je, sampaikan kawan2 Najihah fikir yang Wida ni salah seorang antara geng diaorang yang nak pergi ke Krabi.
(Lain no muka aku)
Diaorg alas perut, katanya dari UTM tadi tak sempat nak makan. Wida join sekali tapi tak makan la sebab dari rumah tadi dah makan kenyang2. Wida tak sempat tukar no fon tapi kami friend kat Insta. Senang je tak susah mana pun. Kalau malu makanya sorang2 la Wida kat airport tu. Nak minta someone teman tapi dia kata tak tahu jalan la, banyak sangat alasan. Its ok never mind.
Sementara menunggu mereka alas perut makan KFC, diaorg pun sebenarnya menunggu kawan2 diaorg yang lain. Semua berkumpul di KFC senang sikit. Kemudian, lebih kurang pukul 12 lebih malam macam tu, kami semua menuju ke surau yang berdekatan. Rehatkan diri katanya. Wida pun ikut je memandangkan semua kawan2 Wida takde lagi kat airport.
Wida ambil keputusan untuk tidur sampai ke subuh. Tapi Wida pastikan beg Wida sentiasa ada bersama Wida dan kalau boleh peluk la beg tangan tu, barang berharga simpan dalam poket atau tempat yang tersembunyi bukan ditempat yang senang orang nampak. Handphone pun simpan ditempat yang selamat. Orang yang panjang tangan ni memang selalu je sempat nak mengambil hak milik org.
Pastikan juga pakai baju yang tebal sikit sebab sejuk beb. Kalau ada sweater lagi bagus. Pakai la stokin yang selesa dan panjang. Lagi satu boleh juga guna apa2 kain yang boleh dijadikan selimut untuk menutupi badan kita. Tak la berlipat badan tu sebab kesejukkan.
- Selamat Malam -
-----------------------------------------------------------------------
-Selamat Pagi -
11.08.2016
6.00 am - Solat Subuh di surau tingkat 2 KLIA2. Sebelum subuh geng Krabi dah gerak keluar dr surau utk check in dan pergi ke balai perlepasan. Wida bg cadangan supaya diaorg gerak awal takut lewat memandangkan flight diaorg subuh.
6.30 am - Wida tinggal sorang2 dah, sementara tu siap2 nak keluar dr surau. Bg laluan pd org lain nak solat.
7.15 am - Wida cari port nak lepak sambil tunggu geng Boracay yg lain. Niat hati nak cari soket utk cas handphone memandangkan Wida takde power bank. Round sorg2, lastly Wida nmpk ada soket kat tepi starbucks.
8.00 am - Haida & Biha jumpa Wida kat tepi Starbucks tengah tidur sambil cas fon. Siap diaorg berdua ni gelakkan Wida tertidur kat situ. Beg la jd bantal tidur Wida. Sedang Wida bersalaman dgn dua org geng tu, kami t'nmpk plk si Nabil Penadol tengah gelak2. Seolah2 menarik perhatian kami. Tapi takpe la ikut suka dia la nak buat apa.
8.35 am - Dftr masuk m'mandangkan Ferd dh check in kan. So, Wida pergi ke kaunter just minta re-print tiket je. Sblm jumpa Haida & Biha, Wida dah pergi print dulu sbb nak masuk awal takut tetiba nak cerry berry ke apa2 la. Selalunya Wida ni kecut perut kalau nak kemana-mana.
Maaf bergegar gambar sebab diaorg jalan laju sangat
9.00 am - Wida sempat beli roti, biskut dan gula2 utk bekalan. Kwn Wida bawa makanan dlm tin. Nsb baik lepas sbb kata pegawai tu kami pergi negara yg susah dapat makanan halal.
Dulu geng Korea sekarang jadi geng Boracay pulak.
10.35 am - Kami bertiga terpaksa gerak awal dan tunggu geng lain di Gate L3. Flight AK 0609
Wida bawa bantal tiup je ni senang nak simpan. Jangan tiup kembung sangat tau sebab bila dah atas awan tekanan udara rendah boleh jadi meletop pulak bantal tiup tu. Tiup ala2 je.
Ok dah dapat seat tapi kecewa sikit sebab bukan kat tepi tingkap. Selalu sangat kena duduk kat bahagian tengah. Dah la rasa tersepit.
10.45 am - Berlepas dr KLIA2 ke KALIBO Filipines.
2.48 pm - Alhamdulillah selamat tiba di Kalibo Airport. Kecil je airport diaorg. Kata Biha mcm Langkawi je sbb keliling airport tu sawah padi. Dapat dirasakan bila jejak je tayar atas landasan tu terus rasa macam break mengejut.
Laluan keluar dari Kalibo International Airport
3.00 pm - Keluar dr Airport terus nampak orang panggil utk ambil pakej yg mereka tawarkan. Kami steady je tgk dr jauh. Mana yg harga bawah dr tawaran yg dibuat kami terus menuju pd org tersebut. Harga boleh nego sebenarnya tgk pd kebijaksanaan korg nk jimat. Itu pun klu dpt yg murah untung la.
Dekat pagar kuning tu diaorg ada menawarkan pakej2 kenderaan dari Airport ke Jeti
Sudahnya kami pergi pada kakak ni, lagipun dia yang excited panggil kami. Lepas deal dengan kakak ni dan nego harga kami pun bersetuju.
3.10 pm - Bergerak je Jeti naik van. Kami 7 org semua sekali dah tu tambah 2 org lagi bdk pmpn dr Malaysia jgk. Jauh perjalanan kami lbh kurang 2 jam. So, kalau nak tidur sepanjang p'jalanan pun sempat. Wida x tidur sbb dh tidur dlm flight. Wida lebih suka tgk pemandangan.
Selesa juga la naik van ni, aircond pun terasa sampai kat tempat duduk belakang
Driver kami sepanjang perjalanan dari airport ke jeti pergi dan balik
Tiba2 datang seorang Tour Guide nama Barbie. Dia bagitahu pasal perkhidmatan dia untuk kami sepanjang kami di sana nanti. Siap tanya kami duduk kat mana. Dia okay sebenarnya dan dia pernah tunjuk pd kami ramai pelancong dari Malaysia yang dia dah bantu. Tapi maaf la group kami tak berminat nak berkerjasama dengan dia. Sekian terima kasih.
Wida sempat snap pic ni dari tempat duduk belakang. Ada no tel kat situ
3294385
Van ni la kami gunakan untuk pergi dan balik. Pd pandangan Wida korang kalau nak pergi Boracay tu korang deal la dengan pemandu van yang korang naik supaya mereka boleh ambil kamu semula dan hantar ke airport. Nanti mereka akan tanya nak balik semula ke Malaysia hari apa dan pukul berapa. Confirm2 mereka akan tunggu kat jeti. Itu lebih selamat daripada takde van langsung masa kat jeti.
Wida naik van ni yang selesa dan dia pemandu yang berhemah juga la Wida rasa sepanjang perjalanan yang berliku2 sebelum sampai ke jeti Boracay tu.
Wida belanja sikit gambar diluar airport
Gini la situasi di luar airport
Ok jom tengok apa yang ada di sepanjang perjalanan Wida ke Boracay Island
Pam minyak
Ini baru suku jalan belum terasa lagi jalan berliku-liku
Polis trafik dekat sana sempoi je pakaiannya tapi dia punya kerja tip top lancar je perjalanannya.
Di tengah kesesakkan jalan Wida sempat snap benda alah hitam tu
Hujan renyai sepanjang perjalanan. Alhamdulillah lancar je perjalanan kami cuma ada sesekali berhenti di satu dua tempat bagi memberi laluan kenderaan lain.
5.16 pm - Tiba di jeti. Beli tiket.
Van yang Wida naik terus turun kan kami di kawasan jeti ni. Wida and the geng beratur untuk buat pembayaran. Beratur buat pembayaran sorang2 sebab semuanya takde duit kecil. Nak senang dapat baki bayaran kami beratur dan buat bayaran sendiri2. Lagi pulak masa kami sampai tu takde ramai orang. Alhamdulillah dipermudahkan.
Terminal Fee : 25.00 Peso
Environmental Fee : 75.00
Macam ni la bentuk resitnya. Ada dua keping, satu keping dia akan koyakkan masa kita nak naik bot ke island. Tengok la kat mana ada pegawai yang akan koyakkan tiket tu. Wida ikut je laluan orang lain jalan. Follow je orang2 yang ada disitu.
Lepas buat pembayaran kat kaunter tadi make sure korang akan dapat dua kertas ni tau.
Yang ini kena isi laju2 dan seingat Wida akan diserahkan semasa turun dr bot bila sampai ke jeti island tu. Wida ni tak ingat sangat bab ni (banyak minum air ada semut agaknya tu pasal lupa)
Sediakan pen dimana2 sahaja sebab nak kena isi form pada Passengers Data Sheet,
balik semula pun sama juga ada kena isi form lebih kurang macam ni.
Gini la jeti yang kami tiba lepas turun dari van tu. Lupa pula nama jeti ni. Walhal tak ambil tahu pun nama jeti ni hihihihi
Sini la laluan nak naik bot tu...takde la jauh sangat...
Tengok langit gelap je. Mula2 cuak jugak. Khuatir kalau tak dapat naik bot menuju ke pulau.
Korang jangan nak berangan pakai kasut bertumit ke apa ea nanti terbenam tumit tu dalam lubang kayu tu. Siapa nak selamatkan? Jatuh bangun sendiri. Wida pun mengigil lalu sini. Keriut2 bunyi kayu tu bila dipijak. Masa tu baru terfikir nak pakai sandal. Boleh je pakai selipar tapi mesti la yang bersesuaian jangan la selipar yang tali satu takut putus hahaha
5.35 pm - Naik bot menuju ke Boracay Island.
Kat sini rasanya diaorg kutip kertas tu tadi. Aduh tak ingat pulak. Akan ada banyak bot2 yang tersedia so, mana yang ada kosong tempat duduknya diaorg akan suruh kita naik bot tu.
Naik bot sampai cukup penumpang baru la bot bergerak. Selagi tak cukup, rasanya bot takkan gerak
Boleh tahan banyak juga bot dekat jeti tu. So, tak payah risau takde bot janji ada tiket.
Selamat Tiba di Cagban Jetty Port
5.45 pm - Alhamdulillah sampai di tanah Boracay Island.
Begini la rupa kawasan jeti Boracay Island
Masa tiba di jeti ni rasanya baru lepas hujan kot sebab nampak ada lecak2 tu. Wida siap pilih2 jalan lagi nak lalu di mana. Sayang kasut takut basah. Kalau tau tadi siap2 tukar selipar.
Ini la tricycle yang kami naik 7 orang. Perghhh pecah perut kami bila semua naik sekali gus dengan berat beban beg lagi. Adoi...memang kami gelak je sepanjang perjalanan. Muat pulak tu walaupun berhimpit-himpit antara satu sama lain.
5.48 pm - Naik tricycle menuju ke MNL Hostel.
6.07 pm - Sampai di MNL Hostel
6.11 pm - Check in hostel
Lupa buka lampu harapnya nampak la ya
Ruang untuk cas fon. Tapi macam biasa la kena guna international plug
Wida pinjam Haida punya sebab Wida tak beli
Ada ruang untuk letak beg dan makanan
Lebih kurang macam ni la suisnya. Saja nak tunjuk
6.24 pm - Stay dlm bilik sebab hujan lebat smpi pukul 7 lebih. Nasib baik sempat sampai kt bilik kalau tidak beg pun basah.
Aircond antara kemudahan yang ada di bilik kami.
Ada banyak tempat penyangkut
Ada kipas. Sejuk banget. Kipas ni sesuai untuk kegunaan yang duduk dikatil bahagian atas.
Ini katil Wida. Kat bahagian atas. Pekerja kat kaunter tadi dah tetapkan katil yang mana satu, dia beri kami dua katil atas dan dua katil bawah. So, Wida pilih katil yang atas.
7.06 pm - Solat jamak maghrib & isyak. Dpt berita dr Dalilya & Izzat, tmpt p'ginapan diaorg banjir dilaluan masuk. Dah la pasangan pengantin tu sesat sbb pemandu tricycle tak tahu jln ke tmpt penginapan diaorg kesian btl. Lmbt diaorg smpi. Kami plk dh nk mkn mlm.
7.30 pm - Makan maggie cup alas perut. Makan dlm flight td awl sangat. So, dh lapar semula.
7.45 pm - Hujan berhenti. Lepas mkn kami dah janji dgn Ferd utk keluar. Katanya nak jumpa Barbie (tour guide) yg kami jumpa di Airport Kalibo siang td. Ferd ni tak sama tempat penginapan kami berempat. Termasuk la pasangan suami isteri ni. Liya dan Izzat kami kenal di KLIA2 termasuk la Ferd dan Akma. Tapi sebelum jumpa di airport kami dan bersembang di dalam Whatsapp group.
8.39 pm - Keluar dgn Barbie kat kedai makanan arab (Kingdom of Boracay)
Ini antara pakej yang ditawarkan kepada kami daripada tour guide. Maka kami ni bukan la banyak sangat bajet untuk buat semua aktiviti tu. Sekian terima kasih.
Kawan Wida ada buat survey sendiri dan dia kata boleh dapat harga lagi murah dari harga yang ditawarkan. Kami tolak dengan cara baik.
Lepas kami tolak dengan cara baik tu, kami pun berpecah. Tak gunakan khidmat tour guide. Bergerak sendiri lagi bebas rasanya. Boleh pilih mana sahaja pakej tanpa mengira waktu. Dah kalau ambil pakej yang diambil tiba2 hujan la takkan nak ambil risiko. Lagi pula kami semua santai2 je. Taknak rushing sangat sepanjang di sana.
Melainkan kalau percutian 3 hari 2 malam macam geng yang satubilik kami tu. Mereka memang buat perancangan dengan teliti dan sangat2 mengira tentang bajet yang mereka ada. Kami ni kira2 juga la tapi tak sampai la nak menghadkan semuanya. Ada cover duit juga bila terdesak. Kat sana Wida tak nampak ATM pulak. Yang Wida nampak money changer ada la.
9.50 pm - Jalan sekitar pantai D'mall sambil survey2 apa yg ada.
11.05 pm - Dah balik bilik dgn Biha & Akma sbb kami terpisah dgn Ferd, Haida, Dalilya & Izzat.
Itu la gara-gara tengok mak nyah menari sampil buat persembahan api kami terpisah dek orang ramai yang mengerumuni. Maka nak cari semua tak boleh nak whatsapp. Dah tu Wida, Biha dan Akma sesat pulak tu. Sampai kami kena redah air banjir dekat lorong2 yang tak diketahui.
Bersambung
No comments:
Post a Comment