engkau boleh !!

Monday, January 23, 2017

Hello Mr Perfect - Kebolehan

Assalammualaikum & Salam Sayang


Sorry la asyik tertaip story psl diri sendiri and Pakcik je. Kami berkenalan dlm fb dan berkawan seperti biasa mcm kawan2 dlm fb tu. Sebelum ni aku ada tulis entry 'Hello Mr Perfect -Rajinnya' yg ckp psl lelaki boleh buat kerja2 yg pmpn buat. X kisah la apa2 mcm rajin mengemas ke, membasuh atau bertukang (ada pmpn yg reti bertukang).


Alkisah Pakcik ni yg aku tau dia boleh mengecat. Ada satu hr tu dia bgtau aku dia penat. Aku tanya buat apa sampai penat. Dia kata mengecat. Ok 1 point dh terkumpul. Pakcik ni reti mengecat. So, aku dah terfikir jika jodoh aku dgn dia maka ada la aku geng nak mengecat. Kalau tak aku mengecat sorang2 seperti kat rumah aku ni.


Alang2 berkawan dan berkenalan kalau ada jodoh aku on je. Kalau seseorang tu boleh dipertimbangkan cara dan gayanya aku okay je. Ye la kan bercinta 10 tahun pun belum tentu bersama apatah lagi aku ni yg tak pernah bercinta langsung. Kuno and jakun kan aku ni. Pd org lain mungkin biasa cinta2 ni tp maaf la aku tak terpilih utk sama mcm org lain.


Disebabkan takde lelaki yg whatsapp dgn aku selain Pakcik tu maka aku layan Pakcik tu sorg je la. Xde halangan dr sesiapa. Pakcik ni pun kalau cuti tak kerja dia mengemas rmh a.k.a bilik sewa dia. Wah point ke 2 ni. Pd aku okay la dia drpd adik aku tak mengemas langsung. Huhuhu kutuk adik sendiri. Ye la sepender dia masih lg aku yg basuh. Tp nasib baik dia bekerja.


Bercakap pasal mengemas rmh tu adalah menjadi kelemahan aku. Aku bukan tak reti mengemas tp aku alahan pd habuk. Kalau bab susun atur atau kreativiti tu aku boleh lagi tp kalau menyapu aku memang tak boleh kecuali aku guna vacum. Kalau vacum senang, sedut je tak payah nak kumpul2 habuk. Klu nak mengelakkan habuk pun aku pakai mask.


Betul kami tak bercinta. Emm...mcm apa je ayat aku ni. Entah la nak kata cintan cintun sgt pun takde rasanya. Tapi masing2 faham2 sendiri je kot. Kalau ada jodoh ada la kalau takde maka kami berkawan je la.


Aku sebenarnya ada niat di dahulu kala, klu nak bercinta ni biarlah lelaki tu yg sudah menjadi suami sendiri. Bak kata org bercinta selepas nikah. Nak buat mcm mana dah selama aku hidup takde org yg sudi bercinta dgn aku. Hahaha tak laku...agaknya selalu sgt nyanyi lagu indonesia tu yg ada perkataan "ku tak laku2" terus la tak laku.


Aku ni jenis ikut je arus malas nak lawan arus. Kalau arusnya kuat maka laju la pergerakkannya dan kalau arusnya tenang je maka takde la berkocak sangat. Mcm tu jgk la hubungan aku dgn Pakcik ni. Pakcik ni kalau dia nak sembang dia muncul kalau takde topik dia senyap je. Aku pulak kalau org xde nak berbual aku pun malas la.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :