engkau boleh !!

Thursday, September 7, 2017

Rezeki Tak Datang Bergolek

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Lama benar Wida tak menaip setelah tamat pengajian. Kepada Doktor yang selalu stalker Wida punya blog ni, Wida ucapkan terima kasih. Mesti Doktor baca kan entri saya yang terbaru ni lepas itu Doktor komen dengan menghantar SMS pada saya (perasan). Apa pun, Wida doakan moga Doktor sihat selalu kalau Doktor terbaca entri saya ni. Doktor kan dah ada handphone canggih, apakata Doktor Whatsapp je saya, so jimat sikit kredit Doktor. Itu pun kalau Doktor ada nak komen tapi kalau Doktor taknak komen 'tak apalah, terima kasih lah'.


Ok abaikan mukadimah yang di atas tu. Saja je Wida nak berbasa basi.


Menurut perhitungan dan kiraan Wida, dah 2 tahun Wida tak ada pekerjaan tetap. Means macam penganggur la kononnya walaupun ada buat kerja lain. Orang akan pandang kita ni bekerja apabila mereka nampak kita keluar pagi balik petang /  malam. Itu baru dikira bekerja. Kalau kerjanya menghadap handphone 24jam bukan kerja namanya. Itu diaorg gelar 'Dah Tak De Kerja'. 


Oppss!! Silap di situ. Ternyata itu adalah pandangan daripada sesetengah pihak. Pada yang memandang kedua2 belah pihak mesti mereka akan mengatakan yang sebaliknya. Tak kisah apa pun pandangan dan persepsi masing-masing janji tak susahkan kita.


Wida tak tahu nak story apa sebenarnya tapi yang pasti pasal rezeki la. 

Cerita Pertama
Ada satu hari, Wida disapa oleh seorang penjual roti yang menghantar roti di warung Abah Wida. Masa tu Wida sedang menyangkul (skema ayat Wida ni). Tengah best2 menyangkul tiba2 si penjual roti ni berhentikan kereta dia depan Wida. "Dik belajar tinggi2 sampai universiti, takkan kerjanya menyangkul je. Bila nak cari kerja?"

Amboi2 sesedap dia je cakap macam tu. Dia ingat belajar dekat universiti tu takde yang namanya menyangkul ke. Wida apa lagi berbasi2 la dgn penjual roti tu. "Nanti lepas kahwin dah ikut suami saya cari la kerja. Kenapa? bapak saya cakap dia dah tak sanggup nak menyara saya lagi ke".

"Memang saya belajar tinggi tapi ini hal rezeki saya. Saya bukan taknak bekerja jauh sekali tak cari kerja. Tapi belum rezeki saya berjodoh dengan yang namanya kerja". 

Si penjual roti tu apa lagi start kereta terus jalan. Mati akal dia agaknya nak berdebat dengan Wida. Tapi sebelum tu, Wida memang berhujah la dengan dia sampai Wida nak mengalirkan air mata masa tu jugak. Cangkul tu Wida tinggal gitu je depan laman rumah.

Sibuk2 je nak pertikaikan rezeki orang lain. Bukan dia yang nak cadangkan kita ni tempat orang yg memerlukan pekerja atau dia yang beri kita kerja, malah mengata kita pulak. Menyangkul pun rezeki jugak apa. Sebab Allah bagi kita kesihatan dan kita dapat manfaatkan masa utk pegang cangkul. Cuba la kalau nak cakap tu biar la yang positif sikit. 

Contohnya macam ni "Rajinnya menyangkul, kalau tak di cangkul rumput tu mesti tumbuh lagi panjang. Mudah2an lepas ni dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan. Sekarang ni cangkul2 dulu lepas ni duduk dekat pejabat ke atau jadi pengurus ladang ke". Sedap la sikit telinga ni dengar. Tambah lagi semangat nak ke hadapan. Ini tahu nak kutuk aje. Tak membina langsung.

Tak lama lepas tu, Wida berhijrah bantu tunang adik Wida menjahit. Wida tak balik rumah. Apa yang Wida perasan dekat warung abah Wida dah takde lagi roti dia. Semua yang abah jual dan beli adalah roti yg terjual dipasaran sekarang. Wida ada juga tanya abah Wida si penjual roti tu tak datang lagi ke jual roti? Abah Wida kata dia tak hantar lagi roti dekat warung abah Wida.

Sejak abah buka warung tu tahun 2002 kalau tak silap sampai la 2017 dia tak pernah miss hantar roti yang dia buat tu dekat warung abah. Tapi pasal rezeki punya pasal dia dah tak hantar lagi. Tak payah nak sangkalkan rezeki orang lain. Sekarang dalam sedar tak sedar Tuhan dah tarik rezeki dia dekat situ. Wida pun tak pernah nampak si penjual roti tu lagi. Terkesan agaknya dia dgn kata2 Wida.


Cerita Kedua

Wida pernah praktikal dekat satu institusi terkemuka di Parit Raja. Ada seorang pekerja ni dia selalu pertikaikan "kenapa nak praktikal dekat sini? kenapa tak praktikal dekat kilang kayu". 

Heloo!! apa masalah kau nak cakap2 macam tu. Dah aku buat praktikal di situ dengan kelulusan fakulti takkan aku nak sangkalkan. Ini namanya rezeki juga dan semua ini ketentuan Tuhan. Andai kata permohonan aku ditolak untuk praktikal di situ baru la namanya takde rezeki. Tapi Tuhan dan berkehendakkan sebegitu dan semuanya ada hikmah. So, aku go on je la.

Yang aku nampak pekerja ni selalu tak song dgn aku. Ada je yang aku buat nampak salah pada pandangan mata dia. Asal nampak aku je tanya kenapa aku praktikal dekat situ. Lama2 aku macam takde mood pulak nak berhadapan dgn dia. Dia pun selalu cari salah aku walaupun aku tak buat salah.

Sampaikan satu hari, aku kena panggil dgn bos aku dan bos aku tanya kenapa aku tak buat apa yang disuruh oleh pekerja tu. Sah2 la pekerja tu dah mengadu pada bos tentang aku. Memang tak la aku nak buat. Dia suruh aku lap sehelai2 daun pokok plastik dekat bengkel aku praktikal tu. Dia ingat aku cleaner ke? 

Kerja makcik cleaner pun aku buat la wey sebelum makcik cleaner tu masuk bersihkan bengkel. Cuma aku tak tunjuk je dekat pekerja tu. Buat apa nak menunjuk-nunjuk. Makcik cleaner tu siap cakap "sejak ada awak dekat bengkel ni, kurang sikit kerja makcik nak bersihkan". 

Memang aku tak puas hati tapi aku malas nak lawan, ye la aku cuma budak praktikal je. Aku sampai menangis tau dalam bilik bengkel tu, bila pekerja tu tengking aku sebab aku tak buat kerja yang dia suruh. Sudahnya lepas aku explain dgn bos aku, aku buat jugak apa yang pekerja tu suruh tapi bos aku tolong aku beb. Bukan lap sehelai2 tapi ambil spray gun, tembak2 angin je. Senang jimat tenaga. Dia tengok menjeling je siap hempas pintu.

Salah besar ke aku ni. Dia jaja cerita pasal aku dekat kwn2 bengkel dia sampaikan ada satu staf ni jelir lidah bila lalu depan aku. Walhal masa tu aku senyum dan angkat tangan bila nampak staf tu. Tak sangka staf yang aku kenal dan aku hormat sanggup jelir lidah pada aku. Nak dibandingkan umur staf tu dengan umur aku, staf tu lebih tua dari aku. Patut ke dia buat macam tu.

Semuanya aku luahkan pada mak aku. Dia je pendengar setia dan dia nasihatkan aku utk bersabar. "Tak payah balas, biar Tuhan yang balas. Lagi setimpal". Aku jadi yakin dengan diri sendiri. Lepas kejadian, aku kena tukar bengkel lain. Aku happy sebab student2 yang dtg bengkel tu semuanya baik dengan aku dan buat kerja bengkel sama2. 

Aku dpt panggilan supaya balik semula ke bengkel lama. Aku pelik jugak mula2 tu, kenapa aku kena handle bengkel sorang2. Tapi aku ikut arahan bos. Aku tak nampak pun kelibat pekerja tu. Bengkel sunyi sepi. Aku cuma disuruh angkat telefon dan jaga bengkel. Mula2 tu bos aku suruh duduk bilik pekerja tu supaya senang sikit nak angkat telefon kalau ada panggilan. Tapi aku malas la, aku duduk tempat lama aku dlm bengkel tu.

Masa dlm bilik tu aku perasan ada sesuatu dalam tong sampah. Tapi aku tak ambil port. Aku jumpa makcik cleaner yang selalu buat kerja dlm bengkel tu. Dia suka tengok aku dekat situ. Dia tanya juga mana pekerja tu aku cuma jawab tak tahu. Tiba2 ada sorang kwn pekerja ni yang aku kira dia baik sikit dr staf2 yang lain. Dia la bgtau aku pasal kes pekerja tu.

Tengah hari tu, aku suruh mak aku tengok apa dalam tong sampah sebab baunya macam hanyir2. Mak aku kata "ini darah ni...tapi darah yang entah dah beberapa hari dekat dlm tong sampah". Naik geli pulak aku rasa. Jadi ternyata betul la kata seorang kawan pekerja tu dia keguguran. 

Mak aku cakap "dia asyik nak pertikaikan rezeki kau praktikal dekat sini, tengok tu dia yang takde rezeki". Anak tu rezeki jugak. Tup2 Tuhan dah tarik. Itu antara dia dengan Tuhan la kalau dia sedar. Aku dah maafkan dia. Sama jugak dengan penjual roti. 

Itu semua Tuhan dah tunjuk depan mata aku untuk aku jadikan pengajaran dan pengalaman. Aku pun tak mengharap dia datang minta maaf dengan aku. Aku je la dalam hati dah memaafkan mereka. 

Mohon pada semua, agar kita berbaik2 sahaja la dengan sesiapa pun. Nak dengki2, nak jealous2 pun bukan kita dapat apa2. Silap hari bulan kita yang didengki ni la yang tolong dia. 

Yang aku ingat, sebelum aku tamat praktikal, pekerja tu masej aku cakap nak belanja makan. Angin dia dah baik kot. Aku layankan je la orang yang nak beri rezeki pada kita. Buat apa kita nak tolak rezeki kan. Tapi pengalaman tu memang aku takkan lupakan sampai bila2. Dan yang pasti keputusan KOMUNIKASI aku dapat C bos bagi pada aku. You know C. C tu dah paling teruk tau. 

Kalau C itu yang lebih membahagiakan dan memuaskan hati bos aku, takpe la aku redha. Allah maha mengetahui segala2nya. Tapi reputasi aku down la sikit. Semua tinggal kenangan. 

Terima Kasih Allah 


Sunday, April 9, 2017

Apakah Ini Dugaan Bertunang

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Aku terdetik untuk tahu apakah dugaan-dugaan sepanjang tempoh bertunang. Aku takde kaji tapi aku tengok dalam facebook je. Ramai diantara rakan2 aku dalam facebook tu dah bertunang, ada yang sudah berkahwin sejak dia announce yang dia dah bertunang dan ada yang masih merancang untuk bertunang berdasarkan daripada status post di fb.


Selalunya orang takkan bercerita apa asbab kenapa dugaan bertunang itu perlu ada. Ada org bertunang memang ada dugaan-dugaannya. Ada yang buat biasa je tanpa ada dugaan apa2. Itu semuanya urusan Allah.


Aku bukan mencari apa itu dugaan bertunang tetapi banyak perkara yg boleh dikaitkan dgn dugaan bertunang.

1. Kekasih lama hadir kembali
Boleh juga dikatakan dugaan bertunang. Samada lelaki atau perempuan. Mula mengenang kisah lama dan kenangan manis.
'Tanya sama pokok apa sebab goyang, nanti jawab pokok angin yang goncang'. Begitu la perumpaannya. Bertepuk sebelah tangan takkan bunyi jika tiada tangan yang lain menyambut tepukkan sebelah lagi tangan itu.


2. Hati berbelah bagi dengan pilihan
Boleh jadi juga dugaan bertunang. Jika ini yg berlaku, ambil la wudhu dan segeralah mengerjakan solat istikharah. Jangan buat hati dan perasaan pasangan tunangan kita sedih dan terluka dengan tindakan anda yg acuh tak acuh. "Jika dia bukan yang baik dan terbaik utk ku, kau jauhkan la hati kami dan hadirkan yg baik utk ku". Pada mulanya, masa bertunang rasa tak sabar tapi lepas bertunang rasa tercabar. Mana la tak tercabar, semua benda atau perkara boleh berubah sekelip mata.


3. Nawaitu
Niat kena betul. Jika salah satu dr pasangan kita niat yang tidak benar atau niatnya utk membalas dendam atas perempuan atau lelaki yang pernah dikenalinya dahulu membuatkannya menderita atau sakit hati, baik batalkan niat. Manusia sekeliling tak dapat baca apa niat anda bertunang dgn seseorg itu tapi ALLAH SWT Maha Mengetahui apa yg ada dilubuk hati anda.


4. Keikhlasan
Ikhlas ni buka sahaja kau bg sedekah dekat tabung masjid atau kat mana2 pun. Tapi ikhlas ni datang dari hati sendiri untuk menerima dan memberi. Ini tidak, bila dah bertunang keikhlasan pun tak ada. Tak ikhlas utk tanya khabar melalui Whatsapp, Calling or apa2 lagi apps la yg ada termasuk yg paling popular FB.

Ikhlas ni bukan shj terima seseorg pasangan itu dgn seadanya. Tp ikhlas tu terpamer di wajah anda dan turun ke hati. Ini tak, konon tak dpt jumpa tunang sebab jauh dan sibuk dgn komitmen bekerja tapi bila jumpa pamerkan muka penat, senyum pun tak ada. Seolah2 kau tunjukkan expresi wajah tu dgn kepenatan mencari duit utk kahwin.

Kalau kau rasa terbeban dgn mencari sumber kewangan demi menghalalkan tunangan kau utk menjadi isteri mungkin disitu kau patut fikirkan semula. Apabila kau mengahwini wanita itu adakah engkau akan rasa terbeban untuk membeli barang dapur di rumah, memberi makan dan keperluan lain si isteri.

Kau pulak menganggap si isteri sebagai beban. Silap disitu...Allah telah sediakan rezeki untuk org yang berkahwin. Asyik fikir nanti dah kahwin nak duduk mana nak makan apa nak itu nak ini. Perempuan pun sama jgk dua kali lima.

Asyik sangat memikirkan masalah dan pasangan itu sebagai masalah apabila sudah berkahwin, memang sampai bila la tak habis. Cuba selesaikan atau tukarkan masalah itu kepada perancangan masa hadapan. InsyaAllah Allah tunjukkan jalannya.
Tapi kalau pasangan kita taknak berbincang atau dia ikut kepala dia je baik tak payah kahwin. Patutnya dua otak yang bergabung dpt hasilkan idea yang bernas tp kalau sebaliknya KAU FIKIR KAU SIAPA???


5. Hati berubah sebab jumpa org lain
Jumpa orang lain ni tak kita la apabila dekat atau jauh diri anda dengan pasangan. Ianya dari hati anda sendiri. Tak payah jauh nak berlaku hanya di hujung jari sahaja pun boleh terjadi melalui handphone anda yang serba canggih. So, anda rasa patut ke anda yang sudah melangkah ke satu ikatan pertunangan tetapi tidak menghargainya. Soal dia jodoh anda yang sebenarnya atau tidak itu semua Allah yang aturkan. Kita hanya mampu berdoa.


6. Hargai pasangan
Kenapa kena hargai pasangan? Tak kira sesiapa pun kita sebenarnya perlu menghargai antara satu sama lain samada benda hidup atau benda yang tidak bergerak. Kita pun perlu hargai handphone kita, cuba anda saja cakap2 "nanti nak beli fon baru la yang lebih tip top". Nahhh esok fon anda yang sedia ada tu terus merajuk. Kalau tak rosak, mesti hilang tak pun tiba2 terformat dgn sendirinya. See...

Walhal fon kita bkn ada perasaan pun nak menangis ke atau tak tapi Allah maha mengetahui semuanya. Itu baru fon belum lagi manusia.

Kalau dpt pasangan yg selalu Whatsapp tolong kejutkan bgn pagi, sepatutnya bersyukur bkn nya perli "tak tahu ke org ngantuk dan penat". Untung org tu nak kejutkan, mana tau kau tak bangun sampai bila2. Rupanya kau dah meninggal.

Kalau pasangan yg jauh di mata cuba la rapatkan dihujung jari melalui pesanan ringkas. Jgn anda langsung tidak pedulikannya. Baik kau kawan je daripada kau ikat dia dgn tali pertunangan.

Habis tu kalau kau outstation nanti lps kahwin kau tak tanya khabar apa2 tau2 je kau balik nanti hanya tinggal nama. Selamat tinggal sayangku.

Oh ya lagi satu tak nak banyak. Kalau menghargai itu bukan hanya memberi hadiah. Cukup juga utk mengucapkan terima kasih. Tak kisah la apa pun yg dia lakukan utk kita, ucapkan la Terima Kasih. Hanya dgn dua perkataan itu ianya boleh digantikan dengan penghargaan kp seseorg.


Nanti kalau ada lagi aku taip la. Tak terlintas pula di kepala ni. Sekian terima kasih. 



Sunday, February 19, 2017

Special Gift Siapa LIKE Pic Wida

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Wida first time pergi Sarawak seumur hidup itu pun masa dah bergelar mahasiswa. Sebenarnya tak plan pun cuma mak Wida ada pernah sebut nak pergi jalan2 ke Sarawak. Ngam2 mak bgtau Wida tu Wida terus check tiket dan ada pulak tiket murah, apa lagi terus beli la. 


Wida pilih penerbangan tu masa Wida cuti semester seminggu. Berdua je kami pergi jalan2 tu, ahli keluarga lain semua kerja. 

Bila dah sampai Sarawak teringat pulak pada kawan2 kat semenanjung maka tercari2 la apa yang best untuk mereka. Nak bagi kek lapis den tak mampu so, Wida pergi Serikin dan terjumpa la keychain yang cantik2 ni. 




Banyak2 kedai yang ada di sana Wida nampak satu kedai ni ada jual keychein dengan harga murah. Apa lagi memborong la Wida kat sini.

Mulanya tak tahu nak bagi siapa tapi tergerak hati nak bagi pada kawan2 yang suka like pic Wida di facebook. Bila lagi kan nak bagi. Ini kali la. Siap tulis nama diaorg lagi. Special la tu kan.


Ini paling special sebab dalam banyak2 bentuk Wida pilih ada bentuk arnab. Wida pun sebenarnya ada letak nama Wida sekali untuk kenangan Wida sendiri. Tak sangka pandai betul tukang buat tu pilih kan nama Wida dan tulis pada bentuk arnab ni. Maklum la saya lahir tahun arnab, terus Wida suka sepanjang perjalanan.





Balik UPM terus packing cantik2 untuk kawan2. Mana2 yang lain tempat Wida pos je senang. Tinggal minta alamat mereka je.





Ini la antara bentuk2 keychain yang Wida beri pada kawan2. Ini pic yang diaorg beri pada Wida selepas Wida dah beri pada mereka.

Tak susah nak happykan kawan walaupun jauh :)

Monday, January 23, 2017

Hello Mr Perfect - Kebolehan

Assalammualaikum & Salam Sayang


Sorry la asyik tertaip story psl diri sendiri and Pakcik je. Kami berkenalan dlm fb dan berkawan seperti biasa mcm kawan2 dlm fb tu. Sebelum ni aku ada tulis entry 'Hello Mr Perfect -Rajinnya' yg ckp psl lelaki boleh buat kerja2 yg pmpn buat. X kisah la apa2 mcm rajin mengemas ke, membasuh atau bertukang (ada pmpn yg reti bertukang).


Alkisah Pakcik ni yg aku tau dia boleh mengecat. Ada satu hr tu dia bgtau aku dia penat. Aku tanya buat apa sampai penat. Dia kata mengecat. Ok 1 point dh terkumpul. Pakcik ni reti mengecat. So, aku dah terfikir jika jodoh aku dgn dia maka ada la aku geng nak mengecat. Kalau tak aku mengecat sorang2 seperti kat rumah aku ni.


Alang2 berkawan dan berkenalan kalau ada jodoh aku on je. Kalau seseorang tu boleh dipertimbangkan cara dan gayanya aku okay je. Ye la kan bercinta 10 tahun pun belum tentu bersama apatah lagi aku ni yg tak pernah bercinta langsung. Kuno and jakun kan aku ni. Pd org lain mungkin biasa cinta2 ni tp maaf la aku tak terpilih utk sama mcm org lain.


Disebabkan takde lelaki yg whatsapp dgn aku selain Pakcik tu maka aku layan Pakcik tu sorg je la. Xde halangan dr sesiapa. Pakcik ni pun kalau cuti tak kerja dia mengemas rmh a.k.a bilik sewa dia. Wah point ke 2 ni. Pd aku okay la dia drpd adik aku tak mengemas langsung. Huhuhu kutuk adik sendiri. Ye la sepender dia masih lg aku yg basuh. Tp nasib baik dia bekerja.


Bercakap pasal mengemas rmh tu adalah menjadi kelemahan aku. Aku bukan tak reti mengemas tp aku alahan pd habuk. Kalau bab susun atur atau kreativiti tu aku boleh lagi tp kalau menyapu aku memang tak boleh kecuali aku guna vacum. Kalau vacum senang, sedut je tak payah nak kumpul2 habuk. Klu nak mengelakkan habuk pun aku pakai mask.


Betul kami tak bercinta. Emm...mcm apa je ayat aku ni. Entah la nak kata cintan cintun sgt pun takde rasanya. Tapi masing2 faham2 sendiri je kot. Kalau ada jodoh ada la kalau takde maka kami berkawan je la.


Aku sebenarnya ada niat di dahulu kala, klu nak bercinta ni biarlah lelaki tu yg sudah menjadi suami sendiri. Bak kata org bercinta selepas nikah. Nak buat mcm mana dah selama aku hidup takde org yg sudi bercinta dgn aku. Hahaha tak laku...agaknya selalu sgt nyanyi lagu indonesia tu yg ada perkataan "ku tak laku2" terus la tak laku.


Aku ni jenis ikut je arus malas nak lawan arus. Kalau arusnya kuat maka laju la pergerakkannya dan kalau arusnya tenang je maka takde la berkocak sangat. Mcm tu jgk la hubungan aku dgn Pakcik ni. Pakcik ni kalau dia nak sembang dia muncul kalau takde topik dia senyap je. Aku pulak kalau org xde nak berbual aku pun malas la.

Sunday, January 22, 2017

Trip To Boracay Island - 1st Day

Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




Dah lama sebenarnya nak story pasal pergi Pulau Boracay di Kalibo ni tapi asyik tertangguh je. Dekat mana pulau tu?? Pulau ni sebenarnya terletak di Negara Filipine. Cuma mengambil masa selama 3 jam 45 minit menaiki kapal terbang. Seingat Wida takde la lama mana pun.

Ini adalah ringkasan Wida punya perbelanjaan dari awal. Harga tiket murah sebab musim tengkujuh di Boracay (Seeloknya ambil tahu dulu cuaca dan musim apa ditempat yang kita nak lawati). Kalau musim panas lagi mahal tiket boleh cecah RM300 sehala.


Tiket Return AirAsia KL - Kalibo - KL = RM150
Tiket Return AirAsia JB - KL - JB = RM58
(x termasuk cas banking, insuran dan bagasi)
Makan Dlm Flight Pergi - RM15
Makan Dlm Flight Balik - RM12
Tempat Penginapan -RM155 (5D4N)


10.08.2016
9.20 PM - Tiba di Senai International Airport


9.20 PM - Check in

10.00 PM - Berlepas ke KLIA2
(Flight terakhir dari Senai, JB)


Disebabkan tiket flight ke Kalibo (Boracay) pada waktu pagi, maka Wida ambil keputusan untuk bermalam di KLIA 2 dan bergerak awal dari Johor. Wida tak berani nak ambil risiko kalau ambil tiket flight subuh dari Johor. Mulanya nak buat macam tu tp cuak pulak kalau2 flight delay. Banyak kemungkinan boleh terjadi.


Disebabkan tiket flight lebih murah jika dibandingkan dengan tiket bas maka Wida pilih untuk naik flight. Murah pun murah, senang sebab terus sampai ke airport. Kalau naik bas dah makan masa 4 jam atas jalan. Belum lagi nak berjalan dari tempat bas ke airport. Alah senang memang naik flight je la.


Berdasarkan pengalaman Wida, kalau nak rancang perjalanan macam Wida ni better check dulu harga tiket dari airport berdekatan dengan tempat anda dan harga tiket bas. Bandingkan kedua2nya. Andai kata ada family or kawan hantar dari rumah okay la senang kerja. Ini Wida share kalau yang duduk jauh macam Wida ni.

 Budak hitam ni sorang2 pun jadilah...dah terbiasa.


Macam biasa sorang2 dari JB, Wida terus cari seat Wida. Dan macam biasa juga selalu kena duduk seat B (tengah) dan duduk dekat dengan sayap.

55 minit sahaja penerbangan dari Senai, Airport ke KLIA2.


Wida ni kan ala2 peramah so, Wida senang dapat kawan. Kebetulan sebelah Wida ada student UTM Skudai yang nak pergi ke Krabi. Apa lagi, Wida sembang je la dengan dia. Sembang punya sembang dengan beraninya Wida cakap dengan dia nak stay sama2 sepanjang malam tu kat KLIA2. Dia pun sporting cakap OK. Takde salahnya lagipun sama2 perempuan. Perkara macam ni tak payah nak malu.


Dia pergi dengan kawan2 dia satu universiti so, Wida join la dia dengan kawan2 dia. Nama student master sebelah seat Wida tu Najihah. Hampir semua kenalan Najihah tu Wida kenal dalam masa satu malam tu je, sampaikan kawan2 Najihah fikir yang Wida ni salah seorang antara geng diaorang yang nak pergi ke Krabi.



(Lain no muka aku)
Diaorg alas perut, katanya dari UTM tadi tak sempat nak makan. Wida join sekali tapi tak makan la sebab dari rumah tadi dah makan kenyang2. Wida tak sempat tukar no fon tapi kami friend kat Insta. Senang je tak susah mana pun. Kalau malu makanya sorang2 la Wida kat airport tu. Nak minta someone teman tapi dia kata tak tahu jalan la, banyak sangat alasan. Its ok never mind.


Sementara menunggu mereka alas perut makan KFC, diaorg pun sebenarnya menunggu kawan2 diaorg yang lain. Semua berkumpul di KFC senang sikit. Kemudian, lebih kurang pukul 12 lebih malam macam tu, kami semua menuju ke surau yang berdekatan. Rehatkan diri katanya. Wida pun ikut je memandangkan semua kawan2 Wida takde lagi kat airport.


Wida ambil keputusan untuk tidur sampai ke subuh. Tapi Wida pastikan beg Wida sentiasa ada bersama Wida dan kalau boleh peluk la beg tangan tu, barang berharga simpan dalam poket atau tempat yang tersembunyi bukan ditempat yang senang orang nampak. Handphone pun simpan ditempat yang selamat. Orang yang panjang tangan ni memang selalu je sempat nak mengambil hak milik org.


Pastikan juga pakai baju yang tebal sikit sebab sejuk beb. Kalau ada sweater lagi bagus. Pakai la stokin yang selesa dan panjang. Lagi satu boleh juga guna apa2 kain yang boleh dijadikan selimut untuk menutupi badan kita. Tak la berlipat badan tu sebab kesejukkan.


- Selamat Malam -


-----------------------------------------------------------------------


-Selamat Pagi -


11.08.2016

6.00 am - Solat Subuh di surau tingkat 2 KLIA2. Sebelum subuh geng Krabi dah gerak keluar dr surau utk check in dan pergi ke balai perlepasan. Wida bg cadangan supaya diaorg gerak awal takut lewat memandangkan flight diaorg subuh.

6.30 am - Wida tinggal sorang2 dah, sementara tu siap2 nak keluar dr surau. Bg laluan pd org lain nak solat.

7.15 am - Wida cari port nak lepak sambil tunggu geng Boracay yg lain. Niat hati nak cari soket utk cas handphone memandangkan Wida takde power bank. Round sorg2, lastly Wida nmpk ada soket kat tepi starbucks.

8.00 am - Haida & Biha jumpa Wida kat tepi Starbucks tengah tidur sambil cas fon. Siap diaorg berdua ni gelakkan Wida tertidur kat situ. Beg la jd bantal tidur Wida. Sedang Wida bersalaman dgn dua org geng tu, kami t'nmpk plk si Nabil Penadol tengah gelak2. Seolah2 menarik perhatian kami. Tapi takpe la ikut suka dia la nak buat apa.



8.35 am - Dftr masuk m'mandangkan Ferd dh check in kan. So, Wida pergi ke kaunter just minta re-print tiket je. Sblm jumpa Haida & Biha, Wida dah pergi print dulu sbb nak masuk awal takut tetiba nak cerry berry ke apa2 la. Selalunya Wida ni kecut perut kalau nak kemana-mana.


Maaf bergegar gambar sebab diaorg jalan laju sangat


9.00 am - Wida sempat beli roti, biskut dan gula2 utk bekalan. Kwn Wida bawa makanan dlm tin. Nsb baik lepas sbb kata pegawai tu kami pergi negara yg susah dapat makanan halal.


Dulu geng Korea sekarang jadi geng Boracay pulak.




10.35 am - Kami bertiga terpaksa gerak awal dan tunggu geng lain di Gate L3. Flight AK 0609


Wida bawa bantal tiup je ni senang nak simpan. Jangan tiup kembung sangat tau sebab bila dah atas awan tekanan udara rendah boleh jadi meletop pulak bantal tiup tu. Tiup ala2 je.



Ok dah dapat seat tapi kecewa sikit sebab bukan kat tepi tingkap. Selalu sangat kena duduk kat bahagian tengah. Dah la rasa tersepit.


10.45 am - Berlepas dr KLIA2 ke KALIBO Filipines.


2.48 pm - Alhamdulillah selamat tiba di Kalibo Airport. Kecil je airport diaorg. Kata Biha mcm Langkawi je sbb keliling airport tu sawah padi. Dapat dirasakan bila jejak je tayar atas landasan tu terus rasa macam break mengejut.


 Laluan keluar dari Kalibo International Airport


3.00 pm - Keluar dr Airport terus nampak orang panggil utk ambil pakej yg mereka tawarkan. Kami steady je tgk dr jauh. Mana yg harga bawah dr tawaran yg dibuat kami terus menuju pd org tersebut. Harga boleh nego sebenarnya tgk pd kebijaksanaan korg nk jimat. Itu pun klu dpt yg murah untung la.


Dekat pagar kuning tu diaorg ada menawarkan pakej2 kenderaan dari Airport ke Jeti




Sudahnya kami pergi pada kakak ni, lagipun dia yang excited panggil kami. Lepas deal dengan kakak ni dan nego harga kami pun bersetuju.


3.10 pm - Bergerak je Jeti naik van. Kami 7 org semua sekali dah tu tambah 2 org lagi bdk pmpn dr Malaysia jgk. Jauh perjalanan kami lbh kurang 2 jam. So, kalau nak tidur sepanjang p'jalanan pun sempat. Wida x tidur sbb dh tidur dlm flight. Wida lebih suka tgk pemandangan.


Selesa juga la naik van ni, aircond pun terasa sampai kat tempat duduk belakang

Driver kami sepanjang perjalanan dari airport ke jeti pergi dan balik


Tiba2 datang seorang Tour Guide nama Barbie. Dia bagitahu pasal perkhidmatan dia untuk kami sepanjang kami di sana nanti. Siap tanya kami duduk kat mana. Dia okay sebenarnya dan dia pernah tunjuk pd kami ramai pelancong dari Malaysia yang dia dah bantu. Tapi maaf la group kami tak berminat nak berkerjasama dengan dia. Sekian terima kasih.



Wida sempat snap pic ni dari tempat duduk belakang. Ada no tel kat situ
3294385
Van ni la kami gunakan untuk pergi dan balik. Pd pandangan Wida korang kalau nak pergi Boracay tu korang deal la dengan pemandu van yang korang naik supaya mereka boleh ambil kamu semula dan hantar ke airport. Nanti mereka akan tanya nak balik semula ke Malaysia hari apa dan pukul berapa. Confirm2 mereka akan tunggu kat jeti. Itu lebih selamat daripada takde van langsung masa kat jeti.



Wida naik van ni yang selesa dan dia pemandu yang berhemah juga la Wida rasa sepanjang perjalanan yang berliku2 sebelum sampai ke jeti Boracay tu.

Wida belanja sikit gambar diluar airport





Gini la situasi di luar airport

Ok jom tengok apa yang ada di sepanjang perjalanan Wida ke Boracay Island

Pam minyak




 Ini baru suku jalan belum terasa lagi jalan berliku-liku



Polis trafik dekat sana sempoi je pakaiannya tapi dia punya kerja tip top lancar je perjalanannya.





Di tengah kesesakkan jalan Wida sempat snap benda alah hitam tu


Hujan renyai sepanjang perjalanan. Alhamdulillah lancar je perjalanan kami cuma ada sesekali berhenti di satu dua tempat bagi memberi laluan kenderaan lain.


5.16 pm - Tiba di jeti. Beli tiket.

Van yang Wida naik terus turun kan kami di kawasan jeti ni. Wida and the geng beratur untuk buat pembayaran. Beratur buat pembayaran sorang2 sebab semuanya takde duit kecil. Nak senang dapat baki bayaran kami beratur dan buat bayaran sendiri2. Lagi pulak masa kami sampai tu takde ramai orang. Alhamdulillah dipermudahkan.


Terminal Fee : 25.00 Peso
Environmental Fee : 75.00


Macam ni la bentuk resitnya. Ada dua keping, satu keping dia akan koyakkan masa kita nak naik bot ke island. Tengok la kat mana ada pegawai yang akan koyakkan tiket tu. Wida ikut je laluan orang lain jalan. Follow je orang2 yang ada disitu.


Lepas buat pembayaran kat kaunter tadi make sure korang akan dapat dua kertas ni tau. 


Yang ini kena isi laju2 dan seingat Wida akan diserahkan semasa turun dr bot bila sampai ke jeti island tu. Wida ni tak ingat sangat bab ni (banyak minum air ada semut agaknya tu pasal lupa)


Sediakan pen dimana2 sahaja sebab nak kena isi form pada Passengers Data Sheet,
balik semula pun sama juga ada kena isi form lebih kurang macam ni.


 Tengok kat kaunter ni kalau ada peta ke apa2 la yang boleh dibuat rujukkan korang ambil la. Wida tak nampak apa2 pun so Wida jalan je menonong tak ambil apa2



 Gini la jeti yang kami tiba lepas turun dari van tu. Lupa pula nama jeti ni. Walhal tak ambil tahu pun nama jeti ni hihihihi
Sini la laluan nak naik bot tu...takde la jauh sangat...


Tengok langit gelap je. Mula2 cuak jugak. Khuatir kalau tak dapat naik bot menuju ke pulau.


 Korang jangan nak berangan pakai kasut bertumit ke apa ea nanti terbenam tumit tu dalam lubang kayu tu. Siapa nak selamatkan? Jatuh bangun sendiri. Wida pun mengigil lalu sini. Keriut2 bunyi kayu tu bila dipijak. Masa tu baru terfikir nak pakai sandal. Boleh je pakai selipar tapi mesti la yang bersesuaian jangan la selipar yang tali satu takut putus hahaha


5.35 pm - Naik bot menuju ke Boracay Island.


Kat sini rasanya diaorg kutip kertas tu tadi. Aduh tak ingat pulak. Akan ada banyak bot2 yang tersedia so, mana yang ada kosong tempat duduknya diaorg akan suruh kita naik bot tu.

Naik bot sampai cukup penumpang baru la bot bergerak. Selagi tak cukup, rasanya bot takkan gerak


Boleh tahan banyak juga bot dekat jeti tu. So, tak payah risau takde bot janji ada tiket.



Selamat Tiba di Cagban Jetty Port



5.45 pm - Alhamdulillah sampai di tanah Boracay Island.

 Begini la rupa kawasan jeti Boracay Island

Masa tiba di jeti ni rasanya baru lepas hujan kot sebab nampak ada lecak2 tu. Wida siap pilih2 jalan lagi nak lalu di mana. Sayang kasut takut basah. Kalau tau tadi siap2 tukar selipar.


Ini la tricycle yang kami naik 7 orang. Perghhh pecah perut kami bila semua naik sekali gus dengan berat beban beg lagi. Adoi...memang kami gelak je sepanjang perjalanan. Muat pulak tu walaupun berhimpit-himpit antara satu sama lain.


5.48 pm - Naik tricycle menuju ke MNL Hostel.
6.07 pm - Sampai di MNL Hostel


6.11 pm - Check in hostel








Lupa buka lampu harapnya nampak la ya

 Ruang untuk cas fon. Tapi macam biasa la kena guna international plug
Wida pinjam Haida punya sebab Wida tak beli


 Ada ruang untuk letak beg dan makanan


Lebih kurang macam ni la suisnya. Saja nak tunjuk


6.24 pm - Stay dlm bilik sebab hujan lebat smpi pukul 7 lebih. Nasib baik sempat sampai kt bilik kalau tidak beg pun basah.

 Aircond antara kemudahan yang ada di bilik kami.

 Ada banyak tempat penyangkut


Ada kipas. Sejuk banget. Kipas ni sesuai untuk kegunaan yang duduk dikatil bahagian atas.


Ini katil Wida. Kat bahagian atas. Pekerja kat kaunter tadi dah tetapkan katil yang mana satu, dia beri kami dua katil atas dan dua katil bawah. So, Wida pilih katil yang atas.


7.06 pm - Solat jamak maghrib & isyak. Dpt berita dr Dalilya & Izzat, tmpt p'ginapan diaorg banjir dilaluan masuk. Dah la pasangan pengantin tu sesat sbb pemandu tricycle tak tahu jln ke tmpt penginapan diaorg kesian btl. Lmbt diaorg smpi. Kami plk dh nk mkn mlm.


7.30 pm - Makan maggie cup alas perut. Makan dlm flight td awl sangat. So, dh lapar semula.


7.45 pm - Hujan berhenti. Lepas mkn kami dah janji dgn Ferd utk keluar. Katanya nak jumpa Barbie (tour guide) yg kami jumpa di Airport Kalibo siang td. Ferd ni tak sama tempat penginapan kami berempat. Termasuk la pasangan suami isteri ni. Liya dan Izzat kami kenal di KLIA2 termasuk la Ferd dan Akma. Tapi sebelum jumpa di airport kami dan bersembang di dalam Whatsapp group.



8.39 pm - Keluar dgn Barbie kat kedai makanan arab (Kingdom of Boracay)

Ini antara pakej yang ditawarkan kepada kami daripada tour guide. Maka kami ni bukan la banyak sangat bajet untuk buat semua aktiviti tu. Sekian terima kasih.
Kawan Wida ada buat survey sendiri dan dia kata boleh dapat harga lagi murah dari harga yang ditawarkan. Kami tolak dengan cara baik.

Lepas kami tolak dengan cara baik tu, kami pun berpecah. Tak gunakan khidmat tour guide. Bergerak sendiri lagi bebas rasanya. Boleh pilih mana sahaja pakej tanpa mengira waktu. Dah kalau ambil pakej yang diambil tiba2 hujan la takkan nak ambil risiko. Lagi pula kami semua santai2 je. Taknak rushing sangat sepanjang di sana.


Melainkan kalau percutian 3 hari 2 malam macam geng yang satubilik kami tu. Mereka memang buat perancangan dengan teliti dan sangat2 mengira tentang bajet yang mereka ada. Kami ni kira2 juga la tapi tak sampai la nak menghadkan semuanya. Ada cover duit juga bila terdesak. Kat sana Wida tak nampak ATM pulak. Yang Wida nampak money changer ada la.


9.50 pm - Jalan sekitar pantai D'mall sambil survey2 apa yg ada.





11.05 pm - Dah balik bilik dgn Biha & Akma sbb kami terpisah dgn Ferd, Haida, Dalilya & Izzat.
Itu la gara-gara tengok mak nyah menari sampil buat persembahan api kami terpisah dek orang ramai yang mengerumuni. Maka nak cari semua tak boleh nak whatsapp. Dah tu Wida, Biha dan Akma sesat pulak tu. Sampai kami kena redah air banjir dekat lorong2 yang tak diketahui.




Bersambung



Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :