engkau boleh !!

Monday, June 15, 2015

Exam Final Year Student

Assalammualaikum w.b.t & Salam Penuh Kemesraan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



 Di sinilah tempat saya bertapa dalam masa 6 bulan. 401 Aras 4 Blok P4. Huh nasib baik bukan bilik 404. Kalau tidak dah nak sama macam cerita Blok 404 yang cerita seram tu. Bilik ni tak macam bilik Wida dulu yang Wida cat kuning. Bilik kali ni walaupun catnya berwarna putih tapi tak menunjukkan kesuraman sebab penghuninya perangai dua kali lima macam Wida.

Semuanya lengkap bila Wida pertama kali menjejakkan kaki dalam bilik ni. Bukan apa kadang kala ada je yang tak ok tentang peralatan atau kelengkapan dalam bilik contohnya tilam x ok, pintu locker nak tercabut or kerusi goyang. Tapi takde pun semua tu, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik belaka.

23 & 27 Jun 2015 ni Wida exam. So, kat sini la tempat Wida perah otak and study la konon2nya. Walhal banyak tidur je. Mana taknya katil yang terbentang luas dan bantal yang empuk confirm la always nak landing. Kononnya nak luruskan pinggang tapi terus goal zzz mimpi yang bukan2.


Study statistik dan bahasa korea kat sini. Bukannya banyak halangan tapi kadang-kala nak cari mood study tu payah bebenor. Ah ko alasan semua tu. Pucuk pangkalnya diri sendiri yang nak buat. Kalau kerjanya main game buka lappy memang takde kerja nak study la gamaknya.


Kat sini juga la Wida dapat kenalan baru dan banyak yang Wida pelajari. Tentang hidup, tentang cinta, tentang pengorbanan, tentang persahabatan dan macam2 lagi la. Kat sini juga Wida dan roommate Wida sediakan makanan untuk jualan. Hahaha Wida sebenarnya sempat berniaga untuk jangka masa tak sampai satu bulan. Roommate Wida sampai dah muak tengok sandwich sebab rutin harian dia kena buat sandwich.


Nak jadi usahawan bukannya susah tapi tidak juga senang. Kadang-kala perlu menghadapi pelbagai kata2 dari orang lain. Wida bukan nak mengata tapi apabila kita buat sesuatu dan tidak ada persefahaman disitu la titik permulaan perselisihan akan tercetus. Tidak kira la samada Wida atau sesiapapun yang menjadi permulaan. Fikirlah baik2 semua yang terjadi ada hikmahnya. Yang bestnya Wida sekarang bukanlah orang yang cepat melatah. Ya mungkin Wida dapat mengawalnya. Nothing to say when i silence because when i speak maybe i can hurt anyone.


Apa2 pun di bilik ini la Wida akan sambut puasa untuk tahun 2015 ni dengan roommate Wida si Farhana tu. Dia exam dua minggu. Wida exam 1 minggu je tu pun minggu akhir exam. Kitaorg dah pakat nak beli barang2 dapur and nak masak kat bilik untuk sahur dan berbuka kalau kitaorg malas nak turun cari makanan. Lagipun minggu exam rasa nak tinggalkan bilik untuk study tu lain macam plak.


Hope Wida and Ana roommate Wida tu dapat jawab soalan exam semester ini dengan jayanya dan peroleh keputusan cemerlang InsyaAllah. Amin2... Wida berharap sangat yang Wida lulus subjek statistik coz tu subjek repeat. Kalau bahasa korea tu Wida tak sure la Wida dapat berapa. Rasa macam dapat B je. Tapi kalau dapat A memang hadiah paling bermakna la. Mana taknya dapat la naikkan pointer semester ni sebab sem lepas pointer dua sem lepas jatuh teruk. Ye la dah ada subjek kena repeat. 


Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur diatas setiap apa yang telah engkau berikan.






No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :