Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
4 Ramadhan 1436H
Lokasi : Bilik 401, Ting. 4, Wing A, Blok P4, Kolej Keenambelas, Serumpun
Alhamdulillah dah 4 hari berpuasa. Tadi dok baring2 atas katil terfikir pasal sekolah rendah dulu2 kat Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan. Nama je dah melambangan kemajuan. Memang sekolah ni melahirkan pelajar2 yang maju ke hadapan. Wida salah seorang.
Teringat kawan lama yang meninggal semasa darjah 6 namanya Mohd Fikri bin Bunawan. Perginya sejak darjah 6 dan tak sempat nak menduduki peperiksaan UPSR. Masa tu semua terpandang tempat duduknya yang kosong. Bila pengawas peperiksaan tanya "mana pelajar ni? dia lambat masuk dewan peperiksaan ke?" semua menjawab "dia dah meninggal" sambil semua bergenang air mata. Al-fatihah...
Itu al kisah dulu rakan dalam kelas. Lepas tu teringat masa kat sekolah dulu setiap pelajar darjah 6 akan ada cikgu angkat. So, cikgu angkat tu akan guide kita sampai habis UPSR. Ketika itu, semua taknak ambil Wida jadi anak murid angkat. Dan waktu tu Wida tau cikgu2 yang popular mestilah ambil murid yang popular juga baru la ngam. Wida pula Cikgu Zaleha yang ambil jadi anak murid angkat.
Cikgu Zaleha pun ok apa. Dia mengajar sains. Tup2 tengah berfikiran macam tu terus teringat kat diri sendiri. Allah Maha Adil. Dia telah memberi petunjuk seawal Wida sekolah rendah lagi. Dan akhirnya sekarang Wida memasuki bidang sains walaupun cuma ambil kos Sains Teknologi Kayu dalam Fakulti Perhutanan. Wida minat sains ni pun sebab ia nya unik. Lagi pulak cikgu2 sains sepanjang Wida bersekolah semuanya best2. Lepas habis belajar ni tak tahu lagi la samada menceburkan diri dlm bidang sains ataupun tidak.
Bakal saintis satu masa nanti, siapa sangka. Angan2 menjadi kenyataan. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment