engkau boleh !!

Tuesday, June 23, 2015

Trip To Nami Island, Korea (Part 2)

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Mesti nak tahu apa yang ada dalam entri Part 2 ni kan. Jom2 continue dari Part 1 disinilah bermulanya pengembaraan kami berlima. Wida confirm la tak lepas tangan dengan camera, asyik je ambil gambar. Kejap sana kejap sini. Tapi Wida suka and enjoy.



Bas yang Wida naik tadi berhenti dekat dengan parking bas. So, Wida jalan sikit untuk pergi ke kaunter tiket. Ala kitaorang follow je ke mana semua orang pergi sebab kalau dah naik satu bas confirm la semua nak pergi Nami Island.


Wahhhh hari yang cerah. Panas tapi tak panas...emm macam mana tu. Panas cuaca hari tu tapi suhunya sejuk


 Sampai je kat sana terus la nampak menara ni. Rasa semangat bila nampak bendera Malaysia berkibar kat Korea. Ni tempat untuk advanture activities. Kalau ada sesiapa yang teringin nak main macam flying fox ni boleh la try dengan harga kalau tak silap Wida 80,000 Won.

Ok Wida beli tiket dulu sebelum nak naik feri.

 Beratur kat sini. Kalau queue panjang terpaksa la ikut je barisan tu. Orang Korea ni bagus. Takde namanya memotong barisan. Kalau ada yang memotong barisan tu maknanya bukan orang Korea la.



Kalau nak beli tiket Wida rasa seorang je la yang perlu beratur. Yang lain semuanya tunggu kat tepi pintu nak masuk. Harga nak pergi Nami Island ni 8,000 won seorang. Make sure duit cukup la. Kalau sempat ambil la peta Nami Island di tepi kaunter pembelian tiket. Map tu bagus agar kamu tidak sesat dan plan nak pergi ke arah mana sebab Wida pergi sini terasa lengguh jugak la kaki ni. So, tak sempat nak jelajah semua tempat. Sayang sangat2 kalau tahu pergi Nami Island lepas subuh.


Sementara tunggu beli tiket di kaunter boleh la selfie2 kat sekeliling kawasan tu. Mesti cantik bila bergambar kat replika snow tu masa musim salji.


 Perlu beratur panjang. Maklum la kami pergi hujung minggu so agak ramai orang ketika ini.


 Ok tiket dah dapat setelah Wida beratur panjang. Jom ikut Wida jalan2 di Nami Island. Kalau boleh datang Nami Island ni waktu pagi la. So, sempat jelajah semua tempat dalam tu. Macam Wida ni tak habis jelajah keseluruh kawasan Nami Island sebab dah petang. Kami pun perlu balik dan dapatkan train untuk pulang ke motel di Namchuncheon.




Salah satu laluan pintu masuk untuk menaiki feri


Yeay anak wong jowo dah sampai ke korea. Wakili wong jowo kata Wak Mustar.





Tengah beratur nak naik feri pun sempat selfie2. Biasa la kami.

Jom naik feri. Bila feri sampai rasa teruja pulak nak naik sebab terus nampak bendera Malaysia berkibar2. Malaysia always in my heart walaupun berada di mana jua. Wida ni dah beberapa kali je ulang ayat yang sama bila nampak bendera Malaysia kat sini. Suka hati Wida sebenarnya nak sebut tu berulangkali.


Jom jom...


Apa la Wida ni jalan pun sibuk nak ambil gambar bendera. Ini la ni bukti pegang camera je.

Apa lagi bergambar2 la kami di atas feri. Feri ni ada dua bahagian. Satu di atas tidak berbumbung dan satu lagi di bahagian bawah ada air cond. Kalau di atas air cond free la namanya. Walaupun feri dah gerak, kalau nak turun naik dalam feri pun boleh. Takde masalah sebab takde tempat duduk pun.



Time ni Wida dah reti snap pic guna kamera walhal membelakangi. Ala Wida agak2 je time ambil gambar tu. Takde pulak handphone canggih yang boleh digunakan time tu.


Ala tak sampai 10 minit pun naik feri dah sampai Nami Island.
Cuma menyeberang sungai gitu la.

Ok dah sampai ke Nami Island


Laluan memasuki Nami Island. Ada pondok yang banyak bendera tu sebenarnya pondok pengawal yang menjaga keluar masuk dan naik feri.Yeah dah sampai. Best2...



NAMINARA REPUBLIC, Korea
Alhamdulillah akhirnya dapat juga Wida menjejakkan kaki di sini. Best2. Pengalaman yang Wida takkan lupakan.


Org kat belakang tu dah kenapa wahai Ikin?? Keh keh keh. Pandai je dia bajet2 masuk dalam frame



Selfie sendiri, kawan2 semua dah jalan kedepan
Time Wida pergi ni Autumn Season. So, nampak la daun yang bertukar warna. Tak lama gugur lepas tu salji.

Jom ikut Wida lakukan aktiviti di situ...

Sunday, June 21, 2015

Baru Aku Terfikir

Assalammualaikum & Salam Ramadhan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


4 Ramadhan 1436H
Lokasi : Bilik 401, Ting. 4, Wing A, Blok P4, Kolej Keenambelas, Serumpun


Alhamdulillah dah 4 hari berpuasa. Tadi dok baring2 atas katil terfikir pasal sekolah rendah dulu2 kat Sekolah Kebangsaan Seri Kemajuan. Nama je dah melambangan kemajuan. Memang sekolah ni melahirkan pelajar2 yang maju ke hadapan. Wida salah seorang. 


Teringat kawan lama yang meninggal semasa darjah 6 namanya Mohd Fikri bin Bunawan. Perginya sejak darjah 6 dan tak sempat nak menduduki peperiksaan UPSR. Masa tu semua terpandang tempat duduknya yang kosong. Bila pengawas peperiksaan tanya "mana pelajar ni? dia lambat masuk dewan peperiksaan ke?" semua menjawab "dia dah meninggal" sambil semua bergenang air mata. Al-fatihah...


Itu al kisah dulu rakan dalam kelas. Lepas tu teringat masa kat sekolah dulu setiap pelajar darjah 6 akan ada cikgu angkat. So, cikgu angkat tu akan guide kita sampai habis UPSR. Ketika itu, semua taknak ambil Wida jadi anak murid angkat. Dan waktu tu Wida tau cikgu2 yang popular mestilah ambil murid yang popular juga baru la ngam. Wida pula Cikgu Zaleha yang ambil jadi anak murid angkat. 


Cikgu Zaleha pun ok apa. Dia mengajar sains. Tup2 tengah berfikiran macam tu terus teringat kat diri sendiri. Allah Maha Adil. Dia telah memberi petunjuk seawal Wida sekolah rendah lagi. Dan akhirnya sekarang Wida memasuki bidang sains walaupun cuma ambil kos Sains Teknologi Kayu dalam Fakulti Perhutanan. Wida minat sains ni pun sebab ia nya unik. Lagi pulak cikgu2 sains sepanjang Wida bersekolah semuanya best2. Lepas habis belajar ni tak tahu lagi la samada menceburkan diri dlm bidang sains ataupun tidak.




Bakal saintis satu masa nanti, siapa sangka. Angan2 menjadi kenyataan. InsyaAllah.

Monday, June 15, 2015

Exam Final Year Student

Assalammualaikum w.b.t & Salam Penuh Kemesraan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



 Di sinilah tempat saya bertapa dalam masa 6 bulan. 401 Aras 4 Blok P4. Huh nasib baik bukan bilik 404. Kalau tidak dah nak sama macam cerita Blok 404 yang cerita seram tu. Bilik ni tak macam bilik Wida dulu yang Wida cat kuning. Bilik kali ni walaupun catnya berwarna putih tapi tak menunjukkan kesuraman sebab penghuninya perangai dua kali lima macam Wida.

Semuanya lengkap bila Wida pertama kali menjejakkan kaki dalam bilik ni. Bukan apa kadang kala ada je yang tak ok tentang peralatan atau kelengkapan dalam bilik contohnya tilam x ok, pintu locker nak tercabut or kerusi goyang. Tapi takde pun semua tu, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik belaka.

23 & 27 Jun 2015 ni Wida exam. So, kat sini la tempat Wida perah otak and study la konon2nya. Walhal banyak tidur je. Mana taknya katil yang terbentang luas dan bantal yang empuk confirm la always nak landing. Kononnya nak luruskan pinggang tapi terus goal zzz mimpi yang bukan2.


Study statistik dan bahasa korea kat sini. Bukannya banyak halangan tapi kadang-kala nak cari mood study tu payah bebenor. Ah ko alasan semua tu. Pucuk pangkalnya diri sendiri yang nak buat. Kalau kerjanya main game buka lappy memang takde kerja nak study la gamaknya.


Kat sini juga la Wida dapat kenalan baru dan banyak yang Wida pelajari. Tentang hidup, tentang cinta, tentang pengorbanan, tentang persahabatan dan macam2 lagi la. Kat sini juga Wida dan roommate Wida sediakan makanan untuk jualan. Hahaha Wida sebenarnya sempat berniaga untuk jangka masa tak sampai satu bulan. Roommate Wida sampai dah muak tengok sandwich sebab rutin harian dia kena buat sandwich.


Nak jadi usahawan bukannya susah tapi tidak juga senang. Kadang-kala perlu menghadapi pelbagai kata2 dari orang lain. Wida bukan nak mengata tapi apabila kita buat sesuatu dan tidak ada persefahaman disitu la titik permulaan perselisihan akan tercetus. Tidak kira la samada Wida atau sesiapapun yang menjadi permulaan. Fikirlah baik2 semua yang terjadi ada hikmahnya. Yang bestnya Wida sekarang bukanlah orang yang cepat melatah. Ya mungkin Wida dapat mengawalnya. Nothing to say when i silence because when i speak maybe i can hurt anyone.


Apa2 pun di bilik ini la Wida akan sambut puasa untuk tahun 2015 ni dengan roommate Wida si Farhana tu. Dia exam dua minggu. Wida exam 1 minggu je tu pun minggu akhir exam. Kitaorg dah pakat nak beli barang2 dapur and nak masak kat bilik untuk sahur dan berbuka kalau kitaorg malas nak turun cari makanan. Lagipun minggu exam rasa nak tinggalkan bilik untuk study tu lain macam plak.


Hope Wida and Ana roommate Wida tu dapat jawab soalan exam semester ini dengan jayanya dan peroleh keputusan cemerlang InsyaAllah. Amin2... Wida berharap sangat yang Wida lulus subjek statistik coz tu subjek repeat. Kalau bahasa korea tu Wida tak sure la Wida dapat berapa. Rasa macam dapat B je. Tapi kalau dapat A memang hadiah paling bermakna la. Mana taknya dapat la naikkan pointer semester ni sebab sem lepas pointer dua sem lepas jatuh teruk. Ye la dah ada subjek kena repeat. 


Terima kasih Ya Allah. Aku bersyukur diatas setiap apa yang telah engkau berikan.






Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :