Assalammualaikum w.b.t & Salam Perantauan Annyeonghasaeyo
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Pada 31 Ogos 2014 buat pertama kalinya kami keluar berjalan2 sebab kami dipertemukan dengan Boram Ayla Lee. Dia sebenarnya pernah mengikuti program di Malaysia dan dia ada keluarga angkat di Malaysia. Kebetulan pula dia sebelum ni berkawan dengan kawan kami yang menjalani praktikal di KNU juga. Hari ni Boram bawa kawan dia Emma. Muka dia macam cina dan boleh bertutur dalam bahasa cina. Boram pun boleh bertutur dalam bahasa Malaysia.
Naik teksi menuju ke Myeong Dong. Harga 3300 won dari Kangwon National University. Emma bayarkan untuk kami sebab dia bayar guna kad kredit. Sangat2 bagus. Dalam teksi pun ada mesin bayar guna kad kredit. Maju betul.
Sini la Myeong Dong dan teksi turunkan kami di sini. Senang nak menyusuri laluan di lorong yang menjual pelbagai barangan kosmetik dan lain2. Hanya mengambil masa 15 minit dari KNU. If naik train KORAIL berhenti di Station ChunCheon, beritahu driver teksi nak pergi Myeong Dong cuma ambil masa tak sampai 30 minit. Harga teksi lingkungan 4500 won.
Lihat sekeliling sementara tunggu kawan Wida yang lain sebab tak sama teksi.
Tu dia dah sampai...nak kawad ke tu?
Peace Ning !! Di belakang kawan saya tu ada DAISO. Dulu tak tau namanya DAISO tapi sekarang lepas belajar bahasa Korea pandai la nak eja perkataan korea.
Selfie sendiri sebab semua kawan2 Wida busy tengok barang2 jualan di Meyong Dong. Time ni Wida tak beli apa2 pun. Emma sibuk ambil gambar Ning Wida pula ambil gambar Emma. Emma ni sporting.
Kanan kiri sepanjang lorong ni semuanya kedai menjual pelbagai barangan dari segi pakaian berjenama, alat kosmetik dan macam2 lagi la.
Jalan cuci mata
Bila dah balik Malaysia tengok gambar baju ni rasa macam terkilan pulak tak beli. Mesti comel kalau anak saudara Wida si Wafa tu pakai baju ni.
This is Myeong Dong
Ok lepas ni pergi Mall bawah tanah pula.
This is ChunCheon Shopping Mall
Dua orang kawan Wida ni dah rembat baju. Mentang2 murah ada dua yang sama pula tu terus diaorg ambil.
Dan2 terus selfie...
Shopping...
Testing testing je...
Aku yang nerd dan skema...kata pensyarah aku.
Kawan Wida tak tahu nak beli yang mana satu sebab harganya murah. Last2 dia beli dua2.
Ok dah jom balik. Esok2 jalan lagi.
Balik tu kami semua jalan kaki. Sebenarnya Myeong Dong ni tak la jauh mana dengan Kangwon National University. Tup2 tembus ikut jalan belakang. So, dapat la kami tahu serba sedikit jalan di sana. Cuma tak boleh nak ingat sangat la laluannya. Takut juga kalau sesat.
Time ni cuaca panas tapi dingin sangat sebab cuaca kat Korea kan sejuk walaupun panas.
Lalu lorong2 untuk balik ke KNU. Entah kenapa kami tak naik teksi pun tak tahu la. Saja nak jalan kaki.
Ada pertunjukkan magic. Kami tengok dari jauh je.
Jalan punya jalan akhirnya kami sampai di pintu utama KNU.
Selamat Hari Merdeka Malaysia 2014
Kami sambut Hari Merdeka di Korea untuk kali pertama dan terakhir.
Ni antara salah satu pintu masuk KNU.
Time to back home.
Ini laluan dalam hutan yang berada ditengah kawasan KNU. Nyaman je lalu kat sini.
No comments:
Post a Comment