engkau boleh !!

Monday, April 6, 2015

Ke Korea Ke Kita 02 - Chuncheon, Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tarikh : 28 Ogos 2014
Summer Session

Syukur alhamdulillah dah selamat sampai ChunCheon. Perjalanan mengambil masa lebih kurang dua jam. Sepanjang perjalanan kami semua tidur je. Memang penat sangat masing2 tidur je la nak lihat pemandangan pun tak nampak sebab dah malam. Tapi yang jadi kelakar kami ni tak tahu nak turun kat mana sebab bas yang bawa kami ni berhenti banyak tempat.



Ini la bas yang kami naik dari aiport tadi



Wida pun terjaga sekejap2 bila bas berhenti di banyak tempat. Bas ni memang la terus sampai ke Station Bus Chuncheon. Sampai kan ada satu ketika tu kami dah nak turun beramai2. Tapi bila ada orang tegur kami mengatakan tempat yang kami nak turun tu belum sampai. Kami pakat gelak ramai terus duduk semula kat kerusi masing2 yang sememangnya selesa sangat2. Aduhai kalau la faham apa yang diaorg kata kan best ini sepatah haram tak paham langsung. Harapkan bahasa isyarat je la. Tapi nasib kami memang baik la.

 Terima kasih kepada pakcik yang dah bawa kami ke tempat yang betul. Siap dia pesan kami lagi supaya kami duduk kat tempat yang selamat dan terang. Kami memang penumpang yang terakhir la. Dalam bas dah kosong bila sampai ke destinasi.


Dah lenggang kawasan bus station. Waktu sudah menunjukkan pukul 8.45 malam. Di Korea ni lepas maghrib diaorg dah tak keluar lagi. Kalau ada pun yang mana nak pergi makan dan minum2 je. Selain dari tu diaorg memang duduk kat dalam rumah je. Sunyi dah waktu macam ni.

Tarik beg yang banyak2 tu ke kawasan ada tempat duduk sementara tunggu Student Master yang akan jemput kami untuk ke rumah penginapan kami.


Tak lama kami di hentian bas, akhirnya jumpa juga dengan pelajar KNU yang jemput kami di sana. Kata kawan Wida handsome oppa2 tu. Orang Korea memang la handsome.


Sini la teksi berhentikan kami di mana terletaknya tempat penginapan kami selama sebulan di Korea. Tak mahal pun tambang teksi dalam 1200 won. So, kalau bahagikan kepada 4 orang seorang 300 won. Kawan Wida lagi dua orang naik kereta dengan pelajar Master yang jemput kami di bus station sekali bawa beg2 kami yang besar2 tu. Student master lagi seorang naik teksi dengan kami. Maklum la kami kan tak tahu apa2 so dia la pemandu pelancong kami.



Tak sabar nak tengok tempat penginapan kami. Sebenarnya, Wida tak tahu menahu langsung pasal motel ni, cuma kawan Wida ada bagitahu la semasa di KLIA 2 tu. Dia ada tunjukkan juga macam mana tempat tinggal kami. Pelajar master tu bgtau kami kena jalan kaki selama lebih kurang 30 minit untuk ke fakulti. Mak aii dah fikir ni jauh macam mana la agaknya nak berjalan kaki.


Untuk pengetahuan semua, di Korea ni semua orang jalan kaki tau tak macam kat Malaysia sikit2 naik kereta. Emm...lain sangat orang di Korea ni. Sebab tu la agaknya diaorg semua sihat2 belaka.


Lepas ni nak show tempat penginapan kami pulak. Terima kasih sudi baca entry yang panjang la kononnya ni.




No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :