Assalammualaikum & Salam Kasih
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah Wida dah selamat membuat pembentangan latihan industri selama sebulan di Korea dan 3 bulan di Kolej Vokasional Batu Pahat. Wida bertolak dari Batu Pahat pada 11 Jan 2015 dan akan membentangkan laporan LI pada 12 Jan 2015.
Sebenarnya Wida tak tahu langsung pada pukul berapa Wida akan membuat pembentangan. Wida bermalam di rumah pakcik Wida di Shah Alam. Nak dijadikan cerita Wida belum siap sepenuhnya laporan yang perlu dihantar. Wida sambung buat kerja di rumah pakcik Wida.
Bila semua orang tidur Wida masih berjaga untuk siapkan laporan yang masih tidak lengkap lagi. Start dari rumah lagi dan seterusnya sepanjang perjalanan kat dalam kereta sebenarnya Wida dah berzikir banyak kali.
Ya Aziz
Ya Jabbar
Ya Mutakkabbir
Ya Hadi
Ya Zahir
Ya Muid
Ya Latiff
Baca berulang2 kali. Tak terhitung sebenarnya dah berapa kali. Wida berzikir juga untuk diri Wida sentiasa dilindungi sepanjang perjalanan memandu kereta sebab Wida kan drive sendiri kereta dari Johor ke UPM. Selalu dah macam tu seperti sudah menjadi kebiasaan cumanya Wida selalu binbang tentang keselamatan dijalan raya. Malang tidak berbau.
Bila Wida berzikir tu Wida terus niat didalam hati supaya Wida dapat siapkan report LI yang perlu dihantar. Lepas tu Wida berdoa supaya presentation Wida tu diterima oleh penilai dan kalau boleh mendapat markah tinggi la.
Tapi nak dijadikan cerita pada hari Wida present Wida datang lambat. Wida gerak dari Shah Alam lebih kurang pukul 9 pagi. Perjalanan Wida hampir 1 jam dari Shah Alam. Sepanjang perjalanan tu pun Wida berzikir banyak2. Dah la time tu Wida tak berapa nak sihat. Suara Wida lagi la tersekat2 sebab Wida sakit tekak. Memang putus2 Wida berbicara ketika present tu.
Wida pergi tengok jadual pembentangan Wida di papan kenyataan fakulti. "Mak aiiii.....dah lambat. Sepatutnya pukul 10.00 pagi ini dah pukul 10.30 lebih". Habis la Wida masa tu. Dah tak fikir apa2 cuma fikir Wida sempat untuk present je.
Bila Wida masuk bilik seminar di fakulti Wida tu tinggal seorang je lagi kawan Wida. Wida jadi orang yang terakhir la maksudnya. Dengan terkial2 tak tulis borang lagi untuk pemarkahan Wida kena sound sikit la dengan penilai sebab dia suruh Wida tulis nama pada kertas pemarkahan. Nasib baik penilai still lagi boleh terima presentation Wida. Kalau tidak mungkin tak lulus la.
Wida dah cuak dah time tu. Tapi mulut still lagi berzikir dan Wida harapkan ketika itu KEAJAIBAN. Fuh!! Masukkan pendrive dalam CPU komputer terus Wida buka slide power point yang Wida buat. Sumpah Wida cakap memang Wida buat 5 Slide je. Bayangkan la 4 bulan punya LI tapi slide 5 je.
First mestilah Wida present tentang LI di Korea lepas tu baru la slide di KVBP. Mula tu nak speaking la sebab slide Wida dalam BI. Entah macam mana Wida boleh tergagap2 lepas tu suara pun putus2. Wida apa lagi terus la bercakap dalam bahasa malaysia.
Punya la kuat Wida berkomunikasi dan Wida rasa intonasi Wida ketika itu ada turun dan ada naik. Tapi yang Wida perasan memang naik je la sebab Wida sedaya upaya menguatkan suara Wida demi presentation. Janji Wida dapat markah.
Slide Wida sikit je. Pada Wida kalau slide panjang2 tapi baca je dari slide tak guna juga kan. Wida ambil keputusan Wida akan bercakap je tanpa menggunakan slide. Sebab Wida rasa ada keyakinan yang timbul saat Wida melantangkan suara Wida.
Wida tengok penilai memberi perhatian yang sangat mendalam sebab mereka faham situasi Wida yang kurang jelas dalam percakapan. Suara dah macam ELLA beb serak2 gitu. Wida cakap pum pam pum pam......dan akhirnya selesai dan ucapan terima kasih diucapkan kepada penilai dan penasihat akademik.
Wida pun tunggu saat soal jawab diutarakan. "AWAK BERPUAS HATI KE PRAKTIKAL DI SITU?" Dengan semangat Wida pun jawab "SAYA SANGAT2 BERPUAS HATI..." sambil tersenyum2. Hahahahaha suka gila dalam hati time tu.
Satu je soalan penilai "sebenarnya kalau ikutkan tempat praktikal awak di sana awak perlu banyak kemahiran insaniah. Terangkan kepada saya tentang kemahiran insaniah?".
OMG....Ya Allah apa aku nak jawab ni.
Tapi lepas Wida tengok muka penilai Wida tu terus dapat jawapan.
Sebenarya Kolej Vokasional ni adalah tempat saya menuntut ilmu ketika di ting 4 & 5. Maka selok belok di dalam kawasan tersebut saya sudah mahir. Begitu dengan pensyarah2 yang ada di kolej tersebut adalah kebanyakkannya adalah guru2 yang pernah mengajar saya sepanjang saya bergelar pelajar.
Dan mereka sudah saya anggap orang yang lebih tinggi kedudukkannya daripada saya.Tetapi saya hairan mengapa mereka mahukan saya memanggil mereka dengan perkataan KAKAK didepannya bagi pensyarah2 perempuan.
Disitu saya dapat rasakan betapa bertuahnya saya kerana cikgu2 saya dulu saya boleh panggil sedemikian. Tetapi mulut seakan terkunci kerana rasa hormat yang menggunung tinggi saya memanggil mereka dengan perkataan cikgu dihadapannya. Waimah saya muda tidak seberapa dengan mereka. Bertuahnya saya rasa ketika itu. Sangat2 terharu. Itu jawapan yang Wida berikan kepada penilai.
Begitu juga dengan pelajar kolej tersebut. Walaupun saya menganggap mereka seperti rakan2 saya tetapi saya menegaskan kepada mereka. Walaupun Wida dianggap sebagai rakan2 mereka sebagai orang yang lebih tua dari mereka, hormat kepada yang lebih tua adalah yang paling Wida utamakan. Wida boleh bergelak ketawa dengan mereka, berkongsi masalah dan cerita atau belajar bersama-sama. Tapi saikologi perlu ada dan hormat sebagai seorang yang lebih tua itu adalah perlu.
Selepas je Wida terangkan sedemikian. Wida nampak penilai sama2 menganggukkan kepala tanda setuju. Dan berakhirlah presentation Wida dengan lapang dada. Mungkin Wida kurang markah dari segi slide presentation tapi Wida puas hati bila Wida dapat terangkan dengan terperinci apa yang Wida laksanakan sepanjang praktikal dijalankan.
Terima kasih Allah...
No comments:
Post a Comment