Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Sesungguhnya Wida rindu dengan tempat praktikal Wida. Walaupun hanya 3 bulan Wida disana tapi cukup untuk membuatkan pengalaman yang sangat berharga pada Wida. Tiada air mata, tiada kedukaan semuanya hanya kegembiraan. Wida pun tak sangka la cadangan mak Wida untuk buat praktikal di sekolah lama Wida sangat membawa kepada kebaikan.
Aku Bukan Cikgu. Pelajar seperti aku yang tidak mempunyai apa2 hanya layak menumpang nama sebagai cikgu. Nak buat macam mana course yang Wida ambil di UPM takde pendidikan untuk sains teknologi kayu. Kalau nak jadi pensyarah mestilah after PHD. Jadi doktor baru la boleh mengajar. Kalau tidak kena la ambil master pendidikan. Gitu la konon jalannya.
Alangkah bestnya kalau Wida jadi Cikgu. Cikgu!! Cikgu!! itu la yang selalu pelajar di Kolej Vokasional panggil Wida. Ada sekali tu Wida datang kolej selepas Wida tamat praktikal "Eh cikgu datang". Suka tengok reaksi muka diaorg. Suka lagi bila diaorg sembang2 dengan Wida. Ala melayan diaorg seperti melayan adik2 Wida sebenarnya.
Wida juga pernah merasai apa yang mereka lalui sekarang. Wida juga sebenarnya super2 senior diaorang takkan la Wida nak abaikan junior2 Wida. Of course la Wida nak yang terbaik untuk mereka. Walaupun nakal macam mana pun mereka semuanya ada perasaan. Kita tak merasai apa yang mereka lalui dan apa yang ada dalam hati mereka. Tiada pernah ada yang cuba untuk menyelami jiwa remaja mereka.
Dia Bukan Cikgu. Yes...itulah yang selalu diperkatakan oleh orang yang ada disekeliling Wida ketika Wida menjalani praktikal. Wida tak tahu sebenarnya status Wida cikgu atau tidak. Bila Wida mengaku cikgu diaorg tanya Wida mengajar apa. Walhal tak sempat pun nak mengajar budak2 dah habis semester. Hahaha pandai kan pilih tarikh akhir2 tahun. Nak buat macam mana rezeki Wida. Tapi sempat la beberapa ketika dengan pelajar2.
Kalau malam kami berkumpul di dewan makan selepas maghrib. Tuition la kononnya. Wida takde apa nak buat sebenarnya kat rumah warden tu so Wida ajak la diaorg utk buat latihan memandangkan mereka hampir menduduki peperiksaan akhir tahun dan SPM. Semuanya terkawal cuma ada la kot yg tak puas hati lihat kami di dewan makan. Takpe la janji niat budak2 tu betul2 nak belajar.
Sarimah Jamil cikgu Bahasa Melayu
Pelajar bertungkus lumus buat ayat daripada perkataan yang diberi. Semangat sebenarnya diaorg ni.

Sampai sekarang ada je pelajar2 yang SMS dengan Wida. Wida layan sebab mereka ada yang hendak diperkatakan. Apa la salahnya Wida meluangkan masa. Pada orang lain mungkin tak bagus utk pelajar tapi tak salah utk cari inisiatif lain dalam cara berkomunikasi. Bukan hanya face to face je baru nak berkomunikasi.
Ala siapa pun Wida akan datang Wida takkan lupa yang Wida pernah praktikal di KV Batu Pahat. Tempat jatuh lagi dikenang. Tak banyak yang Wida buat di sana sebab hanya 3 bulan sahaja.
Aku bukan cikgu, dia bukan cikgu jadi siapa cikgu akhirnya tiada jawapan sehingga la Wida habis study nanti. Wida ada lagi satu semester pada tahun 2015. InsyaAllah akan tamat pada bulan 6 dan Wida harap Wida lulus kesemua subjek. Lepas tu baru la Wida tentukan hala tuju Wida ke mana.
Miss u Cikgu Sarimah n all your student...
Terima Kasih, Allah s.w.t