engkau boleh !!

Saturday, March 26, 2016

Bicara Jodoh

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Lepas Wida habis study semua orang tanya dah kerja? Kerja kat mana? Kerja apa? Semuanya tanya tentang kerjaya. 


Tapi Wida jawab "berkerja sendiri...blm kerja dgn mana2 orang lagi".

Apa kaitannya kerja dengan bicara jodoh ni. Entah macam mana bila duduk berdua dalam kereta dengan mak Wida tiba2 tercakap 

"Mak...wahid kalau ada org yg nk jodoh2 kan wahid sebab wahid kerja itu wahid kerja ini, ada kereta ada apa2 pun wahid tak nak la mak. Biar la orang yg nak wahid tu kenal wahid ni dari wahid kosong". 


Wida sebenarnya ada pandangan wida sendiri. Kalau orang sibuk nak jodoh2kan wida daripada Wida takde apa2 ni Wida okay je tapi kalau nak kenal2 kan Wida dgn seseorang dan bagitahu Wida ada itu ada ini Wida tak berapa setuju. Seolah2 orang itu berharap sangat dengan apa yang kita ada dan hanya berharap drpd kita je. 


Kalau boleh biar la seimbang. Wida sedang membina kerjaya Wida. Wida pun faham kalau lelaki tu sekurang2nya mereka sudah ada kerjaya dan lelaki boleh pilih wanita yang macam mana mereka mahu.


Kalau lelaki itu nak yang bekerja pilih yg bekerja kalau nak isteri duduk rumah je cari yg tak bekerja. Tapi jarang sangat ada orang perempuan nak suami yang tak bekerja. Wallahualam ...


Entah la kenapa Wida fikir macam ni mungkin itu yg terdetik dalam hati Wida ni sebab tu Wida berani bersuara dengan mak Wida dan mak Wida memahami sangat apa yang Wida perkatakan. 

Wednesday, March 2, 2016

2016 Ke Korea Ke Kita - 2nd Day

Assalammualaikum & Salam Dari Negara Terbit Matahari
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Annyeonghaseyo...inilah perkataan yang selalu didengari bila berada di Korea. 
Tarikh : 31 Jan 2016 (Sunday) 
Suhu


Seawal jam7.00 pagi Wida dah bersiap untuk teruskan misi perjalanan pada hari ini yang dijadualkan akan pergi ke beberapa tempat sekitar Seoul. Macam biasa sebelum kami meneruskan perjalanan kena la breakfast dulu. Wida ambil roti sekeping dan minum air panas.



Lepas tu macam biasa lepas sarapan bergambar dengan Durra diluar K-Pop guesthouse dan tepat pukul 8.00 pagi kami semua bergerak ke tempat menunggu bas untuk ke Namsan Tower yang tak berapa nak jauh dari tempat kami menginap sebab daripada guesthouse tu boleh nampak Namsan Tower.



Selka kata org Korea. Kat luar guesthouse. Macam ni la kami setiap kali keluar berjalan. Suhu memang tak boleh nak kata apa la sejuk gila..walaupun tak nampak saljinya tapi memang sejuk. Waktu ni kalau tak silap -11 berasap2 pulak bila bercakap.



9.00 am Menaiki Bas ke Namsan Tower

Sporting betul geng Ke Korea Ke Kita ni...tak pernah tak sporting


Bos macam biasa dia mesti kena ambil gambar semua anak buah dia.
Hihi thank you Aizat. Wida kat belakang nun sana. Tak mampu nak menghadapi kesejukkan yang terlampau.


Wida sorok kat sini tak tahan sejuk sangat kat luar tu


Lepas puas dah bergambar bas pun sampai. Kami naik bas no 03 ni tunggu di depan Police Station yang tak jauh dari guesthouse kami.


Perjalanan hanya mengambil masa 20 minit lebih kurang macam tu la. Wida pun tak tengok jam sangat.


Suasana dalam bas. Naik je bas terus touch 'n' go guna kad T-Money dan bila nak turun kena touch juga. Nampak tak mesin touch tu. Ingat tau touch sekali je...


Dah sampai Namsan Tower

Dekat sini la tempat kami turun dari bas tadi. Pak Tam kata kami kena berkumpul semula kat sini pukul12 untuk teruskan perjalanan ke Itaewon. Maka kena dengar cakap ketua baru la perjalanan jadi lancar.


Okay bermula la perjalanan kami. Jangan terkejut tau kalau nak menuju ke Namsan Tower ni kena mendaki. Jalan kaki je takde kenderaan. Tingginya mendaki tu macam 30 darjah gitu sudutnya. Kawan Wida pun sampai semput mendaki. Wida apatah lagi semput nak tercabut nyawa.


Tapi sebab semangat nak sampai ke atas tu maka cepat2 jalan. Kalau penat berhenti tarik nafas dulu.



Lepas Pak Tam beli tiket kami semua terus menuju ke menara Namsan Tower.



Pemandangan dari atas menara


Pemandangan dari atas. Teruja juga tapi lagi teruja kalau nampak salji. Ini tak ada...


Aduhai ternampak poskad pulak teringin nak pos ke Malaysia tapi tak tahu nak bagi kat siapa. Last2 beli yg paling murah and cute ni. Bayar dulu harga 1000 won (RM3.50) dan beli setem harga 400 won.


Terfikir nak tulis apa ya ni? Ah hentam je la...



Hahaha special untuk diri sendiri. Siap minta signature dari geng Ke Korea Ke Kita. Saja nak buat kenangan. Entah bila la nak sampai poskad ni. Berbulan agaknya nak sampai ke Malaysia. Kalau dah sampai nanti Wida kabo ye.


Siap2 tulis terus masukkan dalam peti merah tu. Moga selamat sampai ke Malaysia.


Setelah beberapa minit berada di menara Namsan Wida nak turun bawah dan ambil gambar kat bawah pulak. Nampak tadi banyak pad lock. Untuk orang bercinta la diaorg nak letak padlock kat situ buat kenangan. Wida pun tak faham sangat apa gunanya padlock tu sebab Wida tak pernah bercinta dan janji apa2 entah.



Jom turun ke bawah.

10.00 am Tiba di Namsan Tower

































12.30 pm Menaiki Bas ke Itaewon



Sumber gambar dari Geng Backpacker

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :