engkau boleh !!

Tuesday, July 21, 2015

6 Syawal

Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hari ni bertarikh 22 Julai 2015 bersamaan dengan 6 Syawal dimana umat Islam diseluruh Dunia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya di facebook terlalu banyak ucapan dan kata2 maaf. Tidak lupa juga gambar2 untuk kenangan sepanjang berhari raya.


Secara jujurnya Wida bukan la orang yang tersenarai dalam hal2 di atas. Nama nak bergambar kenangan pun tak ada. Nak bermaafan pun jarang. Entah la sukar untuk diungkapkan. Bila mana kawan2 berkunjung ke rumah rakan2 yang lain, tak ada kawan2 Wida yang beraya ke rumah Wida sebab Wida pun tak pernah beraya ke rumah kawan2 Wida hahahahaha nampak tak di situ. Semua kawan2 Wida duduk jauh, mana la ada yang nak datang beraya ke rumah. Yang datang semuanya saudara-mara je. 


Nak bergambar pada hari raya apatah lagi. Kalau dah pagi raya tu tak sempatnya nak tukar baju raya tetamu dah sampai. Pulak tu Wida salah seorang yang akan turun ke dapur untuk selesaikan semuanya. Memang tak la nak pakai baju raya. Emm...eh ada ke baju raya...Emmm kadang2 tak ada pun. Pakai je baju yang mana ada. Bukannya orang tahu pun kita pakai baju bila.


Wida bukan macam orang yang akan pergi membeli baju raya di expo2 ketika bulan ramadhan dan bukan juga orang yang membeli secara online. Kasut pun main sarung je mana2 yang ada. Kalau dah masuk rumah bukannya nampak pun. Paling2 tak pun Wida basuh kasutnya supaya nampak bersih sikit tak la bertanah ke apa. Tudung pun guna je mana2 yang ada dirumah.


Bukan Wida tak mampu tapi sebenarnya Wida tak perlu. Duit yang ada untuk keperluan yang lain yang lebih penting. Lain la kalau suami Wida yang belikan dan sediakan untuk Wida. Bukan Wida tak teringin semua tu tapi mungkin masanya belum tiba. Lagipun Wida fikir biarlah bersederhana tu lebih memadai. Mungkin kalau kawan2 datang Wida tak dapat nak layan dengan sebaik2nya. 


Dulu masa sekolah rendah adalah la juga kawan2 kelas Wida rajin pergi beraya ke rumah Wida sebab rumah Wida di pekan berbanding dengan rumah mereka di kampung. Jadi kalau diaorg pergi ke rumah Wida dapat la diaorg keluar ke pekan. Tapi lepas tu bila diaorg dah bersekolah di pekan takde pun kawan2 yang datang. Tapi takpe la Wida ok je.


Bila dah masuk asrama, politeknik dan universiti memang takde la kawan2 yang datang. Tapi itu semua tak mendatangkan apa2 yang tak elok pada Wida sebab janji ada family Wida dah kira ok la tu. Raya ni Wida tak minta apa2 sebab 27 Julai 2015 ni hari lahir Wida yang ke-28. Wida mohon pada Tuhan agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan yang paling penting lulus dalam subjek semester akhir Wida di UPM agar Wida dapat bersama2 rakan Wida naik kepentas dan menerima segulung ijazah.


Wida berharap agar ada keajaiban untuk Wida sebab subjek yang Wida ambil semester akhir tu subjek Wida repeat. Wida bernazar kalau Wida lulus subjek semester last ni Wida akan potong rambut Wida yang panjang ni. Wida nekad kali ni. Walaupun Wida rasa sayang nak potong rambut tapi Wida kuatkan semangat. Rambut lepas ni boleh tumbuh lagi kalau dah potong. 



Hari Raya ke-5 tu ada pensyarah Wida call. Dia tanya la serba sedikit pasal Wida punya markah last untuk subjek repeat tu. Dalam hati dah berdebar2 sebab Wida ingat pensyarah tu nak bagitahu keputusan peperiksaan akhir Wida. Ya Allah...terkejut sangat. Tapi bukan rupanya...Doktor tu ada bgtau harap ada la haarapan untuk Wida lulus. Wida tak pernah ponteng kelas tu, Wida selalu datang dan tak pernah terlewat cuma Wida ni memang susah sikit nak faham subjek kira mengira ni. Itu kelemahan yang Wida akui. 


Terima Kasih Ya Allah...Hamba Mu ini sentiasa bersyukur diatas setiap apa yang telah diberikan. Amin

 



2 comments:

dj_qruqnu said...

hmm, sayangnya nak potong rmbut paras lantai kan wida? nak potong sampai paras mana? harap tak terlalu pendek :'(

Unknown said...

Jgn potong...

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :