Muhammad Fakhrul Amin Bin A. Rahman
Assalammualaikum
Tinggal satu hari sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan. Sungguh aku terharu ketika ini kerana teringatkan anak saudara aku yang telah menghadap Ilahi pada umurnya 11 tahun kerana kemalangan yang tidak siapa sangka kerana terhempap tiang gol di sekolah.
Aku selalu sangat terpanggil nama Amin ketika berada di rumah keluarganya di Kuarters Perguruan. Cepat2 aku tersedar dan menutup mulut bahawa aku telah menyebut nama orang yang sudah tiada lagi. Anak ke 4 dari 8 orang adik beradik ini seorang yang sentiasa mencari perhatian dalam keluarga.
Aku masih ingat lagi ramadhan terakhir bersama arwah di mana ketika itu usianya dalam lingkungan 8tahun. Dia sudah berpuasa seperti kakak dan abang2nya. Dia tidak terkecuali untuk bersahur bersama2. Makannya tidak banyak sekadar mengalas perut.
Tetapi, kini tiada lagi saat indah untuk bersahur dan berbuka puasa bersama2. Tiada lagi perkataan lawak yang suka diungkapkan "Pakcik P mana? P Alor Star" sambil tergelak2 mengikut loghat utara yg dibacanya dari majalah lawak.
Kakak ipar aku sentiasa bercerita pasal arwah kepada aku apabila aku pergi ke rumahnya. Didepan mata memang aku melihat kesayuan pada kakak ipar aku bercerita itu ini, tapi jauh disudut hati aku menangis tidak berlagu di belakang mereka.
Masih segar diingatan aku ketika menerima berita kematian arwah. Waktu itu, aku mengikuti pementasan Tunas Putra di dewan UPM di awal kemasukkan semester 1. Aku sudah memberitahu emak bahawa aku akan mematikan handphone dan hanya menumpukan kepada persembahan tersebut.
Hati aku rasa lain waktu itu dan aku membuka handphone aku. Terkejut kerana terdapat berpuluh-puluh panggilan masuk dan berpuluh-puluh pesanan ringkas yang aku terima. Sebelum persembahan aku sempat menjawab panggilan sepupu aku. "Wahid sabar ya. Kak ain nak bagitahu anak abg man meninggal kena hempap tiang gol kat sekolah".
Waktu tu aku rasa mcm kelakar dan tak logik. Aku mcm nak gelak. Tapi tiba-tiba aku tersedar dlm pada itu, aku kehilangan anak saudara dan aku rasa mcm diaorg nak reka cerita. Aku diam dan terduduk sambil berfikir Ya Allah mengapa semua ini terjadi. Aku mengalir air mata tanpa suara.
Kepada kawan2 telah aku khabarkan dan habis sajaha pementasan aku bergegas pulang ke kolej dan mengemas pakaian untuk ke rumah abang aku di Klang. Kakak sepupu aku yang tadinya memberitahu aku telah menunggu dan menjemput aku untuk ke sana.
Tahun ini merupakan ramadhan pertama buat keluarga abang aku tanpa seorang anak yang sentiasa menceriakan keadaan dan menjadi orang yang akan melaungkan azan di surau berdekatan untuk penduduk setempat berbuka puasa.
Gambar di atas merupakan gambar terakhir arwah menyambut hari raya aidil fitri bersama keluarga kakak ipar aku di Kelantan. Arwah tidak aku temui lagi dari hari raya aidil fitri 3 tahun yang lepas kerana mereka menyambutnya di Kelantan.
Amin...cik wahid sentiasa mendoakan amin di alam sana. Cik Wahid rindu sangat kat amin. Amin comel sejak kecil, suara amin serak-serak basah melaungkan azan takkan cik wahid lupa. AL-FATIHAH.
No comments:
Post a Comment