engkau boleh !!

Thursday, July 26, 2012

Today Is My Birthday

Assalammualaikum & Salam Sayang

Hari ni Jumaat 27 Julai 2012 bersamaan 7 Ramadhan genap umur Wida 25 tahun. Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah dan kurnianya diberikan nyawa hingga kini untuk bernafas. Amin amin amin...

Thanks kp kawan2, yang sentiasa mendoakan Wida dipanjangkan usia serta dimurahkan rezeki. Mudah-mudahan doa2 kalian dimakbulkan amin.


Bestnya kalau dpt kek mcm ni. Lahir tahun arnab kek pun arnab. Hehehe...

Tuesday, July 24, 2012

Minggu Trip Dendrologi

Assalammualaikum & Salam Sayang

Sebagai penuntut IPTA di sebuah universiti tempatan pastinya kita akan memilih kos yang hendak diikuti di mana fakulti universiti. Saya antara seorang mahasiswi jurusan Bacelor Sains Teknologi Kayu Fakulti Perhutanan di Universiti Putra Malaysia cawangan Serdang, Selangor.

Pada semester dua kami disyaratkan untuk mengambil subjek Dendrologi 1 yang mempunyai 3jam kredit bagi pelajar kos Bac. Sains Teknologi Kayu dan Bac. Sains Taman & Rekreasi. Bagi pelajar Bac, Sains Perhutanan pula mereka juga mengambil subjek yang sama cuma bezanya Dendrologi mereka mempunyai 4 jam kredit. Berlainan sedikit apa yang mereka pelajari.

Subjek Dendrologi ini memerlukan pelajar mempelajari khusus berkaitan dengan mengenali pokok serta tumbuhan, mengetahui perbezaan dan persamaan ciri-ciri pokok tersebut dan mengetahui nama saintifik juga nama tempatan yang terdapat di hutan. Selain itu. disekitar Fakulti Perhutanan UPM juga mempunyai pokok hutan yang berlainan spesis.

Apa yang ingin Wida kongsikan di sini adalah kami banyak menghabiskan masa diluar kawasan UPM untuk mempelajari pelbagai spesis untuk melengkapkan lagi pemelajaran kami. Kadang-kadang terasa penat juga tetapi kami kuatkan semangat memandangkan kami ni mahasiswa universiti dan tugas kami hanya belajar so kami akan pelajari semuanya.

Kawan2 Wida pun kadang2 pelik tengok kami sebab setiap masa tak pernah lekat kat bilik bila tiba hujung minggu, ada saja aktiviti yang kami akan lakukan dengan budak2 fakulti perhutanan. Ok di sini Wida senaraikan tempat2 yang kami telah jelajahi pada semester 2 2012 antaranya :


Pulau Burung, Pantai Cahaya Negeri, Port Dickson



Hutan Lipur Pasir Panjang Negeri Sembilan

FRIM, Kepong KL

Genting Highland


Hutan Lipur Ayer Hitam, Puchong 

Ini adalah antara tempat2 yang kami telah pergi dan ada beberapa tempat yang kami tidak sempat untuk pergi antaranya Hutan Lipur, Gombak. Hujung minggu kami sememangnya akan dihabiskan untuk pergi ke hutan2 bagi membolehkan kami mengenali pelbagai spesis yang terdapat di Semenanjung Malaysia. 

Jangan ingat kami seronok2 je pergi ke sana sini. Sebelum bertolak ke satu2 tempat tu, terlebih dahulu kami akan menghafal nama saintifik dan nama tempatan serta spesis yang dikategorikan. Memang agak sukar pada mulanya. Tapi kami sememangnya perlu menyahut cabaran kerana kami akan diuji dengan ujian pengenalan daun yang akan di ambil pada setiap tempat yang kami pergi. 

Ujian yang diadakan semestinya diperkarangan foyer fakulti perhutanan. Ujian pengecaman daun yang meminta kami menulis nama saintifik, nama tempatan dan juga nama spesis sangat2 menguji minda. Kadang-kala kami rasa terlalu penat tapi dalam masa yang sama rasa seronok apabila kami dapat mengingati nama saintifik dan sekaligus rasa bangga apabila dapat mengecam daun yang diuji.

Masa kami memang banyak dihabiskan untuk Dendrologi yang sememangnya mempunyai kekuatan untuk menguji pelajar dan mengajar pelajar untuk mengetahui kesemua karektor2 yang unik. Dendrologi juga yang lebih mengeratkan silaturrahim antara kami pelajar semester dua walaupun kami berlainan kos di dalam fakulti perhutanan. 

Ikuti pengalaman Wida disebalik trip Dendrologi yang kami pergi. Bermacam cerita dan pelbagai pengetahuan serta ilmu yang kami perolehi.


Monday, July 23, 2012

Balik Kampung Lagi

Assalammualaikum 


Dapat teka tak tempat ni?? Inilah dinamakan TBS singkatan kepada Terminal Bersepadu Selatan yang terletak di Bandar Tasik Selatan atau singkatannya BTS. Sejak Wida melanjutkan pengajian di UPM jika Wida balik ke kampung Wida akan pergi ke sini untuk membeli tiket bas pulang ke Pontian, Johor. 

Terminal Bersepadu Selatan ni adalah transit untuk ke Selatan sahaja seperti Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Singapore. Kalau nak pergi utara minta maaf ya sini bukan tempat untuk beli tiket bas. Kalau nak pergi utara boleh pergi ke Pudu Raya. 

Di Bandar Tasik Selatan ini ada 3 terminal di mana yg pertama transit KTM ke LRT, transit KLIA Express dan transit bas Terminal Bersepadu Selatan. Wida suka sangat lihat pemandangan atas dari Hentian Komuter Bandar Tasik Selatan ni.



Wida suka sangat tengok pemandangan kat sini. Selalu kalau Wida jalan sorang2 kat sini Wida akan berhenti sekejap sbb apa sekejap nak tau...kalau Wida berjalan nak menuju ke terminal ada je orang2 yang menghalang laluan untuk menjual barang yang entah apa2 tu. Sorry Wida tak minat langsung. Nak tipu orang je dengan barang2 dia yang entah apa. Wida malas nak layan sebab Wida dah banyak kali kena sampaikan duit pun habis. 


Dari laluan Hentian Komuter nak menuju ke Terminal Bersepadu Selatan ni agak jauh juga la. Penat juga berjalan. Nasib la ada tangga bergerak untuk ke sana. Hilang la sekejap lengguh2 kaki Wida ni. Maklum la kadang2 Wida balik bawa barang banyak, kalau bawa beg roda senang la sikit.



Macam biasa kalau dah penat berjalan dan sebelum Wida naik bas Wida akan makan dulu. Nasi Ayam jadi pilihan Wida memandangkan kedai makan lain tak menarik langsung selera Wida hari tu. So, Wida makan la apa yang Wida teringin. Air mcm biasa Limau Asam Boi Ais untuk mengelakkan Wida loya. Nama jajan memang Wida takkan beli bila naik bas sbb Wida tak biasa dari dulu untuk nyemil2 (mengunyah2) dlm bas. Paling2 pun Wida akan tidur di dalam bas kalau Wida tak buka laptop.  

Nasi Ayam RM5.50

Limau Asam Boi Ais Terbaikkk!!!

Ruangan makan yang Wida suka sebab ada TV LCD kat situ. Sambil makan berseorangan Wida tengok TV.

Wida ni asyik balik kampung je

Assalammualaikum



Kena la dgn tajuk kali ni. Kawan2 dok bising sbb Wida tiap minggu asyik balik kampung je. Kampung tak la jauh sgt kat Pontian Johor. Dari Terminal Bersepadu Selatan kat Bandar Tasik Selatan, KL ke Pontian Johor ambil masa dalam 4 jam la kononnya sbb bas selalu keluar tol Tangkak. Ikut jalan Muar sbb turunkan penumpang kat sana. Teruskan perjalanan dan turunkan lagi penumpang kat Batu Pahat. Akhir sekali baru la ke Terminal Bas Pontian. Tapi Wida selalu turun kat depan Kampung Parit Panjang Ayer Baloi. Malas nak turun kat bandar.

Macam biasa Wida kalau balik awal lepas class koko pengurusan pentas, Wida akan makan tengahari dulu utk alas perut kalau tak Wida akan terasa loya2 bila dalam bas tu. Maklum la perjalanan Wida tu walaupun takde liku2 tapi permukaan jalannya mak aii mcm mengelak periuk api. Sana sini semuanya lubang2 takpun bongolnya banyak sangat.

Kalau nak cari makanan kat Terminal Bersepadu Selatan tu senang je, naik tangga bergerak ke tingkat 4 kalau tak silap dan cari sahaja kedai makanan kat situ. Macam2 ada, KFC pun ada. Sebelum ni, Wida tak berani sangat nak naik atas tu tp ada kawan Wida dah tunjuk kat situ ada kedai makan so, Wida beranikan la diri untuk pergi makan walaupun seorang. Wida ni kdng2 seorang pun boleh jadi janji takde orang2 yg berbiat buruk menganggu Wida.



Macam biasa Wida akan tempah nasi sebagai makanan utk alas perut Wida. Makanan tidak perlu yang pedas sekadar makanan yang rasa keenakkannya apabila dimakan. Air yang Wida order WAJIB la air asam boi ais. Sedap sangat2...anggaran makanan Wida ni selalunya RM6 je, tak mahal kan. Biasa2 je. Duduk mestilah berseorangan berdekatan dengan TV yang ada di situ.



Thursday, July 19, 2012

Rindu Amin...


Muhammad Fakhrul Amin Bin A. Rahman

Assalammualaikum


Tinggal satu hari sahaja lagi umat Islam diseluruh dunia akan menjalani ibadah puasa pada bulan ramadhan. Sungguh aku terharu ketika ini kerana teringatkan anak saudara aku yang telah menghadap Ilahi pada umurnya 11 tahun kerana kemalangan yang tidak siapa sangka kerana terhempap tiang gol di sekolah.


Aku selalu sangat terpanggil nama Amin ketika berada di rumah keluarganya di Kuarters Perguruan. Cepat2 aku tersedar dan menutup mulut bahawa aku telah menyebut nama orang yang sudah tiada lagi. Anak ke 4 dari 8 orang adik beradik ini seorang yang sentiasa mencari perhatian dalam keluarga.


Aku masih ingat lagi ramadhan terakhir bersama arwah di mana ketika itu usianya dalam lingkungan 8tahun. Dia sudah berpuasa seperti kakak dan abang2nya. Dia tidak terkecuali untuk bersahur bersama2. Makannya tidak banyak sekadar mengalas perut.


Tetapi, kini tiada lagi saat indah untuk bersahur dan berbuka puasa bersama2. Tiada lagi perkataan lawak yang suka diungkapkan "Pakcik P mana? P Alor Star" sambil tergelak2 mengikut loghat utara yg dibacanya dari majalah lawak.


Kakak ipar aku sentiasa bercerita pasal arwah kepada aku apabila aku pergi ke rumahnya. Didepan mata memang aku melihat kesayuan pada kakak ipar aku bercerita itu ini, tapi jauh disudut hati aku menangis tidak berlagu di belakang mereka.


Masih segar diingatan aku ketika menerima berita kematian arwah. Waktu itu, aku mengikuti pementasan Tunas Putra di dewan UPM di awal kemasukkan semester 1. Aku sudah memberitahu emak bahawa aku akan mematikan handphone dan hanya menumpukan kepada persembahan tersebut.
Hati aku rasa lain waktu itu dan aku membuka handphone aku. Terkejut kerana terdapat berpuluh-puluh panggilan masuk dan berpuluh-puluh pesanan ringkas yang aku terima. Sebelum persembahan aku sempat menjawab panggilan sepupu aku. "Wahid sabar ya. Kak ain nak bagitahu anak abg man meninggal kena hempap tiang gol kat sekolah".


Waktu tu aku rasa mcm kelakar dan tak logik. Aku mcm nak gelak. Tapi tiba-tiba aku tersedar dlm pada itu, aku kehilangan anak saudara dan aku rasa mcm diaorg nak reka cerita. Aku diam dan terduduk sambil berfikir Ya Allah mengapa semua ini terjadi. Aku mengalir air mata tanpa suara.


Kepada kawan2 telah aku khabarkan dan habis sajaha pementasan aku bergegas pulang ke kolej dan mengemas pakaian untuk ke rumah abang aku di Klang. Kakak sepupu aku yang tadinya memberitahu aku telah menunggu dan menjemput aku untuk ke sana.

Tahun ini merupakan ramadhan pertama buat keluarga abang aku tanpa seorang anak yang sentiasa menceriakan keadaan dan menjadi orang yang akan melaungkan azan di surau berdekatan untuk penduduk setempat berbuka puasa.

Gambar di atas merupakan gambar terakhir arwah menyambut hari raya aidil fitri bersama keluarga kakak ipar aku di Kelantan. Arwah tidak aku temui lagi dari hari raya aidil fitri 3 tahun yang lepas kerana mereka menyambutnya di Kelantan.

Amin...cik wahid sentiasa mendoakan amin di alam sana. Cik Wahid rindu sangat kat amin. Amin comel sejak kecil, suara amin serak-serak basah melaungkan azan takkan cik wahid lupa. AL-FATIHAH.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :