engkau boleh !!

Wednesday, February 23, 2011

prepare 4 flying without wing =)

Selepas wida dpt berita yg wida dpt smbg bljr kt Sabah, wida excited la sgt2 sbb mmg x sabar nak smbg bljr stlh tunggu slma 2 thn slps tmt bljr kat Politeknik Shah Alam. Kmudian dpt pula smbg jurusan yg sama wida pernah ambil di shah alam. So, x kisah la dpt smbg bljr kat Sabah sekalipun janji dpt smbg belajar. Wida dah dpt tahu awal yg wida kena pergi Sabah tp wida x dpt tarikh yg s'benar utk wida daftar.

Ptg hari rabu wida dpt panggilan dr Politeknik Kota Kinabalu yg m'gatakan bhwa wida perlu daftar s'lewat2nya pd hr jumaat. Mak aiii s'cepat itu s'kali. Wida dah minta tangguh hingga hr isnin, tp x boleh pula. Nak tak nak t'paksa la juga akur dgn k'putusan yg diberi oleh pihak politeknik t'sebut.

Masa dah suntuk, slps buat k'semua salinan dokumen yg diperlukan. Mlm 2 juga slps maghrib wida dgn mak b'gegas ke Klinik Min Batu Pahat utk buat medical check up. Tuhan m'yelamatkan wida sbb slps je s'langkah wida masuk ke dlm klinik 2 pintu pun di tutup. B'syukur sgt2 kt dlm hati sbb dapat lepasi fasa p'tama. Dah la kena drive laju2 utk smpi ke klinik min dr Ayer Baloi Pontian, akhirnya dpt juga masuk klinik t'sebut. B'syukur sgt2 la time 2.

Mcm biasa la test mata (dah rabun s'belah...) ada juga yg salah2 sbb dh x nmpk sgt huruf yg kecil2 (semua org dlm klinik tgk wida t'masuk budak2), mcm org bljr dkt tadika pula, next test air tutttt...sorry kurang sopan sikit (faham juga kan bg yg pernah buat), dah 2 naik tingkat atas sbb nak buat x-ray slps diarahkan oleh p'bantu klinik t'sebut.

Sampai ditingkat atas 2, mcm org binggung pula sbb dah lupa klu nk buat x-ray kena buka baju kan. OMG x sanggup tp apa boleh buat t'paksa la buka apa2 yg patut. Pakai juga baju x-ray buat kali ke-2 slps p'tama kali semasa masuk Politeknik Shah Alam dulu. Lama juga ni tunggu doktor tak naik2 ke tingkat atas, apa dia lupa ke ada wida di atas ni. Ala doc cepat la sikit sbb penat ni wida tunggu, kejap b'diri kejap duduk, kejap duduk x b'diri2. Alahai doc min...

S'telah selesai x-ray ada lg masuk pula bilik doc entah apa namanya 2 x igt, dia check semua la ttg diri wida ni. Alhamdulillah semuanya baik dan disahkan bahawa wida sihat. Amin. Keluar dari klinik dah m'nunjukkan jam10 mlm so wida terus pecut ke rmh lama di Parit Raja, batu Pahat sbb nak solat dan nak ambil apa2 yg perlu utk di bawa ke sana. Mak pun b'syukur sgt2 sbb semuanya dpt diselesaikan pd mlm itu juga.
Gitu gini wida b'tolak dr rmh hampir 2 pg dan sampai rmh di Ayer Baloi, Pontian lebih kurang jam 3pg sbb wida pecut lgpn kenderaan dah kurang so xde halangan nak join F1. Mak ddk kat s'belah x b'henti2 mulut mak baca ayat2 suci al Quran. Al maklum la perempuan b'dua pd waktu pg pasti ada shj anasir2 yg dtg m'ganggu. x tau la pula kalau mak takut wida bw kereta laju.
Mlm 2 juga wida x tidur sbb masih ada barang2 yg wida perlu kemaskan. Biarlah mak sahaja yg tidur supaya esok hari mak dpt bantu wida apa2 yg patut. Seperti k'laziman dan k'biasaan wida akan buat list utk m'mastikan semua yg nak dibawa tidak t'tinggal. Walaupun dekat mahupun jauh wida tidak mahu ssh kan sesiapa s'kiranya ada barang2 yg wida t'tinggal apatah lagi kalau benda yg importent, no excuse. Mcm wida di Shah Alam dulu wida make sure buat list barang2.
Hampir subuh wida kemas barang, lps subuh wida tidur s'kejap sbb lps 2 wida nak kena pergi uruskan semua sijil2 yg wida dah hantar ke rmh tok penghulu utk ditandatangani dan disahkan. Alhamdulillah semuanya selesai terus wida balik dan sempat juga wida tulis surat pd cikgu di Sek Men Teknik Batu Pahat utk beritahu yg wida dpt sambung belajar.
S'belum wida pos surat t'sebut wida sempat bacakan isi kandungan surat itu pd mak wida. Wida x sangka pula isi kandungan surat itu m'buatkan mak wida m'yeka air mata dan suara mak tiba2 k'dengaran serak dan sebak. Mungkin ada p'kataan yg m'buatkan mak t'rasa dan mak m'nitiskan air mata. Terima kasih mak sbb m'mahami wida anakmu yg s'orang ini.
Saat2 wida di rmh hanya berapa jam shj lagi, lps ni wida akan rindu dgn semua. Esok wida dah nak ke airport sbb nak beli tiket kapal terbang undersport. Al maklum la dpt trkh p'nerbangan pun last2 minute lps 2 x tahu mcm mana cara nak beli tiket cara online dan x ada kad kredit. Agak sukar juga la waktu itu, tp kita ada jln lain yg boleh digunakan dgn pergi sendiri ke airport yg hanya m'makan masa selama 45minit dr rmh (walhal wida bawa laju...). Hehehe...
Wida ke airport Senai utk buat tempahan tiket kapal terbang pd k'esokkan harinya. B'tolak dr rmh awal pg sbb tidak mahu k'tinggalan flight pd hr khamis.

Monday, February 21, 2011

Karambunai

KARAMBUNAI KOTA KINABALU SABAH
S'awal jam 7 pg kami dah b'siap2 dan tunggu di pondok bas dlm Politeknik KK utk b'tolak ke Karambunai. Jam 7pg di Sabah mmg dah terang x mcm kt semenanjung masih gelap lg. Mana yg tinggal di kamsis saja b'kumpul. Yg lain semuanya naik kenderaan masing2.
T'fikir kami mau naik apa bah ni pergi sana. Muka baru bangun tidur Kay Rud Deen bawa kereta. Joseph pula baru bgn tidur, alamat lmbt la semua gerak pergi karambunai.
Lama la juga kami tunggu bdk2 class kami, yg peliknya perempuan semua cepat tapi kenapa lelaki lambat. Lepas Kay ambil Sir Adrian di kuarters dia b'henti kat pondok bas tmpt kami b'kumpul. "Jom semua naik kereta aku..."
Mak aiiii giler kentang la beb!!!! 6 org 1 kereta kancil lama. Sempitnya mcm sardin dlm tin. Eeeee nak taknak kena juga naik sbb xde transport, dlm hati t'tanya juga plan apa mcm ni smpi bdk2 yg duduk kamsis xde transport nak naik. Mulanya 2 wida igt nak sewa kereta dan tong2 (isi minyak) share2. Tapi ada pula yg x mahu, so kenalah naik kereta Kay. Adoi x dpt dibayangkan smpi skrg bila b'himpit2 dlm kereta, makanya bdn aku ni t'sangat la kecil =p
Akhirnya...s'telah bbrpa minit p'jalanan (x la jauh sgt = sakit buntut wida) maka kami sampai la tempat yg kami tuju. Angin dah b'tiup2 ni, nak masuk tp Sir Adrian kata tunggu bdk2 class. Tp diatas k'bijaksanaan wida, akhirnya masuk senyap2. Hehehehehe...mula2 takut juga tp bila dah runding2 dgn org kat kaunter dgn alasan sakit kaki dpt la wida sama kak lin masuk dan duduk dgn senang lenangnya di bawah pokok sambil m'merhatikan pengunjung2.
Emmm...jgn jealous, siapa manis mulut dpt la ganjarannya sementara yg lain b'panas2 dan b'jemur di luar pintu masuk. Kita manusia kan ada budi bicara, jd apa salahnya gunakan kp benda yg b'manfaat. Ada pula tu kwn yg x suka kami masuk dulu. Laaa....apa pula dr malu2 b'sandar dikereta org dan duduk atas jln raya better duduk di kerusi.
Halooo...sblm masuk byr dulu rm10 yuran tau.
semua aktiviti ada di sini, jet ski, banana boat, speed bot, camping, mcm2 la semua ada di sini.
Kalau nak pergi sini dr bandar KK ikut signboard ke menggatal, lps jumpa roundboard dkt dgn politeknik kk ambil jln ke karambunai dkt juga dgn kelab golf. Tempat yg tenang, bersih dan boleh m'lepaskan k'penatan slps b'kerja. T'baikkkk....
natra & wida di karambunai yg m'jadi bukti kenangan manis kami.
Kat belakang 2 bkn laut tau, tp mcm sungai yg ala2 mcm laut.
Best air biru jernih nmpk semua ikan & apa yg ada di dlm air. Nak tau apa yg kami nmpk dtg la sendiri di Lagoon Park Karambunai. Semuanya ada di sini.


Kenangan t'indah utk kali t'akhir sblm semuanya b'pisah. Apa2 pun wida happy kenal dgn kalian semua yg b'bilang bangsa tp kita tetap 1 malaysia. Thanks sir adrian 4 everything, nice pic.



salah satu p'mainan yg dilakukan entah apa2 idea hasnah (t'shirt oren) tapi ok juga kasi kena sama diaorg, b'lari lintang pukang. Sir Adrian pun join juga (t'shirt green).


ok wida introduce s'org demi s'org about my classmate...
* wida * = baju pink tudung hitam
* shafiq * = seluar hitam + x pakai baju
* Sir Adrian Lec * = baju hijau
* ian * = baju hitam + cap
* irwanshah * = baju putih + jeans lusuh
* joseph * = blkg irwan tapuk2 x pkai baju
* hazlin * = t'shirt jalur2
* gild* = baju putih tgh2 pic
* rassell * = tudung putih
* khairuddin * = tapuk2 blkg russell
* KP * = cekak pinggang
* natra j.stalin * = baju pink + cap hitam
* azmi * = t'shirt hijau
Paling x lupa la lps mkn2 kami semua balik la...dan 1 masalah bila balik ni kami kena naik juga kereta kancil Kay yg cumil2 mcm tuannya juga. Tp kali ni lagi gempak sbb 7 org dlm 1 kereta. Mataiiii la kali ini. Yg duduk seat blkg Sir Adrian, Joseph, Russell, Wida n Kak Lin, duduk seat dpn pula Azmi yg kakinya pjg. Kay yg mmg kakinya pjg t'paksa la sempit2 juga. Adoiii....
Memang betul2 p'galaman yg x dpt dilupakan la pasal naik kereta kancil Kay. Minta2 spring kereta dia tak patah...huhuhu...Thanks Kay and most thanking 2 Shemiah Alvarez Wong 2 planning 4 last day moment at Karambunai. So sweetttt!!!

Sunday, February 20, 2011

Sekitar Pasar Filipine Kota Kinabalu

P'mandangan Jesselton Town pd waktu malam.
Semua b'rebut mahu tangkap gambar bah.

Kali ni p'jalanan wida pd waktu mlm, s'benarnya s'belum kami pergi sini kami dah pun singgah di 1Borneo makan2 dan jalan2 cuci mata tp itu petang dr jam2 hingga lps maghrib. Kemudian kami plan utk teruskan p'jalanan kami hingga lewat mlm sbb ini je masa kami ada peluang utk b'jalan pd waktu mlm. Walhal ini plan last minit,so teruskan hingga ke Bandar Kota Kinabalu.


Kami m'neruskan p'jalanan s'telah lama m'nunggu krn m'mikirkan kenderaan yg ingin disewa tiada jadi adalah kwn sorang ni sudi pinjamkan kereta milik dia kp kami. Oh sungguh baik hatinya, lagi pula dia bukan guna pd waktu itu. Wah!! dpt greenlight terus pecut pergi jalan2 di KK /singkatan bagi (Kota Kinabalu).
Best x t'kata sbb bkn selalu dpt keluar mlm, inikan pula dgn org2 yg mmg s'kepala. Kami m'nuju jalan2 yg kami x pernah lalu pd waktu mlm. Apa lg dgn masa yg ada kami x sia2 kan, wida still jd driver sbb antara kami semua wida sahaja yg m'miliki lesen kereta yg tlh tmat tempoh P.
Kami menuju ke Jesselton Town. S'belum ni wida x pernah pergi pun tp pernah juga la nampak tmpt 2 cuma blm ada k'sempatan utk b'siar2 di sana. Pd mlm itu, kami b'gambar di Jesselton. Alah janji nampak muka dan di nama tempat cukuplah utk klik b'berapa keping gmbr. Mcm sengal2 je kami semua ni sbb t'bongkok2, t'tungging2, t'duduk2 nak tangkap gmbr. Aduhai...
Lps 2 kami m'nuju ke sekitar jalan2 di Kampung Air, mak aiii mcm x percaya ni apa yg kami nmpk adalah "kakak adik" (lelaki). Emm diaorg ni tgh tunggu pelanggan yg sudi m'langgan mereka. x pernah pula t'filir nak tanya harga langganan diaorg ni berapa utk 1 malam. Fuyooo!! pakaian m'galahkan perempuan tp mmg s'biji mcm perempuan ditambah lagi dgn solekkan yg cukup2 m'personakan bila melihat mereka. x ubah seperti perempuan tulen, walhal bukan pun.
K'hidupan dlm dunia ini pelbagai, macam2 karenah dan tujuan hidup. Tp dah mereka pilih jalan yg macam itu x dpt la wida nak b'kata apa. Jadikan p'gajaran dlm k'hidupan wida s'benarnya apabila melihat yg s'demikian. Kita manusia x b'hak nak m'hukum mereka biarlah Tuhan sahaja yg m'balas setiap perilaku manusia di dalam dunia ini.
Kami sempat singgah di atas bukit "Signal Hill" utk m'lihat p'mandangan pd waktu malam. Mmg penuh dgn lampu2 jalanan yg x pernah padam bg meriahkan lagi suasana di Bandaraya Kota Kinabalu. Well, jalan pun dah penat kami m'nuju ke pasar yg ada pd waktu malam di bandar KK ini iaitu di Pasar Filipine.

Sempat lagi Kak Nanang dgn Anis b'sandar di tembok yg ada lukisan kraftangan di Pasar Filipine. Penat b'jalan la 2 maknanya...nduk bah (kesian).


Di Pasar Filipine ni s'memangnya kaya dgn mutiara,jd s'siapa yg ign m'miliki mutiara x kira la mutiara laut masin ke x masin ke semua ada. Murah ada mahal pun ada.
Pandai la bodek harga. Kalau anda nmpk gmbr ini maknanya anda sudah smpi bah di sini.


Penat bah jadi kami lepak sekejap sbb s'belum 2 kami makan2 di Pasar Filipine. Maklum la tepi laut, angin yg b'tiup pun tenang je. Jd kami ambil masa s'ketika sblm pulang.


Haaa...inilah antara makanan laut yg t'dpt di pasar pd waktu malam. Rasanya mcm ada jual rumpai laut tp x nmpk plak.



Macam2 jenis ikan boleh didapati. Ikan semuanya segar2 sbb kalau mereka bakar ni semuanya baru naik atas darat. Dapat je ikan terus di panggang sbb laut b'sebelahan shj dgn tmpt mkn ni.


Tgk betul x wida kata, bkn ikan shj ada, ini sotong ada udang ada, dari yang s'kecil2 hinggalah s'besar2 saiz semua ada. Setiap saiz semuanya b'beza dr segi harga. Biasalah semua p'jual mahu untung bah.




Tgk 2 budak2 tau yg jual bkn sembarang org. S'benarnya budak 2 m'bantu ibu dia m'jual. Nmpk nya mcm byk lagi ikan yg masih dijual. Sedap mmg sedap tp wida pun blm pernah merasa. Tgk je dah tau sedap bah. Ha ha ha ha...


Amin. Wida dah selesai makan sempat lagi tapau makanan utk kwn2.
Ini s'benarnya last2 day bulan x puasa sbb lagi b'berapa hari je lg dah nk masuk bulan ramadhan. Heee...seronok la keluar mlm2 ni. S'benarnya tidak dibenarkan pelajar asrama keluar pd waktu mlm dan inilah kali wida buat salah yg x t'tangkap sbb kalau ketahuan mmg la wida kena denda. Tp nasib baik Tuhan selamatkan dan wida tidak kena apa2 tindakan.

Monday, February 14, 2011

mula2 kawan2 lama2 kawin2


SELAMAT PENGANTIN BARU
Mohd Fitri Ismail & Farahana Ishak
=) Uik...yg blkg 2, pose mmg x igt dunia. Semua pic nk ada muka dia. Sori la wahai En. Saifful Amir, Kak Bell n Fith dah ehem2...

Memory B'sama Ex-Student Teknik BP Batch 03/04

Kompang di palu pengantin baru, duduk b'sanding t'sipu malu...alahai!! maka t'catatlah sejarah 13 Feb 2011, bermula k'hidupan pasangan bahagia Mohd Fitri Bin Ismail dan pasangannya Farahana Binti Ishak disatukan sbg suami isteri. Alhamdulillah selamat...dah jln sorang kawan wida ni. Sape mampu biarlah dia jln dulu m'layari bahtera dlm alam rumahtangga.


Meriah juga, dgn b'temakan warna hijau k'mesraan dan senyuman pasangan pengantin kian mekar dan segar. Ditambah lagi dgn k'hadiran sahabat handai yg sama2 duduk dibangku sekolah ketika di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat membuatkan pengantin t'senyum simpul. Happy la sbb kwn sudi dtg meriahkan dan mengamitkan suasana walaupun dr ceruk mana sekali pun semuanya. Duit bacek yg penting...kuang3 =P


Tarikh yg dipilih adalah b'makna krn dikongsi dgn tarikh k'lahiran pengantin perempuan iaitu jatuh pd 14 Feb pd k'esokkan harinya. Sempat juga potong pulut kuning, dpt la kwn2 merasa sblm pulang. Pengantin pun t'senyum manis. Melihatkan ibu dan bapa pengantin perempuan t'senyum lebar tentu dlm hati mereka b'rasa senang sbb anak mereka sdh selamat m'jd isteri org depan mata.

Tidak sesiapa tahu jodoh manusia dgn siapa, walaupun cinta b'tahun2 tetapi tiada akhirnya. Tetapi kini,siapa sangka jodoh dlm 1 kelas sendiri ketika b'ada di dlm ting.4 akhirnya smpi ke jinjang pelamin. Mmg x disangka sgt2 la. Tp x la t'kejut beruk atau apa2 pun. Biasa2 je. Aikkk!! mana ada jealous sumpah x !!! ...hek hek hek b'syukur la kwn kawen dgn kawan.


Menu nasi minyak, lauk pauk byk sgt2 ada ayam goreng, daging kuah dal, acar nanas n timun, air oren, buah oren...oppppsss!!! xleh cerita lg nti kecur air liur slurppp...sbb sdp sgt2. Giler kentang beb. Nasib la tak malukn diri m'nambah nasi, kalau kt rmh sendiri kompom nasi dah panggil wida sruh makan. Smpi kn nasi 2 menangis klu wida tak makan dia. Mcm kecil2 dulu mak pesan, "..makan nasi biar hbs, nti nasi 2 menangis.." bila dh besar ni, difikir2kn mana ada mcm 2, adoi xde kena m'gena nasi boleh m'nangis. Bkn apa, mak kita ajar supaya jgn m'bazir krn m'bazir e2 perangai syaitan. Buruknya perangai...

Nak story seciput, dlm kelas kami ni x la ramai sgt, ada la dlm 22 org. Ngam2 ni mcm b'pasangan sbb 11 lelaki dan 11 perempuan. Al maklum la jurusan Binaan Bangunan ni x ramai yg nak ceburi. Tapi ok la sbb rasa teruja ni buat kerja2 mcm lelaki spt bancuh mortar (pasir + kapur = ala2 mcm simen), susun batu bata, potong kayu dan mcm2 la.

Kelas kami ni selalu dpt p'hatian sbb class kami ni happening semua x sombong, semua b'satu hati walaupun kami b'asal dr daerah yg b'beza2. Byk sejarah hidup remaja yg kami lalui walaupun kami byk hbs kn masa di asrama tp kami still sama2. Sblm kami m'duduki exam SPM wakil kelas kami Hanim ada planning cantik punya.... X sangka plak plan dia 2 giler2 dan buat org rasa teruja nk buat. Mmg la mustahil utk lakukan tp demi kenangan t'akhir kami buat juga ikut apa yg Hanim plan. Giler!!! mmg Hanim otak geliga.

Kalau nk tahu kena tunggu la sampai wida open cerita 2. Wida janji wida share utk semua p'baca yg x reti penat sbb m'baca celoteh wida yg agak2 x la pjg sgt ni...
Kirim salam semua yg kenal Wida ok.
Pin Pin!! tumpang ckit nk jln dulu =)

Saturday, February 12, 2011

Hari Menanam Pokok

23hb Mac 2010 - Kawasan Lapang Muara Likas
Sempena Ulang Tahun Bandaraya Ke-10


Tag kawasan Politeknik utk tanam pokok.

Mula2 tu kami sesat cari papan tanda utk kawasan Politeknik. P'jaga di situ bawa kami pergi nun jauh di hujung kawasan. Rupa2nya salah papan tanda bah, itu Sekolah Teknik bkn Politeknik. Heehehehe...it's ok we enjoy and have fun. Kami pun baik hati juga sbb tolong tanamkan pokok pada p'serta yg tidak dpt hadir.

S'belum tanam pokok, mcm biasa la kami rakam2 gmbr buat kenangan sementara tunggu k'hadiran VVIP kehormat.

K'tibaan VVIP kehormat. S'belum tu VVIP telah diberi topi juga istimewa dr pihak p'ganjur, pening la pulak nk pilih topi warna apa. Merah ke hijau...emmmm nak dua2 boleh tak? kata VVIP dlm hati =)

: En. Nik Ahmad Farizan Bin Nik Lah :
Pensyarah Teknologi Berasaskan Kayu (Lecturer Pulpa)
Politeknik Kota Kinabalu Sabah

B'sabar demi m'nunggu k'datangan VVIP. En Nik hati2 tepi tu ada longkang, jgn smpi en. nik
t'masuk dlm longkang sudah la. Tp apa2 pun semangat topi hijau...

: En Edi Shahril Bin Kamal :
Pensyarah Teknologi Berasaskan Kayu (Lecturer Statistik)
Politeknik Kota Kinabalu Sabah

En Edi smpi t'duduk, k'penatan sbb m'nunggu k'tibaan VVIP, al maklum la p'yambut tetamu la katakan. En Edi lg semangat siap pakai baju warna hijau lg. Bumi hijau la katakan. Control macho...

Style Topi Merah & Hijau

: Wenddy Mojuning : Joseph Pardi :
Biasalah dgn muka masing2 yg penat m'nunggu. Tp best sbb dpt join program ni.

: Wida : Norhazlin Haris :
Kami pun happy =) juga sbb kami pun dpt topi s'telah m'daftar dlm program ni. Lgpn inilah program p'tama yg kami join apabila kami dah daftar sbg pelajar integrasi kat PoliKK ni. Apa2 pun best sgt. Sweet memory sbb dpt tanam pokok.

: Hasnah Binti Jailani :
"Well, sy pun dpt juga bah" kata Hasnah. Style la kn...

: Natra Joseph Stalin :
Dia dgn caranya t'sendiri. Tamak dia ni dua2 nak dipakainya, satu2 la bah Natra...Smile =)
S'benarnya tidak mahu ada pihak yg jealous kalau2 topinya tidak dipakai.


Kami berkumpul seawal pukul 7 pg, kami gerak dari politeknik jam 6.30 pg. Emm...tempat yg kami tuju ni tak la jauh sgt dr polikk tp kami ikut jadual yg telah ditetapkan oleh pihak p'anjur.
Lagipun kalau pukul6 pg di Sabah ni dah terang sgt2 tak mcm kat semenanjung pukul6 org baru nak bangun utk solat subuh. Mula2 Wida kat Sabah ni mmg nak dikatakan selalu sgt t'lajak tidur. Dah t'biasakan 22thn Wida duduk di semenanjung dan tiba2 setahun kena duduk Sabah.

So, utk hari ini class kami dibatalkan sbb semua student sem5 kena pergi Likas sbb nak tanam pokok. Kami ni kan memang pencinta alam semulajadi so kami memang suka ttg k'hijauan. Lagipun student DBK ni memang selalu juga buat aktiviti diluar politeknik.

Pelajar Diploma Teknologi Berasaskan Kayu Politeknik Kota Kinabalu Sabah

Seramai lebih kurang 20 orang pelajar dan 3 orang pensyarah p'giring turut b'sama m'meriahkan lagi Hari Menanam Pokok sempena ulang tahun bandaraya ke-10. Turut sama terlibat dalam majlis ini adalah pelajar2 sekolah, badan2 kerajaan, Universiti yg b'hampiran seperti UMS dan UiTM Sabah dan lain2 institusi dari seluruh kawasan yang berhampiran seperti IKM Sepanggar dan ILP.

Wida sebenarnya dah pernah sampai area tmpt nak tanam pokok ni. Wida first time sampai di KK, makcik sama pakcik bawa makan2 kat tepi laut ni la. Kawasan ni betul2 tepi pantai dan di situ ada kedai makan. Yg paling sedap Wida makan sayap ayam la kat situ...mmg m'jilat jari la.

Aku (Wida) dgn Natra. Dia ni org yg first sekali aku jumpa time nak daftar MUET. Nama dia mcm nama org muslim iaitu Natra tp dia non muslim. Dia bangsa dusun dari Kota Marudu. Setakat ni aku rasa dia je sorang yg baik dgn bdk2 integrasi. Dia je yg selalu join group buat assignment dengan kami student2 integrasi. Natra mmg best!!!!


: Natra Joseph Stalin :
Pemandangan indah dr tepi laut di mana kami m'nanam pokok.

Di kawasan ini b'dekatan dgn tempat makan tepi laut yg dinamakan Likas. S'pjg p'jalanan hendak ke Politeknik Kota Kinabalu s'memangnya akan m'nampakkan laut yang serba biru. Jauh p'jalanan luas p'mandangan. Selalunya p'gunjung akan duduk b'santai di tempat yg disediakan. Ada juga tmpt utk p'gunjung b'mandi manda selain di Tanjung Aru.

Di sini tapak utk Politeknik Kota Kinabalu m'nanam pokok. Senang igt sbb tanda pokok kami dkt dgn pokok yg sedia ada seperti di belakang wida tu.

Kami pelajar DBK (Dip. Teknologi Berasaskan Kayu) mewakili Politeknik Kota Kinabalu utk m'nanam pokok sempena ulang tahun bandaraya ke-10.


Langkah pertama, koyakkan dulu plastik hitam. Kemudia keluarkan pokok utk di tanam ke dalam tanah. Lubang memang telah disediakan, kami cuma perlu letakkan pokok ke dalam lubang dan timbus dgn tanah yg awal2 lagi sudah dikorek oleh pekerja2 perbandaran KK.

Kami ada kenangan pokok yg ditanam di tepi pantai. Besar la jugak pokok yg kami tanam ni.




Dari kiri :

Norhazlin Binti Haris

Hasnah Binti Jailani

Nurul Wahida Binti Sarbani

Rasdianah Binti Dahali




Jaket merah hati ni hanya untuk pelajar Politeknik Kota Kinabalu Sabah sahaja yg hanya dipakai oleh semua pelajar kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik sahaja. Actually, PoliKK juga ada jabatan hospitaliti dan perdagangan. Tapi utk pelajar hospitaliti semuanya guna baju ala2 chef sbb diaorg selalu masuk dapur. Kalau pelajar jabatan perdagangan pulak mereka ada blazer mereka sendiri cuma mereka akan pakai pada waktu2 tertentu saja.

Smart beb!!! kami dgn Baju Jaket Lambang Politeknik Kota Kinabalu.


Belakang Dr Kiri :
Joseph - Gild - Irwan Shah - Wenddy - Cafferil - Khairuddin - Lesley - Cristian Ian - Azmi - Jol Duel - Julaidah


Depan Dr Kiri :
Hasnah - Wida - Russell - Hazlin - Natra - Polina - Jana - Jubi - Shemiah


Wednesday, February 9, 2011

Doa wida lain dr yg lain

" Ya Allah Ya Tuhan kuEngkau bukakanlah mata, telinga, hati dan juga akal fikiran ku
s'luas2nya spya aku mudah m'nerima pelajaran,
mudah m'ingati dan juga m'mahami apa yg telah aku pelajari. "
Doa inilah yg m'buatkn wida btl2 t'sedar ttg k'hidupan s'waktu wida b'ada jauh dgn keluarga. Mmg x dinafikan kita akan sedih bila kita b'jauhan dgn org yg kita syg tp apa boleh buat t'paksa juga m'relakan hati demi m'capai cita2 utk m'yambung pelajaran. Walaupun jauh mana kita m'nimba ilmu, doa dr insan2 t'sayang t'utama dr kedua ibu bapa adalah berkat.
Apalah daya diri sentiasa m'rindui keluarga di k'jauhan. Apapun wida kena igt niat asal wida hanya utk m'nimba ilmu bkn lah utk b'suka ria. Masa belajar perlu belajr btl2, kalau masa main, main la btl2 dan kalau masa seronok, jgn la smpi x igt dunia.
Wida amalkn doa 2 sejak wida m'jejakkan kaki di sna. Wida x sangka b'berapa waktu wida di sana wida rasa mcm lain sbb gerak hati wida selalu kuat. Kdng kala wida baru m'mikirkn s'suatu walhal benda yg wida fikirkan 2 baru shj t'lintas difikiran. Ya Allah apa sbnrnya yg Engkau mahu tunjukkan kp wida. Sungguh wida x m'yangka yg wida akan t'sedar awal dr byk segi di dlm k'hidupan seharian tanpa insan2 t'sayang.
Setiap gerak hati wida semuanya t'makbul dan sejak itu wida percaya akan kata gerak hati. Tapi kenapa wida rasa doa wida xde kena mengena dgn pelajaran wida. Bkn wida ni pelajar yg dikurniakan k'pintaran tetapi t'lalu byk sgt ilham yg wida dpt s'hinggakan wida tidak sempat utk m'catit apa yg t'lintas difikiran dah ilham itu seperti keluar m'limpah ruah mcm air s'kiranya wida xde m'buat catatan. Jd, wida sentiasa sedia dgn pen juga kertas utk m'nulis apa yg t'lintas.
S'benarnya Tuhan maha kaya, lain yg wida minta lain pula yg Tuhan beri pd wida.

Lesung Batu Dan Anaknya

Jalan-jalan cari makan...s'benarnya wida bkn nk cerita psl mkn tp manusia ni diumpamakan sbg bahan masakan. Kdng kala semua x pernah t'fikir kan psl ni. Ok2 wida bg contoh ya...


"org tua lbh mkn garam dulu dlm k'hidupan"


"kecil2 cili padi"


"bagai kacang lupakan kulit"


"kelapa yg lbh tua makin byk santannya"


"bagai kunyit dgn kapur"


"bagai timun dan durian"

Haaa...e2 la antara contoh2 nya. Apabila kita hendak mulakan masak, kita perlu sediakan bahan2 masakan seperti contoh mcm bawang merah, bawang putih, kunyit, halia, dan mcm2 lagi la. Cuba ibaratkan hidup kita mcm batu lesung, kita sbg anak lesung batu b'tanggungjawab utk m'numbuk dan m'lumatkan apa yg ada dlm lesung batu.

Dlm s'suatu proses itu, pasti ada step by step. B'gitu juga dgn hidup harian kita hari demi hari yg sentiasa b'silih ganti. S'tiap masakan juga b'lainan bahan yg digunakan. Tapi yg kerap digunakan adalah bawang dan semestinya garam dan gula adalah penyedap sesuatu makanan. Mcm dlm cerita 'Ahmad Albab' apabila Syawal (P. Ramlee) m'hadiahkan bapa mertuanya garam dan gula. Kata Syawal "...b'gitulah ibarat dlm k'hidupan saling memerlukan antara satu sama lain..."

Cuba bayangkan pd p'mulaan kita tumbuk bawang merah dulu, kita (anak lesung batu)b'tanggungjawab m'numbuk bawang hingga lumat. Sedang kita asyik m'numbuk kadangkala ada cebisan bawang yg t'jatuh, tp kita sayang akan bawang t'sebut dan akhirnya kita kutip bawang yg t'keluar dr lesung batu. Kadang kala pula bila kita asyik m'numbuk ada air dr bawang itu yg t'percik ke mata kita dan m'yebabkan kita pedih. Bawang juga apabila kita tumbuk atau hiris boleh m'yebabkan kita m'geluarkan air mata dgn tidak s'mena2.

S'benarnya b'gitu juga k'hidupan kita sbg manusia, p'galaman wida s'waktu m'jadi ketua blok di kamsis. Ada s'org ketua bawahan wida ni dia selalu m'luahkan perasaan dan rasa mahu undur diri dari m'jadi ketua aras di dlm blok. Tp wida sbg ketua m'nasihatkan dia dan beri kata2 positif agar dia lebih kuat dlm apa jua yg dia hadapi krn Tuhan m'beri kita m'rasai t'lebih dahulu dr org2 yg tidak m'lalui saat k'payahan spt dia lalui skrg.


Manusia mmg pelbagai ragam sbb itu wida kata manusia ini s'perti bahan masakkan. Blok yg wida duduk 2 wida umpamakan lesung batu dan wida sbg anak lesung batu b'tanggungjawab utk m'lumatkan segala bahan2 di dlm lesung. Mcm wida kata tadi bila m'numbuk dan ada bawang yg t'jatuh tp wida kutip juga dan masukkan semula dlm lesung mcm 2 juga apabila wida m'jalankan tanggungjawab sbg ketua ada p'huni yg agak b'mcm2 karenahnya wida tidak biarkan mereka t'abai tp wida still lg m'gambil berat keatas p'ghuni itu.

Wida tumbuk lagi dan kali ini air bawang t'percik ke mata wida. Aduh!!! Pedih tidak t'kata, cepat2 wida siram2kan air ke mata, akhirnya lega juga walaupun mata masih t'rasa saki baki pedih td cuma ia nya sudah b'kurangan. Mcm itu juga p'huni di blok walaupun mereka adakalanya m'buatkan wida t'rasa dgn perangai mereka hingga m'ninggalkan kesan ke atas hati wida tetapi wida tetap tabah dan m'nerima apa juga yg b'laku. Api kalau disiram dgn minyak tentu m'bara tp kalau disiram dgn air pasti akan reda. Pernah ke nampak org buat BBQ kalau dipercikkan minyak pasti ada api yg m'nyala walaupun hanya s'titik minyak.

K'mudian apabila hampir lumat bawang yg wida tumbuk mata wida t'rasa s'perti ada air mata yg m'galir akibat dr bawang td. Tp wida kesat air mata itu umpama wida sbg ketua blok perlu tabah dan jika boleh jgn ada s'siapa yg tahu wida m'nangis. Bila dah sebati wida masukkan bawang putih, cili, halia dan sedikit garam ke dlm lesung batu. Mcm itu juga wida m'nerima pelbagai karenah p'huni yg ada di dlm blok. Tp wida still m'numbuk hingga lumat-s'lumat2nya.

Akhirnya, apabila k'semua bahan2 sudah lumat, wida sudah sediakan minyak panas yang wida umpamakan p'akhiran wida di kamsis iaitu m'lalui p'nilaian k'ceriaan blok2 di kamsis. Bahan yg wida tumbuk td adalah untuk m'mulakan masakan wida yg wida kira akan m'jadi masakkan yg enak. Apabila wida telah b'depan dgn semua p'huni dan p'huni telah mesra serta sebati umpama k'hidupan di blok b'jalan lancar serta m'gikuti k'semua aktiviti yg wida jalankan dan m'buat program2 khusus utk p'huni blok wida itu.

Wida sedia masukkan bahan2 yg telah wida tumbuk lumat td ke dlm kuali yg panas. Wida tambahkan lagi dn bahan2 lain s'perti sos tiram, sedikit aji namoto sbg p'nambah perasa, s'dikit gula utk rasa manis, s'dikit garam utk rasa masin, agar masakkan wida tidak t'rasa tawar dan b'gitu juga dlm k'hidupan s'siapa juga tidak mahu jikalau hidupan s'hariaannya hanya tawar s'mata2 tanpa senyuman.

Kini wida mampu utk t'senyum dan b'rasa sedikit bangga, walaupun wida t'paksa tumbuk b'ulang2 kali tp wida rasa b'baloi dgn usaha wida serta bantuan dr yg lain2 wida dpt m'hasilkan masakan yg sedap dan wida dpt m'buatkan semua p'huni t'senyum apabila m'rasai masakan wida yg enak dan sedap. B'gitu la kisahnya dan akhirya blok wida m'peroleh k'menangan Juara K'ceriaan Blok dan Naib Juara Blok T'baik pd malam p'nutupan kamsis sesi Jun 2010. Alhamdulillah berkat k'sabaran dalam m'numbuk rencah masakan pastinya sedap apabila dimasak ke dalam kuali krn semuanya serba cukup dan saling m'lengkapi.

Didedikasikan khas buat Cik Murni Binti Lakasi. Terima kasih yg tidak t'hingga krn berkat k'sabaran dan k'yakinan kamu kita smpi juga ke destinasi yg dituju walaupun kita t'paksa b'pisah krn m'gejar cita-cita. S'moga kamu igt s'tiap detik k'sukaran yg dilalui krn disitulah m'buatkan kamu tabah dan b'semangat. Tiada p'gantimu smpi bila2.

Aida, Murni dan Erni Fauziyani at Sukan Kamsis Sesi Jun 2010 Politeknik Kota Kinabalu

Tuesday, February 8, 2011

Sukan Basketball

Misi utk kuruskn badan dr 60kg kepada 50kg tp blm b'hasil sbb entah la...hati kata nk kurus tp hati kata lg mcm2 alasan utk m'lakukan. Bkn mls cuma p'gerakkan agak lmbt mahu pergi ke arah m'gurangkn brt bdn. Adoi!! ssh blt la... Ya la bg sape2 yg x m'anggap ia nya sukar, mmg la t'rasa senang dan mudah tp pd tuan empunya badan, ada saja bisikan2 yg m'larang utk m'lakukan senaman... perlu ada org yg kerah supaya dpt gerak cepat kot, mcm Jillian dlm rancangan realiti The Biggest Loser. Dulu dh pernah cuba, tp entah la.

Time 2 sja nk try join basketball, so setiap ptg make sure turun la ke pdng. Mak oiii mula2 tgk diaorg b'lari steady je smpi giliran empunya bdn ni b'lari mcm nk putus nyawa, ssh nk b'nfs la, kaki sakit la n agak sukar juga la. Walhal bkn buat apa pun just lari cecah garisan and than lari lagi selagi mampu. Coach 2 xla garang org nya cool, dia ada b'timbang rasa lg la sms bg arahan.

Kalau kata dia srh lari laju t'paksa la bwk bdn yg chubby 2 lari sekuat hati walaupun hati nya lembut, maklum la perempuan. Mula2 mmg la kna panaskn badan lps 2 kna bljr skill masukkn bola dlm lubang jaring. Alamak kna lari lagi...aduhai...lari smbil sambut bola n baling kt papan.

Balik je dr latihan 2 mmg penat sgt2 tp best benda baru yg dipelajari. Ada sekali 2, di sruh la lari keliling pdng bbrpa pusingan, tuan empunya bdn ni x larat la sbb di sruh lari pecut dlm masa yg ditetapkan. Lps je garisan, minta la izin pergi tandas. Lama betul duduk di tandas sbb rasa nk pitam dan terasa nak balik, mcm putus harapan.

Betul2 balik ni...dtg ke pdng semula dgn muka yg ala2 sakit sbnr nya x sakit dan minta izin balik bilik dgn alasan period. Hish kurang sopan btl la...kwn2 penat tgu nk b'latih sama2 tp dia balik pula. Apa boleh buat nasib badan. Smpi je kt bilik nah!!! terbongkang baring dpn pintu bilik smpikn x sempat2 nk tutup pintu bilik terus t'tidur di situ.

Esok kwn2 semua tanya knpa smlm balik, x sihat ke? jawapan yg mudah 'Ya'. So, x la dipanjangkan cerita. Ada satu hari, syok b'latih dan dh dpt step2 mcm mna nk gol kn bola. Tiba2 disuruh plak baling bola sorang2 sbb coach nk tgk. Xcited ni nk tunjuk skill baling bola setelah dipuji b'berapa kali krn balingan yg cantik. Kaki kanan di dpn garisan, kaki kiri blkg sikit sebelah dgn tumit kanan, tgn tegak and than baling dgn cantiknya...(semua tgk ni...)

Pang!!!! Bola 2 kena tepat pd papan tp knpa x masuk lubang jaring?? tiba2 bola 2 dtg semula ke arah si p'baling t'cantik ni dan dgn sendirinya bola 2 m'cium muka p'baling bola t'sebut. Aduhhh!!! penyek muka 2 kna cium bola dan x semena2 s'pantas kilat m'nerkup muka yg t'rasa panas. x thn dah ni sbb mcm rasa t'sembam atas pdng. Merah sgt2 dan ada rasa sakit kat dlm mulut. Suruh la kwn tgk dia kata mcm ada darah dlm mulut.

Bab darah ni mmg cuak, xkan tgl gigi kot. Rupa2nya t'gigit kulit dlm mulut. adododoiiiii!!! sakit ckit je tp mcm dh xleh nk cakap ni. Coach sruh minum air...emmm igt sruh balik bilik, best la ckit. T'paksa la smbg latihan lg slps k'cederaan yg x disengajakan 2. Sengal la sakit beb!! Lps dr kejadian 2 dah xde lagi main basketball sbb coach pun asyik xde, exam pun dah nk dkt. Bdk2 yg join basketball ni pun semester dpn LI so xkn nk b'latih sorang2 letih la mcm 2. Selamat tinggal kepada BasKetBall...masa tidak boleh diputar kembali.

Saturday, February 5, 2011

Rahsia Tahun Arnab 2011

Sebenarnya nak share apa cerita ttg thn arnab ni...(thn k'lahiran wida)
Arnab haiwan ke4 drpd 12 zodiak Cina, sesiapa yg lahir thn arnab dikatakan



  • s'org yg gembira


  • b'bakat


  • senang didampingi


  • rendah diri


  • tidak sombong & tidak mudah ditipu


  • b'cita2 tinggi & b'untung

tiada s'siapa yg m'abaikan arnab krn mereka teman yg baik & tahu m'ghargai diri sendiri. Arnab b'sifat sosial, sifat marah yg t'kawal, b'budi bhsa, licik, tenang & sensitif kp yg lain.


k'percayaan masyarakat Cina, thn 2011 b'tenaga bg mereka yg lahir pd thn arnab.Sgla yg dirancang dan direncana dgn baik dpt m'berikan hasil yg m'nakjubkan. Jika m'ceburi bidang p'niagaan, p'geluaran adalah thn yg amat baik utk m'gembangkn p'niagaan & m'gaut k'untungan.


M'gikut kepercayaan masyarakat Cina mereka perlu b'hati2 tidak t'lalu m'nurut k'hendak serta b'lengah.


Keperibadian Individu Tahun Arnab 1903, 1915, 1927, 1939, 1951, 1963, 1975, 1987, 1999


Lelaki : Tidak ketara, bijaksana, m'dengar kata, b'sopan santun & b'adab, b'diplomatik & jarang b'konfrontasi


Perempuan : Bijaksana, b'timbang rasa, baik, sensitif & suka m'gembirakan hati org


wida cilok kt Berita Harian - Rabu 26 Jan 2011



Raikan Tahun 2011


Individu yang lahir pada tahun tertentu dipercayai berkait rapat dengan personaliti haiwan tersebut seperti contoh tahun arnab. Sesiapa yg lahir pada Tahun Arnab adalah seorang yang tenang, lemah lembut, romantik, suka dikelilingi oleh keindahan-seni, fesyen dan apa jua objek menawan.


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :