Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Selamat Tahun Baru 2018. Alhamdulillah kita sudah melangkah ke tahun 2018. Tahun ni genap umur saya 31 tahun pada 27 Julai, InsyaAllah jika dipanjangkan usia saya. Terasa macam diri ini tiada apa2 sebab saya ni masih menumpang di rumah ibu bapa saya, saya masih tidak mempunyai pekerjaan yang tetap dan masih dibebani dengan hutang yang banyak.
Tapi saya sedar diri bahawa saya perlu bersyukur dan muhasabah pada diri sendiri iaitu saya masih bernyawa. Masih sempat melakukan perkara2 ke arah kebaikkan untuk bekalan dan sebagai amalan.
Tak perlu saya ceritakan azam tahun baru kerana semua yang akan kita hadapi telah Allah s.w.t tetapkan. Jika belum tiba masanya pasti ianya tidak akan berlaku. Saya tak pernah ada azam dan tak pernah pun senaraikan apa yang perlu saya capai dan target macam orang lain.
Saya cuma katakan dalam hati saya sahaja. Mungkin saya tak sama macam orang lain. Semua orang pun berbeza kan apatah lagi saya. Saya bukannya berlagak tapi saya cuma terjemahkan siapa diri saya. Dulu saya pernah berangan nak keluar surat khabar dan apa la perasaannya bila ada di dada akhbar.
Alhamdulillah Allah tunaikan
Saya cuma katakan dalam hati saya sahaja. Mungkin saya tak sama macam orang lain. Semua orang pun berbeza kan apatah lagi saya. Saya bukannya berlagak tapi saya cuma terjemahkan siapa diri saya. Dulu saya pernah berangan nak keluar surat khabar dan apa la perasaannya bila ada di dada akhbar.
Alhamdulillah Allah tunaikan
3 Hari selepas tarikh lahir saya iaitu pada 30 Julai 2015 muka saya terpampang di dada akhbar. Pihak universiti dari bahagian CEM UPM telah memberi peluang kepada saya untuk menceburi bidang perniagaan sehinggakan saya ni pelajar yang lemah dan mendapat kedudukan kelas kedua rendah telah diberi kepercayaan untuk menunjukkan minat saya dalam bidang perniagaan justeru saya dari beribu-ribu pelajar cemerlang UPM dipanggil untuk ditemubual oleh wartawan Berita Harian.
Masa itu saya rasa Ya Allah, Engkau tunaikan apa yang aku inginkan. Ini salah satu apa yg saya katakan sebagai azam. Saya ni biasa sahaja orangnya tidak cemerlang dan sederhana pemikirannya. Tapi Allah beri saya bahagian yang lain. Saya memang bersyukur sangat2.
Kalau di lihat berdasarkan tajuk yang tertulis BAKAL MILIKI BUTIK. Itu bukanlah apa yang saya nyatakan tapi apa yang saya impikan adalah memiliki sebuah butik cafe. Bakal memiliki butik itu seolah2 saya akan mengambil alih perniagaan family atau ada orang yang nak sponsor kepada saya.
Belum lagi, Allah kata nanti dulu belum sampai masanya Wahida. Engkau mesti bersabar. Ya saya bersabar sampai sekarang. Kerana Allah belum kata Kun Faya Kun. Itu bukanlah yang saya azamkan tetapi itu adalah apa yang Allah berikan kepada kita atas apa yang kita inginkan. Saya tak pernah pun menyesal dan kecewa jika sesuatu yang saya inginkan tak dapat saya capai sebab saya cuma pegang satu ayat ni saja "Semua Yang Berlaku Ada Hikmahnya".
Kita senang je azam itu azam ini tapi kadangkala untuk melaksanakan sesuatu itu kita lupa Allah yang jalankan dan Allah yang aturkan untuk kita. Kita cuma melangkah menuju ke destinasi sahaja.
Siapa yang tak berazam untuk kahwin. Mesti ada yang tulis dalam diari "Tahun ni aku nak kahwin". Mesti ada kan, jangan bohong. Lagi2 kalau kamu single mesti paling kurang pun nak ada teman dan ada girlfriend dan boyfriend. Itu kira azam juga la kan sebab itu apa yang kita inginkan.
Macam tu juga saya. Ya Allah Engkau hadirkanlah lelaki untukku CONTOHNYA la kan. Hahaha...(padahal diri saya sendiri). Alhamdulillah Allah hadirkan. Ini pun saya macam tak sangka2.
Tak pernah tulis azam aku nak kahwin gitu. Mimpi la...cuma dalam hati bestnya kalau ada pasangan. Ye la siapa la saya ni, orang lelaki tak pandang. Pandang pun sebab nak pergunakan saya. Sampai satu hari ada orang yang melamar untuk saya jadi pasangan hidup dia. Walhal tak pernah bercinta. Saya merasa apa itu yang dinamakan bertunang.
Saya terima dia, terima keluarga dia seadanya. Saya pun bukannya perfect sangat. Tapi alkisahnya yang dinamakan jodoh itu tidak berpanjangan. Maka berakhirlah sudah, kisah kita dalam percintaan yang menyakitkan. Andai pakcik tu terbaca ni, saya mohon ampun maaf dan saya maafkan kamu. Antara kita mungkin tiada persefahaman. Jika apa yang kamu dengar tentang saya, bahawa saya sudah ada pilihan keluarga itu salah. Kamu hanya dengar dari mulut orang lain dan bukan dari mulut saya sendiri.
Jika saya sudah ada pilihan keluarga ketika itu, mungkin saya tidak menerima kamu sebagai tunang saya ketika itu tapi saya terima kamu kerana Allah. Saya terima kamu dengan pekerjaan kamu, dengan tingkah laku kamu dan perwatakkan kamu. Jika kamu katakan saya menilai semua itu selepas saya menjadi tunangan kamu mungkin dari awal saya tidak bersetuju untuk menerima kamu sebagai tunang saya kerana itu saya sedar diri bahawa saya bukannya manusia yang sempurna.
Tapi tidak mengapa Allah memberikan saya rasa itu cukup la sekali. Betul la kata orang putus cinta itu sakit tapi saya rasa macam tak perlu rasa itu kerana Allah maha mengetahui yang terbaik untuk kita berdua. Terima kasih kerana hadir dan memberi rasa atas apa yang saya impikan untuk hadirkan lelaki dalam hidup saya.
Mak dah pesan lepas ni kalau ada lelaki yang benar2 ikhlas menerima saya biarlah dia jelas dengan tujuan dan niat dia untuk mendirikan masjid dan saya selalu mendoakan yang baik2 untuk diri saya serta bakal pasangan saya. Telah saya sediakan persiapan untuk menjadi seorang isteri kecuali persiapan untuk menjadi seorang ibu kerana itu semua anugerah Allah jika saya dapat melahirkan zuriat yang bakal mendoakan saya apabila saya sudah tiada lagi.
Seperti wanita lain, lepas sekolah saya dah belajar memasak walaupun saya duduk di asrama tetapi saya sempat asah bakat saya. Orang kata perempuan ni belajar tinggi2 nanti akhirnya kedapur juga. Saya telah sediakan skill memasak supaya awak tidak malu mendapat isteri yang menjadi bahan bualan orang hanya kerana tidak reti memasak. Kata orang juga, nak pikat suami melalui masakan dan jaga makan minumnya.
Telah saya sediakan ilmu dan pengetahuan saya untuk mengajar anak2 kita mengaji dan membaca. Melalui mengaji dan membaca kita boleh didik anak kita hingga mereka dewasa. Dapat membezakan baik dan buruk.
Telah saya sediakan ilmu urutan andai ada rasa sakit di badan sepanjang mencari nafkah. Persediaan kewangan juga telah saya pelajari agar dapat membantu ekonomi keluarga kita kelak.
Tapi andai Tuhan belum mengurniakan seseorang yang berhak menikmati susah payah bersama2 kita teruskan kehidupan.
Dulu pernah berangan macam mana la ada kenderaan sendiri supaya senang nak ke sana ke sini. Ada lesen dulu pun terus bawa kereta family tapi okay juga la. Dapat berbakti dengan family.
Tak malu tampal kertas dekat dinding bilik asrama, nak "Kereta MyVi" no flat ikut tarikh lahir. Alhamdulillah akhirnya makbul memang tak disangka2. Ye la kita tak kerja lagi masih belajar di tahun akhir pengajian.
Mak kata mak hadiahkan kereta supaya saya dapat bawa dia pergi ke mana-mana. Syukur Ya Allah Maha Kaya Maha Mengetahui.
Bukan saya hendak menunjuk apa yang saya miliki tapi disini saya cuma berkongsi apa jua yang kamu impikan dan mahukan mintalah dari Nya.
Dulu orang kata, kalau putus harapan ataupun rasa tak mampu nak buat apa2 dekatkan diri dengan Tuhan. Mesti tertanya2 nak dekatkan diri dengan Tuhan tu macam mana kan.
Saya dulu selalu terfikir nak buat apa kalau nak dekatkan diri dengan Tuhan. Saya mula2 fikir jauh dan muhasabah diri. Cari silap2 saya di mana yang saya tak sedar.
Saya ambil Quran, saya pegang, saya bukannya hafizah tapi bacaan Quran alhamdulillah saya masih ingat. Saya manusia biasa yang kadang-kala alpa tanpa ada pegangan.
Saya mula baca terjemahan. Buka la mana2 muka surat dalam Quran tu. Baca dan kaitkan terjemahan tu dgn diri kita dan sekeliling kita.
Umur 31 tahun tapi baca surah dalam solat semua yang mudah2 shj. Start dari itu saya cuba hafaz surah2 yg panjangnya 8 ayat 10 ayat. Walhal dulu surah2 yang sebegitu selalu bermain dibibir saya semasa bersekolah agama tapi tidak diamalkan dan ambil mudah pendek kata seperti dilupakan.
Buat solat2 sunat. Solat Hajat, solat dhuha dan solat istikharah mula2 tak reti buat. Sanggup google daripada berjumpa orang yang berpengetahuan dalam bab agama. Sebab apa...sebab saya malu. Tapi family saya memahami, asal lampu terpasang maka meraka tahu itu saya.
Dekatkan diri dengan Tuhan bukan mesti sampai tak tidur malam. Kita manusia yang perlukan rehat juga. Jadi orang yang sabar dan memahami selain berbuat baik sesama kita.
Dan yang paling saya nak sangat lihat keajaiban adalah daripada bersedekah. Tak banyak sikit pun jadilah. Saya berniat kalau saya dapat sesuatu saya akan berikan sesuatu. Contohnya kalau saya dapat makan nasi goreng tomyam (fav food saya) mesti saya dermakan RM2 dekat mana2 tabung masjid.
Ohhh...terlalu jauh saya perkatakan. Simpan sedikit untuk masa hadapan. Kerana byk berkata2 lebih banyak jua la salahnya. Tapi takpe juga kan kita tidak mendengar suara antara satu sama lain.
Semoga 31 thn hidup saya lebih bermakna.
Terima Kasih Ya Allah