engkau boleh !!

Thursday, September 7, 2017

Rezeki Tak Datang Bergolek

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani



Lama benar Wida tak menaip setelah tamat pengajian. Kepada Doktor yang selalu stalker Wida punya blog ni, Wida ucapkan terima kasih. Mesti Doktor baca kan entri saya yang terbaru ni lepas itu Doktor komen dengan menghantar SMS pada saya (perasan). Apa pun, Wida doakan moga Doktor sihat selalu kalau Doktor terbaca entri saya ni. Doktor kan dah ada handphone canggih, apakata Doktor Whatsapp je saya, so jimat sikit kredit Doktor. Itu pun kalau Doktor ada nak komen tapi kalau Doktor taknak komen 'tak apalah, terima kasih lah'.


Ok abaikan mukadimah yang di atas tu. Saja je Wida nak berbasa basi.


Menurut perhitungan dan kiraan Wida, dah 2 tahun Wida tak ada pekerjaan tetap. Means macam penganggur la kononnya walaupun ada buat kerja lain. Orang akan pandang kita ni bekerja apabila mereka nampak kita keluar pagi balik petang /  malam. Itu baru dikira bekerja. Kalau kerjanya menghadap handphone 24jam bukan kerja namanya. Itu diaorg gelar 'Dah Tak De Kerja'. 


Oppss!! Silap di situ. Ternyata itu adalah pandangan daripada sesetengah pihak. Pada yang memandang kedua2 belah pihak mesti mereka akan mengatakan yang sebaliknya. Tak kisah apa pun pandangan dan persepsi masing-masing janji tak susahkan kita.


Wida tak tahu nak story apa sebenarnya tapi yang pasti pasal rezeki la. 

Cerita Pertama
Ada satu hari, Wida disapa oleh seorang penjual roti yang menghantar roti di warung Abah Wida. Masa tu Wida sedang menyangkul (skema ayat Wida ni). Tengah best2 menyangkul tiba2 si penjual roti ni berhentikan kereta dia depan Wida. "Dik belajar tinggi2 sampai universiti, takkan kerjanya menyangkul je. Bila nak cari kerja?"

Amboi2 sesedap dia je cakap macam tu. Dia ingat belajar dekat universiti tu takde yang namanya menyangkul ke. Wida apa lagi berbasi2 la dgn penjual roti tu. "Nanti lepas kahwin dah ikut suami saya cari la kerja. Kenapa? bapak saya cakap dia dah tak sanggup nak menyara saya lagi ke".

"Memang saya belajar tinggi tapi ini hal rezeki saya. Saya bukan taknak bekerja jauh sekali tak cari kerja. Tapi belum rezeki saya berjodoh dengan yang namanya kerja". 

Si penjual roti tu apa lagi start kereta terus jalan. Mati akal dia agaknya nak berdebat dengan Wida. Tapi sebelum tu, Wida memang berhujah la dengan dia sampai Wida nak mengalirkan air mata masa tu jugak. Cangkul tu Wida tinggal gitu je depan laman rumah.

Sibuk2 je nak pertikaikan rezeki orang lain. Bukan dia yang nak cadangkan kita ni tempat orang yg memerlukan pekerja atau dia yang beri kita kerja, malah mengata kita pulak. Menyangkul pun rezeki jugak apa. Sebab Allah bagi kita kesihatan dan kita dapat manfaatkan masa utk pegang cangkul. Cuba la kalau nak cakap tu biar la yang positif sikit. 

Contohnya macam ni "Rajinnya menyangkul, kalau tak di cangkul rumput tu mesti tumbuh lagi panjang. Mudah2an lepas ni dapat kerja yang sesuai dengan kelulusan. Sekarang ni cangkul2 dulu lepas ni duduk dekat pejabat ke atau jadi pengurus ladang ke". Sedap la sikit telinga ni dengar. Tambah lagi semangat nak ke hadapan. Ini tahu nak kutuk aje. Tak membina langsung.

Tak lama lepas tu, Wida berhijrah bantu tunang adik Wida menjahit. Wida tak balik rumah. Apa yang Wida perasan dekat warung abah Wida dah takde lagi roti dia. Semua yang abah jual dan beli adalah roti yg terjual dipasaran sekarang. Wida ada juga tanya abah Wida si penjual roti tu tak datang lagi ke jual roti? Abah Wida kata dia tak hantar lagi roti dekat warung abah Wida.

Sejak abah buka warung tu tahun 2002 kalau tak silap sampai la 2017 dia tak pernah miss hantar roti yang dia buat tu dekat warung abah. Tapi pasal rezeki punya pasal dia dah tak hantar lagi. Tak payah nak sangkalkan rezeki orang lain. Sekarang dalam sedar tak sedar Tuhan dah tarik rezeki dia dekat situ. Wida pun tak pernah nampak si penjual roti tu lagi. Terkesan agaknya dia dgn kata2 Wida.


Cerita Kedua

Wida pernah praktikal dekat satu institusi terkemuka di Parit Raja. Ada seorang pekerja ni dia selalu pertikaikan "kenapa nak praktikal dekat sini? kenapa tak praktikal dekat kilang kayu". 

Heloo!! apa masalah kau nak cakap2 macam tu. Dah aku buat praktikal di situ dengan kelulusan fakulti takkan aku nak sangkalkan. Ini namanya rezeki juga dan semua ini ketentuan Tuhan. Andai kata permohonan aku ditolak untuk praktikal di situ baru la namanya takde rezeki. Tapi Tuhan dan berkehendakkan sebegitu dan semuanya ada hikmah. So, aku go on je la.

Yang aku nampak pekerja ni selalu tak song dgn aku. Ada je yang aku buat nampak salah pada pandangan mata dia. Asal nampak aku je tanya kenapa aku praktikal dekat situ. Lama2 aku macam takde mood pulak nak berhadapan dgn dia. Dia pun selalu cari salah aku walaupun aku tak buat salah.

Sampaikan satu hari, aku kena panggil dgn bos aku dan bos aku tanya kenapa aku tak buat apa yang disuruh oleh pekerja tu. Sah2 la pekerja tu dah mengadu pada bos tentang aku. Memang tak la aku nak buat. Dia suruh aku lap sehelai2 daun pokok plastik dekat bengkel aku praktikal tu. Dia ingat aku cleaner ke? 

Kerja makcik cleaner pun aku buat la wey sebelum makcik cleaner tu masuk bersihkan bengkel. Cuma aku tak tunjuk je dekat pekerja tu. Buat apa nak menunjuk-nunjuk. Makcik cleaner tu siap cakap "sejak ada awak dekat bengkel ni, kurang sikit kerja makcik nak bersihkan". 

Memang aku tak puas hati tapi aku malas nak lawan, ye la aku cuma budak praktikal je. Aku sampai menangis tau dalam bilik bengkel tu, bila pekerja tu tengking aku sebab aku tak buat kerja yang dia suruh. Sudahnya lepas aku explain dgn bos aku, aku buat jugak apa yang pekerja tu suruh tapi bos aku tolong aku beb. Bukan lap sehelai2 tapi ambil spray gun, tembak2 angin je. Senang jimat tenaga. Dia tengok menjeling je siap hempas pintu.

Salah besar ke aku ni. Dia jaja cerita pasal aku dekat kwn2 bengkel dia sampaikan ada satu staf ni jelir lidah bila lalu depan aku. Walhal masa tu aku senyum dan angkat tangan bila nampak staf tu. Tak sangka staf yang aku kenal dan aku hormat sanggup jelir lidah pada aku. Nak dibandingkan umur staf tu dengan umur aku, staf tu lebih tua dari aku. Patut ke dia buat macam tu.

Semuanya aku luahkan pada mak aku. Dia je pendengar setia dan dia nasihatkan aku utk bersabar. "Tak payah balas, biar Tuhan yang balas. Lagi setimpal". Aku jadi yakin dengan diri sendiri. Lepas kejadian, aku kena tukar bengkel lain. Aku happy sebab student2 yang dtg bengkel tu semuanya baik dengan aku dan buat kerja bengkel sama2. 

Aku dpt panggilan supaya balik semula ke bengkel lama. Aku pelik jugak mula2 tu, kenapa aku kena handle bengkel sorang2. Tapi aku ikut arahan bos. Aku tak nampak pun kelibat pekerja tu. Bengkel sunyi sepi. Aku cuma disuruh angkat telefon dan jaga bengkel. Mula2 tu bos aku suruh duduk bilik pekerja tu supaya senang sikit nak angkat telefon kalau ada panggilan. Tapi aku malas la, aku duduk tempat lama aku dlm bengkel tu.

Masa dlm bilik tu aku perasan ada sesuatu dalam tong sampah. Tapi aku tak ambil port. Aku jumpa makcik cleaner yang selalu buat kerja dlm bengkel tu. Dia suka tengok aku dekat situ. Dia tanya juga mana pekerja tu aku cuma jawab tak tahu. Tiba2 ada sorang kwn pekerja ni yang aku kira dia baik sikit dr staf2 yang lain. Dia la bgtau aku pasal kes pekerja tu.

Tengah hari tu, aku suruh mak aku tengok apa dalam tong sampah sebab baunya macam hanyir2. Mak aku kata "ini darah ni...tapi darah yang entah dah beberapa hari dekat dlm tong sampah". Naik geli pulak aku rasa. Jadi ternyata betul la kata seorang kawan pekerja tu dia keguguran. 

Mak aku cakap "dia asyik nak pertikaikan rezeki kau praktikal dekat sini, tengok tu dia yang takde rezeki". Anak tu rezeki jugak. Tup2 Tuhan dah tarik. Itu antara dia dengan Tuhan la kalau dia sedar. Aku dah maafkan dia. Sama jugak dengan penjual roti. 

Itu semua Tuhan dah tunjuk depan mata aku untuk aku jadikan pengajaran dan pengalaman. Aku pun tak mengharap dia datang minta maaf dengan aku. Aku je la dalam hati dah memaafkan mereka. 

Mohon pada semua, agar kita berbaik2 sahaja la dengan sesiapa pun. Nak dengki2, nak jealous2 pun bukan kita dapat apa2. Silap hari bulan kita yang didengki ni la yang tolong dia. 

Yang aku ingat, sebelum aku tamat praktikal, pekerja tu masej aku cakap nak belanja makan. Angin dia dah baik kot. Aku layankan je la orang yang nak beri rezeki pada kita. Buat apa kita nak tolak rezeki kan. Tapi pengalaman tu memang aku takkan lupakan sampai bila2. Dan yang pasti keputusan KOMUNIKASI aku dapat C bos bagi pada aku. You know C. C tu dah paling teruk tau. 

Kalau C itu yang lebih membahagiakan dan memuaskan hati bos aku, takpe la aku redha. Allah maha mengetahui segala2nya. Tapi reputasi aku down la sikit. Semua tinggal kenangan. 

Terima Kasih Allah 


Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :