Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Wida first time pergi Sarawak seumur hidup itu pun masa dah bergelar mahasiswa. Sebenarnya tak plan pun cuma mak Wida ada pernah sebut nak pergi jalan2 ke Sarawak. Ngam2 mak bgtau Wida tu Wida terus check tiket dan ada pulak tiket murah, apa lagi terus beli la.
Wida pilih penerbangan tu masa Wida cuti semester seminggu. Berdua je kami pergi jalan2 tu, ahli keluarga lain semua kerja.
Bila dah sampai Sarawak teringat pulak pada kawan2 kat semenanjung maka tercari2 la apa yang best untuk mereka. Nak bagi kek lapis den tak mampu so, Wida pergi Serikin dan terjumpa la keychain yang cantik2 ni.
Banyak2 kedai yang ada di sana Wida nampak satu kedai ni ada jual keychein dengan harga murah. Apa lagi memborong la Wida kat sini.
Mulanya tak tahu nak bagi siapa tapi tergerak hati nak bagi pada kawan2 yang suka like pic Wida di facebook. Bila lagi kan nak bagi. Ini kali la. Siap tulis nama diaorg lagi. Special la tu kan.
Ini paling special sebab dalam banyak2 bentuk Wida pilih ada bentuk arnab. Wida pun sebenarnya ada letak nama Wida sekali untuk kenangan Wida sendiri. Tak sangka pandai betul tukang buat tu pilih kan nama Wida dan tulis pada bentuk arnab ni. Maklum la saya lahir tahun arnab, terus Wida suka sepanjang perjalanan.
Balik UPM terus packing cantik2 untuk kawan2. Mana2 yang lain tempat Wida pos je senang. Tinggal minta alamat mereka je.
Ini la antara bentuk2 keychain yang Wida beri pada kawan2. Ini pic yang diaorg beri pada Wida selepas Wida dah beri pada mereka.
Tak susah nak happykan kawan walaupun jauh :)
Tak susah nak happykan kawan walaupun jauh :)