engkau boleh !!

Thursday, July 21, 2016

Ke Korea Ke Kita 01 - Incheon Airport, South Korea

Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


 Welcome To Korea
28 Ogos 2014

Alhamdulillah dah sampai ke Korea selepas 6 jam penerbangan.



Kes pergi tandas. Lepas tu tak ingat beg yang lain sedang menanti



Eee muka orang tak mandi satu hari ada hati nak senyum




Ini dekat kastam kot...ke kat tempat nak naik train tu. Entah la dah tak ingat



Sila beratur


Naik train ni wajib berdiri memang takde tempat duduk



Alhamdulillah syukur sangat dah sampai Bumi Korea setelah 6 jam penerbangan. Daripada tidur bangun lepas tu tidur lagi. Akhirnya sampai dengan selamat ke destinasi yang dituju. Kalau diimbas semula kat KLIA pagi tu memang tak sangka la yang kami sikit lagi dah nak terlepas flight. YaAllah kalau betul memang nasib la. See ramai orang kat sini sebab kami perlu naik train. 



Harap sabar menunggu



Beg kami semua disitu. Punya lama kami lepak kat toilet lepas keluar dari kapal. Lepas tu terpaksa menunggu giliran untuk kastam lagi. Beratur panjang kami time tu tak sangka pulak yang beg kami dah diturunkan. Kami tengok dari atas dah nampak ada beberapa pekerja kat airport tu bercakap guna walkie talkie maybe tanya beg siapa. Beg Wida merah biru tangkai kuning dengan kotak makanan 1.


Berlari-lari kawan Wida turun guna esklator untuk dapatkan beg tu. Yang Wida dan seorang kawan lagi masih tak lepas kat kastam. Lepas dapat tahu je terus semua berlari ke bawah untuk dapatkan beg masing2. Adoi rasanya semua tergelak kot. Aku sempat lagi ambil gambar beg tu dari tingkat atas.



Hahaha maklum la khuatir kalau ada beg yang tidak dituntut. Bersepah beg kami di situ. Mungkin dah lama sangat kot berlegar2 pusing disitu. Apa-apa pun kami ucapkan terima kasih la sebab ada yang baik hati tolong angkat beg kami letak dilantai dan semuanya selamat. Cuma biasa la ada beg kawan Wida yang putus tali sandangnya. 





Masa Wida datang Korea masa ni ada sukan asia di Incheon. Tapi tak kesampaian Wida nak pergi tengok sukan. Jauh dari Chuncheon tempat Wida tinggal di Korea. Ye yo oo je Wida bagitau emak Wida suruh mak tengok sukan je. Sebab Wida kata nanti mak boleh tengok wahid dalam tv kat Korea. Mana tau dapat keluar kat tv. 


 Lepas kami ambil bagasi, kawan Wida beritahu perlu beli tiket bas untuk ke Chuncheon. Katanya pelajar Master yang dah beritahu melalui email. Skema ya ayat saya ni?? Maklum la saya skema sikit. Sikit la tak banyak. 


Selepas beli tiket dikaunter kami terus pergi platform yang ditulis pada tiket tersebut. Ada no platform yang ditulis dalam tiket tu. Memang tersusun la, menepati masa pulak tu bas nya. Ni la gayanya sedang menunggu bas sambil perhatikan kawasan luar airport. Bas yang bakal kami naiki memang tiba tepat pada masanya malah awal beberapa minit juga la. Bagus sistem di Korea ni sebab menepati masa sangat2.



Kawasan Luar Incheon Airport, South Korea

Jealous ar bersih sangat tempat diaorg ni.



Maklum la lama sangat kami menunggu di sini maka tiada kerja ambil la gambar sambil melihat apa2 yang menarik di situ. Tapi Wida tak pergi jauh la takut tertinggal bas. Wida perhatikan je pemandu bas semuanya smart pakai baju kemeja siap ber'kot lagi. Walhal bawa bas je. Imej tu perlu jaga juga kan hihihi...bagus2 respek sangat.



Di situ Fathin and Ikin
Sabar menunggu bas
Dengan barang2 kami semua disitu. Ada lagi satu troli.




Platform 9C
Harga Tiket dari Incheon Airport ke Terminal Bas Chuncheon 21,300 won bersamaan MYR 75.22 nilai matawang terkini.


Ini je cara mudah kami untuk sampai dengan mudah dan selamat. Mana taknya kalau naik train dengan barang banyak gila tu mana nak larat.



Ngam2 pukul 6.10 tu kami dah terpacak kat sini nak naik bas sebab bas tu tiba sharp waktu pada tiket tu. Bagus betul la diaorang ni.




Peace sambil pejam mata. Dah ngantuk sangat la tu.


Masing2 dah sedia je nak tidur. Memang sepanjang perjalanan ni Wida tak sedar langsung. 



Wida pilih seat single. 


Bye bye Incheon Airport jumpa sebulan lagi...



Selesa je dalam bas. Tempat duduk luas dengan aircond best so apa lagi sesi melelapkan mata.



Okay bas dah gerak menuju ke Chuncheon. Excited pulak time ni konon nak tengok pemandangan sepanjang perjalanan tapi tak kesampaian. Kami semua dah kepenatan so apa lagi tidur sepanjang perjalanan. Sedar2 je dah gelap dan tak tahu kat mana keberadaan kami.

Punya la nebes tu tebal sangat sampaikan terfikir yang kami dah salah tempat nak turun. Tapi masa kami konon dengan yakinnya nak turun kat destinasi mana tak diketahui tu ada penumpang lain tak bagi kami turun dia cakap situ bukan tempat yang kami tuju. Tapi dia cakap dalam bahasa korea la. Kami assume faham je la apa maksud diaorg tu.


Alkisahnya lepas sorang2 penumpang turun entah dekat mana rupanya kami berlima ni penumpang last kat terminal last yang memang bas tu berhenti la. 


Nasib baik la pemandu bas tu baik. Walaupun cuma dengan bahasa isyarat je pada kami yang tak faham satu haram pun apa yang dia cuba sampaikan tapi dia suruh kami masuk dalam terminal dan tunggu dibahagian dalam sebab kat luar bahaya ada banyak bas. Lagipun dah malam.



Senja dah ni masa keluar dari airport


Lepas kami tarik bagasi masing2 untuk pergi ke dalam kawasan terminal bas tu kawan Wida dah nampak ada 2 orang lelaki, satu tinggi lampai dan yang lagi satu tu handsome kata kawan aku. Bagus la ada yang akan menjemput kami di situ. Alhamdulillah tak tunggu lama, kami terus masukkan bagasi kami dalam kereta kawan pada lelaki yang tinggi lampai tu. 


Katanya pelajar master di fakulti yang kami buat praktikal tu. Dia dah diamanahkan untuk bantu kami berlima. 


Usai masukkan barang semua dalam kereta tu maka aku dan dua lagi kawan aku termasuk la yang tinggi lampai tu kena naik teksi menuju ke tempat penginapan kami. First time teruja juga naik teksi kat korea tu. Dua lagi kawan Wida naik kereta dengan kawan si tinggi lampai tu. 


Tak panas punggung lagi duduk dalam teksi ehh...dah sampai rupanya. Masa sampai tu dah malam so tak nampak apa2 pun. Terus je menuju ke motel. Serius la Wida cakap sunyi gila time tu macam pukul 3 pagi kat Malaysia walhal baru la pukul 9 malam gitu. Diaorg ni tak suka bising2 katanya. 


Termasuk la kat tempat penginapan kami tu, awal2 lagi si tinggi lampai dah pesan jangan buat bising, jangan gelak kuat2 apa ntah lagi tak ingat dah. 


Di sini la kami berhenti kat tepi jalan untuk masuk ke lorong tempat penginapan kami. Ingatkan jauh mana la seberang jalan je.


Hush masa ni dah fikir nak rehat je. Penat la seharian dalam perjalanan je. Dengan tak mandi bau masyam semua sekali ada la. Solat pun dah qada' je semuanya. Maklum la musafir. Lagipun dah niat musafir.


*Kalau Wida rajin nanti Wida share lagi


Terima Kasih Allah

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :