engkau boleh !!

Sunday, November 22, 2015

Akhirnya Tamat Praktikal

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Mengasihani Lagi Maha Penyayang


Muka pun dah bolat bolat sebab kat kolej ni tak kedekut makanan. Selalu ada je yg bawa makanan utk staf pejabat.


Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi kerana Wida akhirnya telah tamat menjalani latihan industri di Kolej Vokasional Batu Pahat pada 1 Januari 2015. Tahun baru lagi tu...biasa la Johor tak ambil cuti untuk tahun baru. Kalau negeri lain cuti la. Rasa sangat2 seronok dah menamatkan latihan industri dan Wida rasa ini la latihan industri yang paling seronok Wida pernah rasa selain praktikal di Korea.


Semuanya layan Wida baik je. Walaupun Wida ni kadang-kadang sembarangan je orangnya tetapi Wida tetap lakukan tugas yang diberikan. Rasanya sepanjang praktikal ni takde la yang Wida saja duduk melangut tanpa buat kerja. Kalau nama rehat2 dan santai tu ada la. Biasa la kalau macam tu kita kadang-kala perlu ambil angin dan rehatkan minda kita. Kerja sampai mati pun tak pernah habis.


Wida paling seronok bila bersama dengan pelajar2 kat Kolej Vokasional Batu Pahat sebab diaorang buat Wida gembira walaupun pada awalnya tidak begitu gembira sebab Wida tak kenal diaorang siapa dan mereka tidak kenal siapa Wida. Tapi pada pandangan mata Wida semuanya baik2 belaka alhamdulillah. Wida pun suka dan rasa macam nak stay sana je.



Hari2 terakhir tu Wida sempat keluar dengan Dilla, orang yang Wida kenal selepas cuti semester bermula. Kami makan2. Sedap.


 Lontong

 Mee  Rojak

Sumpah sedap gila makanan kat sini. Korang boleh cuba kalau nak rasa kelainannya.
Kedai ni nama Mumtaz Ain Cafe. Senang je kalau nak pergi, jalannya terus sepanjang BP Walk tu ada kedai Secret Recipe haaa sederet tu la. Sebelum sampai hujung jalan BP Walk tu.


Yang pastinya sepanjang Wida di KVBP tu semua staf suruh Wida makan je. Ada Cik Yati dan Kak Nab yang bawa Wida pergi makan diluar sebab kantin tutup almaklum la cuti sekolah. Kadang2 Wida keluar makan dengan Puan Hjh Maimunah. Sambil2 tu kami bersembang dan bertukar pendapat serta pandangan. Bak kata Mira kawan Wida yang paktikal mengajar dari UPSI. Ini la pengarah yang paling sporting dan baik yang diaorg pernah jumpa. Tak jumpa kat tempat lain.


Last day tu, Kak Nab bagi hadiah beg dompet pada Wida. Macam dia tau2 je beg dompet Wida dah tertanggal zipnya. Kak Yati pula bagi kain pasang untuk dibuat baju. Alhamdulillah rezeki dan yang istimewanya Puan Hjh bagi Wida kain pasang juga untuk dibuat baju dan kain tu sama dengan semua staf di KVBP. Extra lagi Puan Hjh beri Wida comforter yang comel. Moga murah rezeki mereka.

Dalam diam juga dua staf yang Wida share ilmu pasal jahitan diaorg pun tak terkecuali untuk beri Wida hadiah kain pasang juga. 4 pasang dah semuanya. Tanda ingatan mereka pada Wida dan takkan Wida lupa sampai bila2. Semuanya jadi kenangan. Dilla dan Kak Shima hadiahkan kain pasang untuk Wida. Kain cotton ni. Nasib baik la Wida ni tukang jahit so dapat la menjahit baju untuk diri sendiri.




 Wafa Adriana suka sebab Cik Wahid dia dapat comforter. Wafa boleh tumpang sekali. Thank you Puan Hjh. Mai


 Malam tu pula Wafa tolong Wida buka hadiah yang Cik Yati dan Cik Nab beri.

Terima kasih Wafa tolong bukakan sampul hadiah. Mcm tahu2 je Cik Wahid dah kepenatan balik kerja.


Baju Cik Yati beri ni untuk pakai konvo. Beg dompet dari Cik Nab boleh pakai anytime.


Lepas dah habis praktikal tu Wida datang juga ke KVBP buat kerja amal. Pak guard pun dah kenal so mereka percaya dan bagi green light untuk Wida masuk ke kawasan kolej. Wida pun bukan jenis tak menghormati tapi ada budi bicara itu sudah cukup untuk tidak menyakinkan kepercayaan seseorang pada kita.


Terima Kasih Allah





Friday, November 6, 2015

Pre-Convo Wida

Assalammualaikum & Salam Kejayaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Akhirnya, Wida melalui juga pengalaman konvokesyen. Alhamdulillah cita-cita dan harapan Wida tercapai juga. Tercapai impian nak belajar di universiti dan tercapai hajat nak konvokesyen.



























Terima Kasih Allah S.W.T

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :