engkau boleh !!

Tuesday, July 28, 2015

Saya Tak Faham Lelaki

Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alkisahnya ada la seorang hamba Allah ni. Dia baru je kenal Wida. Biasa la whatsapp senang nak chit chat kan. Dia sapa Wida tanpa salam so Wida duluan la bagi salam and say hai padahal Wida balas hai dia first2 tu sebab dia tak bagi salam. Macam biasa la awal2 chat mestilah tanya buat apa. Dah makan ke belum? Emm...so boring. 


Bila dia tanya Wida buat apa Wida jujur je la jawab tengok TV memang Wida tengah menonton TV. Pandai minta izin 'boleh whatsapp x?' dah Wida balas whatsapp dia tu 'Boleh la knpa plk x blh'. Tiba2 dia balas 'awak macam tak nak balas je. Msj sekejap lps tu senyap'. Terus Wida balas 'Bila sy senyap' dia pun menjawab 'tadi tak balas pun'.


Start dari sini la Wida jadi menyampah. Helooo...dah memang kau whatsapp tak kena masa lepas tu nak cakap2 aku senyap. Terus Wida balas apa yang terlintas difikiran...

Awk ni. Sy snyp tu mksd ny ada la kje yg sy prlu wt kt rmh,,,basuh ke masak ke solat ke..x kan 24 jam nak pegang hp je. Itu sbb la slh satu sy xde bf lg...klu smua bf asyk nk msj je sy jd marah n x fhm knpa llki x fhm pmpn ada kje yg perlu di buat. Sy igt kmu fhm tp kmu pn mcm org lain jgk. Nsb baik sy ni jd pmpn mls nk tnya llki...'awk wt pe? awk kt mna? awk awak awak...'nti llki jd bosan (bhsa whatsapp).


Sebab tu la kot ada lagu 'awak kat mana awak2 kat mna?' asyik di tanya je tapi tu perempuan tanya lelaki. Ini lelaki tanya perempuan. Kalau lelaki tu suami Wida takkan la nak buat don't know je. Wida pernah tanya  adik lelaki Wida kenapa dia break off dgn gf dia. Dia kata dia rimas asyik di tanya je...macam2 ditanya sampaikan nak buat kerja pun tak senang. Asyik nak kena report je. Wida pun terus jawab "macam tu la aku rasa rimas kalau belum ada apa2 sibuk je tanya bagai2 yang tak sesuai masanya".


Dia bukan sesiapa yang Wida perlu nak report tiap masa lagipun banyak lagi la kerja nak buat daripada layan gajet je tak sudah2. Habis tu kalau dah nak terberak macam mana nak report juga? Kalau tak sempat bagitau lepas tu berak lama kat jamban...nak kata apa? Senyap..? sunyi??  bertubi2 tanya kenapa tak balas masej? lepas tu marah2...Eeeee....menyampah Wida kalau ada orang macam tu. Tu namanya tak SABAR. 


Kalau time tu tak ada internet habis data, habis krdt or habis bateri handphone nak kata apa???? Wahai lelaki tolong la faham. Fikir je la yg positif2. Kalau macam tu nak solat pun tak tenang...berpuluh2 whatsapp masuk dr rakaat pertama sampai ke rakaat keempat. Berdas-das masuk dalam whatsapp. 


Boleh pulak kwn lelaki Wida ni jawab :

Sy suka org mengkritik sy...takde masalah
Kadang2 teori llki tak sama dengan pmpn
Kena ada perbincangan
Baru tegur sikit baru nak cakap 'ye salah saya'...buat apa2 tu tak fikir dulu. 

Siap suruh Wida rehat dan tenangkan fikiran. Dia ingat Wida apa. Malas la nak layan lelaki macam ni. Nak minta2 maaf bagai. Ah sudah...gini la pemikiran orang kalau tak matang. Pemikiran masih macam tu ada hati nak ngorat2 anak dara orang. Wida terus cakap kat dia takde mood nak text and takde maknanya nak sorry2 Wida tak layan. Lu pikir la sendiri...


Hope orang lelaki yang nak mendekati Wida tak la cakap hal remeh temeh macam tu. Buang masa la. Lagi satu pada Wida ....mana2 lelaki yang dah ada kekasih hati, tunang yang confirm2 akan berkahwin tak payah la konon2 nya nak mengisi masa lapang memberikan harapan dan kata2 manis pada wanita lain. Kalau kekasih hati and tunang korang dua kali lima macam korang pandai pulak nak kecoh2 nak marah bagai.


Mana2 yang suami orang tu kalau nak berkawan dengan wanita lain jujur je la dengan isteri dengan siapa korang berkawan, bekerja or apa2 la. Wanita ni kalau lelaki tu jujur mereka tak marah...kalau boleh kenalkan dan insyaAllah akan jadi kawan. 

Tuesday, July 21, 2015

6 Syawal

Assalammualaikum & Salam Syawal
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


Hari ni bertarikh 22 Julai 2015 bersamaan dengan 6 Syawal dimana umat Islam diseluruh Dunia meraikan Hari Raya Aidil Fitri. Pastinya di facebook terlalu banyak ucapan dan kata2 maaf. Tidak lupa juga gambar2 untuk kenangan sepanjang berhari raya.


Secara jujurnya Wida bukan la orang yang tersenarai dalam hal2 di atas. Nama nak bergambar kenangan pun tak ada. Nak bermaafan pun jarang. Entah la sukar untuk diungkapkan. Bila mana kawan2 berkunjung ke rumah rakan2 yang lain, tak ada kawan2 Wida yang beraya ke rumah Wida sebab Wida pun tak pernah beraya ke rumah kawan2 Wida hahahahaha nampak tak di situ. Semua kawan2 Wida duduk jauh, mana la ada yang nak datang beraya ke rumah. Yang datang semuanya saudara-mara je. 


Nak bergambar pada hari raya apatah lagi. Kalau dah pagi raya tu tak sempatnya nak tukar baju raya tetamu dah sampai. Pulak tu Wida salah seorang yang akan turun ke dapur untuk selesaikan semuanya. Memang tak la nak pakai baju raya. Emm...eh ada ke baju raya...Emmm kadang2 tak ada pun. Pakai je baju yang mana ada. Bukannya orang tahu pun kita pakai baju bila.


Wida bukan macam orang yang akan pergi membeli baju raya di expo2 ketika bulan ramadhan dan bukan juga orang yang membeli secara online. Kasut pun main sarung je mana2 yang ada. Kalau dah masuk rumah bukannya nampak pun. Paling2 tak pun Wida basuh kasutnya supaya nampak bersih sikit tak la bertanah ke apa. Tudung pun guna je mana2 yang ada dirumah.


Bukan Wida tak mampu tapi sebenarnya Wida tak perlu. Duit yang ada untuk keperluan yang lain yang lebih penting. Lain la kalau suami Wida yang belikan dan sediakan untuk Wida. Bukan Wida tak teringin semua tu tapi mungkin masanya belum tiba. Lagipun Wida fikir biarlah bersederhana tu lebih memadai. Mungkin kalau kawan2 datang Wida tak dapat nak layan dengan sebaik2nya. 


Dulu masa sekolah rendah adalah la juga kawan2 kelas Wida rajin pergi beraya ke rumah Wida sebab rumah Wida di pekan berbanding dengan rumah mereka di kampung. Jadi kalau diaorg pergi ke rumah Wida dapat la diaorg keluar ke pekan. Tapi lepas tu bila diaorg dah bersekolah di pekan takde pun kawan2 yang datang. Tapi takpe la Wida ok je.


Bila dah masuk asrama, politeknik dan universiti memang takde la kawan2 yang datang. Tapi itu semua tak mendatangkan apa2 yang tak elok pada Wida sebab janji ada family Wida dah kira ok la tu. Raya ni Wida tak minta apa2 sebab 27 Julai 2015 ni hari lahir Wida yang ke-28. Wida mohon pada Tuhan agar dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan yang paling penting lulus dalam subjek semester akhir Wida di UPM agar Wida dapat bersama2 rakan Wida naik kepentas dan menerima segulung ijazah.


Wida berharap agar ada keajaiban untuk Wida sebab subjek yang Wida ambil semester akhir tu subjek Wida repeat. Wida bernazar kalau Wida lulus subjek semester last ni Wida akan potong rambut Wida yang panjang ni. Wida nekad kali ni. Walaupun Wida rasa sayang nak potong rambut tapi Wida kuatkan semangat. Rambut lepas ni boleh tumbuh lagi kalau dah potong. 



Hari Raya ke-5 tu ada pensyarah Wida call. Dia tanya la serba sedikit pasal Wida punya markah last untuk subjek repeat tu. Dalam hati dah berdebar2 sebab Wida ingat pensyarah tu nak bagitahu keputusan peperiksaan akhir Wida. Ya Allah...terkejut sangat. Tapi bukan rupanya...Doktor tu ada bgtau harap ada la haarapan untuk Wida lulus. Wida tak pernah ponteng kelas tu, Wida selalu datang dan tak pernah terlewat cuma Wida ni memang susah sikit nak faham subjek kira mengira ni. Itu kelemahan yang Wida akui. 


Terima Kasih Ya Allah...Hamba Mu ini sentiasa bersyukur diatas setiap apa yang telah diberikan. Amin

 



Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :