Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Hari ni masuk minggu kedua Wida berada di dalam UPM. Hari tu balik dari rumah kakak ipar di Shah Alam terus la parking kereta depan KMR setelah Wida berzikir Ya Aziz Ya Jabbar Ya Mutakkabbir banyak kali. Ada la ruang kosong yang tersedia untuk Wida parking kat situ, alhamdulillah. Malam sabtu, ahad and isnin Wida tinggalkan kereta dan tak pergi ke mana2. So, selama tu juga la Wida berharap Tuhan melindungi harta benda Wida.
Pernah juga tanya dengan room mate Wida, tengok2 kan kalau ada kertas putih yang terselit kat depan cermin kereta Wida. Dia kata takde apa2 la pulak lagi pun dia tengok secara rambang je sebab dia pun tak tahu mana satu kereta Wida sebenarnya. Tadi Wida nak pergi kelas pukul 10 pagi Wida terus pergi menuju ke kereta, mula2 tu tak nampak la apa2 sekali dah dekat ada kertas putih. Hati terus cuak gila sebab mati la kalau kena saman parking kat dalam UPM ni. Mau tak melayang RM50 kena bayar denda.
Sekali Wida ambil rupa2nya bukan da...syukur alhamdulillah. Rupa2nya notis suruh jangan parking kat situ lagi. Ni Wida nak tanya ni...kalau tak bagi parking kat situ kami semua nak parking kereta kat mana? Mohon untuk menyelesaikan masalah yang membelengu situasi pelajar2 yang membawa kenderaan ke kampus. Errrr kalau la ada orang baca status Wida macam ni agak2 Wida kena saman tak ea....
Emm...fikir la. Perkara ni dah bertahun kot berlaku. Semua perlukan kenderaan untuk kemudahan dan kemudahan yang ada untuk memudahkan orang lain juga. Kalau Wida pun taknak menjadi penghalang kepada lalu lintas dalam kampus atau di kolej. Kalau selagi boleh parking dalam kolej serumpun terutamanya, please la bagi. Ini untuk kebaikkan bersama dan mengelakkan lalu lintas sekitar kolej.
Kalau masalah ni dapat diselesaikan dengan cara baik ok la. Rasanya kalau tiap hari kena bayar parking pun takpe la janji kenderaan pelajar selamat. Buat la baik untuk kebaikkan orang lain juga. Mesti yang indah akan nampak di mata walaupun ada sedikit kekurangannya.
Macam tadi petang Wida habis kelas terus balik ke kolej. Disebabkan dah dapat notis untuk tidak meletakkan kenderaan di bahu jalan Wida cuba untuk cari parking sebelah cafe serumpun tapi ternyata sudah penuh. Bila Wida lalu kat depan pjsd tu Wida tak sengaja terlanggar side mirror kereta orang. Dah la jalan tu sempit nak lalu. Cermin pulak tak dilipat so dengan tak sengaja dah terlanggar.
Nak berhenti tengok hujan pulak time tu. Terus mesej member minta tolong tengokkan kereta yang Wida terlanggar side mirror tu. Nasib baik la kawan kata takde apa2. Kalau pecah mahunya kena ganti. Perasaan bersalah tu mesti ada sedikit sebanyak sebab kita dah buat salah. Wida fikir je kalau terjadi perkara yang sama pada Wida of course la Wida rasa orang tu perlu bertanggungjawab untuk mengantikannya.
Ni dah jauh Wida parking. Hope kat situ selamat la sebab ramai yang parking kat situ. Wida pun tak tahu la esok lusa macam mana nak parking mesti berfikir2 lagi. Apa la nasib. UPM minta tolong selesaikan perkara kecil ni. Kalau ia nya tak berlaku pada anda apa la salahnya fikirkan kalau ini terjadi pada diri anda atau orang terdekat anda. Mohon jasa baik.
Terima Kasih Allah