Assalammualaikum & Salam Perantauan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Tarikh : 27 Ogos 2014
Tempat : Senai International Airport, Johor
Tepat pukul 8.30 malam Wida dan keluarga semua bergerak menuju ke Lapangan Terbang Senai, Johor. Kalau nak naik kapal terbang make sure kena 3 atau 2 jam awal sebab nak masukkan bagasi dalam kargo. Selalunya Wida dah siap awal2 dan asingkan mana yang boleh bawa naik dalam kabin dan apa barang2 yang tak boleh bawa naik ke kabin. Yang based je Wida bagitau ok.
Contoh barangan yang tidak boleh dibawa naik ke kabin
1. Benda tajam macam gunting, pisau, sepit kuku dll
2. Cecair seperti contoh air mineral, deodoran, minyak wangi (dalam kuantiti yang sedikit boleh)
3. Benda atau makanan yang berbau : Tempoyak, jeruk, burger (kadang2 lepas)
4. Bagasi yang melebihi 10 kg. Rasanya kalau boleh bawa pun macam 7 kg je kot.
Lagi apa ya...ni je yang Wida terfikir buat masa ni.
Kalau lalu kat kastam tali pinggang pun kena buka.
Semua ni dia cek semasa kita lalu kat kastam. Tak boleh nak sorok sebab dia akan scan semuanya. So takde satu pun yang terselamat kalau kita bawa barang larangan. Macam pengalaman Wida first time dulu nak pergi belajar di Kota Kinabalu. Wida bawa gunting plastik yang ringan tu je. Tup2 masa lalu kat kastam Wida kena tahan dan kena buka beg. Habis semua kena keluarkan. Kita tak payah bagitau apa barangnya sebab mereka sendiri akan cakap.
Wida sampai je di Airport Senai Wida terus check-in bagasi yang nak bawa masuk ke kargo. Untuk pergi ke korea ni Wida tempah bagasi 30 kg. Ngam2 je Wida punya bagasi ditimbang 28.9 kg. Selamat lagi la sebab kalau terlebih kena bayar cas. Wida bawa beg roda satu, beg sandang belakang ada laptop, kotak makanan dan beg tangan satu. Pegawai yang selalu kerja dibahagian bagasi mesti akan tanya destinasi kita nak pergi. So, diaorg akan bagi arahan samada kaunter sudah dibuka dan perlu lalu ikut laluan yang betul.
Seeloknya check-in menggunakan internet dan terus print boading pass. Senang dan tidak memakan masa untuk beratur semasa menunggu giliran. Wida selalu check-in guna internet je. Kalau guna handphone pun boleh jugak. Kalau boleh siap2 sediakan kad pengenalan untuk diserahkan pada pekerja di kaunter. Kalau penerbangan Domestik iaitu dalam negara Malaysia je hanya tunjuk kad pengenalan. Tapi kalau International perlu tunjuk pasport sahaja sebab itu je kita punya pengenalan diri sepanjang berada di luar negara.
Siap je masukkan bagasi Wida terus pergi solat isyak. Siap2 buang air terus supaya tak la nanti kita kat ruang menunggu nak pergi ke tandas dengan takde siapa nak tengokkan beg kita lagi. Kalau ada barang runcit2 macam makanan ringan ke tak sopan la nak bawa ke tandas. Nasib2 la macam mana sebab selama ni Wida pun seorang je kalau naik flight tak kira la di Sabah ke di Senai ke mahupun di KLIA2. And make sure handphone tu dimasukkan dalam beg kecil yang mudah dibawa atau mudah di bawa masuk dan keluar sebab kat kastam pun handphone kena keluarkan dari poket seluar untuk polis periksa seluruh badan kita.
Masanya sudah tiba untuk berpisah dengan family tersayang. Semua ikut hantar Wida : Mak, Airul, Dekmi dengan suami dan anaknya Wafa, Kak Ein dengan suami dan anaknya Adam, Kak Nong dengan Abg Sam suaminya serta makcik Wida Cik Cah dengan anaknya Eddin. Eddin yang akan drive kereta Wida balik ke rumah. Kalau nak suruh adik lelaki Wida si Airul tu dia belum ada lesen lagi. Takut apa2 hal berlaku.
Ambil2 gambar sekeluarga dulu. Bersalaman dan dapat duit lagi. Hihihi. Actually Wida punya flight ke Korea pada 28.8.2014 pukul 8 pagi. Tapi sebabkan family tak dapat nak hantar ke KLIA2 maka Wida ambil keputusan flight sendiri ke KLIA2 dan tidur di Airport je.
So, masa untuk say good bye pada family Wida. Wida sayu hati kalau nak tinggalkan family ni. Kalau belajar di UPM pun balik tu Wida dah sedih inikan pulak bila pergi jauh ke bumi lain yang asing. Tapi kalau di Malaysia boleh la kita calling2 tapi kat sini nak calling pun susah. Mak Wida la selalu yang nak story Wida hari2 tapi bila dah jauh takde la nak calling2. Wida pun malas la nak pinjam telefon kawan Wida yang boleh buat panggilan ke Malaysia. Biar rindu tinggi segunung baru best bila jumpa semula keluarga di Malaysia. Ada banyak story nak share.
Lepas naik je ke tingkat atas dan melepasi Kastam, Wida tengok semua dah beratur tunggu giliran nak masuk ke pesawat. Wida pun apa lagi cepat2 la beratur. Macam biasa pekerja disitu akan cek IC dan boading pass penumpang. Ramai juga penumpang nak ke KLIA2. Tapi tak pasti mereka semua nak kemana sebab Wida tak banyak bersuara. Wida dapat seat tepi tingkap so Wida hanya memandang ke luar tengok pemandangan dari udara. Malam bukannya nampak apa2 pun. Nampak cahaya lampu je.
Beberapa minit kemudian ada la pengumuman mengatakan hari ini Kapten Farid yang membawa flight kami membelah awan. Wida dah start ngantuk sebab dah pukul10 mlm. Apa lagi tidur la. Berapa minit je penerbangan dari Johor ke KLIA2. Tak sempat orang nak makan flight dah mendarat. Huhuhu kelakar plak tengok diaorg keluar dari flight bawa makanan.
Tapi sumpah jauh perjalanan nak keluar ke tempat bagasi. Aduhai kalau mak Wida ni berjalan mahunya sakit kepala lutut dia. Memang KLIA2 ni besar gila. Wida ikut je kemana orang keluar berjalan menuju ke tempat bagasi. Lambat sikit la kalau nak tunggu bagasi dan cara mesin tu bergerak lain sangat macam kat Kota Kinabalu International Airport Terminal 2 dan Senai International Airport, Johor.
Masa untuk mencari tempat untuk Wida landing dan tunggu kawan Wida yang tiba dari Kedah. Dapat juga la landing2 kat KLIA2 tu sementara tunggu flight ke Korea. Kiranya transit Wida di KLIA2 la. Tidur yang tidak selesa macam di rumah. Tapi takpe la janji dapat lelapkan mata sepincag dua.
Continued...