Assalammualaikum & Salam Keusahawanan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Kami student UPM yang sampai paling awal di A'Famosa Resort Melaka
Pihak urusetia sedang menguruskan tempat penginapan pelajar
Relax nampaknya Afiq
Alhamdulillah selepas pendaftaran peserta kami diberikan satu beg laptop, baju t'shirt 2 helai, topi lagi emm buku dengan pen lagi.
Makan dah sudah, so lepas tu kami cari la no bilik kami yang diberikan oleh pihak urusetia.
Jeng jeng jeng inilah tempat penginapan Wida dengan pelajar UPM seramai 6 orang selama 3 hari 2 malam.
Tengok tu semua dah tak sabar nak masuk rumah. Sinilah kami habiskan masa bersama selepas penat dengan program yang kami sertai.
Inilah bilik Wida dengan Kak Finniey. Hebat tak. Katil satu orang boleh golek2. Hihihi bilik kami ni master room. Mula2 kawan2 yang lain taknak masuk bilik ni, diaorg pergi tengok bilik2 lain dulu. Tup2 Wida terus masuk kat bilik ni campak beg dan baring2 maka bilik ni Wida dengan Kak Finniey la yang duduk. Ada toilet, hair dryer, balkoni hahaha bahagianya.
Kesimpulannya, kita ni jadi orang jangan memilih sangat, mana yang ada depan mata kita sambar je. InsyaAllah itu yang terbaik buat kita daripada kita nak buat pembandingan dengan yang lain. Maybe hasil dari perbandingan tu lebih baik tapi kadang-kala bukan nasib kita utk dapat yang baik.
Amy gayat katanya. Walaupun ketinggian kami hanya ditingkat 9 sahaja berbanding dengan budak univ lain diaorg duduk tingkat 20.
Pemandangan dari bilik kami
Peace inilah dapur kami
Antara barangan yang disediakan oleh A'Famosa Resort
Yohoo..ada tub mandi tapi sayang time ni takde penutup lubang pulang so air tak dapat nak bertakung.
Make sure benda ni mesti ada untuk masuk dalam rumah kami.
*continue