Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Hari ni 29 Mac 2015 dan tinggal beberapa hari je lagi dah nak masuk bulan april. Sungguh cepat sangat masa berlalu. Alhamdulillah semuanya ok. Wida pun setakat ni takde lagi ponteng class sebab takde sebab kot nak ponteng class. Cuma kalau dalam kelas bahasa korea tu Wida kadang2 sakit perut la kuar pergi tandas la, macam2 la. Sebenarnya Wida saja nak mengelak daripada kena soal.
Wida ni belajar bahasa Korea masih tergagap2 lagi. Tu yang malu dengan budak dalam kelas tu sebab dalam kelas tu bukan semuanya Wida kenal. Minggu ni dah nak test.Wida akan test statistik pada hari selasa 31 Mac 2015 dan malam tu Wida akan menghadiri majlis keusahawan di dewan UPM. Wida dengan keusahawanan UPM ni tak jauh sebab Wida suka join program2 yang diadakan oleh pihak pengurusan.
Hari jumaat tghr pulak Wida akan test reading bahasa Korea. Harapannya mestilah Wida dapat membaca dengan lancar sebab Wida ni masih tergagap2 lagi. Tapi ada seorang kenalan dalam kelas korea tu dia baik hati nak bantu Wida macam mana cara sebutan. Memang Wida suka cara dia mengajar Wida sebab dia tak marah dan bila Wida sebut dengan betul dia akan give me five. Hahahaha thank you Mija She.
Terima Kasih Allah
No comments:
Post a Comment