Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Setelah beberapa minggu duduk dengan roommate baru hari ni Wida nampak dia menangis. Bukan Wida tak pernah nampak orang nangis tapi ni nangis sebab luka di hati. Apa lagi kalau bukan kerana Cinta. Wida ni dah la tak pernah bercinta maka Wida pun tak tahu nak bagi nasihat yang macam mana bila berhadapan dengan situasi yang macam ni.
Wida cuba menjadi pendengar yang setia sebab Wida rasa itu je yang Wida mampu. Wida pun tak pernah la melalui apa yang roommate Wida lalui sekarang. Tapi dari apa yang dia cerita tu sangat2 tak disangka. Ada ke patut lelaki yang pernah couple dengan roommate Wida ni kata dia dah takde apa2 perasaan LANGSUNG. Wey perkataan langsung tu buat roommate Wida sedih kot.
Please la kalau nak berterus terang sekali pun jangan la sebut perkataan yang macam tu. Aku yang dengar ni pun sedih gila. Aku pun hampir nak menitiskan air mata tapi Wida tahan. Memang kau sekarang kata langsung tak ada apa2 perasaan terhadap roommate aku. Tapi andai satu masa kau ingin kembali kau ingat kau boleh kembali dengan begitu mudah lepas hati roommate aku kau sakiti. Aku pulak yang rasa sakit.
Dari apa yang roommate Wida cerita ni dia dah lama dengan lelaki tu. Yup hati boleh berubah2. Sedangkan kita kalau nak pergi makan kata nak order nasi tiba2 nampak sate terus order sate. Nampak tak hati sering berubah2 tak kira dalam masa satu saat, 1 minit, satu jam, 1 bulan atau satu tahun. Roommate Wida ni ada bagitau ex dia kalau ex dia tak bekerja jangan harap dia nak kahwin. Aduhai...kau lelaki, kau fikir kalau kau dah nikah dengan anak orang besar tanggungjawab kau sebagai suami dan isteri juga begitu.
Entah la tak tahu nak kata apa dengan perasaan. Wida nasihatkan dia supaya banyak bersabar. Maka peperiksaan tak lama je lagi, hope tak menjejaskan apa2 pada roommate Wida tu. Sebab2 yang macam ni yang Wida tak nak berlaku dalam hidup Wida. Kalau boleh minta jauhkan la dan sentiasa berdoa yang baik2 sahaja.
Roommate Wida dah banyak bertolak ansur dengan ex dia, dan dalam masa ex dia susah dia banyak juga membantu. Wida harap lelaki tu sedar la. Walaupun katanya dia bakal glamour sebab terlibat dalam dunia hiburan dan dikelilingi dengan wanita2 yang lebih cantik dari roommate Wida, Wida rasa baik dia pergi la sejauh2nya dari dia menyakitkan hati roommate Wida.
Roommate jgn risau kamu kejar la cita2 kamu dari kamu kejar cinta kamu yang belum tentu lagi pengakhirannya. Sabar dan ingat Tuhan.
Terima Kasih Allah...
No comments:
Post a Comment