Assalammualaikum & Salam Ingatan Tulus Ikhlas
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
6 Februari 2015 adalah tarikh yang mungkin aku takkan lupakan. Tiba2 hati tergerak untuk buka facebook dan terbaca komen seorang kawan lama semasa di sekolah rendah. Dia post tentang pemergian seorang guru yang pernah mengajar di sekolah rendah.
Mula2 memang terkejut dan tak sangka cikgu yang baik dan sihat selama ini sudah kembali ke rahmatullah. Susah sangat masa nak sampaikan berita kepada emak tapi aku gagahkan juga hati sebab mesti mak terkejut rakan baiknya sudah tiada.
Tadi pagi aku takde class so, selepas mandi macam biasa sarapan dan buka buku. Tiba2 mak call. Lama kami berbual2. Aku pun dengan mak memang suka bertukar pendapat dan berkongsi cerita. Malam kelmarin aku baru je semak2 dalam blog aku tentang hadiah hari lahir ke-26 dimana mak belikan aku sebiji kereta yang aku memang suka sangat2.
Tadi mak teringat pasal cikgu tu. Terus la aku cakap juga dengan mak pasal aku baca semula apa yang aku tulis dalam blog sebab aku ada tulis apa yang cikgu tu pesan pada aku selepas dia jadi penjamin untuk beli kereta tu. Sangat2 terharu kami berdua.
Dalam masa yang sama aku tak dengar suara mak aku dihujung talian dan aku dapat rasakan yang mak aku tengah tahan sebak macam aku juga dihujung talian. Memang kami tak keluar suara mungkin menahan tangisan juga. Sabar wahai hati.
Lepas tu terus tersekat2 apa yang aku dan mak aku nak cakap sebab masing2 mungkin akan menangis selepas memutuskan talian. Terus aku sedekahkan al-fatihah untuk Cikgu Samiha binti Ramli. Cikgu yang aku kira sangat2 memahami aku dan kami sekeluarga. Dia juga banyak memberi dorongan dan sokongan.
Belum lagi aku dapat membalas apa2 kepada beliau. Tapi aku janji aku akan bantu keluarganya. Dia mempunyai seorang anak dan aku berharap aku dapat membantu anaknya kelak.
Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment