Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Sebenarnya Wida rindu dengan Adik Qila. Hari selasa tu dia bagitahu supaya hari rabu tak perlu datang rumah sebab dia nak pergi lawatan ke KL. Tadi lepas balik dari Pontian selesaikan urusan dan pembayaran bil, Wida lalu depan SMKAB dari jauh lagi dah nampak sebuah bas depan dewan sekolah. Wida dapat agak tu mesti bas yang adik Qila akan naik untuk ke KL.
Rasa macam nak singgah sekolah jumpa dia tapi untuk apa...
semalam dah jumpa dan ucap selamat jalan. Seronok la dia pergi KL ada lawatan. Lepas tu hari jumaat, sabtu ahad pulak dia pergi kem kat Kukup.
Takpe la dik, lain kali kita boleh jumpa. Harapan akak agar adik mendapat pengalaman dan jadikan lawatan ni sebagai kenangan adik. Apa2 pun harap dapat jumpa lagi sebelum akak balik UPM. Rindu sangat2 kat adik. Akak ucapkan tahniah sebab adik dapat keputusan percubaan yang baik. Akak percaya adik mampu untuk buat yang lebih baik lagi.
Bak kata mak adik "I know my daughter".
Time study kat rumah Qila.
No comments:
Post a Comment