Assalammualaikum & Salam Sayang Penuh Kegembiraan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Alhamdulillah dipanjatkan syukur untuk kesekalian kalinya. Dalam tajuk yang lepas Wida ada cerita pasal hadiah istimewa tu kan sempena hari kelahiran Wida ke 26 tahun pada 27 Julai 2013.
Akhirnya pada 31 Julai 2013 Wida dah dapat hadiah yang tidak ternilai harganya dari seorang emak yang Wida sayangi tidak terucap dengan kata-kata.
JENG JENG JENG inilah dia...buah hati Wida
Hadiah
Hari Lahir Ke 26. Terima kasih yang tidak terhingga kepada emak
tersayang atas pemberian. No plat di tempah khas sempena tarikh kelahiran
27/07/1987. So, kami pilih 8727. 87 utk tahun dah tu ada no 7 untuk bulan kelahiran dan 27 utk tarikh hari lahir Wida. JPM di tempah juga sempena belajar kat UPM. Moga dengan
pemberian ini seorang anak dapat berkhidmat dan berbakti untuk mak abah, itu janji Wida Amin3 InsyaAllah.
Lebih-lebih lagi kepada emak Wida sebab dia yang beria-ia nak beli kereta ni untuk Wida dan secara kebetulan terima kereta ni pada tarikh lahir Wida. Syukur sangat atas rezeki yang Tuhan berikan. Mak yang bertungkus lumus untuk semua ni. Harapan Wida agar Wida dapat manfaatkan kearah kebaikkan sepanjang menggunakan kereta ni.
Ada sepupu Wida tanya, adik-beradik yang lain tak jealous ke Wida dapat kereta baru? Wida jawab tak adanya mereka jealous. Kalau nak difikirkan jealous itu terpulang kepada mereka sendiri. Dulu mak belikan kakak motor baru lepas SPM Wida tak jealous pun. Bayar cash lagi time tu. Lepas tu Mak belikan adik lelaki Wida kereta terpakai dengan cash juga, tapi Wida tak pernah jealous walaupun guna duit hasil dari perniagaan Wida.
Memikirkan kemudahan untuk adik-beradik sendiri tidak ada salahnya. Seboleh2nya mak Wida mahu berlaku adil terhadap semua anak-anaknya. Mak tak ada dahulukan sesiapa. Mungkin cara rezeki yang adik-beradik Wida terima antara kami adalah berbeza-beza. Cuma antara sedar dengan tidak sedar sahaja la yang dapat diperhatikan. Sesungguhnya bersyukur sangat2 kepada Allah yang memberi segalanya.
Kereta yang dia idamkan. InsyaAllah ada rezeki nak cari untuk family supaya dapat naik beramai2 sekeluarga.
Mula2 test dulu akhirnya jadi milik sendiri.
Muka orang baru keluar hutan. Gelap kulit muka dan tangan. Apa boleh buat dah kena pergi kem hutan
Test drive.
Adik bongsu Wida Nurul 'Amira dan suaminya Bukhari. Time ni diaorang tengah rancang nak beli kereta. Alhamdulillah rezeki untuk dia dah dapat kereta yang dia mahukan.
Wida awal2 lagi dah dapat amanat dari emak Wida
"Wahid ingat ya lepas ni jangan sombong2 dengan orang walaupun dah ada kereta. Kalau boleh bantu orang dengan kereta tu bantu la sebaik-baiknya".
Nasihat daripada penjamin kereta ni pulak aka cikgu sekolah rendah Wida
"Jadi anak yang baik dan ingat jasa ibu awak pada awak. Belajar bersungguh-sungguh untuk dan kerja yang memberikan hasil yang halal".
Ya Allah engkau panjangkan usia orang-orang yang aku sayangi supaya aku dapat memberi khidmat dan balasan atas perbuatan mereka kepada aku kelak. Amin2 ya rabbal al amin.
No comments:
Post a Comment