engkau boleh !!

Saturday, August 3, 2013

Ramadhan Aku & Dia

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



It's Me at UPM

Lagi beberapa hari sahaja lagi bulan yang mulia ini akan meninggalkan kita umat islam sedunia dan bulan yang penuh keberkatan yang pasti diraikan oleh umat islam sedunia adalah bulan syawal dimana bulan yang dapat mengumpulkan semua keluarga sanak saudara dan saling bermaaf-maafan hendaknya antara satu sama lain. 


Pastinya lepas ini Wida dan adik Qila akan bertemu semula di ramadhan akan datang InsyaAllah. Bukan maksud Wida takkan bertemu lagi tapi dengan adanya bulan ramadhan inilah Wida dan Adik Qila akan bertemu dan menunaikan solat isyak, terawih dan witir bersama2. Kami bukan kerap berjumpa walaupun kami berada di dalam satu kampung yang sama. Tapi jarak dan masa yang telah menetapkan begitu setiap tahun kerana Wida menyambung semester di UPM.


Tentunya yang paling Wida akan ingat sampai bila2 adalah Adik Qila merupakan anak didik Wida yang pertama. Setelah dia melamar Wida untuk jadi cikgu tuition dia, Wida dengan senang hati untuk membantu dia. Kebetulan Qila akan menduduki peperiksaan PMR pada tahun ni. Harapan Wida tentulah dia berjaya dan memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang Qila hadapi.


Wida tahu Qila boleh buat sebab disepanjang Wida memberi tunjuk ajar apa yang Wida tahu, Adik Qila ni seolah2 mempunyai harapan dan impian yang cerah di masa hadapan. Walaupun pada awalnya Wida tak berapa mengenali dia tapi Wida yakin dan berfikir positif dimana dia mampu untuk berusaha ke arah kejayaan yang cemerlang.


Berkat usaha dan kesabaran serta keyakinan dia pastinya dia mahukan yang terbaik dalam pendidikan dia sehinggakan berani mengambil tindakan untuk memilih Wida sebagai cikgu tuition dia. Saat Wida memberi dia kata2 semangat dia sedia mendengar dengan yakin. Kata dorongan yang positif yang Wida berikan hanya untuk dia memikirkan adakah baik untuk dia menerima atau sebaliknya. Dia sudah remaja untuk menentukan apa yang dia kehendaki.


Tapi saat dia bagitahu pada Wida bahawa guru2 di sekolahnya mengatakan yang dia banyak memperolehi keputusan B dalam banyak perkara, walhal dia mampu untuk mendapatkan yang lebih baik dari itu. Sebagai cikgu tuition dia pastinya Wida rasa sedikit sebanyak apa yang dia rasainya apabila mengetahui tentang keputusan ujian percubaan PMR.


Pada Wida sekurang-kurangnya Qila sudah memberikan yang terbaik setelah berusaha dengan sehabis baik. Cuma mungkin belum rezeki untuk memperoleh keputusan A dalam semua perkara. Mungkin jika dia mendapat A dalam peperiksaan percubaannya dia akan alpa dan merasa yakin kerana dia tidak perlu berusaha lagi dengan lebih banyak lagi. Tapi itulah sebenarnya hikmah yang ada disebalik apa yang berlaku. Mudah2an ada yang terbaik untuk Qila di peperiksaan akhir nanti.


Bila petang yang sepatutnya dia datang ke rumah Wida untuk belajar dia kata dia penat dan dah habis periksa tapi nada dia seakan-akan kecewa dengan apa yang disampaikan oleh cikgu disekolahnya. Wida berharap dapat la jumpa dia masa kat masjid. Mula2 Wida memang tak perasan langsung bila Adik Qila sampai sebab masa tu Wida tengah berbual dengan Wani. Tiba2 dah nak solat isyak tu dia muncul dari belakang. Emm...macam dah tak senyum. Tapi dia tetap salam dan cium tangan Wida. Muka dia Wida tengok macam keruh je. Something wrong kot. 


WIda tengok dia pun macam nak jauhkan diri dari Wida. Mungkin itu perasan Wida je walhal pada hakikatnya tak kot. Masa tu Wida tak solat sebelah Qila seperti hari2 sebelum ni. Wani yang solat sebelah Wida dan hanya selang seorang barulah Qila disebelah Wida. Emm...kenapa sebenarnya dan Wida tertanya2 dengan diri sendiri samada Wida ada salah apa2 atau sebaliknya. Wida tinggalkan seketika perasaan tu pabila azan isyak berkumandang.


Bila dah duduk sebelah Wani tu maka Wida berbual dengan Wani la. Lepas habis solat terawin dan witir kami semua bersalaman bersama jemaah wanita. Wani tu tetiba kata "Kita nak jadikan akak kakak angkat kita la, boleh tak?" tetiba dia kat belakang dengar apa yang Wani katakan saat kitaorg turun tangga. Sebenarnya Wani tengah cerita pasal ada seorang budak kat masjid tu yang nak ambil dia jadi kakak angkatnya. Biasa zaman budak2 memang begitu. 


Saat keluar dari pintu masjid Wida sempat tegur Adik Qila tanya exam dia macam mana susah ke senang, dia cakap susah sikit tapi dia langsung tak tengok muka Wida. Wida diam je la bila dia dah kata gitu. Nak cakap lagi tapi tetiba dia tanya "itu ke kereta akak?" Wida pun jawab ya dan Wida pelawa dia naik sekali kereta Wida dan Wida hantar dia balik rumah tapi dia taknak.



Dalam masa yang sama sebenarnya Wida dah tumpangkan Wani naik kereta Wida masa pergi masjid tadi. Wani naik motor sebelum ni. Lagipun dia sorang-sorang apa salahnya Wida tumpangkan dia dah kebetulan dia sama jalan dengan Wida. Wida toleh terus dah tak nampak Adik Qila. Emm...macam dia jelous or Wida salah cakap ke...Masih tertanya-tanya lagi hingga sekarang. Tapi takpe la Wida fikir yang baik2 je. Positif thinking. 

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :