engkau boleh !!

Sunday, August 26, 2012

Syawal ke-6

Assalammualaikum & Salam Aidilfitri


Time raya ni macam2 rancangan kat tv ada, citer hindustan ada, cerita melayu macam2 ada, citer hantu lagi la banyak. Tengah duduk2 tengok tv kat rumah, ada sepupu mak datang dua buah kereta dgn anak beranaknya. Rumah mereka sebenarnya tak la jauh sangat dgn rumah Wida. Tapi dikesempatan raya ni baru la dapat b'kunjung jumpa sanak saudara.

Sepupu mak Wida ni kelakar semuanya, walaupun tak ramai tapi riuh rendah satu rumah. Tengah Wida sibuk2 kat dapur nak sediakan minuman panas tiba2 Mak Mon cerita pasal mak Wida. Diaorg semua panggil mak Wida 'Long' sbb mak Wida anak yang sulung.

"Long anak Mon pandai tengok2 kan org sakit. Hari tu masa Mon sebut nama penuh Long pd dia, dia kata dekat belakang Long ada benda tumpang". Jeng jeng jeng...OMG.

Wida terus duduk b'sila dengar apa yang Mak Mon cerita. Anak dia darjah 4 boleh nampak benda2 yang aneh. Wida mula2 macam tak percaya la, dia budak kecil kan. Tapi kalau dah Tuhan nak beri dia kebolehan yang orang lain tak dpt tgk maknanya dia istimewa la.

Kata anak Mak Mon yang duduk belakang mak Wida ni besar. Mak Wida macam gendong kat belakang gitu la. Patut la selama anak Mak Mon kat rumah Wida tu dia duduk m'belakangi mak Wida. Dia tak berani tengok muka mak Wida sebab benda tu pun tengok dia juga. Dia jeling2 je bila tengok mak Wida dari tepi. Siapa la yang suka sangat nak tengok muka hantu.

Mak Mon tanya mak Wida ada sakit yang rasa macam ganjil tak? Mak kata tak ada cuma mak mmg ada sakit sendi je, itupun dah lama mak sakit sendi. Wida pun menyampuk la, akhir2 ni mak asyik sakit kaki je. Kejap2 minta urut kakinya. Wida cakap kat Mak Mon, mak sakit kaki je agaknya sebab mak gendong benda tu kot sebab berat, dah tu ditambah dengan berat badan mak sendiri lagi. Dua kali ganda la macam tu agaknya. Wida tak tahu tapi mak je yang tahu rasanya macam mana.

Mak Mon tanya anaknya macam mana benda tu boleh ikut mak Wida, dari mana? Anak dia kata balik malam. Itu yang benda tu ikut. Tapi anak dia takde la cakap kat mana dan di mana benda tu ikut. Kitaorg ni kadang2 pergi jalan memang la selalu juga balik malam. Tapi tak sangka la ada pula benda nak bertengek kat belakang mak Wida.

Macam bulan puasa tahun lepas, memang ada cerita pasal benda2 pelik ni jugak. Masa tu hampir pukul 2 pagi kami nak pulang ke rumah dr b'buka puasa kat rumah makcik. Tapi cerita tu kami bertiga dalam kereta. Kereta kami tiba2 slow kat kawasan kampung yang selalu orang cerita2 pasal hantu. Time tu mmg dah t'gerak dalam hati 'jgn la t'berhenti kereta kat kampung tu' tup2 kereta kami makin slow slow slow terus terberhenti tapi enjin kereta tak mati. Cuma bila Wida tekan pedal minyak, kereta langsung tak bergerak. Sudahnya berapa minit jugak kami tersadai kat depan kampung tu dengan suasana sunyi.

Ok b'balik kepada cerita tadi, anak Mak Mon ni boleh tengok dari jauh tapi kena sebut nama penuh seseorang tu la. Sebelum mereka pulang, Wida pun ambil kesempatan tanya pada anak Mak Mon sama ada pada nama Wida ada benda atau tidak. Anak dia diam sekejap dah tu senyum2 sambil geleng kepala. Aduhai macam2 la t'jadi. Nasib baik tak ada.

Wida kesian dekat mak Wida, sebelum ni ada pernah la berubat tapi dah ok tak sangka pula datang yang lain. Kenapa benda tu suka berdamping dengan manusia. Sukar untuk dimengertikan. Walaupun solat tak tinggal, amal ibadat dibuat tapi kenapa ada sahaja yang menganggu. Wida pun kadang kala pernah juga nampak benda2 halus tp bila mak Wida yang kena takde pula Wida nampak.

S'moga mak dapat pulihkan diri mak seperti sediakala. Pakcik Wida ada pesan juga kalau nak urut2 kaki sakit tu tak payah guna minyak sebab kalau lagi pakai minyak lagi bisa badan2 tu. Akhirnya Wida hanya mampu picit2 je kaki mak tu. Tapi picit terpaksa kuat sikit la takde perlahan lagi dah. Kesian mak.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :