Assalammualaikum & Salam Mesra
Padang Merdeka, Kota Kinabalu Sabah
Ketika ini Wida masih menuntut di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.
Macam biasa hujung minggu yg x pernah dilupakan, bkn wida hbs kan masa & wang ringgit tp mengutip p'galaman tgk tmpt org kena la dimanfaatkan. So, perjalanan Wida kali ni ditemani oleh 2 org yg amat penting di kamsis PoliKK iaitu Kak Amni & Kak Nanang sbb klu xde mereka ni, alamatnya agak kucar kacir la di pejabat. Org penting la katakan, so jgn pandang rendah & pandang sebelah mata setiap k'bolehan manusia. Semua manusia ada k'lebihan & k'kurangan t'sendiri krn itu adalah bahagian masing2. B'syukur dgn apa yg ada pd diri kita sendiri. Jgn lupa...selamat b'amal =)
Sebelum ni pernah la lalu beberapa kali kat kawasan sini tapi tak terfikir pula nak singgah dan lihat pemandangan di situ. Ternyata tenang je bila tengok padang yang luas dan rumput yang hijau seluruhnya.
Ok sekarang ni Wida perkenalkan kan. Yang bertudung biru tu adalah Kak Amni. Dia antara orang pertama yang Wida tegur semasa nak mendaftar penginapan di kamsis politeknik. Dia yang uruskan borang Wida dan menyerahkan kunci bilik Wida.
Yang paling Wida ingat sampai sekarang bila dia cakap "Saya beri awak duduk satu blok dengan saya. Awak kat atas, rumah saya di bawah". Kebetulan di blok tersebut ada bilik yang kosong. Dia ada cakap juga "Tak sangka orang Johor rupanya awak" kata Kak Amni. Wida mula2 tu pelik juga tapi lama2 Wida dapat tau yang orang tua dia pun dari Johor juga.
Ini je antara kenangan Wida dengan mereka selepas Wida balik ke semenanjung. Belum tentu lepas ni Wida akan ada kenangan seperti ini lagi. Terima kasih kalian kerana membawa Wida berkunjung ke tempat yang Wida tak pernah pergi.
Smile :)
Ok yang ini pula nama dia Rozana...Wida panggil dia Kak Nanang. Emm...sebenarnya umur kami sebaya tapi dah orang dia panggil Kak Nanang jadi Wida pun ikut la apa yang orang panggil. Dia pun panggil Wida Kak Wahid seperti budak2 kat Blok G panggil.
Bersantai sekejap di Padang Merdeka.
Wida story sikit la pasal nak pergi Padang Merdeka ni. Tempat ni tak jauh dengan Segama, berdepan dengan Pejabat Pos Kota Kinabalu kalau tidak silap. Berdekatan juga dengan Hentian Bas untuk ke Keningau, Sipitang dan sama kawasan dengannya. Tempat ni masih dalam bandar Kota Kinabalu. Alah...bandar di KK ni pusing2 jalan kaki je pastinya banyak tempat yang dpt dikunjungi. Kompleks membeli belah pun banyak ada Center Point, Suria Sabah dan Plaza yang lain2. Kalau nak pergi 1Borneo je perlu naik bas sebab jauh sedikit.
Hahaha sempat aku snap pic kat Padang Merdeka. Ala buat kenangan. Kalau pergi jalan mana2 pun Wida selalunya sempoi je. Malas nak dress up lebih2. Pakai cermin mata sebab memandu la katakan. Mata kalau terpancar matahari kadang kala silau bila memandu.
Smile :)
Last memory together with them
Kali ni, wida m'nuju ke Padang Merdeka yg b'ada di tengah2 Kota Kinabalu. Bkn ada apa2 aktiviti di sana tetapi saja nk tgk k'hijauan rumput2 di sana. Tempat yg bersih sebab blm apa2 lg dah nmpk papan tanda. Bkn la amaran keras bg p'gunjung yg dtg tp demi m'jaga k'bersihan dan k'selamatan jd ada la sbb knpa dibuat b'gitu.
S'benarnya kami pergi sana bkn nk lepak2 tp kami tgh tunggu adik Kak Amni nama Aiman kot. Haaa...adik kak amni ni nma je Aiman tp perempuan tau, ya la wida kena bgtau juga sbb nti ada yg fikir lelaki pula. Wida x tahu pula nama full dia apa, x pernah tanya. Aiman sbnrnya nk balik ke asrama Sek Teknik Keningau so, kami tunggu dia s'belum dia naik bas b'tolak ke Keningau. S'benarnya stesen bas tu b'dekatan dgn Padang Merdeka. Itu yang kami tunggu di sana.
No comments:
Post a Comment