engkau boleh !!

Tuesday, August 7, 2012

Siapa Aku...


18 Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan

Alhamdulillah dah separuh bulan ramadhan kita berpuasa. Tiap malam Wida tak lepaskan peluang pergi tarawih kat masjid di kampung ni. Kesempatan cuti universiti membolehkan Wida pergi dan tidak seperti tahun2 sebelum ni sebab Wida pergi belajar di Sabah. Kali ni la Wida dapat pergi tarawih di sini.

Hari ni Wida sampai masjid lewat sikit, orang dah nak solat isyak. Cepat2 Wida sarung kain telekung. Lps selesai solat isyak tu, Wida duduk sebelah mak cik ni. Tiba2 dia tanya Wida, "Siapa ya ni?". Wida pun teragak2 nak jawab macam mana soalan makcik tu.

Wida : Rumah saya antara Parit Baru dan Parit Tengah tu. Belakang kedai 3 pintu, itu la rumah saya. 
Makcik : Ohh...yang hari tu buat kerja kahwin tu ya?
Wida : Ya. Adik saya yang kahwin. Saya anak Wak Gani, belakang warong tu. 
Makcik : Tapi tak pernah nampak pun sebelum ni.
Wida : Saya belajar sebelum ni kat Sabah dan skrg belajar kat UPM, sebab tu makcik tak pernah nampak saya. Skrg tengah cuti, jadi saya ada kat rumah.
Makcik : Makcik tak kenal sangat kalau rumah orang yang darat2 ke sana.
Wida : Makcik duduk mana?
Makcik : Rumah dekat sebelah kubur. Tak jauh dari masjid ni.
Wida : Oh dekat situ. Hari tu makcik datang ke masa majlis kat rumah saya tu?
Makcik : Makcik tak dapat pergi sebab rumah sedaranya pun ada majlis juga saing dengan rumah kamu. Berapa lama duduk Sabah?
Wida : Setahun je makcik.
Makcik : Tapi kenapa awak cakap dah macam orang Sabah ni?
Wida : Bukan setakat makcik je yang cakap mcm tu. Orang lain pun cakap mcm tu jugak sebelum saya pergi Sabah lagi. (Sambil makcik tu tergelak2 bila dengar aku cakap).

Aduhai!!! Kenapa la ramai sangat orang tegur aku cakap macam orang Sabah. Entah mana slang Sabah aku pun tak tahu. Penat kadang aku cakap slang jawa tp orang tetap cakap aku slang Sabah. Dari sebelum aku pergi Sabah sampai aku dah tinggalkan Sabah berapa tahun still juga orang cakap benda yang sama. Apa2 pun "Boleh Bah Kalau Kau"

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :