engkau boleh !!

Monday, August 1, 2011

Qayyum Afrina House


Qayyum Afrina anak Cik Liza and Cik Awie. Berumur 5 tahun (apabila gambar ini di ambil). Berasal dari Tuaran Sabah. Qayyum merupakan anak ke-4 dari 5 orang adik-beradik. Sudah bersekolah sejak umurnya 4 tahun lagi. Seorang yang petah bercakap dan agak pendiam pada permulaan perkenalan. Mesra dipanggil Oyum.

Wida kenal dia sejak Wida menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah. Family Qayyum la yg menjemput kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa tu Wida pergi sana sebab Wida dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Kinabalu.

Mula2 tu Qayyum memang la malu2 sebab dia tak kenal lagi. Tapi dah satu malam kami di rumah Qayyum, wah dia mula nak tegur. Tanya nama aku siapa. Tanya nama mak aku siapa. Masa tu aku berdua je dengan mak yang pergi ke Sabah.


Suka tengok rambut Qayyum yang kerinting.


Qayyum comel...asyik nak ambil gambar je.


Ni gambar mak aku tengah dukung adik Qayyum nama Wazif. Masa aku datang sana time ni aku ada Majlis Konvokesyen kat Politeknik Kota Kinabalu Sabah.



Qayyum Afrina selalu jadi tukang kejutkan aku utk bangun subuh. Biasalah waktu di Sabah dengan Semenanjung mana sama, so aku ni selalu sangat bangun lambat ikut waktu macam di semenanjung. Punya awal dia bangun dari tidur. Terus pakai baju sekolah tadika dia.

Yang bestnya masa umi dia bersalin dia pun ikut cuti jugak macam orang baru lepas bersalin. So hari2 dia duduk kat rumah tak pergi sekolah. Selalunya dia pergi sekolah naik kereta dengan umi dia. Sekolah dia sebelah je dengan sekolah umi dia mengajar. Jadi takde siapa yang hantar dia ke sekolah, maka dia tak sekolah la selama 3 bulan. Ala dia dah pandai, sekolah tadika je 3tahun berturut-turut.


Rutin harian Qayyum selepas mandi dia akan duduk kat sofa depan TV sambil buka facebook. Sungguhpun baru berusia 5 tahun tapi kalau nak tau dia pandai dalam semua benda tau. So, tak hairan la kalau berbual dengan dia ni asyik nak tergelak je.


Eh botol susu Wazif pulak ni...


Muhammad Wazif Faiq baru beberapa bulan


Sedap je dia tidur lepas minum susu terus terlena.



Kecil2 lagi dah tak bedung. Asal nak bedung je tak berapa saat dah terbuka semula.

MaKan TeNgaHaRi D'KL Likas KK

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Setelah bermalam di rumah mama angkat saya, tengahari tu mama ajak makan tengahari dekat Likas. Tapi sebelum tu ambil bapak dulu kat pejabat dia. Wida terangkan serba sedikit jalan utk ke Villa Norman. Kalau anda dari Bandar KK ambil laluan ke Masjid Kota Kinabalu. Bila sampai roundabout tu ambil yg sebelah kanan menghala ke arah masjid. 

Lepas je masjid tu nampak lagi satu roundabout terus belok ke kiri. Nanti nampak taman permainan kanak2 tu belok kanan. Villa yg pertama tu la tempat Wida makan iaitu D'KL atau nama panjangnya Kampung Likas. 



Taugeh makanan kegemaran Wida...sedapnya nyum2


Ikan tiga rasa...


Yang paling sedap hirisan mangga atas ikan tu sedapnya


Macam biasa nasi kena la cedok sendiri. Itu yang untung sbb boleh tambah nasi


Pemandangan Lanskap di Norman Villa


Meja panjang utk tetamu yg memilih utk lebih selesa duduk bersila
Kalau dah duduk b'sila tu adatlah makan pakai tangan takkan makan pakai sudu pulak.


Cantik pemandangan di ruang makan bahagian dalam
Masa ni Wida ambil lepas ada orang makan, jadi nampak berselerak sikit


Ruang Makan dibahagian dalam. Ada aircond lagi...selesa tempat tu


Selamat Menjamu Selera Peace!!!


Tempat makan di ruang dalaman ni maybe lain sikit kot dengan ruang makan di luar. 
Maklum la ada aircond


Pintu masuk antara ruang dalaman dan ruang luar 


Haa...inilah pintu masuk. Rasanya boleh memuatkan ramai pelanggan dalam satu2 masa


Di ruang bahagian luar pun banyak disediakan meja dan kerusi bagi pelanggan yang selesa utk melihat pemandangan sekitar 


Wida suka tengok ruang ni


Pelbagai jenis tanaman bunga yang ditanam pada ruang kawasan pintu masuk Villa Norman


Rehat sebentar bersama chess...Wida tak reti sgt main chess ni


Gazebo bawah pokok kelapa
Suasana yang seronok macam main pondok2 pulak


Ada ruang air terjun mini
Memang rasa tenang bila dengar deruan air yang mengalir sambil menikmati makanan yang lazat2.



Ruang makan di bahagian hadapan lepas masuk pintu utama Villa Norman



NORMAN VILLA D'KL


Pintu masuk ke restoran D'KL

Pemandangan dari luar


Restoran D'KL ni berdepan dengan taman permainan kanak2.

Lorong Likas
Sinilah lorong nak ke Norman Villa



Pasti satu masa nanti Wida nak pergi ke sini lagi kalau ada rezeki


Inilah simpang yang Wida bagitau tadi. Dekat roundabout ni kena belok kiri. Kiranya Kampung Likas ni bersebelahan dengan Masjid Kota Kinabalu

Travel Sekitar Pasar Filipine


Mak saya la ni. Dia yang ajak Wida minum air kelapa. Hilangkan rasa haus ditekak. Terima kasih mak.


Satu biji RM2.50 isi di dalamnya pun tebal. Kenyang kalau makan isi buah kelapa di Sabah.


Air kelapa Sabah. Sedap betul. Kalau tak percaya cuba la sendiri. Yg uniknya, isi buah kelapa tu di parut maka jadi panjang2. Kalau kat semenanjung pula selalunya dia keluarkan isi buah kelapa gunakan sudu. Betul tak??? so isi buah kelapa tu besar2 kalau isinya banyak. Susah org nak makan sbb sedut tak dapat. Tapi kalau kat Sabah, sekali sedut dah dapat makan isi buah kelapa. 


Cara2 untuk membuat kotak bungkusan makanan ringan di Sabah. Lihat step2 kakak ni buat.




Ada skill la kakak ni, almaklum la kerja dah bertahun2 buat benda tu, tak ambil masa lama pun sekejap je dah siap.


Carakan, siap ikat tali lagi. Bukan apa nanti nak naik flight senang nak bawa masuk kabin so tak perlu la letak kat dalam kargo. Jimat duit sikit. 


Siap dibungkus. 


Wida sempat curi2 gambar apa yang mereka simpan di peti simpanan mereka. Punyalah banyak makanan kat dlm peti ni. Semua ada.


Emm...Wida memang suka makan kuih cincin sama amplang, ala yang bulat2 tu kat dlm gambar ni.


Ini antara kuih2 yang dijual kat Sabah. Nama kuih ni Kuih Cincin sbb dia lubang2 mcm cincin. 


Apa yang ada dalam bakul biru tu Wida dah beli. 
Murah je semua tu tak sampai RM30. Macam tak percaya kan. 


JES
Ini kawan baru, Wida panggil dia Jes, setiap kali kalau pergi Kota Kinabalu tak sah kalau tak singgah kedai dia di Pasar Kraftangan KK atau dgn kata nama lain Pasar Filipine or Filipino. Kalau tak silap dia org Semporna Sabah. Kerja dia mcm kat gmbr atas tu, buat gelang mutiara, kristal dan mcm2 lagi la.

Setiap kali pergi sini mesti rambang mata. Semua nak beli tp kena bawa byk RM la. Jgn risau kalau pergi kedai Jes ni confirm dapat harga yg best. Kalau nak harga best lagi try la sebut nama Wida Johor mesti dia akan bagi harga2 yg murah. Wida syor pergi kedai dia sbb harganya jauh lebih murah b'banding kedai lain.

Mutiara dan kristal yg Jes jual pun murah2. Try la bandingkan harga di kedai Jes dgn kedai2 yg lain. Jes...wida dah promote ni jgn lupa kasi diskaun bah kalau aku pergi kedai kau.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :