engkau boleh !!

Monday, August 1, 2011

Qayyum Afrina House


Qayyum Afrina anak Cik Liza and Cik Awie. Berumur 5 tahun (apabila gambar ini di ambil). Berasal dari Tuaran Sabah. Qayyum merupakan anak ke-4 dari 5 orang adik-beradik. Sudah bersekolah sejak umurnya 4 tahun lagi. Seorang yang petah bercakap dan agak pendiam pada permulaan perkenalan. Mesra dipanggil Oyum.

Wida kenal dia sejak Wida menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah. Family Qayyum la yg menjemput kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa tu Wida pergi sana sebab Wida dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Kinabalu.

Mula2 tu Qayyum memang la malu2 sebab dia tak kenal lagi. Tapi dah satu malam kami di rumah Qayyum, wah dia mula nak tegur. Tanya nama aku siapa. Tanya nama mak aku siapa. Masa tu aku berdua je dengan mak yang pergi ke Sabah.


Suka tengok rambut Qayyum yang kerinting.


Qayyum comel...asyik nak ambil gambar je.


Ni gambar mak aku tengah dukung adik Qayyum nama Wazif. Masa aku datang sana time ni aku ada Majlis Konvokesyen kat Politeknik Kota Kinabalu Sabah.



Qayyum Afrina selalu jadi tukang kejutkan aku utk bangun subuh. Biasalah waktu di Sabah dengan Semenanjung mana sama, so aku ni selalu sangat bangun lambat ikut waktu macam di semenanjung. Punya awal dia bangun dari tidur. Terus pakai baju sekolah tadika dia.

Yang bestnya masa umi dia bersalin dia pun ikut cuti jugak macam orang baru lepas bersalin. So hari2 dia duduk kat rumah tak pergi sekolah. Selalunya dia pergi sekolah naik kereta dengan umi dia. Sekolah dia sebelah je dengan sekolah umi dia mengajar. Jadi takde siapa yang hantar dia ke sekolah, maka dia tak sekolah la selama 3 bulan. Ala dia dah pandai, sekolah tadika je 3tahun berturut-turut.


Rutin harian Qayyum selepas mandi dia akan duduk kat sofa depan TV sambil buka facebook. Sungguhpun baru berusia 5 tahun tapi kalau nak tau dia pandai dalam semua benda tau. So, tak hairan la kalau berbual dengan dia ni asyik nak tergelak je.


Eh botol susu Wazif pulak ni...


Muhammad Wazif Faiq baru beberapa bulan


Sedap je dia tidur lepas minum susu terus terlena.



Kecil2 lagi dah tak bedung. Asal nak bedung je tak berapa saat dah terbuka semula.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :