Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
Setelah bermalam di rumah mama angkat saya, tengahari tu mama ajak makan tengahari dekat Likas. Tapi sebelum tu ambil bapak dulu kat pejabat dia. Wida terangkan serba sedikit jalan utk ke Villa Norman. Kalau anda dari Bandar KK ambil laluan ke Masjid Kota Kinabalu. Bila sampai roundabout tu ambil yg sebelah kanan menghala ke arah masjid.
Lepas je masjid tu nampak lagi satu roundabout terus belok ke kiri. Nanti nampak taman permainan kanak2 tu belok kanan. Villa yg pertama tu la tempat Wida makan iaitu D'KL atau nama panjangnya Kampung Likas.
Taugeh makanan kegemaran Wida...sedapnya nyum2
Ikan tiga rasa...
Yang paling sedap hirisan mangga atas ikan tu sedapnya
Macam biasa nasi kena la cedok sendiri. Itu yang untung sbb boleh tambah nasi
Pemandangan Lanskap di Norman Villa
Meja panjang utk tetamu yg memilih utk lebih selesa duduk bersila
Kalau dah duduk b'sila tu adatlah makan pakai tangan takkan makan pakai sudu pulak.
Cantik pemandangan di ruang makan bahagian dalam
Masa ni Wida ambil lepas ada orang makan, jadi nampak berselerak sikit
Ruang Makan dibahagian dalam. Ada aircond lagi...selesa tempat tu
Selamat Menjamu Selera Peace!!!
Tempat makan di ruang dalaman ni maybe lain sikit kot dengan ruang makan di luar.
Maklum la ada aircond
Pintu masuk antara ruang dalaman dan ruang luar
Haa...inilah pintu masuk. Rasanya boleh memuatkan ramai pelanggan dalam satu2 masa
Di ruang bahagian luar pun banyak disediakan meja dan kerusi bagi pelanggan yang selesa utk melihat pemandangan sekitar
Wida suka tengok ruang ni
Pelbagai jenis tanaman bunga yang ditanam pada ruang kawasan pintu masuk Villa Norman
Rehat sebentar bersama chess...Wida tak reti sgt main chess ni
Gazebo bawah pokok kelapa
Suasana yang seronok macam main pondok2 pulak
Ada ruang air terjun mini
Memang rasa tenang bila dengar deruan air yang mengalir sambil menikmati makanan yang lazat2.
Ruang makan di bahagian hadapan lepas masuk pintu utama Villa Norman
NORMAN VILLA D'KL
Pintu masuk ke restoran D'KL
Restoran D'KL ni berdepan dengan taman permainan kanak2.
Pasti satu masa nanti Wida nak pergi ke sini lagi kalau ada rezeki
Inilah simpang yang Wida bagitau tadi. Dekat roundabout ni kena belok kiri. Kiranya Kampung Likas ni bersebelahan dengan Masjid Kota Kinabalu
No comments:
Post a Comment