engkau boleh !!

Thursday, December 15, 2011

Bacelor Sains Hutan UPM 2011 Part 1

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
Lawatan ke Fakulti Geoinformatik UTM Skudai Johor

Inilah tempat penginapan kami mahasiswa mahasiswi Bacelor Sains Hutan Fakulti Perhutanan UPM semasa mengikuti lawatan ke UTM Skudai, Johor. Cantikkan tempat ni, dalamannya lagi cantik. Kalau tak percaya pergi la sendiri baru tau cantik ke tak. Rasailah sendiri.
Tengok bangunannya pun dah cantik apatah lagi dalamannya. Fuhh!!! Terbaiklah.

Sebenarnya tempat ini menjadi penginapan kami semasa kami mengikuti lawatan di UTM Skudai. Kalau pelajar2 UTM tengok ni mereka dah tentu tahu tapi tak semua yang tahu sebab belum tentu nama student UTM dah habis jelajah universiti itu. Wida yang dah beberapa kali masuk UTM pun tak pernah Wida jumpa tempat ni.


 Kami sampai kat sini pukul 3.00 pagi lebih kurang macam tu la. Jauh perjalanan kami dari Serdang ke Johor. Gambar ni dirakam pada waktu pagi. Kat belakang tu ada bas UPM yang kami naiki. Beria-ia ni diaorang ajak aku duduk kat seat paling belakang. Aduhai terlambung-lambung aku bila duduk kat bahagian paling belakang. Tapi aku seronok la sebab diaorg ni sporting habis. Walaupun aku ni lain jurusan dgn diaorang tetapi diaorg layan aku macam kami dah kenal lama. Thanks to all student Bacelor Sains Perhutanan. Smile always =)




 Inilah dia aras tempat kami menginap. Nasib la tak kena naik tangga kalau tak penat kami b'tambah2. Naik lif la apa lagi cepat sikit sampai ke bilik. Tilam dah panggil2 kami. Tingkat sampai sepuluh takkan tak guna lif betul tak, so maju la sikit kan. Hihihi



Sebelum nak masuk bilik kena ada dua benda ni. Kalau tak silap ketua kami tempah 3 bilik untuk pelajar perempuan. Nampak tak alamat dan no tel kat situ??? so sesiapa yang ingin menempah boleh la hubungi no yang tertera. Kalau nak minta bantuan saya pun boleh juga hantar email pada saya wida87_wahid@yahoo.com tapi saya ni bukan agen utk menghubungi mereka ok hahaha...habis kredit Wida nanti. Wida tolong apa2 yang patut la sbb UTM kan kat Johor iaitu negeri kelahiran Wida



Tau tak kenapa diaorg ni b'kumpul ramai2??? sbb mereka ni tak dapat nak buka pintu bilik. Lagi satu problem mereka ni tak dapat nak buka suis lampu. Punya la si kawan ni b'usaha untuk bukakan lampu tapi semua tak m'nyala rupa2nya kena masukkan kad putih tu dalam satu ruang yg b'ada kat belakang pintu utk m'ghidupkan kesemua suis yang ada dlm bilik tu. Kelakar la diaorg ni...


Jeng jeng jeng!!! Ini la bilik tempat aku beradu. Aku tidur kat katil ni sorang2. Punya la sedap...empuk tilamnya dan selimutnya lembut sangat. Tengok tu ada aircond lagi kat bilik ni. Memang lena sgt la aku tidur walaupun dah lewat pagi baru dapat lelapkan mata. B'guling2 aku dalam selimut tu sebab best sangat2. Aku bukannya jakun tapi dah lama badan aku tak tidur kat tilam yg empuk. Tilam kat kolej tmpt aku tinggal tu dah rasa spring2nya. Sakit belakang badan aku.  


Bilik ni yang jadi tempat aku tidur. Ada dua katil single tp pada aku kalau tidur satu katil dua orang pun ok jugak tapi kena rapat2 la. Oppss!!! RAPAT?? what's the meaning...hehehehe takde la gurau je. Tp sebelum member aku tidur aku sempat bagitau dia "kalau nak honeymoon kat sini pun ok jugak". Hehehehe tempatnya best sangat2. Aku satu bilik dengan Syira. Dia kawan baru yang aku kenal walhal dia satu kelas aku subjek BGY tapi kami tak pernah bertegur sapa.

Ok Wida tunjukkan sikit apa yang ada dalam bilik yang kami menginap ni


Ruang Mandian


Serba lengkap la...semua ada. Tuala pun ada disediakan kat dalam tu. K'betulan aku hanya bawa tuala kecil so dapat la aku guna tuala kat situ (ni pun nak cerita jugak ke)...layankan je la wahai si pembaca. dah takde modal nak taip apa. Shower pun ada tapi Wida tak sempat guna sbb ada budak tu cakap benda tu rosak. Bila Wida siap mandi tup2 ada sorang kawan ni dia hidupkan suis kat luar pintu bilik air baru la benda tu berfungsi. Alahai sedihnya aku tak tau apa2.


Ini adalah ruang tamu rumah yang kami menginap. Memang best sangat2. Tapi sayang kami menginap kat sini tak lama so rasa sekejap pun jadi la daripada tak merasa langsung. Pengalaman ni. TV yang ada tu sempat la juga kami tonton. Banyak jugak channel yang dapat termasuk singapura punya channel pun ada. Kalau tak buka sayang la kan sbb kami dah bayar. Aku rasa exclusive la jugak tempat ni. Yang penting warna cat dindingnya cantik sangat.


Ruang Pintu Masuk. "SILA SUSUN KASUT ANDA"
Hehehe kalau takde orang bagitau pun kami faham jugak utk susun kasut supaya tak bersepah.


Ruang ni tempat untuk buat kerja pejabat la kononnya. Dekat dengan ruang dapur.


Nampak tak ada cerek elektrik tu. Itu salah satu kemudahan yang disediakan kepada kami. Siap ada beberapa paket minuman 3 in 1 lagi tu untuk minuman panas. Cawan pun ada disediakan. Pokoknya semua ada di situ. Kat bawah ni pulak ada syarat2 yang mesti dipatuhi semasa berada di dalam sini. Kecil sgt kan sampai tak dapat nak membacanya. 




Lihat la...ruang dapur yang Wida sempat ambil gambar disetiap sudut.



Pintu belakang la ni. Faham2 je la kan sbb dah dekat dapur


Lengkap siap ada peti ais dalam rumah tu. Tapi kosong la peti ais tu takde apa2 makanan. 


Ada ruang koridor sikit kat depan tu. Boleh ambil angin malam. Mana tau kalau ada yang nak smoking boleh la pergi luar. 

Sempat lagi kawan saya yang seorang tu main sorok2 belakang langsir


Ada gambar Raja Ali Haji. Kat depan pintu bilik kami dah ada tertulis nama dia. So, kat ruang dalam pula ada gambar beliau. 



Ruang rehat dan menonton televisyen. Ada telefon tetap juga disediakan tapi kami tak berani nak guna. So, cukup la kalau kami sekadar mengetahui yang dibilik itu mempunyai telefon.



Ruang Simpan Kasut


Bilik penginapan pelajar cina. 4 orang satu bilik. Dlm bilik diaorg ni katilnya besar so boleh baring ramai2. Lagipun mereka berempat je pelajar cina yang ikut semasa lawatan ketika tu. 



Perasan tak mereka pakai baju seragam. Sebenarnya baru yang mereka pakai tu baju kolej mereka iaitu KTDI UPM. 


Landing time...Walaupun penat tapi diaorg masih mampu tersenyum. Diaorg pun sporting sangat2.



Bilik diaorg pun ada aircond jugak. So, semuanya terlena. Tau2 je dah senyap. 



Tanpa kunci2 ni kami tak dapat masuk bilik 


Ruang kabinet untuk simpan pakaian ni dalam bilik yang Wida duduk. 


Sudut ni adalah bahagian tingkap. Kat situ ada cermin muka dan meja laci kecil utk letak apa2 barang


Pintu bilik kami. Saja je nak masukkan gambar pintu ni. Malam tu pintu kami tak tutup rapat sbb takut2 kalau jiran sebelah kami kejutkan kami tak dengar. Maklum la tidur lena sangat sampai tak dengar apa2 langsung. Kalau dah tidur mati takut pulak esok paginya tak bangun2. Sayang nak tinggalkan tilam. Tup2 esok paginya kami yang dah bangun awal. Mereka yang bersebelahan dengan bilik kami semuanya bangun lambat. Penat sangat kot. Jauh perjalanan maklum la ada yang baru pertama kali jejakkan kaki di Negeri Johor Darul Takzim.



Ini la bilik kenangan tempat kami menginap. Aku rasa nak pergi sini lagi.


Ini pulak bilik jiran kami yang kononnya pintu tak boleh nak buka tu.




Selamat Tinggal 
Mereka semua sumbat2 masuk dalam lif dan tinggalkan Wida kat luar tanpa sempat naik lif yang sama


Peace =) Smile Always
Mereka dah janji kot nak pakai baju yang sama warna hihihi

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :