engkau boleh !!

Tuesday, December 20, 2011

Aimar Char Koay Teow Shah Alam


Signboard lama...sekarang dah warna hitam kalau tak silap

Pukul 11.30 mlm tadi aku pergi tempat lama aku buat part time dulu2 kat Shah Alam. Rindu jugak la dgn tempat tu. Nadia tiba2 nak makan char koay teow, so aku diajak sekali. Akhirnya aku jejakkan kaki lagi di sana buat kali ke2 utk tahun ni. Sebelum ni aku dah pergi juga tp time tu aku bawa pelajar2 Indonesia ke sana. Saja nak bagi mereka rasa char koay teow best in penang tu.

Harga tentu la dah naik tak macam dulu. Char Koay Teow Biasa RM4.00 Besar RM5.00 Special RM6.00 dan Besar Special RM7.00 kalau tak silap aku. Dulu aku diajar ambil order M tu biasa. Puas aku tanya kenapa M, apa M tu?? Punya la lambat aku pick up rupa2nya M tu medium. Emm...lama2 aku dah reti ambil order setelah beberapa minggu aku belajar sampaikan kadang-kala berebut utk ambil order. Pelanggan pun pelik tengok kami berebut nak ambil order, siap tanya lagi "kenapa nak berebut-rebut, kalau banyak ambil order dapat bonus ke??" Hahaha xde maknanya.

Lama jugak aku kerja kat sini, dr aku masuk semester hingga akhir semester slps aku exam. Bos pun ok tak pernah nak marah2. Maklum la budak baru nak belajar lagipun aku ni part time je. Aku dah kenal isteri owner kedai ni iaitu Kak Eja. Kak Mira pulak kakak pada Kak Eja pun aku kenal. Pekerja Indonesia kat situ semua aku tegur, lagipun kredit utk aku yang reti b'bahasa jawa sikit2. So, mereka suka la. Aku ni kan suka senyum, tp kalau aku penat or takde mood memang muka aku masam je. Senyum pun susah.

Tadi aku order char koay teow biasa je, malas nak makan byk2. Ok la tu makan sederhana. Tp aku bungkus bawa balik. Dua pulak tu, hihihi. Takde la aku nak makan sorang, satu bungkus lagi Russell member aku kat kolej tempah. Dia pun suka makan kat char koay teow tu. Punya la jauh kitaorg pergi makan kat Shah Alam dari UPM Serdang. Takpe la, makanan lain sikit. Asyik yang sama je so hari ni tukar menu. Makan kat tempat lain.

Tadi aku perasan satu org ni yg pernah sama2 b'kerja dgn aku dulu cuma bezanya dia pekerja tetap tp aku pekerja part time. Nasib baik aku ingat nama dia Taufik.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :