engkau boleh !!

Wednesday, August 21, 2013

Rindu Dengan Nurul Aqilah

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Sebenarnya Wida rindu dengan Adik Qila. Hari selasa tu dia bagitahu supaya hari rabu tak perlu datang rumah sebab dia nak pergi lawatan ke KL. Tadi lepas balik dari Pontian selesaikan urusan dan pembayaran bil, Wida lalu depan SMKAB dari jauh lagi dah nampak sebuah bas depan dewan sekolah. Wida dapat agak tu mesti bas yang adik Qila akan naik untuk ke KL.


Rasa macam nak singgah sekolah jumpa dia tapi untuk apa...
semalam dah jumpa dan ucap selamat jalan. Seronok la dia pergi KL ada lawatan. Lepas tu hari jumaat, sabtu ahad pulak dia pergi kem kat Kukup. 


Takpe la dik, lain kali kita boleh jumpa. Harapan akak agar adik mendapat pengalaman dan jadikan lawatan ni sebagai kenangan adik. Apa2 pun harap dapat jumpa lagi sebelum akak balik UPM. Rindu sangat2 kat adik. Akak ucapkan tahniah sebab adik dapat keputusan percubaan yang baik. Akak percaya adik mampu untuk buat yang lebih baik lagi. 


Bak kata mak adik "I know my daughter". 


Time study kat rumah Qila.

Monday, August 19, 2013

Kibarkan Jalur Gemilang

Assalammualaikum & Salam Kemerdekaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Tak lama lagi Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan ke-56. Alhamdulillah dari 31 ogos 1957 hingga kini Malaysia sudah merdeka. Wida semangat juga nak sambut bulan kemerdekaan kebetulan Wida cuti so hanya sambut di rumah je la. 


Kebetulan abah bagitahu Kembara Johor akan lalu depan rumah Wida, maka Wida ambil kesempatan nak kibarkan jalur gemilang. Semangat Luaskan Kuasamu anak Johor. 



 Ni kawasan laman rumah Wida. Hijau je kan. Rumput mestilah hijau kan. Nampak macam semak kan...sebenarnya saja nak biarkan tumbuh rumput. Rumput pun nak tumbuh jugak. Hahaha.



 Kawasan sebelum diletakkan bendera. 


 Kawasan ni pun Wida nak hias juga, tapi tak tahu cara mana nak hias. 




 Kawasan nampak kosong je kan. 



 Nasib baik ada abang ipar Wida balik sekejap, dapat la minta pertolongan dia untuk bantu pasang bendera. 



 Mula2 memang nak pasang bendera Malaysia tapi tengok bendera warna-warni ni ceria sikit kalau dipasang. Alang2 dah beli kan sayang kalau tak dipasang.



 Emm...dah naik dah bendera warna-warni. Ceria la lepas ni.




 Sebenarnya Wida pasang bendera ni dah lewat petang sebab Wida pergi rumah Adik Qila ada tuition. 




 Ok dah nampak dah bendera mengelilingi halaman rumah.




Sambung esok pulak, dah senja. Indahnya dunia.

Sunday, August 18, 2013

Back To School After Eid Mubarak

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Setelah dua minggu cuti sekolah sempena hari raya aidilfitri maka 19 ogos 2013 adalah tarikh budak2 sekolah akan memulakan semula sesi persekolahan. Termasuklah anak2 saudara Wida.



Muhammad Shahrul Ezman
Darjah 5



 Muhammad Faisal Hakimi
Kolej Vokasional 




 Muhammad Firdaus Amirul
Darjah 5 



 Muhammad Fahim Akashah
 Darjah 4



Muhammad Fahrin Asyraf (t'shirt putih)
 Darjah 2



  Muhammad Faqif Aiman
Darjah 1



 Muhammad Hamizan Form 2
 With my sister Norizah



 Muhammad Hariz Aiman
Darjah 1



Tidak dilupakan juga pada Farah Natasya Amira yang akan memulakan sesi pendaftaran awal bulan 9 di UiTM Shah Alam. Pada Nur Syafiqah yang sedang menjalani praktikal. Kepada Farhan Rahimi yang dah start kuliah awal di Cybernetic. 


Juga kepada anak murid Wida satu2nya Nurul Aqilah Munawir. Good luck for PMR. InsyaAllah Wida akan start kuliah pada 9hb september 2013. Amin

Wedding Day Nurul Hidayah Mazlan

Assalammualaikum & Salam Aidilfitri
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Selamat Pengantin Baru Hidayah dan pasangan



 Akhirnya dapat juga merasa nasi minyak Hidayah. Selamat pengantin baru dik. Hidayah sebenarnya jiran Wida. Dia juga kawan pada adik2 Wida, Amri dan Amira. Biasalah satu sekolah kat Parit Raja.



 Wida sampai majlis dia dah petang juga sebab pergi majlis Qila dulu kat Pontian, maka lepas pengantin bersanding dan makan berdamai baru Wida sampai sini.




 Kat taman ni senangnya catering je. Wida ingat nanti Wida kahwin nak catering je la senang. Lagipun mak abah dah tak larat nak rewang. 



 Cantik tempat makan berdamai tema purple pink



Semoga berbahagia hingga hujung nyawa

Beraya Lagi Di Rumah Makcik

Assalammualaikum & Salam Lebaran 
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah kita masih lagi berada di dalam bulan syawal. Dikesempatan ini Wida nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin. Kunjung-mengunjungi sanak saudara masih segar lagi dalam minda Wida. Sempat lagi pergi beraya di rumah makcik Wida kat Kampung Lama, Benut.


 Dalam diam Wida pergi ke dapur lepas tu Wida jumpa raja segala buah. Wahaha...makan durian.


 Alhamdulillah rezeki Wida. Makan durian sedap pulak tu. Semua taknak makan so, Wida bedal sorang je la. Banyak juga Wida makan. 



 
Kenyang makan durian makcik Wida suruh makan kuih-muih pulak. Sambil layan cucu dia Nazim Haziq yang dah nak dapat adik lagi beberapa hari je lagi ni.



 Tetiba dia jadi budak baik so dapat la ambil gambar dia yang ala2 manja ni. Kalau tidak main je kerja dia. Penat kejar ke sana sini



Wah rezeki2 kat rumah makcik Wida ni. Dapat makan nasi lagi.



Kak Ain dah nak makan dulu...hihihi hidang nasi jangan tak hidang.



Ketam masak merah



Ikan goreng fresh ni pakcik Wida memancing.



Lepas makan rasa mengantuk pula tapi Wida tak tidur la. Sambung lagi beraya rumah pakcik pulak yang tak jauh dari rumah makcik Wida ni. Cuma selang beberapa kampung je dengan rumah makcik Wida.

Selamat Pengantin Baru Aqila Afida Wahed

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Pelamin yang dihias cantik sangat



 Wida minta tolong dari saudara Qila ambilkan gambar Wida ni. Maklum la Wida pergi majlis ni sorang2. Terpaksa la minta tolong orang dengan muka yang tebal.




 Tema oren peach







 Setia menunggu di dalam kereta sebelum majlis bermula.


 Dalam hati berdebar-debar sebenarnya


















Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :