engkau boleh !!

Monday, October 17, 2011

Alamanda Putrajaya

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Hari ni aku ada test, dua paper pulak tu...antara subjek famous itu adalah :

1. PRT 2008 Pertanian Dan Manusia dari pukul 8.30pg hingga hantar paper kat depan (x tgk jam)
2. FHU 3219 Pengenalan Kepada Sains Perhutanan (2.30ptg hingga x sampai la 4.30ptg ) sbb semua dah keluar dewan...

Gitu-gini lebih kurang pukul5 petang. Nadia ajak pergi cari makan tp tak tau nak makan kat mana. Entah macam mana datang pulak idea nak makan kat Alamanda Putrajaya. Terus la kawan class Wahid ni pecut pergi tempat yg Nadia cakapkan tadi.

Kami berempat pergi sana, aku, Clarisha, Nadia dgn Zul. Round2 kami kat dlm Alamanda tu, tp tak tau tempat nak dituju sbb memang tujuan nak pergi sana cuma nak cari makan. Tup2 diaorg pergi kat tempat hiburan keluarga main game. Beli la token entah berapa RM aku pun tak tau.

Main bola keranjang, main lumba kereta la...tp sekejap je la x lama. Lepas tu Sha ckp nak makan KFC. Emm...dia tu tak habis2 makan KFC, aku fikir nak makan Pizza Hut.

Akhirnya kami makan di Pizza Hut. Hehehe best3!!! lama dah tak makan kat Pizza Hut. Kalau nampak pun lalu2 je depan kedai walaupun tak dpt nak makan kat sana.

Kami order set biasa je utk 4 org. Ok la ada Pizza Besar, Air 1 Jug, Roti Bakar, Nasi Cendawan dgn Ayam crispy 4 ketul. Sedap mmg power la!!! Kekenyangan kami b'empat makan kat situ.

Lepas dah kenyang kami pun b'gerak balik. Rasa2nya masa pergi tadi xde la jauh sgt jalannya tp bila balik t'rasa jauh pulak p'jalanannya. Ohh...rupa2nya Zul nak pergi cari barang kat kedai Al-Ikhsan...tak tau pulak dia nak cari apa semua yg ada kat kedai tu dia tak b'kenan nak beli.

Ada la rasa2nya 3 buah kedai Al-Ikhsan dia singgah. Tp xde beli apa2 pun. Jauh lagi aku rasa p'jalanan kami nak balik ni. Tup2 kami b'henti kat depan satu pusat karaoke. Pergh!!!! Gila la... ni betul2 lepaskan tension study lepas exam...

Agak2 la kitaorg tempah bilik eksklusif lagi. Memang t'baik lah bilik tu. Best sangat2!!! Aku pun tak kira dah berapa banyak lagu yg diaorg nyanyikan...aku pun dah t'join sekali m'lalak2 kat dalam bilik tu. Entah lagu apa2 je diaorg ambil sampaikan ada jugak t'masuk lagu Salleh Yaakub tajuknya Gali Lubang Tutup Lubang....lucu gila kitaorg nyanyi...sengal betul la kitaorg ni...

Lps pukul 8.40 mlm kita org otw nak balik kolej. Tak la jauh sangat p'jalanan kami. Pukul9 kami sampai kolej. Aduhai....nak kena study lagi utk paper esok FHU 3204 Kaedah Komputer Dalam Perhutanan. Wish me luck =)

Wednesday, September 21, 2011

Saya Student BSTK UPM

Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia

Dengan ini secara rasminya pada tanggal 7hb September 2011 bersamaan hari Rabu
Nurul Wahida Binti Sarbani sah b'gelar student UPM sesi 2011/2012

Maka b'mula la episod 'b'gelar student' yg kembali dgn b'macam2 ragam.
T'paksa korban m'yambut Hari Raya Aidil Fitri kerana ingin b'sama b'ribu2 pelajar m'daftarkan diri di IPTA seluruh Malaysia.

Inilah Pintu Masuk Fakulti Perhutanan UPM masa mula2 kami dibawa ke fakulti.
Mereka m'yambut kami dgn banner yg besar sbg ucapan Selamat Datang dan mereka m'galu2kan kami dgn penuh rasa gembira...(dalam hati).

Ada la rasa bangga dalam hati sbb akhirnya b'jaya jugak m'jejakkan kaki ke Universiti. Tuhan maha m'dengar setiap p'mintaan hamba2nya. Ajaib la aku rasa bila dapat sambung belajar ni.
Mesti nak tau kan aku ambil kos apa. Aku ambil kos BSTK...apa tu???

Emm...kos Bacelor Sains Teknologi Kayu atau singkatannya BSTK.

Di Fakulti Perhutanan ni ada 3 kos

1. Bacelor Sains Teknologi Kayu (BSTK)
2. Bacelor Sains Perhutanan (BSH)
3. Bacelor Sains Taman Dan Rekreasi (BSTR)

Sesiapa yg kurang m'baca mesti tak tahu pasal kos ni kan kecuali yg memang ambil kos ni dan yg m'gajar kos ini. Huhuhu...s'benarnya kurangnya p'getahuan ttg kos ini adalah salah p'baca jugak. Oppss!!! maksud saya kurangnya p'dedahan kepada umum ttg kursus p'hutanan ini.

Lain kali saya cerita panjang ok...buat masa skrg saya belum nak cerita lagi. Sorry...continue ok.

Aku ni yg ala2 suka b'gambar sempat jugak la snap pic walaupun guna camera org lain. Thanks to all my friend.

Ini kawan baru aku nama dia Clarisha. Dia dari Bintulu Sarawak. Umur dia tutttt!!! xleh bagitau nti ramai yg nak ngorat...maybe dia dah ada ehem2 mana boleh nak tackle dia...tup2 dia jatuh. Kecian dia...bkn jatuh atas tanah tp jatuh cinta. Well, dia salah s'org yg aku kenal pada minggu orientasi sbb dia satu kumpulan dgn aku. Kami kumpulan 1 kat Kolej 16.

Lepas kami dah kenal dlm b'berapa hari tu, ok la nak kata rapat dgn dia tak la jugak tp boleh la. Lagipun dia satu course dgn aku, apa lagi...boleh buat kawan la. x tau la kalau dia yg tak nak kawan dgn aku. Aku ni kan banyak cakap.


Ini gmbr aku masa kat Library dgr ceramah pasal nak pinjam buku. Maklum la buku kat p'pustakaan UPM ni t'lalu banyak. So, utk m'mudahkan kami m'cari buku2 tu semua kami kena la belajar cara2 utk m'minjam dan m'cari buku2.

Susah jugak tau bukan senang, semuanya ada cara2nya. Tp yg bestnya aku, Clarisha dgn Nadia dah masuk bilik ceramah peringkat yg kedua. Kami belum lagi masuk ceramah yg p'tama.

Kata Clarisha kitaorg ni ibarat mcm dah ambil Master dulu baru ambil Bacelor. Sengal la kami b'tiga ni...entah apa2. Patut la dlm bilik ceramah tu kami rasa blur s'macam je.
Haaa...kat sini baru la kami masuk ceramah yg p'tama. S'patutnya dengar yg kat sini dulu baru lah pergi bilik ceramah yg s'terusnya. Aduhai...pintarnya kami b'tiga ni. Cover beb!!!

Tp kami b'tiga akhirnya tamat jugak m'dengar ceramah kat Perpustakaan dgn penuh yakin dan tawakal. Hua hua hua... Perpustakaan depan fakulti kami tp lepas je dgr ceramah tu kami belum pernah lagi pinjam buku kat library. Hari tu ada la pergi tapi just pergi bilik komputer.

Nanti la kami habiskan masa di Library apabila kami b'cadang utk ke sana. Rasanya kalau nampak Library tu mcm m'lambai2 ke arah kami tp kaki kami ni berat nak melangkah ke sana.


Ok change topic...Peace!!
Gambar ni aku tangkap first2 aku masuk class FHU 3219. Pagi tu aku lapar, so ada epal dlm beg dgn air kosong. Aku pun sarap la pepagi tu...lantak la org nak cakap apa janji perut aku tak kosong daripada b'bunyi2 segan je dgn org.

JeNg jEnG JENG!!! aku kat kelas BSTK Fakulti Perhutanan


Inilah kawan baru yg aku kenal masa aku mula2 ada kat Fakulti Perhutanan ni...
Nadia Binti Sadeli (B'tudung)
Clarisha

Emm...layan la. Gambar aku lagi b'sama epal...Actually epal tu s'benarnya bukan buah tau...yg nama buah tu adalah ruang dalaman yg ada biji tu. Yg aku makan tu s'benarnya hanyalah ruangan seperti kapas tetapi ianya t'bentuk dan m'bolehkan kita makan. Nanti aku explain lebih detail ok...sbb aku sem1 ni belajar ttg struktur dan fungsi tumbuhan. Dalaman2 tumbuhan tu aku belajar kat makmal Fakulti Sains.




Kenangan hari p'tama aku kat UPM aka Fakulti P'hutanan.

Aku nak sangat share apa yg aku belajar kat sini dgn semua org yg ada diluar sana yg sudi m'baca blog aku...Jom karaoke b'sama Wida

SEKIAN Terima Kasih Peace!!!

Iman Mutiara

Artist: Raihan
Song Category: Nasyid

Iman adalah mutiara
Di dalam hati manusia
Yang menyakini Allah
Maha Esa Maha Kuasa

Tanpamu iman bagaimanalah
Merasa diri hamba padaNya
Tanpamu iman bagimanalah
Menjadi hamba Allah yang bertaqwa

Iman tak dapat diwarisi
Dari seorang ayah yang bertaqwa
Ia tak dapat dijual beli
Ia tiada di tepian pantai

Walau apapun caranya jua
Engkau mendaki gunung yang tinggi
Engkau merentas lautan api
Namun tak dapat jua dimiliki
Jika tidak kembali pada Allah

Friday, August 19, 2011

Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010

Apabila terpandangkan Banner Seminar Gerak Usahawan Siswa ini Wida rasa mcm nak join je program ni. Penat tu mmg ada sbb setiap minggu Wida tak rehat tp ilmu dr program yg diadakan kalau boleh Wida nak ambil, tak semua boleh kutip kat tepi jalan kan. Huhuhu...

Kata kawan2 Wida program tu utk hanya org t'pilih shj dan wajib utk pelajar Sem 1. Hurmm =( mula2 sedih la jugak tak dpt nak join. Puas cari jalan mcm mana nak join program ni. Pagi tu pergi class mcm biasa la tiba2 kawan satu class Wida ckp kami pelajar Integrasi diwajibkan utk pergi program ni. Yahoo!!! I like sangat2. Memang Wida takkan lepaskan program mcm ni.

Selain dari m'manfaatkan hujung minggu drpd t'luang tiada buat apa2 di bilik, Wida dpt juga serba sedikit ilmu tentang keusahawanan dan yang paling bestnya program ni salah satu dr anjuran Johor Corporation dan penaja KFC Holdings. Best mmg best sangat2. Wida sbg org Johor kalau tak dapat ilmu dr org Johor jugak b'makna Wida rugi la.

Program yg dijalankan selama 2 hari b'mula dari hari Jumaat 9hb Julai 2010 pada pukul 1.45 ptg. dan b'akhir pada pukul 5.00 ptg. B'sambung semula pada keesokkan harinya 10hb julai dari pukul 7.00 pg hingga pukul 5.00 petang.


Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010 Peringkat Politeknik Kota Kinabalu
Tarikh : 9-10 Julai 2010
Tempat : Dewan Rafflesia PKK


Anjuran : Politeknik Kota Kinabalu, Johor Corporatiaon & Biro Korporat,
Dewan Perdagangan Islam Malaysia
Penaja : KFC Holdings (Malaysia) Berhad & Sindora Berhad
Diuruskan : IPPJ Sdn Bhd

Institut Pembangunan Pengurusan Johor (IPPJ)

Institusi Pembangunan Pengurusan Johor ditubuhkan pada tarikh 1 Januari 1990 dan merupakan sebuah anak Syarikat Kumpulan Johor Corporatian. Institusi ini mengendalikan program untuk pelatih pengurusan dan kakitangan. IPPJ juga bertanggungjawab sebagai tempat latihan bagi usahawan pada masa depan.

IPPJ telah dimasukkan sebagai anak syarikat di dalam Kumpulan Johor Corporation pada tarikh 1 Julai 1993. IPPJ menawarkan program latihan untuk program2 yang meliputi pengurusan, usahawan, pembangunan pelajar, kursus bahasa dan program teknikal.

Ok2 i tau you all penat nak baca tp i nak you all baca lagi tp rehat dulu b'sama kit kat kt bawah ni. Huhuhu saya sendiri la ni...

Smile Always =)

Keusahawanan merupakan suatu bidang yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi negara. anjakan minda perlu dilakukan dalam kalangan pelajar khasnya untuk menjadikan keusahawanan sebagai satu bidang kerjaya.

Tujuan IPPJ adalah :

* Untuk menyediakan asas pengetahuan kepada komuniti dalam bidang keusahawanan.
* Untuk menghasilkan pengurus, eksekutif dan kakitangan yang berkualiti.
* Untuk mengembangkan dan menggalakkan kerjasama antara usahawan dan eksekutif dalam sektor swasta dan awam.
* Untuk mengumpul dan menyampaikan maklumat untuk usahawan dan eksekutif.



Sebagai salah satu agenda ke arah mencapai Misi Nasional 2006-2010, IPPJ Sdn. Bhd. dengan kerjasama Politeknik Kota Kinabalu menganjurkan Seminar Gerak Usahawan Siswa 2010
" KEUSAHAWANAN KERJAYA PILIHAN ".
Objektif seminar ini adalah untuk :

= ) Memupuk budaya dan pemikiran bisnes di kalangan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan menceburi bidang keusahawanan dan menjadikan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.

=) Memberi penjelasan berkaitan potensi bisnes yang boleh diceburi termasuk Bisnes Halal.

=) Menyediakan platform kepada pelajar untuk meneroka peluang bisnes melalui sesi perkongsian pengalaman dengan usahawan berjaya.

Dari kanan : Wida - Hazlin - Norjana - Suriati

Antara Tentatif Program
9hb Julai 2010 (Jumaat)

Pembentangan Kertas Kerja
Tajuk : Jihad Bisnes Pemangkin Ekonomi Ummah
Oleh : YBhg Tan Sri Dato' Muhammad Ali Hashim
Presiden Dan Ketua Eksekutif Johor Corporatian
www.businessjihad.com

10hb Julai 2010 (Sabtu)
Kertas 1
Tajuk : Penguasaan Bisnes Strategik dan Kepentingan Bisnes Sebagai Kerjaya Pilihan
Oleh : YBhg. Tuan Haji Jamaludin Md Ali
Pengarah Urusan QSR Brands Berhad / KFC Holdings (Malaysia) Berhad

Kertas 2
Tajuk : Perkongsian Pengalaman : Keusahawanan Kerjaya Pilihan
Oleh : YBhg. Tn. Hj. Muhammad Sahar Mat Din
Pengarah Urusan Bulatan Mekar Sdn Bhd
Ybhg. Tn. Hj. Abd Mukti Syaubari
Pengurus Sinar Mustika

Kertas 3
Tajuk : Peluang-peluang Menjadi Usahawan Yang Berjaya Melalui Program Siswa Bestari
Oleh : YBhg. Prof. Dr. Mohamed Hashim Mohd Kamil
Pengurus Besar / Asoc. Prof.
KFC Holdings (Malaysia) Berhad

Kertas 4
Tajuk : Pengenalan Catur Bistari
Oleh : YBhg. Pn noor Ruzilawati Ruddin
Pengurus Bistari Young Entrepreneur Sdn Bhd
Masih semangat dan mampu tersenyum walaupun pada waktu petang.
Kenapa t'senyum sbb tengahari tu kami diberikan makanan yg enak sangat dari Ayamas.


Roommate saya Suriati pun masih tersenyum juga.

Kenangan...Peace !!!

With my Classmate Hazlin


Pelajar Kej. Mekanikal, Perdagangan dan Hospitaliti

S'belum pulang pelajar diberikan minum petang dan sedikit kuih muih. Memang gembira sangat la dapat ilmu mcm ni.

Monday, August 1, 2011

Go Back To Johor After Convocation PKK

Assalammualaikum & Salam Sayang

Akhirnya setelah beberapa hari menetap di Kota Kinabalu sampai masa juga kami bertiga akan berangkat pulang ke semenanjung selepas menghadiri majlis konvokesyen Wida.
Best dapat duduk tepi tingkap.



Penerbangan Air Asia AK 5469 dari Kota Kinabalu International Airport menuju ke Senai International Airport, Johor Bahru.



Ini baru satu troli, ada 1 troli lagi tapi dah masuk dalam kargo. Hanya beberapa beg sahaja yang dibenarkan untuk bawa ke dalam kapal terbang.



Gambar kenangan bersama Cik Liza yang duduk kat Tuaran. Kami tidur rumah Cik Liza untuk beberapa malam selepas majlis konvo.



Qayyum yang pakai t'shirt pink tu nak ikut kitaorg balik Johor, siap dia pack baju2 dia lagi masukkan dalam beg kitaorg. Betul2 dia simpan baju dia dalam beg kami. Lucu sangat, tapi kesian juga la sebab dia beria2 sangat nak ikut kami. Sampai dia kata sanggup tukar sekolah. Kami ingat dia main2 rupanya betul2 sampai kami tak sampai hati.



Family Cik Liza dan Cik Awie dengan anaknya 5 orang, ada baby Wazif yang baru berusia beberapa bulan saja...baru lps habis pantang. Cik Awie terpaksa dukung Qayyum untuk memudahkan Qayyum masuk dalam kereta dan tak dpt nak kejar kami. Sedih sangat tengok Qayyum time ni.






Ok tiket kami dah ada dan sekarang tibalah masanya kami berpisah dan inilah kali terakhir Wida pergi ke Sabah. Lepas ni tak tau bila lagi dapat datang sini. Yang paling seronok tentulah makcik saya Puan Azizah Ramli kerana ini pertama kali dia naik kapal terbang dan pergi jauh ke Sabah.



Ok kami dah lepas kastam dan kami sedang menunggu utk bording. Sempat la snap beberapa gambar sebelum nak beratur ke pintu keluar. Teringat kat Qayyum yang hanya melambai2 dari luar tadi.



Made In Sabah. Dalam kedai tu terdapat pelbagai cenderahati yang boleh dibawa pulang sebagai ole2 utk kawan2. Harga tak sure la mahal ke tak.



Ini pun salah satu kedai yang boleh beli pelbagai benda.



Ok masih menanti lagi penggumuman dan tak ada sesiapa lagi yang beratur. Kami duduk2 dulu.




Ok dah nampak penerbangan kami. Kami terpaksa berjalan jauh sebab kapal tu saja nak parking jauh. Kebetulan penerbangan pada hari tu memang banyak sangat yang dijadualkan. Kebetulan ada kapal yang mengalami kerosakkan, jadi penumpang terpaksa keluar semula dari kapal terbang. 



Bila dah masuk dalam perut kapal terbang macam biasa, benda alah ni la yang Wida selalu tengok tapi tak beli pun. 



Benda ni memang kena baca dan lihat setelah tali pinggang dipasang.




Gambar ni sebelum penggumaman dibuat, kalau dalam kapal memang semua alat elektronik harus dimatikan. Memandangkan Wida guna kamera handphone sebelum dimatikan sempat lagi posing2.



Mak pilih untuk duduk di bahagian tepi dan makcik duduk di tengah2. Katanya takut. Mula dah nak naik tu makcik kata sakit dan gatal telinga sebab berdengung telinga katanya. 



Ok setakat ini sahaja buat masa ni. Wida dah ngantuk sebab penat berjalan tak habis lagi. Memandangkan penerbangan kami pada waktu petang dan akan mendarat di Senai pada waktu malam, kami bertiga lena memejamkan mata. Berehat...Continue :) 

Rindu kenangan di SABAH

Qayyum Afrina House


Qayyum Afrina anak Cik Liza and Cik Awie. Berumur 5 tahun (apabila gambar ini di ambil). Berasal dari Tuaran Sabah. Qayyum merupakan anak ke-4 dari 5 orang adik-beradik. Sudah bersekolah sejak umurnya 4 tahun lagi. Seorang yang petah bercakap dan agak pendiam pada permulaan perkenalan. Mesra dipanggil Oyum.

Wida kenal dia sejak Wida menjejakkan kaki di Kota Kinabalu, Sabah. Family Qayyum la yg menjemput kami di Lapangan Terbang Kota Kinabalu. Masa tu Wida pergi sana sebab Wida dapat melanjutkan pelajaran di Politeknik Kota Kinabalu.

Mula2 tu Qayyum memang la malu2 sebab dia tak kenal lagi. Tapi dah satu malam kami di rumah Qayyum, wah dia mula nak tegur. Tanya nama aku siapa. Tanya nama mak aku siapa. Masa tu aku berdua je dengan mak yang pergi ke Sabah.


Suka tengok rambut Qayyum yang kerinting.


Qayyum comel...asyik nak ambil gambar je.


Ni gambar mak aku tengah dukung adik Qayyum nama Wazif. Masa aku datang sana time ni aku ada Majlis Konvokesyen kat Politeknik Kota Kinabalu Sabah.



Qayyum Afrina selalu jadi tukang kejutkan aku utk bangun subuh. Biasalah waktu di Sabah dengan Semenanjung mana sama, so aku ni selalu sangat bangun lambat ikut waktu macam di semenanjung. Punya awal dia bangun dari tidur. Terus pakai baju sekolah tadika dia.

Yang bestnya masa umi dia bersalin dia pun ikut cuti jugak macam orang baru lepas bersalin. So hari2 dia duduk kat rumah tak pergi sekolah. Selalunya dia pergi sekolah naik kereta dengan umi dia. Sekolah dia sebelah je dengan sekolah umi dia mengajar. Jadi takde siapa yang hantar dia ke sekolah, maka dia tak sekolah la selama 3 bulan. Ala dia dah pandai, sekolah tadika je 3tahun berturut-turut.


Rutin harian Qayyum selepas mandi dia akan duduk kat sofa depan TV sambil buka facebook. Sungguhpun baru berusia 5 tahun tapi kalau nak tau dia pandai dalam semua benda tau. So, tak hairan la kalau berbual dengan dia ni asyik nak tergelak je.


Eh botol susu Wazif pulak ni...


Muhammad Wazif Faiq baru beberapa bulan


Sedap je dia tidur lepas minum susu terus terlena.



Kecil2 lagi dah tak bedung. Asal nak bedung je tak berapa saat dah terbuka semula.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :