engkau boleh !!

Saturday, October 19, 2013

Selamat Pengantin Baru Rafeah Aziz

Assalammualaikum w.b.t & Salam Kebahagiaan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



CONGRATULATION!! 
Wedding Rafeah & Aqif

 Nak tergelak sorang2 bila tengok gambar ni sebab time ni Wida tengah jeling sorang mamat tu yang dari tadi Wida sampai asyik dok tengok2 Wida dari jauh je. Wida perasan sebab bila Wida tengok ke arah dia, dia pun tengah tengok Wida. Eeee...gatal betul mata ni nak tengok2 orang. Last2, bila dah bertentang mata Wida angkat2 kening je. Tau pulak dia segan.



 Alhamdulillah akhirnya sahabat Wida yang sorang lagi ni melangsungkan perkahwinan. Actually, pengantin perempuan yang Wida panggil dia Kak Peah ni pernah duduk satu rumah dengan Wida masa kami belajar kat Politeknik Shah Alam dulu. 


Kak Peah ni pun merupakan kakak pada kawan Wida iaitu Jamilah masa Wida bersekolah kat Teknik Batu Pahat. Kak Peah pun pernah tinggal di rumah Wida masa kami sama2 belajar jahitan kat Giatmara Sri Gading. 


Kak Peah sekarang berkerja di Politeknik Kulim. Suami dia pun bekerja di tempat yang sama. Walaupun lambat sikit jodoh Kak Peah sampai tapi terus dapat kahwin dengan pensyarah. Kelas kau Kak Peah. Setiap jodoh yang telah ditentukan oleh-Nya pasti yang terbaik untuk kita. Alah 28 tahun masih muda lagi la Kak Peah. 



Kak Peah, Wahid rasa Kak Peah ada harapan nak dapat anak yang macam akak idam2kan. Baby yang comel2 gebu2 tembam2...terkedek2 jalan kearah akak sambil panggil "mama ... mama...." hahahaha. Good luck Kak Peah.



 Sedapnya nasi minyak Kak Peah ni. Alhamdulillah kenyang makan kenduri Kak Peah yang diadakan di Dewan Orang Ramai Yong Peng.


Sekarang buat majlis kat dewan je senang. Sini la destinasi hentian Wida selepas 4 jam drive.


Actually, Wida dari UPM pagi tu bertolak pukul 10 pagi dengan kawan2 Wida yang sama kolej. Naik 4 orang dari UPM. Sampai Ayer Keroh turunkan 2 orang. Lagi seorang Wida drop kan dekat Muar. Lepas tu Wida drive sorang2 sampai ke Yong Peng. Punya la mengantuk Wida masa drive tu sampai rasa macam terlelap sebenarnya tapi berlagak taknak berhenti kat mana2.



Tapi lepas ni janji dah tak buat lagi. Kalau Wida rasa mengantuk Wida akan berhenti dan rehat sekejap. Apa2 pun boleh berlaku kalau Wida terlelap. Ya Allah jauhkan la daripada perkara yang tidak diingini. Nasib baik Wida dapat attend wedding Kak Peah sebab kebetulan Wida balik Johor sempena raya aidil adha. Balik 3 hari je la sebab hari jumaat tu ada kelas sampai petang. Nak balik malam dah takde kawan.



Tema purple jadi pilihan Kak Peah. Lenggang je nampaknya kan. Sebenarnya Wida dah jadi orang yang last2 juga la yang datang. Tetamu jauh la kononnya. Hahaha... 


Sebenarnya orang catering tu pantas dan cekap bila bersihkan meja angkat pinggan dan cawan sebab tu nampak kemas dan bersih je. Ok juga Wida datang lewat sikit sebab dapat la bersembang dengan pengantin perempuan lama2.  Rindu dengan Kak Peah sebenarnya sebab dah lama sangat kami tak berjumpa. Last jumpa tu pun rasanya masa Wida pergi Kedah wedding Hanim housmate kami dulu.




Terima kasih Kak Peah


Lepas dah habis bersembang dan bergambar bagai. Wida pun minta izin nak balik. Tak larat dah rasanya nak drive ke Pontian pulak balik ke rumah. Sempat lagi bersalaman dengan Kak Peah. Akhirnya Wida rasa sebak tiba2 bila bersalaman dengan Kak Peah. Maklum la Kak Peah ni dulu banyak bantu Wida, akhirnya dia dah jadi milik orang. 


"Kak Peah, Wahid nak peluk akak sikit"...Wida minta izin. Bila Wida peluk dia erat2 tu Wida rasa kehilangan pulak. Dia yang baik hati. Tapi kan yang peliknya suami dia tetiba cakap "lepas ni rajin2 la contact2 Peah sebab taknak Peah rasa sunyi takde kawan pulak lepas kahwin". Sungguh memahami betul la suami Kak Peah ni.



Dulu masa Hanim kahwin pun macam tu juga. Rasa sedih bila terkenangkan majlis akad nikah Hanim yang berwalikan adik lelaki dia sebab ayah Hanim dah takde. Tapi alhamdulillah adik lelaki Hanim dapat mengatasi situasi akad nikah tu. Semua dengan izin Allah berjalan dengan lancar. 


Wida doakan semoga perkahwinan Kak Peah dan Encik Aqif berkekalan sehingga akhir hayat. Dikurniakan zuriat yang comel2 macam Kak Peah mahukan. Hahahaha...tinggi betul angan2 Kak Peah dulu. Harapannya agar menjadi kenyataan la. Amin3...



Last2 tau tak pasal lelaki yang dok pandang2 Wida tu, dia minta no tel Wida. Time tu Wida tanya dia ada duit untuk tukar tak. Dia kata ada tapi time tu dia cakap terus minta no tel Wida boleh ke tak, so pasal nak tukar duit tu juga untuk beri mak pengantin salam keruk Wida pun bagi la no tel Wida pada dia. Nama dia Syakirin. Ok Encik Syakirin...terima kasih banyak2 sebab bagi tukar duit tu.
 

Secret Recipe Alamanda Putrajaya

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Alhamdulillah diberi rezeki daripada Allah akhirnya dapat juga Wida rasa makan kat Secret Recipe. Sebelum ni mana pernah Wida makan2 kat sana. Dengan adanya dua org kawan Wida ni Fatin & Nadia, diaorg la yang tunjukkan jalan and ajak makan kat Alamanda, Putrajaya. Fatin la tu dah mengidam nak makan kek kat Secret Recipe so, alang2 dah ada kereta terus la kami bertiga pergi ke sana.


Perjalanan yang tidak la jauh sangat dari UPM hanya mengambil masa beberapa minit je. Kami pergi ni waktu malam lepas maghrib kami gerak ke sana. Kiranya kami pergi ni untuk makan malam la. 


 My classmate Nadia
Busy la sangat asyik dok mesej je dengan husbund dia.



 My classmate too
Ini org kedua busy Fatin, mesej dengan tunang dia la tu apa lagi.



 Yummy...time tu eat anything hahaha



 Ini pulak classmate Fatin & Nadia. Hahaha nak jugak...saya tak busy macam dua orang lagi tu sebab saya single lagi. Belum berpunya maka saya bawa diri saya sendiri la tak perlu nak mesej dengan sesiapa. 



 Muka happy dapat makan kat Secret Recipe...tapi lepas tu muka tak happy la sebab tengok harga makanan tu punya la mahal. Tapi untuk mencari pengalaman nak makan kat sini Wida redha je la. Last2, Fatin belanja Wida makan. Katanya upah hantar dan ambil dia pergi LRT Sg. Besi. Terima kasih Fatin, moga dimurahkan rezeki.




 Sepotong kek untuk Fatin...
Wida tak la terasa pulak time tu nak makan kek, tapi Fatin suruh juga rasa kek yang dia dah order tu, jadi Wida rasa la sikit. Sebenarnya Wida dah rasa banyak juga perisa kek Secret Recipe sebab anak saudara Wida pernah bekerja kat Secret Recipe maka banyak la dia bawa kek untuk kami rasa. 



 Still waiting for my food. Today i want to eat Tom Yam. My favourite food. 



 Ok Puan Nadia dah dapat dulu Tom Yam yang dia order. Actually, we all order the same food. Senang kan, semua makan makanan yang sama. Lagipun time ni hujan, maka semuanya nak order makanan yang berkuah dan boleh dihirup2. Segar la sikit tekak ni.




 Satu mangkuk besar ni mahal juga harganya tapi demi merasakan keenakkanya Wida order juga. 



 Seriously sedap gila. Penuh satu mangkuk besar pulak tu. Kuah dia pedas2 yang boleh masuk tekak Wida. Dalam tu ada potongan ayam sikit, mee dia macam mee laksa tapi mee dia leper macam mee teow. So, dapat bayangkan apa yang Wida sampaikan ni. 


Dalam tu juga ada kubis bunga dan cendawan. Memang kenalah dengan citarasa Wida yang memang sukakan kubis bunga dan cendawan. Sedap2...berbaloi drive pergi Alamanda semata-mata nak makan kat Secret Recipe.



 Perlahan-lahan makan panas tu...



 Alhamdulillah akhirnya selesai juga. Terima kasih Ya ALLAH diatas rezeki Mu ini. Emm...lepas Fatin makan kek dia dah tak habis nak makan tomyam yang dia order. Alamatnya Wida la kena habiskan makanan dia. Nadia pun tak habis. Tapi Wida punya licin habis lagi. Lagipun Wida bukan suka tinggalkan makanan, wajib habiskan. 


Kekenyangan juga la malam tu sebab Wida habiskan dua mangkuk tomyam. Nadia punya tomyam Wida tak larat nak tolong habiskan. Maaf la...



Lepas ni Wida suggest la kalau sesiapa yang tak kuat makan sangat tu beli satu mangkuk je lepas tu share dua orang, Tak jadi salah mana pun daripada membazir kan tak elok tu. Wida rasa kepada peminat tomyam boleh la mencuba keenakkannya tomyam di Secret Recipe. 



 Sedar tak sedar hampir pukul 10 malam juga kami disana. Makan tak ingat dunia sampai kedai dah nak tutup. Sempat lagi kami pusing2 kat Alamanda yang rata-rata memang kedai dah tutup. 


Wida sempat beli subang silver. Maklum la lubang subang Wida dah nak tertutup. Daripada tertutup so cepat2 la Wida pasang subang kat telinga. Subang pun tak mahal mampu la Wida nak beli.


Ambil gambar kat kedai yang ada jual air tebu. Esok lusa Wida kena present pasal hampas tebu maka Wida ambil kesempatan la ambil gambar kat tebu yang dijual kat Alamanda.

Tuesday, October 8, 2013

Finishing School 2013 (Part 2)

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Ini fail yang Wida dapat. Setiap pelajar perlu tulis nama dan lekatkan supaya semua boleh kenal dan tahu nama diri kita. 


Hari kedua ni adalah waktu dan saat yang paling ditunggu2. Rasa macam lepas tu merdeka sangat2 la walaupun merdeka jatuh pada 31 ogos tapi kami merdeka lepas finishing school. Setelah berhempas pulas semalamnya ber'speaking' la sangat akhirnya hari ni hari2 terakhir nak speaking. 



Wida nak share aktiviti Wida sepanjang hari ahad dari pagi sampai ke petang.







Antara aktiviti kumpulan Wida. Kena present yooo...matai la.
Pulak tu Wida dengan Risa kena present tapi nasib baik la Sha dengan Zek yang explain apa yang ditulis. Kami diberi tugas untuk menilai cara pemakaian untuk seorang lelaki yang akan menghadiri temuduga.



Kumpulan ni kena bentangkan pasal pakaian wanita yang perlu dihadiri oleh si temuduga.




Kumpulan ini pun sama terangkan pasal pakaian wanita.




Adoi sampai gelak2 dibuatnya...macam2 la yang dibincangkan. Wida pun sesekali tergelak juga dengar apa yang diaorg present.



Lepas present tu kami diberi rehat. After break, kami semua perlu ditemuduga. My god...macam2 la karenah. Wida sebenarnya berdebar-debar juga. Dalam hati ni berdoa je banyak2. Maklum la keyakinan tu kurang so nak beri komitmen tu agak sukar sedikit la. Tapi Wida main redah je. Ada juga kawan sengol2 Wida sebab Wida salah jawab, soalan tanya lain Wida jawab lain.


Lepas interview dan interviewe hati dah lapang. Sedikit sebanyak seksa lidah ni terbelit-belit nak cakap akhirnya berakhir juga. Wida tengok kawan Wida tu dah tak toleh belakang lagi terus maju balik ke kolej. Siapa lagi nak patah balik semata-mata untuk finishing school. Akhirnya alhamdulillah berjaya sampai ke saat akhir. 



Actually, dalam masa yang sama Wida sebenarnya nak jumpa saudara Wida yang terlibat dengan zapin kat dewan panggung percubaan. Dia dari UPSI dan mewakili zapin dari UPSI. Nama pun zapin kan so, tak lari la dari orang Johor. Kebanyakkannya zapin ni semua orang Johor. Lepas je habis program tu Wida cepat2 pergi panggung percubaan. Dapat juga jumpa saudara Wida tu walaupun sekejap. 



Dari hari sabtu nak jumpa tapi tak jumpa2. Last day, baru dapat jumpa. Seronoknya, apa lagi kamii bergambar2 la buat kenangan. 



Saudara Wida ni bakal cikgu matematik & fizik kalau tak silap. Nama pun budak UPSI confirm2 la cikgu kan. 



Wida lepas finishing school dgn Kyra lepas menari zapin.
 Dua2 sebenarnya penat tapi apa boleh buat komiten semuanya ni.


Cikgu Fakhira :)






Sempat lagi bergambar-gambar sebelum diaorang balik UPSI. 
Yang sorang lagi ni nama dia Cikgu Khalidah, dia satu sekolah dengan Kyra. 



So, finishing school dah habis tinggal tunggu untuk FYP pula. Emm...Wida2 semuanya belum berakhir. Sabar untuk beberapa detik sahaja lagi untuk menghabiskan masa di UPM. UPM pun tak habis jelajah lagi. Nanti bila ditanya semuanya tak tahu. Alahai Wida2...ok la memori setiap detik itu tidak dapat dilupakan dan semuanya menjadi sejarah dalam kamus hidup Wida. 


List name all my friend at group 10 finishing school (perlu ke? takde la sgt tapi saja suka2)

: Huda : Liely : Zek : Sharina : Aqmal : Uzair : Nizam : Syakiri : Ong : Sirrin : Hanis : Anis : Mogana : Nancy : Sha : Rijal : Farisa : Mastura : Fathin : Farhana : Madihah : Ernie : Wana : 


THE END

Sunday, October 6, 2013

Finishing School 2013 (Part 1)

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang




Finally, this day i am finish my program for last year student. So, i would like to share about my experience as long as two day start from 5-6 October 2013 at Faculty Economy and Management Universiti Putra Malaysia.


For your infomation all student can speak English but me emm emm...GAGAP!!! Ok itu yang sebenarnya Wida bila bercakap English. Malu tak malu la...dah itu kelemahan diri Wida. Tapi kalau disuruh cakap BM + jawa Wida la orang pertama angkat tangan nak bercakap. Percaya la. Walaupun tengok Wida ni sengkek + senget sikit tapi berhujah Wida boleh jadi no.1 tau cuma kat sekolah dulu je tak terpilih nak join pidato segala. Cikgu pilih kasih tak tengok kebolehan diri Wida. Hahahaha....


Finishing School ini sebenarnya diadakan untuk memenuhi syarat untuk pelajar tahun akhir bergraduat. Dulu masa mula2 masuk UPM diaorg buat Starting School untuk pelajar tahun pertama. Sebenarnya ada beberapa perkara yang hendak disampaikan kepada pelajar sebelum pelajar menamatkan pengajian. 


Wida antara orang yang masuk dalam kumpulan 10 iaitu kumpulan terakhir yang disenaraikan Finishing School untuk 5-6 Okt 2013. Tak tau la bila ada lagi Finishing School, sama ada dlm masa terdekat atau semester akan datang. Pelajar dalam kumpulan Wida seramai 35 orang. Tapi masuk hari ke2 macam dah takde beberapa ketul orang, entah kemana menghilang tak tahu la. Wajib datang ok utk dua hari berturut-turut sbb kalau tak datang maka selamat mengulang semula ya harap maklum.


Dalam kumpulan 10 ni tak semuanya sama fakulti. Kami dicampur adukkan oleh pihak pengurusan sebab mesti diaorg nak kitaorg bergaul dengan orang yang lain kos dengan kita. Seingat Wida ada 5 fakulti di dalam kumpulan Wida ni. Ada dari Pendidikan, Kejuruteraan, Teknologi Makanan, Pertanian dan semestinya Perhutanan iaitu fakulti Wida sendiri.



Wida dapat fasilitator yang menepati masa sangat2 namanya PM Dr Janna. Ok la simple nama Wida tulis utk fasi Wida. Orangnya kelakar la juga. Pandai ambil hati pelajar walaupun ada yang malu kena tegur. Tapi takde la sampai hilang malunya. Masih ada lagi toleransi dan komunikasi berkesan antara fasi dan pelajar. 


Ni pengalaman Wida sepanjang 2 hari mengikuti program ni, ada benda kita tak tahu tapi ada yang sudi berkongsi. Pada Wida semuanya tak sombong dan Wida hormati setiap kepakaran atau kelebihan seseorang itu dengan baik. Wida suka kalau support kawan dalam satu kumpulan. Sebenarnya tanpa Wida sedari, walaupun Wida lemah dalam komunikasi BI tapi dalam kumpulan Wida penuh dengan kekuatan yang rata-rata semuanya menguasai bahasa inggeris. Alhamdulillah banyak membantu. 


Wida ingat lagi nama pelajar dalam group Wida iaitu Farisa, Anis, Sharina, Zahrina, dan akhir sekali seseorang yang bakal bergelar pendidik iaitu Sha. Nama dia sedap sangat itu pasal panggil Sha aka Ratu Goreng kata dia bila dalam kelas. Memang goreng betul. Dia sempat ajar satu perkataan ni dalam bahasa tamil "Nee Oru Karenge". Siap dia ajar kami lagi macam mana nak sebut. Kelakar betul memang ada tokoh2 jadi pendidik yang berjaya dan disukai ramai. Maksud perkataan Sha ajar tu emm...cari sendiri la ya. Katanya saja main-main sebab nak hilangkan tension semua pelajar.


Sepanjang program tu kami semua diajar macam mana nak buat resume yang betul dan cover letter. Tapi kan yang tak bestnya banyak sangat presentation. Wida ni tak suka sangat nak present2 bagai. Kalau dengar ceramah Wida suka gila. Dapat ilmu dari orang yang pakar. Wida ni tak pakar la nak cakap2 sangat. Minta maaf ya fasi. Apa yang Wida tak minat selalunya Wida tak bagi komitmen sepenuhnya walaupun jasad Wida kat situ tapi fikiran melayang.


Ok Wida kongsikan beberapa gambar detik2 pada hari pertama kami.



Semua busy dengan laptop masing-masing sebab nak buat resume and lepas tu kena tunjuk kat fasi.




Ni la antara pelajar dalam kumpulan Wida yang semuanya fluent english.
Mana taknya nama pun ambil kos kejuruteraan.



 Hari pertama dengan muka yang mengantuk sebenarnya tu. Tapi tahan kan mata je.




 Busy lagi semua dengan laptop masing-masing.




Dari kiri : Wida - Mastura - Fathin



 Kami bertiga je ni nampak macam sempoi sangat tak bawa laptop sebab kami bertiga dah bawa resume hardcopy so tinggal tunjukkan pada fasi dan betulkan mana-mana kesalahan yang perlu.


Hari sabtu tu kami balik petang dalam pukul 5.30, tak boleh balik awal kena balik tepat-tepat pukul 5.30 petang ok. Hihihi...dalam kepala diaorg dah terbayang satay kajang. So, malam tu kami pergi makan satay bertiga.



Wednesday, October 2, 2013

Masih Aku Terasa

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Tadi Wida temankan Ikin pergi jual laptop kat Plaza Alam Sentral Shah Alam. Macam biasa naik baby Wida tu. Semua Ikin support dari duit tol sampai la duit minyak. Lepas tu Ikin belanja minum Cool Blog dan Nasi Ayam kat Shah Alam. 


Sebelum sampai ke Plaza Alam Sentral tu Wida nampak la ada orang lelaki bawa awek naik motor tong minyak depan. Ala Wida ni bukannya tahu apa nama motor2 yang ada kat Malaysia ni. Kalau tak silap Wida tadi kat area2 Persiaran Kayangan. Ikin cakap kalau boleh dia nak la motor tong minyak depan tu. 


Entah macam mana Wida tiba2 boleh terbuka cerita pasal Wida pernah naik motor tong minyak depan tu. Macam nak gelak2 je time nak cerita tu. Maklum la teringat lagi al-kisah Wida naik motor berdua dengan dia. Tapi takde la sampai Wida peluk dia macam orang yang Wida dengan Ikin nampak tu. Itu angin mintak ampun nak lalu celah2 badan. So, faham kan maksud Wida (rapat sangat la maksudnya tu). Aduhai...


Wida pun cerita dengan Ikin pasal Wida turun dari motor masa dia nak isi minyak kat stesen petrol. Dia tu ketawakan Wida sebab Wida ingat tong minyak tu kat bawah tempat duduk motor tu. Kan selalunya tong minyak motor memang kat tempat duduk bawah tu. Eeeeee....malu je tak tau nak sorok kat mana. So, cover2 je malu sebab tong minyak tu kat depan, sengal betul Wida ni.


Bila terpandangkan je motor2 tong minyak depan tu mesti terimbas kembali kenangan dengan dia. Emm... takde jodoh kami untuk bersama. Lagipun Wida berharap moga ada yang lebih sesuai dengan Wida. 


Hari ahad tu sempat lagi Wida hantar anak saudara Wida balik uitm kat Shah Alam. Tetiba time kami nak pergi makan kat sek.2 tu ada nampak la motor tong minyak depan. Terus anak saudara Wida tu cakap "kan best kalau dapat pakwe org ada motor macam tu". 


Wida ni gatal mulut terus la cakap, "ala sebenarnya ada org yang motor macam tu nak dekat cik wahid"... "Tapi cik wahid tak nak la dekat dia, macam budak2 je lagi perangainya". Wida bagitau kat Tasya. Ni lelaki bukan si dia ok ini lelaki lain. Lelaki yang muncul dari Wida sek menengah lagi tapi Wida buat tak layan je. Time tu kan study takkan la nak bercinta pulak kan. Memang tak la....


Emm...sampai sekarang ada juga dia usha2 Wida tapi Wida sentiasa bagi alasan yang Wida ni busy dengan assignment. Habis tu dah takde cara lain. Dia pun tak faham apa yang Wida maksudkan. Biar la dia cari orang yang lebih sepadan dengan dia. Dia ada pernah cakap "Wahid kalau kita kawin nanti kita naik motor besar tau lepas tu konvoi ramai2"....Amboi2 tinggi betul angan2 dia. Siap cakap lagi nanti Wida pakai baju pengantin naik motor dengan dia.


Hemm...belum ada apa2 lagi dah berangan lebih. Wida sebenarnya masih teringat kat orang yang di stesen minyak tu. Tapi dia dah menghilang, so buat apa lagi Wida nak terhegeh2 kat dia kan. Hidup perlu diteruskan so hilangkan memory pasal dia dalam hard disk kepala otak Wida ni. Jauh kan Wida dengan dia yang telah membuatkan emak Wida menitiskan air mata. 



Tuesday, October 1, 2013

Dah Dapat Stiker Kereta

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah setelah beberapa minggu menetap kat kolej baru hari ni 1 Oktober 2013 Wida dapat buat stiker kereta. Kalau tidak baby girl Wida tu takde stiker kereta la gamaknya. Asyik kena tahan dengan guard je time pergi dan balik kuliah. Ala bukannya kita sengaja taknak lekatkan stiker, nama pun belum dapat stiker so takde la nak menampal stiker kat tepi cermin tu. 


Itu pun tak faham ke...asyik dok soal je kenapa tak tampal stiker? dah mohon stiker belum? Kita yang dengar ni rasa kesabaran je. Macam la kita ni takde kerja lain, orang pun ada kelas la nak kena attend takkan hari-hari nak tunggu je kat pejabat buat stiker tu. Dah tu punya la ramai orang kat situ sampai no giliran habis. Ada pulak tu dah nak tutup kaunter senang je cakap no yang kebelakang tu datang esok. Halooo...esok orang ada kerja lain la. Takkan nak duduk situ je. 


Wida sebenarnya dah datang pejabat tu nak mohon stiker dari hari pertama diaorg beroperasi untuk buat stiker. Wida sanggup datang awal dan dapat juga la no awal2 macam tu. Tiba kat kaunter dia kata nak surat dari pengetua kolej, surat dari PA dan supervisor lagi dengan slip pendaftaran mengatakan kita buat projek akhir. Adoiii kenapa la tak cakap awal2 nak benda tu semua. Katanya cuma nak geran kereta, ic, lesen dengan kad matrik je. Ini Wida dah sampai awal2 pagi baru la dia bagitau nak benda yang lain2 tu. 


Maka nak minta tanda tangan PA, Pengetua kolej bagai memang la susah sikit sebab mereka ni bukan sentiasa ada di kolej and pejabat diaorg. Maka kena tunggu beberapa hari untuk dapatkan tanda tangan mereka. Wida ni dah beberapa kali naik turun pejabat segala. Pejabat tempat buat stiker tu pun Wida pergi juga tapi bila dah sampai tutup la pulak. Masih sabar lagi....

Saturday, September 21, 2013

Semester Baru Bermula

Assalammualaikum & Salam Ceria
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Alhamdulillah setelah lebih dari 2 bulan cuti semester, hari ni hari pertama kuliah bermula. 9 Sept 2013 dah start kuliah. Semuanya berjalan lancar, class start pukul 8 pg untuk subjek Bahasa Inggeris dapat pulak pensyarah yang baik hati dan memang boleh gelak2. Bukan apa sebelum ni Wida pernah drop subjek BI sebab dapat lecturer yang tak sporting. Wida bukan la memilih sangat tapi dengan caranya yang profesional sgt tu sampai Wida tak sanggup nak hadapi demi hari2 yang mendatang. Melayang la RM50 bayar untuk gugurkan kursus. 



InsyaAllah BI kali ni lebih mantap, Wida dengan kawan Wida kata ada harapan la nak dapatkan keputusan baik. Berdasarkan pengalaman kawan2 yang pernah ambil subjek dengan lecturer tu semuanya dapat keputusan baik. Macam budak sekolah pulak sebab first class kena melukis muka sendiri. Lepas tu kertas bertukar tangan dan siapa yang dapat lukisan muka kita tu kena teka siapa pemiliknya kerana lukisan tu tak disertakan nama. 



Macam biasa first class dah ada assignment, tapi tidak la membebankan. Yang simple dan insyaAllah boleh buat dengan baik. Betul atau salah itu lain kira sebab kita kan pelajar, nama pelajar yang masih belajar tak lari dari kesilapan. Kalau dah pandai confirm tak masuk kelas. 



Tamat kelas pukul 10 pg terus pergi kelas penglitup pukul 10 hingga 12 tengahari. Kuliah dah berjalan seperti biasa memandangkan minggu depan takde class sebab cuti hari Malaysia maka ditangguhkan kepada hari lain yang belum ditetapkan. Minggu depannya pulak lecturer tak ada so class cancel lagi. Petang tu sepatutnya ada amali penglitup start pukul 2 hingga 5 tapi ditangguhkan juga pada hari lain. Dengar macam sseronok kan tapi berat nanti nak ganti semula kelas yang dah dibatalkan tu.



Semester ni jadual Wida padat la juga cuma yang bestnya hari jumaat takde class dalam jadual Wida. Emm...boleh la lepak sikit hihihi. Sem ni Wida nak cat bilik Wida. Memandangkan roommate Wida tak balik lagi so Wida cadang nak hias2 sikit bilik ni supaya datang mood nak study sampai ke pagi. Wah berangan pulak Wida ni nak study sampai pagi. Tapi memang pun Wida ni suka sangat tak tidur malam tak tahu la kenapa. Nanti Wida masukkan gambar bilik Wida setelah siap dicat ok.

Macam-macam hal

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Sudah dua minggu Wida memulakan sesi kuliah di Fakulti Perhutanan dan dalam masa dua minggu tu Wida dah balik kampung pada minggu pertama kuliah. Maklum la hari jumaat memang Wida takde class and than kebetulan pulak hari isnin cuti sempena 1 Malaysia. Maka 5 hari la Wida di kampung. Sebenarnya rindu dengan mak. Masa hari pertama sampai tu, Wida makan nasi macam nak menangis. Ye la dr bulan 6 balik dari kem hutan sampai cuti bulan 9, Wida akan makan sama2 dengan mak abah tup2 makan sorang2 dalam bilik. Menitis juga air mata Wida ni. Sebak pun ada. Tapi tahan je.


Balik dari cuti tu Wida drive sorang. Ingat nak masuk tol Yong Peng tapi entah berangankan apa sampai tol tu terlepas. Wida boleh pulak ikut jalan nak ke Segamat. Maka dah jauh setengah jalan pulak tu takkan nak patah balik. Wida teruskan je la perjalanan. Entah macam mana Wida rasa tak sedap hati Wida call tanya kawan macam mana nak kuar tol kalau dari Labis. 



Nasib baik kawan tu tahu tapi jalan yang Wida ikut tu jalan kampung la, punya la takut. Tapi dalam hati berdoa je. Harap2 jumpa jalan dan kuar dari jalan kampung tu sebelum maghrib. Nasib baik la Wida bawa laju dapat la memotong kereta yang berderet-deret tu. Kalau diikutkan entah sampai pukul berapa la nak kuar tol. Wida masuk tol Tangkak. Masa tu mak dah call tanya dah sampai mana. Selalunya kalau Wida dari rumah paling2 tak pun kalau 3 jam perjalanan Wida dah sampai Seremban. Ini tidak dah 3 jam perjalanan tapi still lagi di Johor. 



Mak Wida dah risau kenapa tak sampai2. Bateri handphone habis pulak time2 macam tu. Sedih betul la. Dah la sorang2 dalam kereta. Bila dah dapat masuk highway tu terus la pecut tapi tak jauh mana pun sebab sampai kat Rembau jem teruk. Mana taknya semuanya balik cuti sempena cuti 1 Malaysia. Wida pun tak terkecuali. Emm agak sedikit penat la sebab Wida punya kereta kan manual. Kalau auto senang la diaorg tekan minyak and jaga break. 



Akhirnya Wida sampai di UPM pukul 11 malam. Jenuh la kan dalam perjalanan. Dah tu bagi alasan kat guard nak turunkan barang tapi tak pun terus je parking kat dalam area kolej. Penat dah kot nak turunkan barang malam2. Esok lusa je la Wida turunkan barang2. Apa2 pun lepas ni Wida akan lebih berwaspada. Malu je nama orang negeri Johor tapi jalan2 kat Johor belum mahir lagi. 


 
Itu al kisah pasal balik ke UPM. Lepas ni cerita pasal kena tahan dengan guard UPM sebab takde stiker kereta lagi. Tahu tak Wida ni antara orang yang paling awal tau nak mohon stiker kereta tu. Tiba dah kat pejabat tu dia tanya "Awak MTM ke MPP?". Saya bukan semua tu, saya pelajar tahun akhir dan sedang buat Final Year Project. "Oh kalau pelajar macam tu awak tahu tak perlu ada salinan slip pendaftaran pelajar sem ni, surat rasmi dari pengetua kolej dan surat dari PA atau penyelaras FYP?"



Mana la Wida nak tahu semua benda tu kena ada sebab seingat Wida yang di tampal kat softboard depan pejabat tu cuma nak IC, lesen, kad matrik pelajar serta geran kereta tersebut. Eeee....menyusahkan orang betul la. Kenapa la tak cakap awal2. Dah la kalau nak minta surat bagai tu ambil masa yang lama sebab pensyarah pun bukan selalu ada dipejabat. Sepatutnya apa syarat yang dia nak tu kepilkan la sekali kat borang permohonan. GERAM je Wida dengan pengurusan diaorg ni.



Last2 Wida ni asyik jadi mangsa kena tahan dengan guard je. Naik menyampah pulak. Takkan la kalau nak bagi orang peluang tu tunggu la dah akhir sem baru la tanya kenapa takde stiker. Maka orang ni nak pergi kelas lagi, buat assognment lagi. Macam kita ni dah takde kerja lain agaknya. Kerja dia tu lain la, guard orang je keluar masuk. 


Wida pun tahu la nak hormat undang2 dan Wida bukan orang yang jenis suka langgar undang2 walaupun hal kecil. Menguji kesabaran betul. Nanti dah dapat stiker Wida pandai la lekatkan. Tak payah la 100 orang kali nak tanya mana stiker? Lain la kalau dah lepas tamat tempoh permohonan stiker kereta tu boleh la kalau nak tahan tanya mana stiker kereta. Ini baru la dua minggu. Diaorg pun kalau nak keluarkan stiker kereta tu bukan dalam masa 5 minit siap.

Saturday, September 7, 2013

Dating la bila lagi kan...

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Actually nak luangkan masa sikit untuk Adik Qyla so Wida dating la dengan dia. Pukul 12.30 tengahari lepas dia balik sekolah Wida ambil dia kat depan sekolah. Terus bawa dia pergi makan2 kat McD.


Wida saja je nak luangkan masa dengan Qyla sebelum Wida balik UPM. Lepas ni dia dah busy dengan PMR dia yang tinggal 15 hari je lagi kalau ditolak dengan hari sabtu dan ahad.


Macam2 yang kami share story. Dia pun ok je dengar. Moga dapat jumpa lagi.


Friday, September 6, 2013

Aku Bukan Tomboy

Assalammualaikum & Salam Kerinduan
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Wida - Ira - Mas *Rumah 4 Musim (Salji) Bukit Cerakah, Shah Alam


Wida saja je letak tajuk macam tu. Bukan apa, sebenarnya time taip tajuk ni Wida baru balik dari wayang tengok cerita aku bukan tomboy, tup2 termasuk draf. Bila Wida belek2 semula terjumpa la tajuk ni so why not Wida continue about the story. Hihihi....


Gambar kat atas tu time kami sem satu. Ingat lagi saat ni kami pergi jalan2 Shah Alam berempat. Lagi pun hujung minggu daripada takde aktiviti apa2 di kolej kami pun apa lagi buat la aktiviti sendiri. Time ni Ira still lagi classmate Wida sampai la akhir sem satu sebab dia tukar kos dan tukar universiti kat Terengganu. Itu yang terbaik untuk dia dan pilihan jalan yang dia mahu, so Wida doakan la yang terbaik untuk Ira. InsyaAllah....



Ira ni lucu jugak orangnya. Pernah juga la Wida datang bilik dia masa dia masih sama kolej dengan Wida. Asyik tergelak je dengar apa yang dia cerita. Pernah juga dia cakap kan tentang kawan Wida sorang tu si Mas tu. "Eh Wahid, sepatutnya Mas tu kan lelaki?" kata Ira. Wida yang sengal2 alam ni tak faham apa yang Ira cuba cakap. Wida pun tanya la kenapa?


"Ye la, kan orang2 indon panggil Mas tu abang" terang si Ira. Wida yang terus tangkap maksud Ira tu ketawa terguling2..."Ko ni time2 ni la nak buat lawak" kata Wida. Si Ira ni pulak boleh buat derk2 je. Tapi serius kelakar sebab terkena di hati Wida ni itu pasal la Wida ketawa2.



Teringat alkisah tentang nama Wida dulu2 masa kat Politeknik Shah Alam. Sebelum ni semua orang yang kenal dengan Wida akan panggil Wida ni Wahid. Sampaikan lecturer pun panggil Wahid juga. Bukan takde orang pelik bila mana orang perempuan tetapi dipanggil nama lelaki. Yang lelaki pulak dipanggil nama macam perempuan. Tapi itulah kenyataannya. Nak buat macam mana kan.


Ada satu hari Wida ikut program under kamsis kat PSA. Ada seorang budak ni "Hai nama awak apa? Awak ni kelakar la semalam saya nampak awak masa perjumpaan blok" tegur sorang perempuan yang sama semester dengan Wida. Orangnya cute2 gitu. Sebenarnya dia classmate pada roommate Wida. "Panggil je kita Wahid" jawab Wida ringkas. Bila teringat perjumpaan blok malam tu, memang patut la dia cakap Wida kelakar, mana taknya Wida ni tak sempat pakai tudung cuma pakai tuala untuk tutup kepala, lepas tu kononnya pin tudung tu Wida pakai sepit baju. Patut la kena gelak. Lagi pulak Wida ni ketua aras so warden minta Wida berucap. Makanya semua tengok Wida la. 


Tetiba je budak tu bersuara masa Wida sibuk rakam aksi2 budak2 yang join program tu dengan kamera kesayangan Wida, "Nama saya Kamelia. Apa kata saya tukar nama awak nama perempuan sebab saya rasa nama awak tu nama lelaki la, tak best" terang Kamelia. Wida ni bukan la tak kisah nama Wida macam lelaki. Tapi bila Wida nak tukar nama perempuan tak tahu nak letak nama apa. 



Pernah Wida suruh kawan2 panggil Ida, tapi masa kat bilik air pernah terjadi dua orang sekaligus menyahut nama 'Ida' yang dipanggil. Pulak tu Wida dengan budak lagi sorang tu sama2 saing menyahut. Nama budak tu Hidayah, tapi kawan2 dia panggil Ida. Aduhai termalu sekejap sebab budak yang memanggil tu pun dah confius sebab ada dua Ida. Tapi Wida diam la lepas tu. Takde la malu sangat sebab budak kat luar dan budak yang dalam bilik air tu tak tahu pun siapa Wida. Hahaha sengal betul la time tu. 


Berbalik kepada cerita tadi tu...sebelum naik bas menuju ke tempat program tu Kamelia panggil Wida lagi "Apa kata kalau saya bagi awak nama Wida. Sedap sikit nak panggil dan sebutnya. Tak la macam lelaki. Nanti orang ingat lelaki mana la yang dipanggil tapi yang datang perempuan". Dari situ la Wida dapat nama panggilan "Wida" ni. Terima kasih Kamelia. Dan sepanjang program berlangsung takde kedengaran nama Wahid yang ada cuma Wida sana Wida sini. Wida sana sini. 



Sebenarnya sebelum Wida bersalaman dengan mak selepas mak hantar Wida masuk Politeknik tu, mak Wida ada cakap "Tukar2 la nama tu Wahid. Cuba cari nama perempuan sikit. Sampai bila nama nak macam orang lelaki. Nanti takde orang lelaki yang nak sebab dia ingat kau tomboy". Bila Wida tukar nama Nurul macam ramai la pulak nama Nurul. Lagipun nama Nurul ni nampak gedik sikit la. Wakakaka walhal nama Wida memang ada Nurul dipangkalnya. Tapi tak biasa la. Adik-beradik semuanya nama Nurul, nanti panggil Nurul semuanya menyahut. 



Tak lama pun nama Wida tu kekal. Habis program tu nama Wahid juga yang orang sebut2. Pernah sekali kawan Wida nama Erah. Ni Erah budak PSA bukan Ira yang tadi Wida cerita tu. Erah ni datang bilik Wida tengah malam. Tengah syok buat assignment, mak Erah calling. "Ko kat mana tu dik" tanya mak Erah yang bahasakan diri Erah tu adik. "Adik kat bilik Wahid ni mak" terang si Erah. Tiba2 mak dia menjerit2 kat telefon sampai Wida pun boleh dengar. "Ko buat apa malam2 macam ni pergi bilik lelaki dik, ko jangan buat macam2 dik" sergah mak Erah. 


"Apa mak ni, Wahid tu perempuan la, nama dia Wahida. Kitaorang panggil dia Wahid" jelas Erah pada mak dia sebab tak nak timbul syak wasangka. Minggu depan tu Erah ajak Wida pergi rumah family dia kat Negeri Sembilan. Time tu la Erah kenal kan Wida pada mak dia "Mak ni la Wahid aka Wahida". Kita orang gelak2 time tu. Wida pulak yang malu2. Kesian Erah kena tegur dengan mak dia. Orang memang panggil Wida = Wahid, tapi Wida bukan tomboy okey. Perangai macam tomboy pun takde tapi sikit2 ada kot Wida je yang tak perasan.



Susah juga kan macam ni nama serupa nama lelaki. Macam sekarang kat UPM orang yang mana dah lama kenal Wida semua panggil Wahid Wahid Wahid. Orang yang baru kenal je akan panggil Wida Wida Wida. Tak kisah la nak panggil apa pun janji ada nama. Kadang2 yang tak kenal akan panggil Wida dengan nama Nurul. Naik semester ni tak tahu la kalau budak2 panggil Wida Si Beccek sebab itu nama kem hutan Wida. Beccek pun beccek la. 


Dulu2 ya Wida macam tomboy sebab gaya rambut ala lelaki, jalan tak macam perempuan ada lenggang-lenggok kata mak Wida, pakaian pun macam lelaki. Maybe dulu mak ingat Wida ni lelaki kot. Ye la anak sulong dah perempuan mesti anak kedua nak lelaki tup2 perempuan yang keluar. Kalau abah suruh pergi kedai mesti dia suruh Wida pakai topi, Wida tak nak tapi dah disuruh so pakai je la. 


Tapi sepanjang nama Wida dipanggil Wahid dalam erti kata bahasa arab Wahid itu maknanya satu. Dalam apa juga keadaan Wida selalu yang utama, bila beratur Wida selalu yang berdiri depan. Kalau kat sekolah ada pemeriksaan gigi Wida selalu yang pertama beratur, tapi sebenarnya Wida taknak dan takut. Kalau ada apa2 perkara asyik Wida je yang kedepan. Makna nama seseorang tu sedikit sebanyak mempengaruhi diri orang itu. 


Alhamdulillah Wida dapat rasa juga dalam peperiksaan mendapat no 1. Maklum la nama dah 'pertama = satu' so tak mustahil dengan nama itu membawa nama Wida yang pertama dalam kelas didalam peperiksaan. Bak kata Ira "Nama Wahid ni memang dah nama lelaki. Kalau mas tu pun lelaki juga. Alahai untung la aku dapat kawan namanya lelaki" teringat lagi Ira kata macam ni. Wida tak ambil hati pun. Janji dia boleh terima Wida sebagai kenalan dia. 


Apa2 pun FRIENDSHIP FOREVER "Smile"



Tuesday, September 3, 2013

Cikgu dah tamat kontrak

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang



Setelah beberapa minggu bersama Qyla untuk tuition yang secara tidak sengaja diwujudkan itu akhirnya kini tamat juga. Dengan rasminya Wida tidak lagi menemani Qyla untuk belajar tiap petang seperti biasa. Lepas ni pun Wida dah nak mula semester baru. Wida balik UPM 8hb nanti dengan sepupu Wida yang belajar di Seremban. 


Petang tadi ibu Qyla dah datang rumah Wida, jumpa Wida dan bagi sedikit saguhati untuk Wida. Ada juga Cik Lyn tanya tentang anak dia punya rancangan untuk masuk ke kolej vokasional. Tapi dia agak keberatan memberi keizinan melangkah ke tahap sebegitu. 


Wida faham maksud Cik Lyn dia rasa dia mahukan yang terbaik untuk anak tunggalnya. InsyaAllah Cik Lyn kalau dah rezeki Qyla mana2 yang dapat itu adalah yang terbaik untuknya. Tapi dengan izin dan restu kedua ibubapa juga amat penting. Doanya sentiasa mengiringi anak yang sedang mencari ilmu.


"Qyla, Cikgu Wahida harap kamu dengarlah nasihat ibu dan bapa kamu kerana mereka lebih makan garam dahulu dari kamu". Mereka lebih tahu mana yang baik mana yang tidak untuk kamu. Moga kamu berjaya dengan cemerlang dalam PMR yang bakal kamu hadapi. Amin2. Cikgu Wahida hanya mampu mendoakan kamu dari jauh, insyaAllah semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan semasa menjawab soalan nanti. Diberi ketenangan dan diberi petunjuk.

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :