Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang
Finally, this day i am finish my program for last year student. So, i would like to share about my experience as long as two day start from 5-6 October 2013 at Faculty Economy and Management Universiti Putra Malaysia.
For your infomation all student can speak English but me emm emm...GAGAP!!! Ok itu yang sebenarnya Wida bila bercakap English. Malu tak malu la...dah itu kelemahan diri Wida. Tapi kalau disuruh cakap BM + jawa Wida la orang pertama angkat tangan nak bercakap. Percaya la. Walaupun tengok Wida ni sengkek + senget sikit tapi berhujah Wida boleh jadi no.1 tau cuma kat sekolah dulu je tak terpilih nak join pidato segala. Cikgu pilih kasih tak tengok kebolehan diri Wida. Hahahaha....
Finishing School ini sebenarnya diadakan untuk memenuhi syarat untuk pelajar tahun akhir bergraduat. Dulu masa mula2 masuk UPM diaorg buat Starting School untuk pelajar tahun pertama. Sebenarnya ada beberapa perkara yang hendak disampaikan kepada pelajar sebelum pelajar menamatkan pengajian.
Wida antara orang yang masuk dalam kumpulan 10 iaitu kumpulan terakhir yang disenaraikan Finishing School untuk 5-6 Okt 2013. Tak tau la bila ada lagi Finishing School, sama ada dlm masa terdekat atau semester akan datang. Pelajar dalam kumpulan Wida seramai 35 orang. Tapi masuk hari ke2 macam dah takde beberapa ketul orang, entah kemana menghilang tak tahu la. Wajib datang ok utk dua hari berturut-turut sbb kalau tak datang maka selamat mengulang semula ya harap maklum.
Dalam kumpulan 10 ni tak semuanya sama fakulti. Kami dicampur adukkan oleh pihak pengurusan sebab mesti diaorg nak kitaorg bergaul dengan orang yang lain kos dengan kita. Seingat Wida ada 5 fakulti di dalam kumpulan Wida ni. Ada dari Pendidikan, Kejuruteraan, Teknologi Makanan, Pertanian dan semestinya Perhutanan iaitu fakulti Wida sendiri.
Wida dapat fasilitator yang menepati masa sangat2 namanya PM Dr Janna. Ok la simple nama Wida tulis utk fasi Wida. Orangnya kelakar la juga. Pandai ambil hati pelajar walaupun ada yang malu kena tegur. Tapi takde la sampai hilang malunya. Masih ada lagi toleransi dan komunikasi berkesan antara fasi dan pelajar.
Ni pengalaman Wida sepanjang 2 hari mengikuti program ni, ada benda kita tak tahu tapi ada yang sudi berkongsi. Pada Wida semuanya tak sombong dan Wida hormati setiap kepakaran atau kelebihan seseorang itu dengan baik. Wida suka kalau support kawan dalam satu kumpulan. Sebenarnya tanpa Wida sedari, walaupun Wida lemah dalam komunikasi BI tapi dalam kumpulan Wida penuh dengan kekuatan yang rata-rata semuanya menguasai bahasa inggeris. Alhamdulillah banyak membantu.
Wida ingat lagi nama pelajar dalam group Wida iaitu Farisa, Anis, Sharina, Zahrina, dan akhir sekali seseorang yang bakal bergelar pendidik iaitu Sha. Nama dia sedap sangat itu pasal panggil Sha aka Ratu Goreng kata dia bila dalam kelas. Memang goreng betul. Dia sempat ajar satu perkataan ni dalam bahasa tamil "Nee Oru Karenge". Siap dia ajar kami lagi macam mana nak sebut. Kelakar betul memang ada tokoh2 jadi pendidik yang berjaya dan disukai ramai. Maksud perkataan Sha ajar tu emm...cari sendiri la ya. Katanya saja main-main sebab nak hilangkan tension semua pelajar.
Sepanjang program tu kami semua diajar macam mana nak buat resume yang betul dan cover letter. Tapi kan yang tak bestnya banyak sangat presentation. Wida ni tak suka sangat nak present2 bagai. Kalau dengar ceramah Wida suka gila. Dapat ilmu dari orang yang pakar. Wida ni tak pakar la nak cakap2 sangat. Minta maaf ya fasi. Apa yang Wida tak minat selalunya Wida tak bagi komitmen sepenuhnya walaupun jasad Wida kat situ tapi fikiran melayang.
Ok Wida kongsikan beberapa gambar detik2 pada hari pertama kami.
Semua busy dengan laptop masing-masing sebab nak buat resume and lepas tu kena tunjuk kat fasi.
Ni la antara pelajar dalam kumpulan Wida yang semuanya fluent english.
Mana taknya nama pun ambil kos kejuruteraan.
Hari pertama dengan muka yang mengantuk sebenarnya tu. Tapi tahan kan mata je.
Busy lagi semua dengan laptop masing-masing.
Dari kiri : Wida - Mastura - Fathin
Kami bertiga je ni nampak macam sempoi sangat tak bawa laptop sebab kami bertiga dah bawa resume hardcopy so tinggal tunjukkan pada fasi dan betulkan mana-mana kesalahan yang perlu.
Hari sabtu tu kami balik petang dalam pukul 5.30, tak boleh balik awal kena balik tepat-tepat pukul 5.30 petang ok. Hihihi...dalam kepala diaorg dah terbayang satay kajang. So, malam tu kami pergi makan satay bertiga.
Ok Wida kongsikan beberapa gambar detik2 pada hari pertama kami.
Ni la antara pelajar dalam kumpulan Wida yang semuanya fluent english.
Mana taknya nama pun ambil kos kejuruteraan.
Hari pertama dengan muka yang mengantuk sebenarnya tu. Tapi tahan kan mata je.
Busy lagi semua dengan laptop masing-masing.
Dari kiri : Wida - Mastura - Fathin
Kami bertiga je ni nampak macam sempoi sangat tak bawa laptop sebab kami bertiga dah bawa resume hardcopy so tinggal tunjukkan pada fasi dan betulkan mana-mana kesalahan yang perlu.
Hari sabtu tu kami balik petang dalam pukul 5.30, tak boleh balik awal kena balik tepat-tepat pukul 5.30 petang ok. Hihihi...dalam kepala diaorg dah terbayang satay kajang. So, malam tu kami pergi makan satay bertiga.
No comments:
Post a Comment