engkau boleh !!

Tuesday, December 27, 2011

Rumah 4 Musim Bukit Cerakah

WiDa - sHeiLa - aZaH - ZaTi 
Outing Together

Seminggu terakhir sebelum cuti study week, kami berempat ambil kesempatan untuk b'jalan ke Shah Alam. Hari jumaat kelas BGY dah habis so kami berempat rancang nak pergi ambil angin. Wida ajak mereka pergi Bukit Cerakah kat Shah Alam. Kitaorg sewa kereta 5jam dgn student UPM. Just bayar RM30 je isi minyak kereta sikit terus pecut pergi Shah Alam.

Jalan kat Shah Alam ni Wida dah biasa sbb dulu Wida pernah belajar kat sana 2 tahun. So, ada pengalaman utk ingat jalan2 di sana. Nasib la tak sesat sbb jalan ke sana masih segar dlm ingatan walaupun dah 3tahun tinggalkan Shah Alam.

Sampai je sana terus beli tiket dengan harga RM3 utk masuk ke Bukit Cerakah dan kami beli juga tiket RM3 utk masuk ke rumah 4 musim. Murah la juga kata diaorg. Awal2 lagi Wida dah pesan kat diaorg suruh bawa sweater takut mereka kesejukkan tahap beku dlm tu nanti. 


Lepas serahkan tiket masuk kat kaunter kami nampak ada bas tu kosong. Terus kami naik bas yang memang akan hantar kami ke rumah 4 musim tu. diaorg ni siap gelak2 lagi sbb diaorg kata bas yang kami naik tu takde tingkap. Aku senyum je tgk kelatah diaorg.



 Tengok la kami sempat bergambar2 kat dlm bas tu sbb takde org langsung.


 Tiba-tiba ada pemandu bas panggil2 kitaorg suruh turun dari bas. Tgk Zati smpi nak menangis sbb kami kena halau turun. Oh...rupa2nya kena pergi kat tempat hentian tunggu bas. Kami ni mana la nak tau. Org kat tmpt tiket pun tadi xde bagitau. Kami tak malu pun, kami slumber je.

 Kami sedang beratur untuk m'naiki bas menuju ke rumah empat musim. Hari jumaat tu tak ramai sgt org tp ada family yg bawa anak mereka ke sana sempena cuti sekolah.

 Tengok kami dapat tempat duduk kat belakang sekali. Tapi ok la dapat juga duduk daripada kena berdiri. Suka betul Sheila bila naik bas ni. Teruja betul dia s'panjang p'jalanan naik bas tu. Aku rasa nak tergelak je dgn gelagat dia tu.


Zati ni asyik betulkan cermin mata dia yg nk jatuh tu je. Sheila siap bg cadangan lagi supaya Zati beli tali supaya sentiasa tersangkut dan tak jatuh2 lagi.

 Smile...dari kami berempat.

 Ok dah mula perjalanan kata Sheila.




Akhirnya, sampai juga kami di sini. 

Kami disebalik peta kawasan Bukit Cerakah

Jom teruskan perjalanan m'nuju ke rumah iklim 4 musim.

Bukit Cerakah ni sama juga dengan nama Taman Pertanian Malaysia.

Emm...sempat lagi mereka berdua ni...Peace!!!

Taman Iklim Sederhana Empat Musim


Tengok besar tak dari luar mcm kilang kan...hihihi.

Selamat Datang kepada kesejukkan...

Opps!!! Cik Sheila...sempat lagi dia main salji yg ada kt sana


Angkara Zati yg start main salji so semua dah ikut2 nak main salji.

Muka cool tapi s'benarnya tahan kesejukkan je tu




Muka masih boleh cover sejuk lagi tapi lepas tu m'gigil la pulak kamu semua

it's me...

Inilah antara gambar2 selama kami dapat bertahan di dalam bilik tu. Sejukkkk!!!




Bilik pertama yang kami masuk adalah suhu pada tahap -7.8 darjah selsius


Wida

Azah

Zati

Shashiela

Fuhhh!!! love utk sape la tu korang nak beri...hihihi

Pokok yg takde daun atau bunga tu adalah pokok buah epal merah. Katanya ada juga berbuah tapi tengok pada keadaan.

Posing lagi...

Sejukkk.... =)

Ini kawasan kolam yg airnya dah beku jadi air batu. Rasanya kalau main ski ok juga tu hahahaha...
Ada pingu2 lagi kat situ...cute =)











Smart la anak dara sape la ni



Kami berada di bilik ke dua yg berdepan dengan bilik pertama kami masuk tadi
Kata pekerja kat situ, bilik ni adalah bilik yg paling sejuk.


Kami berada pada tahap suhu -8.4 darjah selsius
Memang kami beku betul dalam bilik ni. Shiela, Azah dgn Zati awal2 lagi dah keluar. Diaorg tak tahan katanya. Tapi aku still ada dlm bilik tu sbb nak uji diri. Mana tau nanti 1 masa aku dapat pergi negara yg ada salji.






Binatang2 ni dibuat hasil dari salji2 yg ada kat situ



Sempat aku pegang salji yg ada kat situ, tapi sejuknya kemain betul. Lembut la salji kat situ. 

Pokok Epal merah

Dekorasi dalam rumah 4 musim

Last, kami dah nak balik. Kami t'jumpa juga student UPM yg datang ke situ juga. 
Thanks tolong ambilkan gambar kami berempat.


Selamat Tinggal kepada kesejukkan

Tup2 keluar je dari bilik tu Sony Wida jadi kabur mcm ni. Emm...kuat betul penangan kesejukkan kat dlm tu sampai cermin mata Azah dan Zati pun berkabus.

Kitaorg panggil waktu ni subuh sbb kabur2 mcm waktu subuh. 
Tengok la diaorg ni sempat lagi tukar status jadi budak2...nak main buaian la, gelongsor la, jongkat jongkit la...aku layankan je la...


Shiela berat sikit dari Azah itu pasal Azah asyik terjongkit je


Unik pokok ni. Pokok menumpang pada pokok yg lain. 
Tapi sayang tak tahu pulak namanya.

Sebelum balik sempat lagi berposing kat sini. Ada masa kami pergi lagi.

Shiela awal2 lagi dah booking Wida utk pergi sana lagi masa musim bunga nanti.

Zati dan Azah sentiasa senyum dan puas hati dapat jalan2 pergi sini.


Pintu Masuk & Keluar Bukit Cerakah

THE END 2011


Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia



Actually, saya tengah sediakan nota2 kecil utk subjek2 yg akan masuk final test. Tapi, teringat pulak nak b'kata2 sekejap. Masa sekarang ni t'lalu cepat sangat b'lalu, rasanya mcm baru m'langkah ke alam Universiti dan duduk dlm bilik kat kolej ni baru s'minggu tapi...tak sangka dah nak final exam and than after this holiday kat rumah. Emm...tadi t'tengok video matluthfi kat Youtube citer pasal mak... aduhai t'ingat pulak kat mak saya di rmh kat Johor. Baru kelmarin balik kg sbb atok ada buat kenduri arwah. Tapi, tak dapat nak b'bual lama2 dgn mak. Cuma kami sempat habiskan masa b'sama dgn pergi shopping. Masa tgk video matluthfi tu sebak la jugak...sbb saya ada perasaan itu pasal saya t'rasa. Bila ada pelajar tu ckp mak dia pergi Makkah dan tinggalkan adik-beradik di rmh, masa tu dia rasa k'hilangan mak dan dia m'rasai mcm itukah perasaan sedih bila mak dah tak ada nanti. Sedih la jugak smpi m'nitis air mata saya mendengarnya.

 
Saya ada kat sini adalah salah satu harapan mak saya. Bila saya ingat kat mak saya hati saya jadi sayu. Kalau boleh saya nak apa yg mak saya cita2kan saya akan laksanakannya. Bila mak saya pesan "wahid, tak payah la b'cinta2 masa bljr ni" saya dengar dan lakukan apa yg dia pesan. Lagipun saya belum sedia nak b'cinta dgn sesiapa. Bila mak cakap "wahid, duit ada tu guna dgn cermat. Jimat2 sikit, ingat masa takde duit nanti..." saya dengar sampai saya takde beli benda yang bukan2 kecuali barang yg b'manfaat. Mak tak pernah pesan "wahid belajar betul2 dan dapatkan keputusan yg cemerlang" sbb mak tahu kemampuan anak mak sendiri yg mak kandungkan 9 bulan 10 hari. Tapi wahid tau harapan mak tinggi menggunung dan tiada impian yg dapat dikecapi tanpa kejayaan. Hati mak hati wahid juga. Sakit wahid, sakit jugak mak di sana. Semuanya kita lalui b'sama2 sbb tu wahid takde rahsia2 dgn mak. Mak memahami wahid lebih dari s'gala2nya. Terima kasih MAK!!!! Wahid SAYANG mak walaupun wahid tak pernah ucapkan pada mak.

 
Lagi berapa hari saja lagi dah nak masuk tahun 2012 dan tahun 2011 akan m'labuhkan tirainya. Tahun 2011 ni memang banyak m'ninggalkan kenangan yang hebat utk saya sbb tahun 2011 adalah tahun arnab. Saya lahir tahun arnab. Rasanya saya b'tuah sangat pada tahun ni. Tuhan makbulkan doa saya utk sambung belajar kat Universiti. Saya dapat m'nuntut ilmu yg lebih tinggi di fakulti perhutanan kat UPM. Saya dapat dapur masa cabutan b'tuah ketika p'sahabatan bowling dgn NGO kat Alamanda. Banyak sangat yang saya dapat. Ada suka dan ada duka tapi saya tetap laluinya dengan tabah. Tuhan berikanlah saya ketabahan di dalam hati agar saya dapat melalui setiap dugaan dan ujian yang Engkau berikan kepada saya dan orang2 yg ada disekeliling saya adalah p'antaraan utk saya melalui ujian2 yang Engkau berikan. S'sungguhnya saya b'syukur di atas setiap pemberian MU ini YA ALLAH. Sekian...

Thursday, December 22, 2011

Menyesal pun dah tak guna lagi

Tadi ada kelas malam. Aku yg memang tak pernah ponteng kelas, datang la mcm biasa. Dah beberapa hari ni Doktor suruh announcement no matrik ni. Tapi takde pun pemiliknya. Aku tak bajet la no matrik tu aku punya tapi no belakang matrik tu sama dengan no matrik aku. Aku dah agak pada awalnya itu no matrik aku tapi mungkin salah tulis. Tiba2 kawan aku serahkan kertas tu pada aku. Rupa2nya memang betul itu aku punya no matrik cuma t'salah tulis. Aku pun sambut la kertas tu. Aku dah agak dah aku akan dapat kertas tu. Hurm =(

Aku dapat surat cinta la tu dari pejabat akademik. Dah agak dah. Emm...dah dua kali aku dapat surat yang sama. Apa bengap sangat ke aku ni sampai nak kena tulis2 benda tu semua. Nak tak nak aku terpaksa juga tulis. Tak pe la kata aku dalam hati, mungkin hari ini aku kena tulis kat sini. Apa yang Tuhan telah tuliskan utk aku akan datang takde siapa yang tahu. Ake redha sebab aku tak dapat nak m'gubah apa yang tertulis oleh Tuhan. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yg lebih menentukannya.

Aku harap ada hikmah disebalik apa yang b'laku. Ada jugak kawan aku tanya pada aku "kau tak risau ke kalau kau tak lulus". Aku hanya menjawab "kalau aku tak lulus ini semuanya telah tertulis..." waktu ini aku memang tak ada idea untuk berkata apa. Entah la...makin lama aku rasa aku ni belajar hanya sia2 dan m'ghabiskan duit sahaja.

Aku bukan tak mahu b'diri di kaki sendiri tetapi apa yang aku lalui sekarang seolah2 b'main2 dengan kehidupan yang tidak menjamin apa2. Ya Allah bantulah hanba Mu ini. Kuatkan hati, akal dan minda ku. Berikan aku k'bijaksanaan agar aku dapat membezakan yang mana baik dan mana yang tidak baik.


Tuesday, December 20, 2011

Aimar Char Koay Teow Shah Alam


Signboard lama...sekarang dah warna hitam kalau tak silap

Pukul 11.30 mlm tadi aku pergi tempat lama aku buat part time dulu2 kat Shah Alam. Rindu jugak la dgn tempat tu. Nadia tiba2 nak makan char koay teow, so aku diajak sekali. Akhirnya aku jejakkan kaki lagi di sana buat kali ke2 utk tahun ni. Sebelum ni aku dah pergi juga tp time tu aku bawa pelajar2 Indonesia ke sana. Saja nak bagi mereka rasa char koay teow best in penang tu.

Harga tentu la dah naik tak macam dulu. Char Koay Teow Biasa RM4.00 Besar RM5.00 Special RM6.00 dan Besar Special RM7.00 kalau tak silap aku. Dulu aku diajar ambil order M tu biasa. Puas aku tanya kenapa M, apa M tu?? Punya la lambat aku pick up rupa2nya M tu medium. Emm...lama2 aku dah reti ambil order setelah beberapa minggu aku belajar sampaikan kadang-kala berebut utk ambil order. Pelanggan pun pelik tengok kami berebut nak ambil order, siap tanya lagi "kenapa nak berebut-rebut, kalau banyak ambil order dapat bonus ke??" Hahaha xde maknanya.

Lama jugak aku kerja kat sini, dr aku masuk semester hingga akhir semester slps aku exam. Bos pun ok tak pernah nak marah2. Maklum la budak baru nak belajar lagipun aku ni part time je. Aku dah kenal isteri owner kedai ni iaitu Kak Eja. Kak Mira pulak kakak pada Kak Eja pun aku kenal. Pekerja Indonesia kat situ semua aku tegur, lagipun kredit utk aku yang reti b'bahasa jawa sikit2. So, mereka suka la. Aku ni kan suka senyum, tp kalau aku penat or takde mood memang muka aku masam je. Senyum pun susah.

Tadi aku order char koay teow biasa je, malas nak makan byk2. Ok la tu makan sederhana. Tp aku bungkus bawa balik. Dua pulak tu, hihihi. Takde la aku nak makan sorang, satu bungkus lagi Russell member aku kat kolej tempah. Dia pun suka makan kat char koay teow tu. Punya la jauh kitaorg pergi makan kat Shah Alam dari UPM Serdang. Takpe la, makanan lain sikit. Asyik yang sama je so hari ni tukar menu. Makan kat tempat lain.

Tadi aku perasan satu org ni yg pernah sama2 b'kerja dgn aku dulu cuma bezanya dia pekerja tetap tp aku pekerja part time. Nasib baik aku ingat nama dia Taufik.

Sony Wida


Sekarang aku dah ada buah hati baru. Aku letak je nama Sony Wida. Emm...camera la ni yang aku maksudkan. Aku beli masa ada PC fair kat dewan besar UPM. Entah mcm mana t'fikir utk beli sbb time tu aku nak beli p'gecas bateri utk kamera aku yg lagi satu tu. Bateri rechagerable ada byk tp p'gecasnya tak ada. Memandangkan harga cas tu mahal penjual kat situ syorkan aku beli kamera baru satu. 


Emm...tak la mahal sgt aku beli Sony Wida ni. Guna duit pinjaman aku beli dgn niat untuk digunakan sepanjang hayat utk memudahkan aku melakukan segala assignment yg memerlukan aku m'gambil gambar. 


Ada sebab lain juga kenapa aku beli kamera ni. Aku ni kan suka juga la b'gambar2 tapi kamera xde. Ada 1 hari aku suruh kawan aku ambilkan gambar aku kat tempat yang aku rasa menarik tapi hampeh kawan aku tak sudi ambil gambar aku guna kamera handphone dia. 


Aku mula2 tu terasa juga la sbb dia taknak ambil gambar aku. Ala bukannya apa sangat setakat ambil gambar aku satu dua ok la utk aku buat kenangan. Tapi mereka tak nak ambil gambar aku. So, aku terus niat dalam hati nak beli kamera baru. 


Bukannya nak berlagak, tapi kalau aku dah ada kamera nanti aku nak guna baik2. Aku pun bukan nak tunjuk2 kan kat kawan aku yang aku ada kamera baru. Tapi aku nak diaorg tahu tanpa kamera mereka, aku juga boleh ambil gambar. Aku ada kamera lain tapi disebabkan aku tak punya bateri sbb tu la aku tak dpt nak ambil gambar aku sendiri kat mana2 pun yg aku rasa aku nak bergambar.


Pemandangan ini t'hasil dari Sony Wida 

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :