engkau boleh !!

Sunday, December 18, 2011

PWTC with Ira

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang

Ini cerita Wida dan Ira pergi PWTC. Time tu Wida tak tahu langsung pasal apa kena pergi PWTC dan Wida time tu cuma temankan Ira je. Peristiwa ni awal2 semester kami di UPM sebab tahun kedua tu Ira pindah Univ. Malaysia Terengganu dan dia pun tukar kos juga.







Nora...
Ini fav artis Wida. Sumpah semua lagu dia sedap didengar.


Kamal Adli...

Masa ni Wida rela jadi camera man utk Ira sebab dia nak sangat bergambar dengan artis. 



Anuar Hadi & Mat Lutfi


Mat Lutfi sempoi


Cat Farish slumber


Masa ni Wida ada minta autograph Mat Lutfi. Tapi Wida suruh dia tanda tangan kat novel Wida. Dia mula2 terkejut juga tapi akhirnya lepas dia tengok muka Wida dia pun turunkan tanda tangan dia. 








Dah nak balik baru tahu rupanya ada majlis Pelancaran & Perasmian Malaysia TV. Sempat juga jumpa Perdana Menteri DS Najib Tun Razak sebelum habis pelancaran. 


Keluar dewan tu kami dapat kupon makanan so kami menuju la ke ruangan untuk ambil makanan. Entah macam mana ada pula orang bagi kami kupon makanan lagi. Wida ni tak tolak rezeki so Wida ambil je la. Wida simpan dalam beg Ira sebab beg dia besar. Balik tu confirm la tak beli makanan di cafe sebab jimat ada makanan free. 


Terima Kasih Allah


Thursday, December 15, 2011

Bacelor Sains Hutan UPM 2011 Part 1

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia
Lawatan ke Fakulti Geoinformatik UTM Skudai Johor

Inilah tempat penginapan kami mahasiswa mahasiswi Bacelor Sains Hutan Fakulti Perhutanan UPM semasa mengikuti lawatan ke UTM Skudai, Johor. Cantikkan tempat ni, dalamannya lagi cantik. Kalau tak percaya pergi la sendiri baru tau cantik ke tak. Rasailah sendiri.
Tengok bangunannya pun dah cantik apatah lagi dalamannya. Fuhh!!! Terbaiklah.

Sebenarnya tempat ini menjadi penginapan kami semasa kami mengikuti lawatan di UTM Skudai. Kalau pelajar2 UTM tengok ni mereka dah tentu tahu tapi tak semua yang tahu sebab belum tentu nama student UTM dah habis jelajah universiti itu. Wida yang dah beberapa kali masuk UTM pun tak pernah Wida jumpa tempat ni.


 Kami sampai kat sini pukul 3.00 pagi lebih kurang macam tu la. Jauh perjalanan kami dari Serdang ke Johor. Gambar ni dirakam pada waktu pagi. Kat belakang tu ada bas UPM yang kami naiki. Beria-ia ni diaorang ajak aku duduk kat seat paling belakang. Aduhai terlambung-lambung aku bila duduk kat bahagian paling belakang. Tapi aku seronok la sebab diaorg ni sporting habis. Walaupun aku ni lain jurusan dgn diaorang tetapi diaorg layan aku macam kami dah kenal lama. Thanks to all student Bacelor Sains Perhutanan. Smile always =)




 Inilah dia aras tempat kami menginap. Nasib la tak kena naik tangga kalau tak penat kami b'tambah2. Naik lif la apa lagi cepat sikit sampai ke bilik. Tilam dah panggil2 kami. Tingkat sampai sepuluh takkan tak guna lif betul tak, so maju la sikit kan. Hihihi



Sebelum nak masuk bilik kena ada dua benda ni. Kalau tak silap ketua kami tempah 3 bilik untuk pelajar perempuan. Nampak tak alamat dan no tel kat situ??? so sesiapa yang ingin menempah boleh la hubungi no yang tertera. Kalau nak minta bantuan saya pun boleh juga hantar email pada saya wida87_wahid@yahoo.com tapi saya ni bukan agen utk menghubungi mereka ok hahaha...habis kredit Wida nanti. Wida tolong apa2 yang patut la sbb UTM kan kat Johor iaitu negeri kelahiran Wida



Tau tak kenapa diaorg ni b'kumpul ramai2??? sbb mereka ni tak dapat nak buka pintu bilik. Lagi satu problem mereka ni tak dapat nak buka suis lampu. Punya la si kawan ni b'usaha untuk bukakan lampu tapi semua tak m'nyala rupa2nya kena masukkan kad putih tu dalam satu ruang yg b'ada kat belakang pintu utk m'ghidupkan kesemua suis yang ada dlm bilik tu. Kelakar la diaorg ni...


Jeng jeng jeng!!! Ini la bilik tempat aku beradu. Aku tidur kat katil ni sorang2. Punya la sedap...empuk tilamnya dan selimutnya lembut sangat. Tengok tu ada aircond lagi kat bilik ni. Memang lena sgt la aku tidur walaupun dah lewat pagi baru dapat lelapkan mata. B'guling2 aku dalam selimut tu sebab best sangat2. Aku bukannya jakun tapi dah lama badan aku tak tidur kat tilam yg empuk. Tilam kat kolej tmpt aku tinggal tu dah rasa spring2nya. Sakit belakang badan aku.  


Bilik ni yang jadi tempat aku tidur. Ada dua katil single tp pada aku kalau tidur satu katil dua orang pun ok jugak tapi kena rapat2 la. Oppss!!! RAPAT?? what's the meaning...hehehehe takde la gurau je. Tp sebelum member aku tidur aku sempat bagitau dia "kalau nak honeymoon kat sini pun ok jugak". Hehehehe tempatnya best sangat2. Aku satu bilik dengan Syira. Dia kawan baru yang aku kenal walhal dia satu kelas aku subjek BGY tapi kami tak pernah bertegur sapa.

Ok Wida tunjukkan sikit apa yang ada dalam bilik yang kami menginap ni


Ruang Mandian


Serba lengkap la...semua ada. Tuala pun ada disediakan kat dalam tu. K'betulan aku hanya bawa tuala kecil so dapat la aku guna tuala kat situ (ni pun nak cerita jugak ke)...layankan je la wahai si pembaca. dah takde modal nak taip apa. Shower pun ada tapi Wida tak sempat guna sbb ada budak tu cakap benda tu rosak. Bila Wida siap mandi tup2 ada sorang kawan ni dia hidupkan suis kat luar pintu bilik air baru la benda tu berfungsi. Alahai sedihnya aku tak tau apa2.


Ini adalah ruang tamu rumah yang kami menginap. Memang best sangat2. Tapi sayang kami menginap kat sini tak lama so rasa sekejap pun jadi la daripada tak merasa langsung. Pengalaman ni. TV yang ada tu sempat la juga kami tonton. Banyak jugak channel yang dapat termasuk singapura punya channel pun ada. Kalau tak buka sayang la kan sbb kami dah bayar. Aku rasa exclusive la jugak tempat ni. Yang penting warna cat dindingnya cantik sangat.


Ruang Pintu Masuk. "SILA SUSUN KASUT ANDA"
Hehehe kalau takde orang bagitau pun kami faham jugak utk susun kasut supaya tak bersepah.


Ruang ni tempat untuk buat kerja pejabat la kononnya. Dekat dengan ruang dapur.


Nampak tak ada cerek elektrik tu. Itu salah satu kemudahan yang disediakan kepada kami. Siap ada beberapa paket minuman 3 in 1 lagi tu untuk minuman panas. Cawan pun ada disediakan. Pokoknya semua ada di situ. Kat bawah ni pulak ada syarat2 yang mesti dipatuhi semasa berada di dalam sini. Kecil sgt kan sampai tak dapat nak membacanya. 




Lihat la...ruang dapur yang Wida sempat ambil gambar disetiap sudut.



Pintu belakang la ni. Faham2 je la kan sbb dah dekat dapur


Lengkap siap ada peti ais dalam rumah tu. Tapi kosong la peti ais tu takde apa2 makanan. 


Ada ruang koridor sikit kat depan tu. Boleh ambil angin malam. Mana tau kalau ada yang nak smoking boleh la pergi luar. 

Sempat lagi kawan saya yang seorang tu main sorok2 belakang langsir


Ada gambar Raja Ali Haji. Kat depan pintu bilik kami dah ada tertulis nama dia. So, kat ruang dalam pula ada gambar beliau. 



Ruang rehat dan menonton televisyen. Ada telefon tetap juga disediakan tapi kami tak berani nak guna. So, cukup la kalau kami sekadar mengetahui yang dibilik itu mempunyai telefon.



Ruang Simpan Kasut


Bilik penginapan pelajar cina. 4 orang satu bilik. Dlm bilik diaorg ni katilnya besar so boleh baring ramai2. Lagipun mereka berempat je pelajar cina yang ikut semasa lawatan ketika tu. 



Perasan tak mereka pakai baju seragam. Sebenarnya baru yang mereka pakai tu baju kolej mereka iaitu KTDI UPM. 


Landing time...Walaupun penat tapi diaorg masih mampu tersenyum. Diaorg pun sporting sangat2.



Bilik diaorg pun ada aircond jugak. So, semuanya terlena. Tau2 je dah senyap. 



Tanpa kunci2 ni kami tak dapat masuk bilik 


Ruang kabinet untuk simpan pakaian ni dalam bilik yang Wida duduk. 


Sudut ni adalah bahagian tingkap. Kat situ ada cermin muka dan meja laci kecil utk letak apa2 barang


Pintu bilik kami. Saja je nak masukkan gambar pintu ni. Malam tu pintu kami tak tutup rapat sbb takut2 kalau jiran sebelah kami kejutkan kami tak dengar. Maklum la tidur lena sangat sampai tak dengar apa2 langsung. Kalau dah tidur mati takut pulak esok paginya tak bangun2. Sayang nak tinggalkan tilam. Tup2 esok paginya kami yang dah bangun awal. Mereka yang bersebelahan dengan bilik kami semuanya bangun lambat. Penat sangat kot. Jauh perjalanan maklum la ada yang baru pertama kali jejakkan kaki di Negeri Johor Darul Takzim.



Ini la bilik kenangan tempat kami menginap. Aku rasa nak pergi sini lagi.


Ini pulak bilik jiran kami yang kononnya pintu tak boleh nak buka tu.




Selamat Tinggal 
Mereka semua sumbat2 masuk dalam lif dan tinggalkan Wida kat luar tanpa sempat naik lif yang sama


Peace =) Smile Always
Mereka dah janji kot nak pakai baju yang sama warna hihihi

Tuesday, November 29, 2011

Hati Yang Sentiasa Berubah-ubah

Menunggu Dan Terus Menunggu

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Roommate semua dah pajamkan mata, aku pula masih menghadap lappy kesayangan aku ni. Aku baru lepas baca satu blog ni lepas tu aku terfikir aku nak jauhkan diri aku dengan org tu. MOTIF?? Tak tahu kenapa sbb hati aku yg suruh. Lepas ni kalau sesiapa tanya, aku akan diamkan diri. Aku kan memang suka sepi, diam dan m'bisukan diri aku dari b'kata apa2. Aku rasa aku tak perlu b'suara...memang sumpah aku tak tahu kenapa. Hati aku je yg tahu apa isi yg tersirat dan tersurat.

Aku pelik la, umur aku semakin m'ningkat aku rasa mcm jealous tak tentu pasal. Baru la aku baca blog tu aku dah rasa yg aku nak jauhkan diri aku dgn org blog tu. Itu aku punya pasal la nak buat apa pun kan. Dari apa yg aku baca kat blog dia, aku bukan jealous dgn dia tp pada aku, aku rasa x selesa b'kwn dgn org yg masih m'gharap dgn kekasihnya lagi. Nampak sangatkan yg dia masih menanti org yg dia suka tu.

Aku dgn dia sekadar kawan saja tak lebih dr itu. Dan sekarang aku baru t'fikir yg aku tak perlu la mudah sgt terima bila s's'orang itu cuba m'merangkap kita dgn kata2nya tp s'benarnya dia cuba utk m'lukakan hati kita. Oh...tidak mungkin, aku susah sikit terima perkara seperti itu walaupun sebenarnya aku dah lalui benda ini b'ulang2 kali.

Lepas ni kalau dia cuba utk hubungi aku, I'am sorry to say 'NO'. Even dia call or mesej aku rasa malas nak layan lagi. Baik aku tumpukan perhatian pada study aku yg memang akan menjamin masa depan aku kelak. Aku rasa Tuhan belum hadiahkan aku insan istimewa utk aku sayang dan kasih s'umur hidup aku. Pasti Tuhan akan datangkan insan itu cuma aku tak tahu bila dan di mana. Tak kisah la, janji ada pertemuan...

Utk happykan diri aku nak nyanyi lagu ni...


Sekadar Di Pinggiran

Tiada guna kau berpatah arah
Jika niatmu meyambung kasih
Apalah ertinya disebalik
Tangisan atau rintihan

Untuk apa kau kembali lagi
Sekadar hanya untuk menyakiti
Cukuplah sudah di sini saja
Biar aku pendam duka
1
Hati sedih, hati pedih
Mengenangkan keindahan
Bersamamu...

Tidak kusampai
Ke puncak sana
Apalah daya
Ku bertahan cuma
Di pinggiran
Yang memilukan...

Jauh sekali di sudut hati
Menyimpan dendam yang amat mendalam
Akan kusahut namamu oh! sayang
Sewaktu ku kesunyian...

( ulang dari 1 )

Francessca Peters (Manan Ngah / Lukhman S)

Monday, November 28, 2011

Naik Bas Lagi

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia

Aku rasa pengalaman aku naik bas ni t'lalu byk, tp tak dpt la aku nak fight dgn org yg memang drebar bas hihihi...dia mmg la selalu naik bas sbb dia yg bawa. Hari tu aku balik Johor dr Terminal Bersepadu Selatan (TBS) naik bas Maju Express JMS 2083 kali ni aku balik ke UPM Serdang pun naik bas yg sama.

Lama juga aku dengan mak aku tunggu bas tadi dekat depan Sekolah Sri Tanjung, Benut. Maklum la bas ni nak masuk highway Simpang Rengam. Aku taip ni pun aku masih duduk dlm bas Maju. Punya la lucu ni bas siap b'henti beli air minum panas lagi. It's ok la kalau dia nak minum sbb nak hilangkan rasa m'gantuk dia m'mandu.

Aku naik bas ni tadi pukul4.00 petang. S'benarnya bas ni dari Bandar Pontian pukul3.30petang. Setengah jam juga la dia nak sampai ke pekan Benut tu. Takpe la aku dengan mak aku tunggu awal janji tak terlepas bas mcm minggu yg aku balik cuti Raya Haji tu. Nasib baik sempat kejar.

Bas ni pun ok juga, selesa la senang cakap. Ada bantal kecil kat kepala tempat sandar belakang. Kerusi pun ok. Aku duduk kat seat 3A, hari tu aku balik ke Pontian naik bas ni jugak tapi duduk seat 4A. Tp aku rasa aircond ni mcm ada bocor sikit la sebab ada air m'nitis2 atas laptop aku.

Drebar bas ni suka pasang lagu yg ala2 80-an so mmg layannn la sgt2 lagu mcm ni. Apa2 pun harap aku sampai di Hentian Serdang nanti dengan selamat. Aku tak turun sampai kat TBS sbb dah Hentian Serdang tu dekat dgn UPM tinggal keluar je dr pagar boleh ambil teksi dan hanya bayar RM5 utk sampai ke kolej.

Esok hari selasa aku takde class, so aku tak tau lagi apa perancangan utk esok tp yg pastinya aku takkan sia2kan masa yg ada. Lusa ada ujian mcm2. Aduhai berat la kepala otak aku ni nak hafal2 semua benda, nak kena ingat semua benda. Tp aku pasti setiap p'mulaan ada p'akhiran cuma kita sahaja tak tahu bila semuanya akan berakhir. Papai...see u again!!

Thursday, November 24, 2011

Alahai!! Susah Nak Cerita...

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

Aku rasa tak elok la kalau nak lepas geram kat Facebook tu. Kalau ya pun tidak b'puas hati bukan macam tu nak luahkannya. Ini tidak, tulis kat status tu melepaskan kemarahan yg terbuku di hati. Benda boleh selesaikan kot tak perlu la nak minta perhatian dari org lain satu dunia kena tahu.

Aku bukan pantang tapi tak berapa nak suka sangat cara org macam ni. Kalau masa sekarang kau tidak dapat terima benda yg remeh temeh macam ni, tak mustahil kau boleh terima keadaan yg sama pada masa kau b'kerja nanti. Dugaan ni beb, manusia sentiasa di uji oleh Tuhan. Walaupun kau kata Tuhan kau dan aku berbeza.

Aku hormat kau sbg kawan aku tapi cuba kau fikir bila org perlukan kau saat kau sedang sibuk atau kau ada komitmen lain, apa alasan yg kau akan berikan. Mesti kau mengharapkan yg kawan kau akan memahami kau pada situasi yg kau alami sekarang.

Please la, kalau pun aku tak sama negeri dengan kau, jangan kau ingat aku tak faham serba sedikit bahasa kau. Ini namanya kau mengata dari belakang. Aku bukan terasa tapi ini pendapat aku yang tak sepatutnya b'laku. Memang apa yg kau akan tulis di status kau itu adalah hak kau. Tapi cuba kau jaga sikit maruah org lain sikit.

Sekarang kau boleh cakap mcm ni tapi satu masa nanti aku pasti kau juga akan mengalami benda yg sama. Kawan ingat kita seperti roda kadang kita di atas dan kau igt kadang kita di bawah. Kita kena terima itu semua. Bila dah terkena batang hidung sendiri kau jangan marah pula bila ada org komen pasal diri kau. Mungkin lebih teruk dari itu kau akan kena.

Aku dengan kau bukan sementara, kita lalui semua ni dalam tempoh yg lama beb. Kalau kau tak boleh terima kekurangan aku sebagai kawan kau aku rasa kau tak layak jadi kawan aku sbb aku nak kawan yg ada disekeliling aku adalah orang yg boleh terima segala kekurangan yg ada pada diri aku. Ingat tau kau juga punya kekurangan pada diri kau.

Tidak semua manusia sempurna dan PERFECT!!! tapi kau kena ingat walaupun seseorang itu ada kelemahan ttg dirinya tetapi disebalik yg kau tidak tahu dia m'punyai kelebihan yg luar biasa. Kau harus bersyukur kerana ada kawan yg boleh terima kau seadanya.

Sedih aku di dalam hati apabila kau mengata itu ini tentang kawan sendiri. Apa lah dosa yg besar sangat yg aku buat sampai kau mengata aku begitu. Tak apa la wahai kawan aku terima seadanya. Aku tahu Tuhan sedang m'guji kekuatan aku. Kalau kau rasa tak selesa b'kawan dengan aku, aku persilakan kau pergi dari hidup aku. Adios!!!! Bye

Monday, November 21, 2011

Nurul Shasheila My New Friend

Assalammualaikum dan Very Good Morning

Today i would like to share something about my new friend.
Memandangkan dia belum ada blog saya cadangkan dia utk buat blog dia sendiri.
Alhamdulillah dgn usaha dia dpt juga dia hasilkan blog dia sendiri...
Kalau nak kenal dia just type nurulshasheila@blogspot.com

Sunday, November 20, 2011

Bakti Siswa Group 27 The Best In UPM

Assalammualaikum & Salam Mesra

Bakti Siswa merupakan salah 1 subjek kokurikulum berkredit yang wajib diambil oleh setiap pelajar di UPM. Subjek Bakti Siswa QKK 2101 yang diambil tidak ditetapkan untuk pelajar tahun pertama mahupun tahun akhir. Bakti Siswa juga mempunyai beberapa kumpulan yang ditubuhkan. Ini kerana terdapat beratus-ratus pelajar yang akan mendaftar untuk subjek ini. Kadang kala pelajar akan berebut bagi menempatkan diri dalam kumpulan Bakti Siswa kerana ianya menjadi persaingan semasa mendaftar.

Wida salah seorang pelajar yang bernasib baik kerana ditempatkan di dalam kumpulan 27. Siapa sangka, setelah Wida membuat proses 'kursus digugurkan' dari kumpulan 27, bila Wida daftar balik ternyata memang kumpulan 27 la yang Wida terima semula. Wida ingat bila Wida gugurkan kursus tu Wida akan masuk kumpulan lain dan boleh join dgn kawan2 satu class Wida. Ternyata Tuhan tu telah menentukan segala-galanya. Wida still kat kumpulan 27 setelah mendaftar buat kali kedua.

Fasilitator saya Encik Ramdzan Radzi adalah orang yang akan memastikan kehadiran kami ada pada setiap hari sabtu jam3-6 petang. Seingat Wida tak pernah lagi Wida ponteng kelas Bakti Siswa ni sebab kehadiran tu wajib dan markah kehadiran akan dikira untuk mendapatkan 4.00 A dalam subjek ni.

Walaupun Wida berseorangan dan tiada kawan dari kelas yang sama dengan Wida dalam kumpulan ini, Wida rasa Wida mampu untuk membawa diri. Umur dah 24tahun takkan la nak berkepit dengan kawan2 kelas je. Tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Dengan cara inilah Wida mendapat ramai kenalan baru dan yang paling best takde seorang pun dari fakulti yang sama dengan Wida.

Ada 1 hari tu, bilik kuliah yang selalu kami gunakan ada program universiti. So, kami terpaksa b'pindah mencari class lain. Punya jauh class kami tu di fakulti lain. Tp fasilitator kami baik, dia sanggup berulang-alik bawa kami semua. Kalau kami nak tunggu bas memang la lambat, bersesak pula dengan pelajar yang mahu pulang dr kelas koko yang lain.

Tup2 bila Wida naik kereta Encik Ramdzan tu dia ckp ada kejutan sikit sambil suruh Wida pangkukan satu kotak kek. Wah!!! Senyum besar masa tu sbb Wida salah seorang yang pertama naik kereta dia. Encik kami ni suka buat kejutan sebab tu kami selalu hadir kelas dia tiap petang sabtu. Kalau ikut orang lain memang membuta dalam bilik la kat kolej tu petang2 hujung minggu.
 

Sedappppnya kek ni 

Inilah kek BAKSIS 27 yang fasi kami bagi. Memang sangat sedap sebab free...sape yang taknak kan. Kami bahagi sama rata. Ketua kelas kami yang bantu, dia sememangnya ketua yang terbaik walaupun dia perempuan. Alhamdulillah, bdk2 kelas bakti siswa kumpulan 27 semuanya baik2 belaka. Sporting dan tak banyak karenah. Menurut perintah dan peramah. 


Walaupun petang tu kelas kami bermula agak lewat tapi fasi kami tetap mengajar seperti biasa. Diakhir pemelajaran barulah kami menikmati makanan. Ada pisang goreng, kek, coklat cadbury dan kerepek pedas tu Wida sponsor. Saja meriahkan lagi jamuan ringan kami. Everything ok. Semua nampak gembira.

Suka betul diaorang ni dari kiri Wani - Farah - Dayah dapat makan free



Alia dan Wani
Kawan baik ni, kemana-mana tak berpisah. Maybe diaorg kawan satu fakulti kot.


Fara Aqila with Hidayah

Diaorg ni walaupun diam2 je kat dlm kelas tp bila bercakap tu, ada isi. Maklum la, student universiti kan. Wida je terasa kerdil bila bergandingan dengan mereka. Wida belum cukup lagi ilmu sebab tu kadang-kala Wida rasa merendah diri. Tapi Wida tahu dari koko Bakti Siswa ni la Wida mendapat banyak ilmu pengetahuan dan semangat teman2 la membuatkan Wida lebih terbuka. Wida suka sangat2 BAKSIS 27. Bersama Selamanya :)

Friday, November 18, 2011

Aku Mahu Pandai, Aku Mahu Berjaya

Assalammualaikum

Aku ada nak luahkan sesuatu...aku rasa kalau aku simpan dan pendam dalam hati aku tak tau nak buat apa2. Kadang2 bila aku sendiri otak aku selalu berfikir, betul ke jalan yang aku pilih sekarang ni sbb aku rasa aku mcm tak betul sikit. Sekarang aku sedang m'yambung pelajaran peringkat universiti, masih sem 1 pada umur aku 24thn. Yg m'buatkan aku confius ni sbb aku belajar macam tak masuk satu benda pun dalam kepala otak aku.

Hari2 aku pergi kelas, aku buat apa yg lecturer ajar, aku dengar apa yg lecturer sampaikan tapi kenapa sikit pun tak sampai kat dalam kepala otak aku ni. Aku rasa mcm aku dah b'putus asa sangat. Aku ada rasa nak b'henti walaupun aku tak nyataan luaran, tp hati aku ni menjerit2.

Aku rasa mcm nak nangis je dgn keadaan aku sekarang ni. Selalunya kalau dalam kelas tu aku kadang-kala jadi org yg sentiasa b'ubah2. Bila part class ECS Effective Communication Skill aku byk diamkan diri sbb aku tak dapat nak b' cakap dalam bahasa inggeris dengan lancar mcm kawan2 aku yg lain. Aku bukan la malu sgt tp aku memang belum lancar b'cakap BI.

Kalau time presentation tu aku lebih senang baca slide power point dari aku bercakap m'rapu2. Sungguh aku tak faham semuanya dlm bahasa inggeris. Dah la belajar kat univiversiti ni semuanya bahasa inggeris. Aku pernah tak lulus ujian, bila lecturer tu tanya kenapa aku boleh gagal aku cakap la yg aku kurang faham bila belajar dlm kelas sbb semuanya BI. Last2, lenturer tu buat kelas tambahan dan dia explain dlm bahasa melayu. Time tu baru la aku faham.

Banyak lagi sebenarnya yg buat aku tak fahm dengan diri aku sendiri. Aku selalu mohon pada Tuhan agar Dia sentiasa tunjuk kat aku jalan yg benar. Kalau aku tak fikir masa depan tentu aku dah b'henti belajar. Aku suka belajar tapi kalau keadaannya mcm ni aku tak suka la.

Assignment pun aku kadang2 lupa nak buat sampai la ada org tanya aku baru la aku igt nak buat. Kalau presentation tu aku rasa kawan2 aku je yg buat. Aku ni s'olah2 mcm tak buat apa2. Sedih aku easa bila aku kenangkan keadaan diri aku sekarang ni. Kenapa la insan bertuah b'nama NURUL WAHIDA ini diuji sedemikian rupa...

Aku memang b'syukur atas p'berian Tuhan. Pada aku apa yg terjadi semuanya adalah ketentuan Tuhan. Bila aku fikirkan semula aku rasa daya ingatan aku ni lemah, aku mudah lupa. Aku tak ingat pun apa yg aku belajar kat dalam kelas lagi2 kalau time nak exam tu aku rasa aku ni belajar tp x dpt apa2 input yg masuk dalam kepala otak aku. Sedih gilerrr!!!!!

Aku rasa dah berapa ribu aku habiskan duit kat sini, kalau tidak aku tak dpt la stay kat sini sampai sekarang. Oh Tuhan bantulah hamba Mu ini. Mcm mana la agaknya semester akan datang...tentu lagi susah. Emmm....

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :