engkau boleh !!

Monday, August 10, 2015

Dah Boleh Konvo

Assalammualaikum & Salam Mesra
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang


Hari ni 10 Ogos 2015 Wida dapat message daripada seorang doktor dia bagitahu dah dapat tengok rekod dan dia beritahu Wida dah boleh bergraduat. So, maknanya subjek yang Wida repeat tu dah lulus. Alhamdulillah...syukur selalu. Keluar dari bilik terus bagitau emak. Dia pun cakap dah boleh siap2 kan la baju untuk konvo bulan 10 nanti. 


Wida ada bagitau mak pasal Wida ada bernazar kalau lulus subjek repeat tu Wida potong rambut. Emm lepas ni takde la lagi rapunzel. Atuk Wida pun asyik dah tanya je bila nak potong rambut. "Nanti tok Wahid potong rambut lepas tu tunjuk kat atok". Hihihi


Ada juga beberapa kenalan Wida cakap jangan la potong rambut tu sayang sangat. Katanya nanti nak belai rambut yang panjang dah takde lagi. Mak Wida pun sebenarnya sarankan lepas Wida kahwin baru potong rambut. Memandangkan Wida tak tahu bila Wida akan kahwin maka Wida dengan rela hati melepaskan la rambut Wida yang Wida jaga selama dari Wida tingkatan 1 umur 13 tahun sampai la ke sekarang umur 28 tahun. Haa...lama kan. Bayangkan la dah panjang mana rambut Wida.



Tapi takpe la rambut bukannya tak tumbuh lagi tapi tu la hajat nak potong lepas kahwin tak kesampaian kot. Huhuhu...dan harapan mak pun tak de harapan la. Dan semestinya angan2 Wida konon nak tanya suami dia nak lihat Wida rambut sampai mana pun hanya la mimpi tak jadi kenyataan pon. Takpe la nak buat macam mana kan. Wida pun dah bernazar. Nazar ni kena tunaikan bila mana apa yang kita hajati tu tercapai.


Tapi setakat ni Wida tak terfikir lagi nak potong sampai paras mana. Kalau potong pendek Wida confirm nampak gemuk sebab dulu pernah rambut pendek dan auchhh!! macam lelaki yoo...hahaha tak nak la kan. Dengan nama Wida yang kadang2 orang panggil Wahid. Nanti kena perli lagi. Cukup la dulu2 orang gelar Wida tomboy. Sekarang dah ladies2. Cuma Wida bukan la ladies yang bergaya sangat dengan rambut2 yang entah apa2 sebab Wida bertudung.


Nanti sebelum potong Wida nak bergaya sakan dan nak deko rambut macam2 gaya lepas tu ambil gambar banyak2 baru la potong. Emmm tipu la kalau Wida tak sedih nak potong rambut. Entah2 nanti time nak potong rambut menangis teresak2 hahahaha. Oppss!! Wida sekarang tabah tau mungkin sedih tu ada tapi dalam hati je la kot takde la sampai meraung2. Kawan Wida siap pesan lagi kalau nak potong rambut dia nak teman dan nak tengok. Tapi pada Wida tak mungkin kot itu semua hanya kata2 dia. Mahunya dia nak tengok sebab dia dah kahwin dan dia ada isteri. Impossible kan...

Terima kasih kepada semua yang memberi sokongan pada Wida selama ini. 

Terima kasih Ya Allah
Syukur selalu

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :