engkau boleh !!

Monday, December 31, 2012

The End 2012

Assalammualaikum & Salam Sayang
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang


My Room L3 Kolej 16


Alhamdulillah bersyukur kepada Tuhan kerana Wida masih boleh bernafas lagi, dipanjangkan umur itulah yang selalu Wida doakan. Bukan untuk Wida malah untuk semua juga Wida sampaikan doa. Disebabkan Wida dah tidur awal, so malam Wida berjaga la.

Untuk hari2 t'akhir pada tahun 2012 adalah sesuatu yang mesti diingati sehingga bila2 sebab hari ni la bermulanya kertas peperiksaan akhir tahun untuk semester 3 tahun ni. Emm...dua paper untuk hari ni. Pukul 11.30 pg sehingga pukul 1.30 ptg Wida exam Teknologi Kitaran dan Gentian Kayu. About the all question, not bad but i think i'm not give more than that the answer. Blur tiba dalam dewan masa tu.

Soalan punyalah banyak dan WAJIB jawab kesemua soalan tanpa membiarkan ruang jawapan kosong.   Wida of course la seat yang paling depan bersesuaian dgn nama Wahida = Satu / Tunggal. Lagipun memang Wida suka duduk depan, pandangan tenang menghadap ke depan berbanding duduk di antara tengah atau belakang.

Jealous tau kalau tengok kawan2 yang keluar awal dengan senyuman yang meleret, confirm la dapat jawab kesemua soalan kan...huhuhu Wida time tu mesti dah tak senang duduk, kalau boleh nak habis jawab time tu jugak.

Tengah khusyuk menjawab soalan tu, Wida dengar vibrate telefon. Loh loh loh 'jangan2 itu telefon Wida' dalam hati Wida yakin mengatakan sebab Wida tak off telefon. Wida silent je. Handphone Wida kat dalam beg lagipun time tu beg Wida letak x jauh dengan sebelah kerusi yang Wida duduk cuma kat situ pun ada longgok2 beg budak2 lain bukan beg Wida seorang je.

Disebabkan masa singkat sangat untuk attend exam paper kedua, Wida dengan Nadia cepat2 dapatkan bas untuk ke Kompleks Akademik A (KAA) kat depan Fakulti Bahasa untuk test BBI Oral pulak. Nasib baik bas KTP/KPZ tu lalu depan KAA jadi Wida tanya dengan driver tu "Encik lalu KAA tak?" Bila dia angguk kepala Wida dgn Nadia cepat2 naik bas sambil menyusul sekali dua orang pelajar fakulti hutan yang nak pergi exam kat KAA. Bila dia dengar Wida tanya driver bas tu diaorg pun naik sekali.

Kitaorg sampai je terus pergi surau KAA untuk solat zohor. Memandangkan pukul4 baru habis exam mesti tak sempat nak solat zuhor kat bilik. Lepas solat baru b'kesempatan nak tengok handphone. Emm...sah memang betul la, bila lepas solat Wida tengok no rumah yang tertera bermakna Mak yang telefon Wida. Emm Mak lupa kot yang anak dia ni exam hari ni.

"Hello Assalammualaikum Mak, tadi mak call Wahid tengah exam". Sayu hati bila mak minta maaf, bukan salah mak. Panggilan itu tanda ingatan seorang emak kepada anaknya. Kalau tak calling tu bukan tanda tak ingat tapi mak memahami situasi dan keadaan anaknya. Terima kasih mak. Hehehe sayang mak :) muah muah!!!

Ok lagi beberapa minit je lagi dah nak masuk dewan exam kat Bilik Seminar 2 KAA. Nasib baik tak kena naik tangga, dewan tu kat bawah je. Ada 3 kelas yang masuk dalam dewan peperiksaan. Wida seat 60 tapi tak sangka seat tu depan sekali. Memang bertuah betul la Wida asyik duduk depan je sebab Wida memang suka duduk kat depan. Macam yang Wida kata tadi tenang je bila duduk depan tanpa memikirkan orang sekeliling.

Test BBI ni tengok macam susah, memandangkan i'm not good in english but i try my best. I well do anything from my paper tapi disebabkan Wida ni kurang faham Wida hentam je la dengan penuh keyakinan. Lagi 30 minit nak habis masa Wida perasan orang sebelah Wida tulis jawapan kat borang OMR start dari no1 tapi Wida pulak jawab dari no 20. Mampus aku kalau OMR ni masuk mesin dia tak dapat nak tanda jawapan Wida.

Time tu jugak Wida padam semua sekali dan hitamkan balik kertas jawapan OMR tu start dari no1. Adalah mat saleh dengan lecturer india yang jaga exam time tu, tapi segan pulak nak angkat tangan tanya dengan diaorang pasal benda ni. Bongoknya Wida leh tanya dengan orang sebelah Wida. Walhal dia pun tak tahu apa2. Tiba2 mat saleh tu datang kat meja Wida tanya kenapa. Disebabkan malu Wida terus serahkan kertas jawapan pada dia.

Bila dah keluar dewan peperiksaan Nadia tanya "u dapat paper set apa?". "Eh! ada set paper ke? Ala i tak tahu pun pasal set tu. Tapi i ada tulis B". Dengan rasa yang teramat takut Wida masuk semula dalam kelas dan jumpa lecturer india tu sbb nak explain pada dia. Mula tu muka dia marah. Ala buat apa nak marah bukan Wida nak jawab semula paper tu i just want to know what the true about the section in the question.

Bila Wida bagitahu dia yang Wida jawab soalan dari no.1 dia kata tak pe. Emm...nasib baik. Tapi hati tak tenang juga terus mesej dengan our lecturer to inform about this. Nasib la miss tu kata ok. Lega hati. Alhamdulillah, ini la kali pertama Wida dapat jawab soalan BI dengan cepat dan mudah. Wida rasa ok la soalan dia, takde susah mana pun. Hanya perlu berdoa moga mendapat result yang terbaik.

1hb Jan 2013 cuti. Tunggu untuk paper fizik pulak 3hb, diikuti dengan kimia 5hb, 6hb undang2, 9hb pulak dua paper iaitu hasil hutan bukan kayu dan perolehan balak. Moga Tuhan memudahkan urusan Wida. Nak menunggu saat itu memang la lama tapi bila dah menghadapinya amatlah payah dan terasa masa cepat sangat berlalu.

Subjek untuk semester 4 nanti dah daftar, ada tinggal beberapa subjek je lagi yang belum nak daftar sebab tunggu result exam test sem3 baru leh daftar. Wida lalui dengan hati yang terbuka semestinya inilah yang Wida perlu lalui. Berat macam mana pun anggap semua ini tugas yang diamanahkan untuk Wida lakukan. Always thinking positive.

Apa2 pun Selamat Tahun Baru. Wida bersyukur setiap apa yang Tuhan berikan kepada Wida. Amin.

No comments:

Zone Wida Tersayang

LIKE
: Wida love to talk :
: Wida love to read books, magazines, newspapers and other :
: Wida like to hear opinions and views of those around me :
:I'am a positive minded and like something unique and beautiful:
: I have a collection of cans of Coca-Cola and Pepsi, other than that I like to collect the school badge and I like to write what comes tp mind :
: I like to capture pictures and I really interested in photography because it is very artistic and creative :